Saturday, September 28, 2013

Dokumen Sebar Syiah di Sri Gombak Di Rampas JAIS

GOMBAK 29 SEPT: Berbagai Dokumen ajaran Syiah telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi. 

(Jais) menyerbu ke sebuah premis di Pusat Bandar Sri Gombak di sini kira-kira jam 11.30 malam. Penguatkuasa Jais membuka pintu gril rumah kedai dianggap ‘surau’ menggunakan pemotong besi.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Jais, Mohd Shahrom Maarof, berkata serbuan dibuat berdasarkan risikan dan aduan awam sebelum mendapat waran geledah daripada Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
 
“Kita menyita beberapa buku, poster dan yang lain dengan fahaman Syiah termasuk kertas kerja yang dibuat di Universiti Malaya (UM).

“Mereka dipercayai membuat ‘post mortem’ hasil kertas kerja dan ada penyebaran fahaman itu di kalangan mahasiswa,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Tiada tangkapan dibuat dalam operasi yang disertai 23 petugas termasuk penguatkuasa Jais itu.
Fahaman Syiah difatwa haram oleh Jabatan Mufti Selangor sejak 1998.

Mohd Shahrom berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 12C iaitu menghina pihak berkuasa agama (mengingkari arahan daripada Jabatan Mufti Selangor) dan Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

“Kita menyerahkan notis salinan kepada pihak premis mengenai bahan yang disita dan meminta mereka tampil untuk memberi keterangan,” katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Surau Selangor Akan Dinaiktaraf Ke Masjid Lebih Banyak Lagi




SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan menaiktaraf lebih banyak lagi surau-surau di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai penduduk Islam menunaikan Solat Jumaat.
 Exco Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, masjid-masjid yang sedia ada belum dapat menampung kira-kira tiga juta penduduk Islam Selangor untuk menunaikan Solat Jumaat dalam keadaan selesa.
Katanya, masjid di Selangor tidak dapat menampung jumlah umat Islam yang besar sehinggakan ada yang solat di luar kawasan masjid dalam keadaan kurang selesa.
“Rakyat yang berugama Islam di Selangor adalah kira-kira 3 juta orang dengan lelakinya adalah 1 juta maka setiap masjid secara puratanya perlu menampung lebih 1,800 orang.
“Jika sesuatu kawasan itu kurang kemudahan maka kerajaan Selangor akan membina masjid bagi memudahkan jalannya untuk pembinaannya.
“Maka jika di sesuatu kawasan itu juga ada surau yang boleh dinaiktaraf menjadi masjid maka kerajaan negeri akan membantu usaha itu bagi memudahkan masyarakat,” kata beliau kepada pemberitadi Masjid Negeri selepas solat jumaat bersama Sultan Selangor.

Editor : Khaulah Azwar

Bangunkan Desa Dengan Kaedah Pendekatan ABCD


SHAH ALAM : Pelan terperinci untuk pembangunan kawasan luar bandar dan peningkatkan pendapatan masyarakat desa akan dibentangkan semasa Belanjawan Selangor 2014 pada November ini.
Exco Hal Ehwal Islam Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi  berkata, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid  dalam mesyuarat Exco telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menggunakan pendekatan ABCD (Asset Based Community Development) bagi merangka pembangunkan kawasan luar bandar.
Sallehen ziarah pesakit di Hospital bertanya khabar
Buat masa ini, Unit Perancangan Ekonomi Negeri sedang mengendalikan bengkel untuk para ketua kampung dan ketua kampung tradisi untuk mendapat maklumbalas dan mengenalpasti aset di dalam komuniti mereka yang boleh dibangunkan.
Kerajaan Negeri juga akan memberikan membangunkan infrastruktur yang sesuai di kawasan luar bandar bagi mencapai tujuan pembangunan itu, katanya.
Menurut Sallehen yang merupakan ADUN Sabak “ Kerajaan negeri  akan menjemput pakar untuk berkongsi pengalaman dari mereka seperti antaranya daripada negara Chile dan Bangladesh,”  
Beliau berkata demikian semasa menjawab usul ‘Go Rural’ yang dibawa oleh Adun Kampung Tunku Lau Weng San yang dibangkitkan dalam sidang DUN lepas selepas menziarahi pesakit di Hospital.
Usul tersebut mendesak kerajaan negeri merancang pembangunan berjangka pendek dan panjang untuk membangunkan infrastruktur dan ekonomi di kawasan luar bandar.
Jelas Sallehen lagi sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan bahawa penggal kedua pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor akan tertumpu kepada pembangunan kawasan desa agar masyarakat luar bandar dapat merasa tahap kehidupan yang setimpal dengan masyarakat bandar.
Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI