Tuesday, August 25, 2009

Bln Rmadhan Bln KEMENANGAN..JANJI ALLAH yg PASTI AKAN BERLAKU JG.


Salam Jihad, salam ramdhan dan kemenangan buat semua pengunjung dan semua umat ISLAM,syukur alhamdulilah dipanjat kesyukran setingginya kepada penciptanya yg telah menetapkan segalanya..terlebih dahulu ana dan semua jentera prk tidak kira dimana pelosok negeri telah menyumbangkan tenaga pertahankan KEMENAGAN ISLAM mengucapkan jutaan terima ksh atas sokongan diberi,seandainya tidak berkesempatan utk berjuang bersama hanya kami harapkan semua pengunjung dan umat ISLAM sentiasa doakan perjuangan kami dimudahkan, itu jg mengcukupi jika tidak berkemampuan utk bersama di medan pertempuran..
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Seperti yang dinyatakan di dalam artikel saya yang lepas, Ramadhan juga dikenali dengan bulan jihad dan bulan kemenangan. Tidak sampai 12 jam sahaja lagi proses pembuangan undi akan ditutup sempena Pilihanraya Kecil (PrK) di N11 Dun Permatang Pasir. SPR telah menetapkan tarikh untuk membuang undi ialah pada hari Selasa, 25hb Ogos 2009 bersamaan 04 Ramadhan 1430H. InsyaAllah PAS akan diberikan kelebihan oleh Allah SWT kerana mempunyai petugas yang menjadikan pilihanraya sebagai wasilah untuk berjihad di bumi Malaysia.

Pertembungan antara dua ideologi
Pilihanraya Kecil Permatang Pasir memperlihatkan calon yang menjadi pilihan PAS menentang calon tangkap muat UMNO. Pertembungan di antara parti yang ingin menegakkan Islam dengan parti yang masih menerima undang-undang penjajah. Kali ini sekali lagi PAS berdepan dengan musuh tradisinya UMNO secara satu lawan satu. Calon PAS iaitu Ustaz Salleh Man adalah calon pilihan akar umbi manakala calon tangkap muat UMNO pula ialah Rohaizat Othman. Ustaz Salleh Man memiliki segulung Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Malaya sekitar tahun 80-an. Walaupun ‘ijazah’ pada ketika itu sangat laku tetapi Ustaz Salleh Man tidak menjadikan ijazahnya sebagai ‘barang dagangan’.

Malah kredibiliti calon pilihan PAS turut diakui oleh orang bukan Islam sendiri. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa ceramah beliau telah berkata: “Ustaz Salleh Man ini kita tengok mukanya pun kita tahu, dia seorang yang baik dan beriman. Kita mahu seorang yang baik, kita mahu anak soleh bukan anak emas, anak soleh ini dia tidak menipu dan tidak membuat penyelewengan.”

Kredibiliti calon tangkap muat UMNO dipersoal
Manakala Rohaizat Othman pula dilaporkan mempunyai rekod buruk dalam profesion guaman. Akhbar Harakah Bil: 1466 bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan/21 – 23 Ogos 2009 melaporkan “keputusan carian adalah berikut: 7 March 2008 – Order under Section 103D LPA 1976 – Rohaizat bin Othman – (Struck Off) – Link direct ada di alamat ini Web Rasmi MAJLIS PEGUAM – Nota: Struck Off = Dibatalkan!. Apabila badan disiplin yang dilantik oleh Majlis Peguam Malaysia menyiasat dan seterusnya membuat keputusan (PERINTAH) bahawa seorang peguam itu dikenakan struck off, kesalahan yang dilakukan bukan calang-calang kesalahan atau kesilapan”.

Rohaizat Othman juga dikaitkan dengan isu moral. Beliau dikatakan tidak memberikan keadilan kepada isteri keduanya yang bernama Hafizah. Tetapi malangnya Rohaizat Othman menafikan dakwaan beliau mempunyai isteri kedua sedangkan Ketua Pemuda PAS, Al-fadhil Ustaz Nasrudin Hassan telah mendedahkan sebaliknya. Ustaz Nasrudin Hassan yang mengenali keluarga Hafizah berkata bahawa Hafizah dinikahi Rohaizat pada tahun 2005, namun hanya didaftarkan pada tahun 2008 di Pahang.

Kata Ustaz Nasrudin lagi “Jika Rohaizat tidak boleh memberi keadilan kepada isterinya, bagaimana pula mahu menjadi wakil rakyat dan memberi keadilan kepada rakyat yang berjumlah 20,000 orang di Permatang Pasir?,”

Ambil iktibar daripada Perang Badar
Dalam sejarah Islam telah terbentang kepada kita satu peperangan yang telah berlaku di bulan Ramadhan. Peperangan tersebut ialah Peperangan Badar. Peperangan ini digelar oleh Allah SWT sebagai ‘yaumul furqan’ yang bermaksud (hari perbezaan di antara yang haq dan bathil). Ia menjadi mercu tanda kepada pertembungan antara iman dan kufur.

Nabi SAW telah memimpin tentera Islam seramai 313 orang beserta 2 ekor kuda perang dan 70 ekor unta. Manakala Abu Jahal telah mempersiapkan tentera musyrikin seramai 1300 orang dan segala perbelanjaannya dibiayai oleh tokoh-tokoh korporat Makkah.

Sayyid Qutb menegaskan bahawa kemenangan di Badar adalah mukjizat nyata dari Allah SWT yang dicapai tanpa alat-alat senjata yang biasa digunakan untuk mencapai kemenangan. Sekalipun jika dilihat daripada mata kasar ianya tidak seimbang dari sudut bilangan dan kekuatan ketenteraan Nabi SAW dengan tentera musyrikin.

Bertaqwalah kepada Allah SWT

Hendaklah diyakini bahawa tiada siapa yang dapat menolong melainkan Allah. Jika ada perasaan takut (dengan kekuatan musuh), hendaklah bertaqwa kepada Allah yang memiliki kemenangan dan kekalahan. Allah SWT mengajar umat Islam bahawa segala urusan hendaklah dipulangkan kepadaNya sebagai penentu segalanya.

Hikmah kemenangan di medan Badar
Syed Qutb berpendapat al-Quran telah menjelaskan hikmah kemenangan di medan Badar melalui firmanNya:


Selamat mengundi kepada seluruh pengundi di Permatang Pasir
Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan Islam. Dan akhirnya jelas nyata antara perjuangan menegakkan yang haq dan perjuangan menegakkan yang bathil. Takbir! Allahu Akbar.

p/:s titipan posting daripada sorg shbt utk suntikan santapan rohani kita.

Peratus merosot, SPR digesa ubah hari mengundi ke hari cuti


Wed | Aug 26, 09 | 8:51:10 am MYT
BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos: Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam.


Beliau yang juga Naib Presiden PAS dalam satu sidang media di markas induk malam tadi berkata, kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi.

"Saya minta supaya ini menjadi pengajaran kepada SPR untuk melihat pada masa akan datang sebarang bentuk pilihanraya khususnya pilihanraya kecil perlu dibuat pada cuti hujung minggu.Dan ini juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kekurangan majoriti yang kita perolehi," katanya pada sidang media selepas SPR mengumumkan kemenangan calon PAS.

Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man dengan kemenangannya itu berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang telah memilihnya sebagai wakil mereka dan menganggap kemenangannya hasil kerja kuat Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera Umno dan juga jentera kerajaan.

"Terima kasih kepada seluruh jentera PAkatan RAkyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja melawan jentera BN.Kita InsyaAllah akan meletakkan satu tanggungjawab yang baik dan bekerjasama di semua pihak," katanya.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato' Seri Zaharin Hashim pula berkata, kemenangan Pakatan Rakyat kali ini sekali lagi membuktikan parti-parti dalam Pakatan dapat bekerjasama dengan baik, tidak seperti yang digembar-gemburkan media milik BN selama ini bahawa Pakatan Rakyat semakin rapuh dan sering bertelagah sesama sendiri.

Ujarnya,kemenangan itu juga menggambarkan rakyat kini menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat dan tidak dapat lagi diperbodohkan BN setiapkali dalam kempen pilihanraya mereka.

"Ini membuktikan bahawa rakyat memang menolak Barisan Nasional. Mereka menaruh harapan kepada parti Pakatan Rakyat dan kita telah tunjuk kepada rakyat di Permatang Pasir bahawa Pakatan Rakyat boleh bekerjasama dengan padu," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi.

Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999._mna _


Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar

Harakahdaily
Tue | Aug 25, 09 | 7:16:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.

Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja.

Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.

Image

PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.

Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.




Image

Walaupun diuji dengan berbagai menhnah dan tomahan UMNO semaasa menjalankan tugasan pihak petugasa dan penoyokong PAS sentiasa bersabar daam melayani kerenah mereka

Image_

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI