Sunday, May 23, 2010

616 Warga Emas Diraikan dengan Majlis Ramah Mesra Usia Emas


Gombak – Acapkali kita mendengar Warga Emas apabila telah semakin hari lanjut usia di pinggirkan oleh anak-anak sendiri apabila mereka telah berjaya. Apatahlagi apabila ibubapa mereka tidak berkemampuan lagi untuk menguruskan diri mereka dengan sempurna, memerlukan perhatian sepenuhnya dan mengaharap kasih sayang daripada anak-anak untuk meneruskan sisa-sia kehidupan ini .

Tetapi sebagai anak adakah terdetik di hati mereka diatas kesedihan, kesusahan ibubapa mereka selama ini?? Ibubapa sanggup mengorbankan apa sahaja untuk melihat kejayaan anak-anak mereka. Namun di setiap pengorbanan yang dilakukan tidak diharapkan balasan. Apakah kita telah membalasnya dengan secukupnya??.

Wang Ringgit bukan ukuran tetapi yang penting kepada insan yang bergelar Warga Emas disaat nyawa penghujung hayat yang lebih penting adalah perhatian, belaian kasih sayang anak-anak terhadap dirinya.

Untuk mengiburkan hati dan mengubat kesunyian warga emas yang diantaranya telah dipinggirkan oleh anak-anak, PKM Dun Gombak Setia dengan kerjasama Zon Gombak Setia telah mendekati dan mengambil inisatif untuk bersama golongan tersebut tidak mengira bangsa, agama mahupun ideologi pemahaman politik yang berbeza.

Golongan tersebut telah mendapat perhatian sewajarnya daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia yang diterajui di bawah pimpinan Y.B Dato’ Hasan Mohd Ali dengan Mengadakan Majlis Ramah Mesra Usia Emas baru-baru ini di Dewan Pusat Kebajikan Gombak Setia (PKGS).

Seramai 616 orang yang hadir. 225 orang Warga Emas yang berdaftar Skim Mesra Usia Emas telah menerima sumbangan hadiah cenderahati daripada pihak penganjur dan yang masih tidak berdaftar juga turut menghadirkan diri seramai 391 orang.

Majlis tersebut telah di dirasmikan oleh Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia).

Turut menghadirkan diri Tok Penghulu Zuraimi B. Mohani, Imam Masjid As-Syakirin Al-Fadhil Utz Hj Elias B. Hj Yusof yang telah membaca doa selamat bagi memberkati majlis tersebut.

Sepanjang perjalanan program Ramah Mesra Usia Emas dijalankan kaunter pendaftaran SPR, Warga Emas telah dibuka dan didapati program ini telah mendapat sambutan yang amat baik sekali .

Y.B Dato’ Hasan berkata ” Saya amat terkejut juga apabila telah dimaklumkan oleh Hj. Abd Wahab dimana pendaftaran Warga Emas pada hari ini diluar jangkaan pihak penganjur kerana didapati bilangan warga emas yang berdaftar hampir seramai 391 orang dan kehadiran pada hari ini juga telah mencecah 616 orang. Alhamdulilah semoga rakyat gombak sentiasa memberi sokongan padu kepada saya, semua pimpinan gombak, ketua kg dan kakitangan PKM Dun Gombak setia dalam mengadakan semua program bersama rakyat gombak, katanya”.

Selain daripada itu, YB Dato’ juga telah memaklumkan kepada semua yang hadir mengenai kelebihan yang telah diterima oleh rakyat yang telah ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam masa 2 tahun lebih pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) dimana rakyat selangor telah menerima sumbangan Khairat kematian sebanyak RM 1000 dan baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Katanya lagi, selain daripada itu rakyat selangor juga tidak dikenakan bayaran bil air dibawah RM20 dimana pihak kerajaan Negeri akan membantu membayarnya.

Ibubapa juga boleh mendapat bantuan RM1000 bagi menguruskan kemasukan anak-anak ke IPT dan sebagainya seperti yang termaktub dalam manifestro PRU ke 12. Semua keistimewaan ini diberi kepada semua rakyat selangor tidak kira bangsa, agama atau pemahaman idelogi politik yang berbeza.

Beliau juga berhasrat akan mengadakan 1 program bersama Warga Emas untuk memberi semangat kepada mereka yang telah duji dengan berbagai penyakit kerana jiwa seorang warga emas yang telah diuji dengan kesakitan mereka merasakan kehidupan ini tidak bermakna lagi apatahlagi jika anak-anak tidak memberi perhatian yang wajar kepada ibubapa mereka. Oleh demikian, beliau berhasrat insya-allah akan berusaha untuk mengadakan program motivasi kepada pesakit, warga emas persiapan menghadapi hari tua , katanya.

Bagi merasmikan penyampaian Sumbangan Cenderahati Majlis Ramah Mesra Usia Emas telah disampaikan oleh Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali kepada 6 warga emas dan selainnya telah disempurnakan oleh Hj. Wahab Shaarani dan Penghulu Kg. En. Zuraimi B. Mohari.

Penerima sumbangan Cenderahati Mesra Usia Emas Pn. Mahanom Manap 73thn berkata ” Saya melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada pihak Adun Gombak Setia dan semua pimpinan Paktan Rakyat (PR) yang telah banyak membantu meringankan rakyat negeri selangor. Semoga segala sumbangan diberikan sedikit sebanyak membantu rakyat, katanya”.

En. Ismail Md Yunus 68thn yang telah menerima sumbangan tersebut berkata “Alhamdulilah semenjak pakatan rakyat (PR) mentadbir negeri, kita dapati rakyat negeri selangor telah menerima faedah yang banyak seperti yang dijanjikan dalam PRU ke 12 yang lalu dan amat berbeza dalam pemerintahan Kerajaan UMNO/BN selama 50thn memerintah rakyat tidak mendapat faedah apa-apa, kita semua rasa terkilan, ujarnya”.

Jadi saya mewakili pihak rakyat gombak mengucapkan terima kasih kepada Adun Gombak Setia yang telah menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik kepada rakyat, Semua Pimpinan Gombak, Kerajaan Negeri, Exco-exco, Ahli-Ahli Majlis MPS yang telah menjalankan amanah ini sebaiknya dengan jujur.

Semoga kepercayaan rakyat berikan kepada pimpinan PR akan terus dilakasanakan dan memberi kepuasan kepada semua rakyat, dan kami amat setuju 100% kepada MB Selangor yang sangat membantu rakyat seperti (MES) katanya”.

Hj. Abd Wahab berkata tujuan mengadakan program Ramah Mesra Usia Emas ini adalah untuk membuka minda rakyat warga emas yang tidak mengetahui Skim Warga Emas untuk mendaftar dengan segera agar mereka tidak ketinggalan untuk menerima faedah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Oleh yang demikian kami menyeru kepada semua rakyat harus merebut peluang ini dengan sebaiknya untuk kebaikan mereka dan ahli keluarga mereka, katanya.

Semua rakyat yang hadir telah dijamukan makan petang bersama YB Dato’ Hasan bagi menikmati kekayaan negeri selangor untuk dikongsi kepada rakyat.


Editor : Khaulah Azwar

Sarawak : BN Bakal di Hukum



Dr Jeniri Amir

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bertolak dengan jet dari Kuantan sesudah merasmikan Hari Guru Peringkat Kebangsaan menjelang senja, ke bandar 270,000 penduduk itu.


Tetapi beliau tidak pun menjejakkan kaki ke Dewan Suarah, tempat undi dijumlahkan dan pemenangnya diisytiharkan. Hasrat beliau tentu untuk meraikan kemenangan BN yang benar-benar ingin membuktikan bahawa kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang turun berkempen tiga kali, diterima oleh rakyat.

RM400 juta ditaburkan

Namun, Muhyiddin difahamkan bertolak balik ke Kuala Lumpur sebelum jam 9 malam sesudah mengetahui bahawa calon DAP, Wong Ho Leng mendahului calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Robert Lau Hew Yiew.


Keyakinan BN untuk memenangi kerusi itu bukan tidak berasas, mengambil kira jumlah wang yang disalurkan dan janji yang ditaburkan kepada pengundi. Dikatakan lebih RM400 juta dijanjikan untuk pelbagai projek pembangunan bagi menakluki minda dan jiwa pengundi.

Pada hari terakhir sebelum hari mengundi 16 Mei lalu, pemimpin BN mendapat maklumat daripada risikan dan instrumennya bahawa calon mereka masih mendahulu DAP sekitar satu peratus.

Presiden S

UPP Tan Sri George Chan Hong Nam dan pemimpin BN Sarawak menyifatkan kekalahan itu sebagai kekalahan kecil. Bagi mereka, seekor ayam yang berkokok tidak semestinya menandakan hari akan siang.

Mereka menasihati DAP supaya tidak terlalu yakin dan angkuh dengan kemenangan itu. Bagi BN, itu bukan bermakna bahawa kunci ke Petrajaya dan Putrajaya akan terlepas daripada tangan mereka.

Bagi DAP kemenangan itu memberi keyakinan dan semangat tinggi untuk melebarkan pengaruhnya dalam pilihan raya negeri nanti. Dalam pilihan raya lalu DAP mememenangi kerusi di bandar Kuching, Meradong dan Bukit Assek, Sibu.

Seterusnya, Miri?

DAP menyimpan azam tinggi untuk menakluki kerusi negeri dan Parlimen di Miri yang sejak sekian lama menjadi kubu kuat BN. Tetapi dengan trend dan pola pengundian yang diperlihatkan di Sibu, terutama dalam kalangan pengundi Cina, dapatkah SUPP, parti tertua Sarawak itu terus dengan keyakinan bahawa Miri akan terus dikuasainya?


Dari segi pecahan undi, pengundi Cina menyumbang sebanyak 66.7 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di Sibu. Dalam pilihan raya kecil lalu, terdapat peningkatan yang ketara, daripada 62 peratus pada pilihan raya umum 2008 kepada 69 peratus menyokong DAP.

Mati-matian pemimpin SUPP dan pemimpin negeri mengatakan bahawa trend di Hulu Selangor dan di Semenanjung tidak mungkin berlaku di Sibu dan Sarawak. Kekalahan di Sibu merupakan tamparan hebat kepada SUPP dan pimpinan Ketua Menteri. Bagi SUPP, ia merupakan pil pahit yang perlu ditelannya menjelang pilihan raya negeri.


Mereka lupa bahawa pengundi Cina di Sarawak sebenarnya mendahului pengundi Cina di Semenanjung apabila enam kerusi bandar dikuasai SUPP terlepas ke tangan DAP pada 2006.

Mereka bagai tersentak apabila pengundi Cina langsung tidak mempedulikan rayuan dan gula-gula yang dihulurkan oleh Najib menjelang pilihan raya, termasuk bantuan RM18 juta kepada sekolah Cina dan sekolah menengah bantuan Methodist.

Mac, April 2011 - Pilihan Raya Sarawak?

Bagi mereka, bantuan itu adalah hak mereka, dan datang terlalu lewat ketika banyak lagi sekolah serupa tidak menerima bantuan di seluruh Sarawak.


Peningkatan sebanyak 4 peratus undi di kalangan orang Iban juga bukanlah sesuatu yang signifikan dan dapat dibanggakan sangat jika diambil kira jumlah menteri dan pemimpin politik BN yang turun ke bawah dan jumlah peruntukan yang disalurkan di kalangan penghuni rumah panjang ketika tempoh berkempen.

Kemenangan DAP menyebabkan SUPP semakin risau akan nasibnya dalam pilihan raya negeri yang kini perlu dianjakkan.


Besar kemungkinan pilihan raya Sarawak diadakan sekitar bulan Mac atau April tahun depan. Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri sejak 29 tahun lalu, dan baru meraikan hari jadi ke-74 pada 21 Mei lalu, tidak akan berani mengambil risiko parti BN itu terus dilibas oleh DAP.

Ketua Menteri paling lama memerintah di Malaysia itu ingin membuktikan bahawa kepemimpinan beliau terus diterima oleh 2.5 juta rakyat Sarawak, dan kegagalan BN memenangi sebarang kerusi bukan petanda bahawa rakyat benci kepada beliau biarpun terdapat kain rentang di Sibu yang berteriak 'Undi SUPP=Undi Taib' dan 'Bye-bye to Taib's Dynasty'.

Mungkinkah SUPP akan dicampakkan oleh masyarakat Cina sama seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung? Jika parti yang ditubuhkan pada 1959 itu gagal mmembaiki kelemahannya dan gagal memenuhi aspirasi masyarakat Cina, jangan hairan ia akan menerima padah.


SUPP bakal menghadapi tentangan sengit di kerusi bandar dan berdepan dengan kekalahan di beberapa kerusi lain termasuk di Pelawan, Sarikei dan Dudong. Dalam pilihan raya negeri 2006, SUPP hanya menang tipis di kerusi terbabit.

Jika perkara ini berlaku, DAP dapat menambahkan jumlah kerusi kepada sembilan dalam pilihan raya negeri yang dijangka semakin sengit berbanding 2006.

Dalam pilihan raya itu nanti, BN berdepan dengan pati komponan Pakatan Rakyat yang bersatu, terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PAS.

Semua kerusi pasti ditandingi, berbeza daripada sebelumnya apabila sebahagian kerusi dimenangi tanpa bertanding. Dengan kerjasama dan persefahaman parti komponen Pakatan Rakyat, BN tidak mungkin diberi laluan mudah. SUPP yang dibelenggu masalah kepemimpinan dan intrig dalaman dijangka gagal menyelesaikan masalah itu dan membaiki imejnya dalam tempoh singkat.


Kini, Pakatan Rakyat semakin mendapat momentum sesudah wakil rakyatnya, Dominique Ng (PKR-Padungan) dan Chong Chien Jen (DAP-Kota Sentosa) digantung selama 12 bulan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak minggu lalu. Seorang lagi ADUN Ting Tze Fui (DAP- Meradong) bakal menerima nasib yang sama.

Meskipun Wong Ho Leng pengerusi DAP negeri menyifatkan tindakan itu sebagai balas dendam terhadap keupayaan DAP memenangi kerusi Sibu, namun ia tidak lebih sebagai percubaan untuk menyekat suara lantang pemimpin pembangkang daripada mengkritik dasar kerajaan di bawah pimpinan Taib.

Dengan tindakan keras diambil terhadap wakil pembangkang itu, ia sebenarnya hanya menguntungkan DAP kerana masyarakat Cina tidak suka wakil mereka diperlakukan sedemikian. Isu itu hanya akan menyemarakkan kemarahan pengundi Cina yang tentu akan terus menyokong calon DAP. Justeru, jangan hairan, sekali lagi SUPP akan dihukum keras oleh pengundi Cina di bandar dalam pilihan raya negeri nanti.
Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang pernah menjadi pengetua sekolah. Beliau juga pernah menjadi ketua editor akhbar dan menulis lebih 50 buku serta 1,500 artikel yang disiarkan dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Beliau merupakan penerima Anugerah Buku Negara pada 2005 dan Penerima Anugerah Buku Unimas pada 2007.

Bidang kepakarannya ialah media dan politik. Penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak ini memperoleh PhD daripada Universiti Malaya pada 2008. Dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, komen beliau banyak diminta oleh stesen TV dan akhbar tempatan dan nasional.

__._,_.___

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI