Sunday, October 31, 2010

PEKAWANIS SALUR SUMBANGAN DEEPAVALI


Batu Caves- Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) sekali lagi memainkan peranan dan memberi perhatian kepada golongan yang kurang upaya (OKU) dan golongan kurang bernasib baik melalui penyampaian sumbangan menjelang perayaan Deepavali.

Yang dipertua Pekawanis, Pn. Sri Salbiah Tunut berkata, program tahunan itu diadakan di tiga daerah yang majoriti penduduknya adalah masyarakat India.

Menurutnya, seramai 653 penerima terpilih untuk menerima sumbangan berkenaan dengan jumlah 30 orang bagi setiap kawasan Dewan Undangn Negeri (DUN) mahupun parlimen.
"Sebelum ini, kita memberikan sumbangan dalam bentuk barangan dapur, namun kali ini membawa kelainan dengan menukarkan barangan kepada wang tunai RM100 setiap seorang, bukan sahaja mudah dibawa malah mereka dapat sendiri menentukan barang-barang yang hendak dibeli sempena perayaan nanti".
Setiap tahun kita merancang untuk mempelbagaikan lagi program ini dalam usaha kita memastikan golongan yang serba kekurangan mendapat keperihatinan lebih-lebih lagi menjelang perayaan, katanya.

Pn. Sri Salbiah berkata dalam ucapannya dalam menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 1500 penerima dari lima DUN Parlimen Gombak dan Parlimen Ampang di Dewan India Settlement, disini semalam.
Turut hadir bersama Pn. Shamsidar Karim, isteri Ahli Parlimen Gombak Pn. Masdiana Mohamad Isteri Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Caves Amiruddin Shaari, Datin Sabariah Saamin Isteri (ADUN) Gombak Setia, Pn. Aliza Jaafar Isteri (ADUN) Hulu Klang dan Isteri (ADUN) Lembah Jaya, Rosni Abdullah.
Menurutnya, sebanyak RM65,300 peruntukan disediakan bagi menjayakan program dalam 22 kawasan DUN dan parlimen di negeri ini pada tahun ini berbanding RM1700 pada tahun lalu.
Tiga daerah yang diberikan perhatian sempena Deepavali termasuk Gombak, Klang dan K.Selangor.
Menurut Pn Sri Salbiah lagi, beliau berharap jumlah penerima bukan sahaja bertambah, malah penyampaian sumbangan diberikan dengan kaedah lain pada masa akan datang.
Selain daripada itu, Pn Sri juga meminta agar ibubapa harus mendaftarkan anak-anak mereka yang baru lahir berdaftar untuk menjadi warga selangor kerana ganjaran diberikan kepada anak-anak yang baru lahir akan memperolehi banyak faedah.
Bagi anak-anak selangor yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPT akan mendapat Hadiah Anak Masuk IPT RM1000.00 bagi membantu keluarga berpendapatan RM1500.00 ke bawah , Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100.00.

Pada usia 18thn anak-anak ini berpeluang menerima sebanyak RM1,500.00 seorang hasil pelaburan dalam TAWAS, katanya.
Sementara itu, Y.B Amirudin Shari (ADUN) Batu Caves merupakan tuan rumah program sumbangan Deepavali tahun ini, dalam ucapannya meyeru kepada semua yang hadir agar sentiasa mengikuti perkembangan program dan isu semasa kerajaan Negeri.
Beliau berkata, "alhamdulilah 3thn pemerintahan Kerjaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) didapati ekonomi dinegeri selangor khususnya semakin meningkat, oleh itu kerajaan negeri telah menyediakan berbagai faedah kepada seluruh rakyat selangor tanpa mengira pemahaman politik, bangsa dan agama".
Pendedahan mengenai agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dibawa oleh kerajaan (PR) diantaranya, semua Rakyat Selangor telah mendapat faedah seperti pemberian Bekalan Air Percuma Bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik yang bermeter individu setiap bulan yang telah dilaksanakan bermula 1 Jun, 2008. Skim Usia Emas (SMUE) iaitu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat selangor dan lain-lain lagi, ujarnya.
Amiruddin menyeru kepada semua kaum india yang hadir untuk mendapatkan maklumat dan informasi ini boleh didapati dengan mengikuti berbagai program yang dijalankan oleh Pekawanis, PKR mahupun program PAS. Setiap program diadakan pasti akan diedarkan semua maklumat terkini daripada Kerajaan Negeri agar rakyat tidak ketinggalan.



Koleksi Foto




Editor:khaulah Azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI