Friday, July 3, 2009

Pusat Khidmat Maysarakat Adun Gombak Setia Cawangan Tmn Sri Gombak

Gombak Setia 03hb Julai, 2009 – Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia kini telah menubuhkan sebuah cawangan Pusat Khidmat Masyarakat iaitu Cawangan Tmn Sri Gombak yang terletak berhampiran Pasar Tmn Sri Gombak di Tingkat 1 Fasa 3. Sebelum ini Pusat tersebut telah beroperasi di Fasa 1.

Pusat Khidmat tersebut telah beroperasi pada 1hb Julai, 2009 dan waktu pejabat adalah 9:30pagi sehingga 5:00ptg. Sekiranya orang ramai ingin berurusan mengenai sebarang permasalahan boleh membuat aduan di Pusat Khidmat Masyarat Cawangan Tmn Sri Gombak dan boleh berhubung terus dengan Mr. Kwong di Talian : 019-3376353.

Semenjak pejabat Pusat Khidmat ini beroperasi dengan adanya Kelab Penyokong PAS yang terbuka kepada kaum India & Cina, kini Mr. Kwong telah berjaya mengumpul ahli lebih 60 orang. Kelab penyokong PAS terbuka peringat umur 21thn keatas.

Tujuan penubuhan Pusat Khidmat ini adalah untuk memudahkan semua masyarakat untuk berurusan dengan ADUN. Mereka boleh membuat berbagai aduan, permohonan bantuan seperti mendapatkan borang Bantuan (Pegajian IPT, Ibu Tunggal, Warga Emas, Kelab Penyokong PAS) serta lain-lain urusan.

Dengan tertubuhnya kelab penyokong PAS , insya-ALLAH akan diadakan beberapa program untuk semua peringkat umur dan kini dalam peringkat cadangan yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat adalah perlawanan Badminton pada 2hb Ogos,2009.

Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk menarik minat masyarakat untuk mengisi waktu lapang dengan kerja-kerja aktiviti yang berfaedah bagi mengelak anak-anak muda terlibat dengan aktiviti sosial yang tidak berfaedah.

IMG_6896

Mr. Kwong sedang melayani beberapa orang untuk menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS yang begitu semangat untuk menjadi ahli.


IMG_6895

Mr. Kwong menerangkan cara-cara mengisi borang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli.


IMG_6894

Pandangan hadapan Pejabat PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN GOMBAK SETIA CAWANGAN TMN SRI GOMBAK.

IMG_6893

Pandangan di dalam bilik pejabat beliau yang baru operasi…

Editor By: Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI