Saturday, July 9, 2011

Polis boleh tahan pimpinan kita tapi tak boleh sekat suara rakyat



K.Lumpur : PAS merasa bangga dengan kebangkitan rakyat apabila melihat rakyat jelata puluhan ribu orang yang berbilang bangsa tanpa mengira peringkat umur telah berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 yang diadakan petang semalam dalam keadaan berhujan.

Walaupun semua pelusok jalan utama telah disekat oleh polis dan FRU yang telah dirancangkan oleh penganjur himpunan Bersih 2.0 untuk semua peserta Bersih berhimpun tetapi telah berjaya dirempuh oleh semua rakyat dengan keadaan aman untuk menuju ke stadium merdeka. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada???

Husam musa, Jawatankuasa PAS Pusat yang tiba kira-kira dalam 2.30 ptg diiringi oleh pengikut-pengikutnya telah memberi ucapan kepada rakyat jelata yang berkumpul di sebuah hadapan kuil Budha menuju ke stadium ketika itu melaungkan "BN itu UMNO.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik" dengan sambutan suara rakyat yang penuh semangat telah menusuk ke semua jiwa rakyat jelata yang hadir dalam himpunan itu di hadapan semua polis yang telah buat sekatan jalan . "

"Tahniah kepada semua rakyat jelata, yang saya lihat hari ini merupakan orang-orang muda ramai berkumpul disini dengan bersatu hati untuk membersihkan sistem politik negara kita. Semua bangsa berpegang teguh dengan berazam untuk berhimpun dengan tidak mengambil kisah dan merasa gentar dengan ugutan Najib yang menggunakan kuasa politik BN ".

Rakyat jelata yang berhimpun di situ juga telah telah dimaklumkan bahawa muka pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) mengalami kecederaan yang teruk disebelah kanan akibat ditembak pemedih mata. Alhamdulilah DSAI selamat manakala Tok Guru Hadi Awang, Presiden PAS di tahan polis.

Saya juga merasa bangga dan terharu apabila melihat sokongan rakyat jelata untuk pertahankan pimpinan -pimpinan kita daripada di heret polis.

"Rakyat jelata nampak hebat dan tidak berganjak disitu walaupun digertak dengan polis dan disembur dengan pemedih mata berulang kali semata-mata untuk pertahankan pimpinan dan menutut kebebasan pilihraya di malaysia ini yang telah dikotori oleh pihak tidak bertanggungjawab".

Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata lagi, "polis boleh tahan pimpinan kita, tetapi mereka tidak boleh sekat dan halang kebangkitan rakyat malaysia. Hari ni merupakan hari bersejarah buat negara malaysia kerana rakyat telah berhimpun dengan aman sekali walaupun diri terpaksa korbankan tenaga dan diri mereka".

"Kita akan tunjukkan pada mereka, kita berhimpun degan aman, baik sopan..kita berani keluar ke jalan raya untuk menuntut keadilan bagi seluruh rakyat malaysia agar sistem perjalanan pilihanraya mesti berjalan dengan jujur, tulus dan bersih".

"Agong telah bertitah agar kerajaan diminta jalankan sistem pilihanraya dengan adil, tulus dan saksama. Agong juga telah bertitah kerajaan mesti dengar suara rakyat tetapi sekarang Najib langgr perintah Agong, UMNO-BN langgar perintah Raja, mereka derhaka kepada Raja dan Negara".

Akta sistem negara 112(4) SPR mestilah menjadi badan kepercayaan awam, tetapi fenomena hari ni menunjukkan perhimpunan rakyat malaysia telah dihalang. Petugas Media juga disekat oleh polis. Ini jelas terbukti sistem pilihanraya negara kita lemah. Rakyat hilang terus kepada SPR yang ada di malaysia ini.

"Kita tuntut kepada Yang di Pertuan Agong agar gubarkan sistem SPR yang ada sekarang. Dalam perlembagaan negara kita, Agong boleh melantik SPR yang baru, menggunakan sistem SPR yang baru dan bersih, SPR yang tidak berat sebelah tetapi menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, tulus dan adil, kata Husam".

Dengan berbagai tragedis yang berlaku dalam himpunan Bersih 2.0 akibat provokasi daripada polis dan FRU kepada rakya, saya percaya kita akan menang dalam PRU ke 13 dengan hapuskan Najib dan semua kuncu pimpinan UMNO melalui kuasa rakyat.

"Kita akan campakkan mereka keluar daripada Putrajaya dalam pilihanraya nanti", katanya dengan sambutan sorakan takbir oleh rakyat jelata yang hadir di himpunan itu.


Editor : khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI