Wednesday, April 3, 2013

PAS Jangka PRU13, 27 April

KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan tarikh pembuangan undi pilihan raya umum ke-13 pada 27 April, manakala 13 April sebagai tarikh penamaan calon.

Justeru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi memandu gerak kerja.

Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan.

"Tarikh-tarikh ini boleh jadi mungkin akan berubah.  Tetapi, sehingga kini, saya seru semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Hatta berkata PAS akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU13 ini sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau percaya, akan ada pengumuman awal bagi calon-calon yang diputuskan, yang dilihat boleh membawa impak positif kepada kempen Pakatan Rakyat.

PAS Perlis merupakan negeri pertama yang mengumumkan bakal calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Pengumuman itu dibuat kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, pada 11.35 pagi tadi.

pengumuman bubar parlimen malaysia, pm


MB Selangor Mengadap Sultan Bubar Dewan


DYMM Sultan Selangor Perkenan Upacara Pembubaran Dewan Negeri Selangor Esok


Saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30pm tadi untuk memaklumkan kepada baginda bahawa Parlimen telah pun dibubarkan oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.


Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang.


Acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.


YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Suka · · Kongsi · 35 minit yang lalu

Sah Parlimen Malaysia Di Bubarkan Hari ini

Dalam sejarah Parlimen Malaysia hari ini di bubarkan oleh Perdana Menteri Najib Razak selepas melalui pelbagai 'sejarah' yang baru diciptanya.
Najib muncul bersama TPM Muhyidin pada dalam siaran langsung di televisyen Malaysia pada jam 11.35 pagi ini.

Pembubaran dipercayai akibat desakan hebat Umno dan Muhyiddin yang tidak sabar melihat strategi melegah-lengah pilihan raya umum najib

Muhyiddin gusar Pakatan Rakyat akan melengkapkan siri jelajah pengumuman calon pilihan raya yang akan memberi kemenangan moral awal kepada Pakatan
Sehingga kini Muhyiddin dan umno melihat strategi Pakatan berjaya dan menggoyahkan kubu kuat BN di Johor serta Pahang. Najib tiada pilihan selain membubarkan parlimen bagi mengelak keadaan lebih buruk

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI