Monday, June 17, 2013

Kezaliman UMNO meroboh Masjid Bujal


Setelah semua kerja selesai, entah mengapa hati ini ingin mencari bahan rakaman youtube isu roboh Masjid Bujal yang telah berlaku pada 2008. 

Rasa hiba, geram apabila melihat kerakusan, keganasan, kezaliman oleh kerajaan UMNO sehingga tergamaknya meroboh masjid rumah Allah untuk semua umat islam beribah.

Dimanakah sikap kemanusiaan?? Mengapa pusat hiburan, rumah maksiat, hotel-hotel bajet, pub yang semakin berleluasa tidak diroboh sehingga dengan adanya pusat-pusat ini menggalakan ramainya anak-anak luar nikah, berlakunya zina, berlakunya penceraian dan sebagainya.

Hati kecil ini dan saya pasti setiap insan yang beriman melihat youtube ini akan marah. Mengapa Masjid ini di roboh tanpa alasan yang jelas?. Apakah kerana menyampaikan tazkirah kepada umat islam untuk memberi kesedaran agar di perbaiki iman dan amal menjadi kesalahan yang besar sehingga hilang pertimbangan dengan meroboh masjid ini.

Sungguh sebagai hamba Allah yang kerdil apabila melihat rumah Allah ini di robohkan hati kecil ini begitu terguris lantaran yang terlintas di hati kecil ini hanya mendoakan agar azab Allah diberikan kepada mereka yang salah guna kuasa, diberi azab kecil untuk kesedaran dan didoakan semoga hidayah Allah diberi kepada mereka yang terlibat. 

Rayuan penduduk, tangisan penduduk langsung tidk dihiraukan oleh pihak kuasa yang gila kuasa dan tiada betimbang rasa. Moga balasan Allah akan diberi kepada pemerintah yang zalim.

Apakah kita tidak sedar ketika berlakunya Tsunami besar dimana seluruh penduduk mencari tempat berteduh. Banyak harta benda  tergadai nyawa penduduk banyak terkorban. Hanya yang selamat mereka yang berteduh di rumah Allah. Sebuah masjid itulah yang mampu berdiri dengan gah nya. 

Justgeru, saya menyeru  seluruh umat Islam agar sentiasalah peliharan rumah Allah ini sebaiknya. Zaman Nabi SAW baginda bersama sahabat menggunakan masjid surau dengan sebaiknya. 

Rumah dan masjid dijadikan tempat ibadah, mesyuarat, aktiviti kemasyarakatan, berpolitik dan sebagainya untuk semua berhimpun di bawah satu bumbung di bawah satu kalimah. Apabila kita berada di rumah ini semua yang kita perolehi harta, pangkat nama di tinggalkan dan di gantung luar pintu pagar masjid surau. 

Ingatlah segala kita perolehi sementara tiada yang membezakan kita orang yang berpangkat, berharta, orang yang ada nama. Disini di rumah Allah inilah kita adalah sama disisi Allah SWT. 

Inilah kuasa Allah dengan menyelamatkan rumah Allah agar setiap yang berlaku itu, Allah SWT meminta umatnya berfikir sejenak dengan kebesaran Allah SWT. Fikir-fikirkanlah. 










Anwar Ibrahim, menyambut baik tawaran Jusuf Kalla untuk menjadi penengah di kemelut Pemilu Malaysia

Jakarta - Tokoh oposisi Pakatan Rakyat (PR) Malaysia, Anwar Ibrahim, menyambut baik tawaran Jusuf Kalla untuk menjadi penengah di kemelut Pemilu Malaysia yang melibatkan Anwar dan kontestan pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya hormati inisiatif Pak JK. Tetapi komisi belum selesai dan isu Pemilu belum selesai," kata Anwar Ibrahim dalam jumpa pers di Hotel Crown Plaza, Jl Gatot Subroto, Jakarta Selatan,Minggu (16/6/2013).

JK, menurut Anwar, dianggap mampu menjadi penengah dalam kemelut diantara kedua kontestan Pemilu tersebut. Hal ini karena JK merupakan teman akrab kedua pihak. Selain itu juga, dia menilai JK memiliki rekam jejak dalam meredam konflik, tidak hanya di Indonesia, namun juga di kawasan Asia Tenggara seperti di Myanmar.

Anwar yang mengenakan stelan jas abu itu menyatakan telah bertemu dengan Presiden SBY dua hari lalu di Bali. Dalam pertemuan itu dia berbincang mengenai permasalahan-permasalahan yang ada di Malaysia, khususnya terkait proses Pemilu Malaysia, dan beberapa kebijakan bilateral kedua negara.

"Saya juga mengutarakan tentang peranan Indonesia dan semangat idealisme demokrasi tentang kebebasan dan keadilan," ujar Anwar.

Anwar menampik rumor yang berkembang selama ini bila ada agenda dirinya bertemu dengan PM Najib di Jakarta membahas isu-isu seputar Pemilu 2013.

"Saya jelaskan, tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana peremuan," kata Anwar. 

Meski demikian, dirinya akan membuka pintu pertemuan bila sewaktu-waktu pihak dari PM Najib hendak bertemu membicarakan persoalan Pemilu. "Saya pikir harus lebih terbuka," katanya.


