Sunday, March 27, 2011

ADUN Mengadakan Hari Bertemu Rakyat untuk atasi masaalah penduduk





Bukit Antarabangsa, H.Klang - Hari bertemu pelanggan Bukti Antarabangasa baru-baru ini telah dihadiri oleh masyarakat setempat di Kawasan tersebut.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali bersama Ahli-ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Polis.

Azmin Ali ketika ditemui beliau mengatakan "tujuan kita adakan program Hari Bertemu Rakyat adalah bertujuan untuk berjumpa dengan rakyat tempatan disini bagi menerima sebarang aduan mereka yang mungkin sukar untuk mereka berurusan dengan kami waktu hari bekerja. Dengan adanya program hujung minggu mereka berkesempatan untuk meluangkan masa mereka bertemu dengan pimpinan, ahli-ahli majlis untuk mengadu segala masaalah mereka hadapi dan insya-allah kita akan membantu menyelesaikan masaalah yang mereka".

"Menurutnya, MPAJ dengan kerjasama ahli-ahli majlis akan bertemu rakyat disekitar Ampang sebanyak dua kali sebulan. Secara kebetulan Hari Bertemu Rakyat jatuh pula di kawasan Bukit Antarabangsa dan ini sekali gus dapat memperkenalkan kepada rakyat mengenai pembukaan Pusat Komuniti Bukit Antarabangsa yang telah mula beroperasi dua minggu lalu".

Alhamdulilah, program yang diadakan hari ini telah mendapat sambutan dan sokongan yang sangat baik daripada rakyat tanpa mengira perkauman dan parti.

Mereka telah bersama dengan kita hari ini bagi menjayakannya. Katanya di kawasan Bukit Antarabangsa mempunyai 41 Kawasan, ini termasuklah Sri Ukay dan Ukay Bistari.

Norhayati Ahmad, Pegawai Perhubungan Awam MPAJ berkata, "Alhamdulilah sepanjang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kita telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pimpinan dan ahli-ahli majlis yang dilantik. Mereka telah memberi komitmen yang sangat tinggi setiap kali kita ingin memerlukan khidmat mereka.

Selain daripada itu, kita juga telah mendapat kerjsama daripada Slow watch dibawah pengurusan KOBARA yang merupakan persatuan penduduk. Peranan KOBARA adalah memberi fokus kepada masaalah cerun, bukit, kawasan tanah runtuh dan sebagainya.

Apabila ditanya status kejadian tanah runtuh terdahulu adakah penduduk sudah boleh duduk rumah mereka kembali? "Menurutnya isu kejadian tanah runtuh tahun lalu telahpun hampir selesai dengan melakukan kerja-kerja menaiktaraf. Ketika kejadian kita lihat Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin, Ahli-ahli Majlis banyak memberi bantuan dan mengambil berat dengan masaalah rakyat disini. Mereka sering membuat kerja-kerja pemantauan sepanjang kejadian tersebut demi menjaga keselamatan pekerja dan penduduk setempat. Segalanya diatasi dengan baik. Ada diantara penduduk disitu telah pun mula duduk kembali rumah mereka setelah dikenal pasti kawasan berkenaan selamat diduduki. Insya-allah dalam masa terdekat ini kita akan keluarkan notis sepenuhnya kepada mereka bagi mengesahkan keselamatan mereka untuk menduduki rumah mereka kembali".

Katanya lagi, rakyat yang hadir hari ini, bolehlah membuat sebarang pertanyaan dan membuat aduan mereka samaada dari sudut infrastruktur jalan, perparitan, Bukit, cerun dan sebagainya. Insya-allah dengan kerjasama semua pihak selalunya tindakan yang diambil oleh MPAJ dan ahli-ahli majlis untuk atasi masaalah mereka adalah selama 3 hari sahaja bergantung kepada keadaan, katanya.

Pn. Rosilawati Ayub yang merupakan penduduk tempatan disini ketika bertemu dengan Y.b Azmin Ali telah membuat aduan mengenai beberapa masaalah yang dihadapi iaitu terdapat beberapa batang pokok telah tumbang. Kerja-kerja pemotongan yang telah dibuat oleh MPAJ telah dilakukan, namun tidak berapa sempurna beralamat di 29 wangsa 11, Tmn Bukit Antarabangsa.

Katanya lagi, terdapat saliran air najis di kawasan perparitan yang melalui rumah beliau menyebabkan berbau busuk dan kurang senang dengan apa yang berlaku. Selain daripada itu terdapat binatang seperti beruk yang semakin banyak di kawasan persekitaran perumahan ini. Menyebabkan keselamatan dan keadaan persekitaran tidak selamat kerana sering diganggu.

Saya juga mengharapkan agar MPAJ dapat menyediakan bonggol keselamatan di Jalan Wangsa Maju 11 berhadapan rumah saya kerana pengguna jalan raya yang membawa kenderaan melalui kawasan perumahan ini, begitu laju bimbang berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Saya harap aduan yang telah dibuat ke MPAJ dapat diambil tindakan segera, katanya.

Setelah mendengar aduan tersebut, Y.B Azmin telah meminta setiausaha JKP Zon 5, En Sabri agar tetapkan satu hari untuk melawat kawasan berkenaan bagi mengatasi masaalah yang dihadapi oleh Pn Rosilawati. Semakan perlu dibuat ke tapak pembinaan bonggol yang dimohon mengikut kesesuaian, katanya.


Editor : khaulah azwar





SIMFONI KASIH TAUTAN HATI