Ikuti berbagai peristiwa hangat yang terjadi hari ini di "Reportase Sore", Pukul 16.30 WIB, Hanya di TRANS TV


Pejabat Tanah, MPK berjaya tingkat pendapatan Kerajaan Negeri RM300 Juta

SHAH ALAM, 18 JUN:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  memuji Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana  telah berjaya meningkatkan kutipan dari hasil cukai kepada lebih RM 300 juta.
Abdul Khalid berkata, Alhamdulilah kejayaan ini hasil usaha kakitangan dua agensi tersebut yang berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
 RM 300 juta itu adalah lebih daripada pungutan cukai Kerajaan Negeri Sembilan, yang mana populasinya adalah sama dengan populasi di bawah kawasan MPK.
“Pejabat Daerah Klang telah menunjukkan kemajuan pengurusan hartanah di Klang terutama dari segi kutipan hasil, kutipan hasil tertunggak dan kutipan premium tanah", katanya.
Menurut Abdul Khalid pendapatan ini menunjukkan Pejabat Daerah dan Tanah Klang sendiri mendapat sekitar RM 120 hingga RM 130 juta untuk menambahkan pendapatan.
Jika dicantumkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Klang sebagai satu agensi dimana jumlah penduduknya sama besar dengan Negeri Sembilan.
Katanya, "dan pendapatan dari Pejabat Daerah dan Tanah Klang, didapati melebihi dari Negeri Sembilan, bermakna lebih dari RM 300 juta.”
Abdul Khalid berkata demikian dalam di dalam sidang media dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak di sini semalam.
Sebelum itu ketika menyampaikan ucapan dihadapan kira-kira hampir seribu kakitangan awam, Abdul Khalid menuntut agar mereka mengikis gaya pemikiran lama yang cukup sekadar dengan meminta maaf selepas melakukan kesilapan.
Abdul Khalid berkata meraka harus gantikan budaya itu dengan budaya meminimakan kesilapan.
Selain itu Abdul Khalid turut menyeru kakitangan awam Selangor agar menanamkan budaya ‘Bersih, Telus, Berkeupayaan dan Amanah’ ketika memberi perkhidmatan untuk rakyat Selangor.
Editor : Khaulah Azwar

PRU13 Negara Banglasia

Nurul Izzah Bidas Kenyataan PM Najib "Ada Orang Peguam Tidak Boleh Berfikir"

PETALING JAYA, 18 JUN: Kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa orang yang percaya terdapat gerakan sulit membawa masuk warga asing untuk mengundi di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 merupakan orang “yang tidak boleh berfikir” di bidas habis-habisan oleh MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Beliau berucap “saya harap rakyat Malaysia dapat menilai inilah cara pemimpin bercakap (kerana) penghinaan itu bukan kepada peguam saja, semua.
“Jangan kita lupa, Malaysia bukan sebuah negara diktator tetapi negara demokrasi, kalaupun rakyat mengundi Pakatan Rakyat, adakah itu bermaksud mereka tidak siuman?.” Kata Nurul Izzah yang ditemui hari ini.
Baru-baru ini Datuk Seri Najib Razak berkata orang ramai dan peguam yang mengesyaki ada gerakan membawa masuk warga Bagladesh untuk mengundi di dalam PRU adalah golongan yang tidak boleh berfikir.
Najib dilaporkan berkata demikian di majlis jamuan tengahari bersama pelajar Malaysia di Indonesia semasa lawatannya ke negara tersebut semalam.
Pakatan Rakyat dan beberapa NGO mendakwa terdapat bukti warga asing diberikan kad pengenalan untuk mengundi PRU 13 bulan lalu.
Nurul Izzah  merangkap Naib Presiden keadilan  menambah lagi, Najib sebagai seorang pemimpin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan angkuh, tetapi sebaliknya menyiasat dakwaan penipuan yang dibawa NGO dan Pakatan Rakyat (PRR).


Editor : Khaulabh Azwar

Mai Pakat Benteras Syiah Yang Semakin Menular



Ya-Allah peliharakanlah iman seluruh umatmu. Daripada kecil kami dilahirkan, di komat dididik mengenal Allah dan Rasul, maka hidup mati kami hanya bertuhankan satu.

PLEASE SHARE : Belia Keamanan Malaysia BKM pertama kali mendedahkan video pelancaran markas Syiah Melayu di Klang, Selangor - 12 JUN 2013

Perhatikan :
1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10)
4. Ungkapan Selawat Mereka - "..Allahummasolli'ala Muhammad Wa Aali Muhammad, Al Aimmah Wal Mahdiyyin Sallim Tasliiman Katsiiro.." (minit 3:45)

* pendedahan bersifat umum tanpa mengira pegangan politik atau kedudukan, hanya memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib serta diri kita sendiri tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang semakin berkembang.

*sebarang laporan polis belum dibuat setakat ini. wallahua'alam

(video ini ditemui admin BKM secara tidak sengaja di lama youtube yang dimuat naik oleh seorang ahli syiah melayu pada 12 JUN 2013 yang lalu - link tersebut boleh didapati disini : http://www.youtube.com/watch?v=caCMw4Bi3-M)

pemilik facebook/seorang berfahaman SYIAH yang menyiarkan link video rahsia ini di page-nya :
http://www.facebook.com/hanizi.mohamad

BKM BERSAMA BANTERAS FAHAMAN SYIAH DI MALAYSIA
 — di Klang, Selangor.
Suka ·  · Kongsi · Semalam · 

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI