Tuesday, June 12, 2012

Wanita Akan Ramai Jadi Pimpinan Jika PAKATAN Tawan Putrajaya-DSAI


Sepang : Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail telah merasmikan Pusat Wanita Berdaya (PWB) sempena Festival Wanita Selangor.



Beliau dalam ucapannya berkata, PWB   merupakan pusat aktiviti wanita setempat bertujuan untuk memberdaya wanita dalam berbagai bidang.
Penjenamaan semula dan pengiktirafan duapuluh satu Pusat Wanita Berdaya (dahulunya dipanggil Pusat Komuniti Wanita). 


Antara aktiviti yang tekankan ialah peningkatan ilmu-ilmu semasa yang melibatkan penggunaan teknologi seperti IT, usaha-usaha peningkatan status ekonomi, celik undang-undang dan hak insan, pengisian berkaitan kesihatan holistik wanita, kekeluargaan, alam sekitar dan lain-lain lagi.


Ujarnya lagi, Pelan Tindakan Wanita Negeri Selangor telah menyasarkan kategori wanita berkerjaya dan mereka yang bekerja dalam sektor informal, para suri rumah, ibu tunggal, remaja perempuan, wanita muda, wanita warga emas, OKU, orang asli, wanita migran, wanita industri dan wanita yang berpendapatan rendah sebagai yang wajar diberi perhatian dalam langkah-langkah memberdayakan wanita Selangor.


Khidmat yg sangat baik untuk wanita di Selangor telah diambil contoh oleh kerajaan persekutuan dan lain-lain negeri-negeri di Malaysia; itu menandakan bahawa Wanita Selangor memimpin dalam mencorak kemajuan dan masa depan wanita di negara ini.


Beliau kata  demikian dalam ucapan Festival Istimewa Untukmu Wanita, anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor di Pekan Salak,
Sepang, Selangor yang bertemakan “Wanita Berdaya, Selangor Berjaya”


Sementara itu, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya ”Saya dan Azizah hadir hari ini memberi galakan yang tidak terhingga kepada wanita Selangor.”


“Peranan wanita itu tidak difahami secara tradisional di mana peranan wanita telah dikhususkan hanya dalam lingkungan kehidupannya di rumah dan rumahtangganya.


Sejarah Islam dan manusia telah merakamkan peranan wanita sebagai sumbangan yang sangat besar sehingga Perjanjian Aqabah ke dua di sebut juga dengan nama Aqabah An Nisa’ kerana hadirnya wanita dalam ikrar menegakkan kebenaran dan keadilan serta membela mereka yang dizalimi, membebaskan mereka dari belenggu perhambaan manusia oleh manusia di kala itu
, “ katanya.


Jelas Anwar lagi, dewasa ini semuanya membicarakan bahawa wanita itu penting, tapi adakah semuanya memberi keadilan kepada wanita?


Di  Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia, wanita berada di tahap yang cukup cemerlang tetapi adakah penyertaan wanita setimpal dengan kemampuannya?


Wanita adalah tunggak Negara,   Wanita adalah aset penting Negara,   Wanita adalah penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, dan macam-macam lagi bicara enak tentang wanita.  


Tetapi apabila ingin meletakkan wanita dalam barisan pembuatan dasar dan keputusan, bermacam-macam alasan diberi, terutamanya alasan pergerakan wanita itu terhad, khususnya di malam hari.


Apa yang diperlukan ialah harus ada langkah yang lebih berani untuk meletakkan wanita itu di status yang sewajarnya sejajar dengan bicara-bicara bahawa wanita itu penting dalam menjayakan segala hasrat dan tujuan agenda reformasi negara.


Begitu juga dalam menetapkan barisan calon-calon dalam pilihan raya, wanita sering tidak dipertimbangkan.


Maka mesti ada usaha yang lebih, ada langkah jitu dan berani untuk menetapkan dalam pilihan raya akan datang calon-calon wanita di Dewan Negeri dan Parlimen. 


“Bila Najib Razak nanti menjadi ketua pembangkang, barisan kabinet menteri dan timbalan menteri akan menyaksikan satu bilangan wanita yang jauh lebih ramai dari yang pernah disaksikan sepanjang sejarah pemerintahan negara ini.


“Pakatan rakyat akan memberi ruang dan peluang yang secukupnya kepada wanita untuk didengari langsung dari mereka.


“Golongan anak muda, peneroka FELDA dan lain-lain, segala isu yang penting dan memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai ibu, isteri, anak, pekerja dan lain-lain peranan yang dipenuhi.


“Dalam konteks pendirian Islam, soal keyakinan dan aqidah berkaitan juga dengan usaha-usaha memartabatkan kedudukan wanita dalam berbagai kapasiti, aktivisme kehidupan mereka serta dalam menangani permasalahan yang berkaitan.


“Begitu juga  dalam sistem mahkamah syariah, pentadbiran dan perlaksanaannya wajarlah diimplementasikan dengan adil dan saksama. 

 “Para qadi harus prihatin dan menjamin keadilan sebenarnya bagi isteri, suami dan anak-anak.   Islam itu kuat dengan hukum tetapi keadilan itu tidak akan berlaku jika sistem tidak ditadbir dengan telus dan baik.


“Institusi dalam negara itu mestilah kukuh dan memberi jaminan kepada para isteri apabila suaminya meninggal dunia atau kurang berupaya dalam usaha mencari nafkah untuk keluarga.  


Sekiranya wanita, isteri, dan ibu ditinggalkan tanpa jaminan, maka ia bermakna ada kekurangan dalam sistem kenegaraan dan pentadbiran negara yang perlu diteliti dan diperbaiki.  


Pengumpulan dan catatan dari database dan hasil kaji selidik bukan hanya merupakan angka dan statistik, tetapi ia mestilah menjadi panduan utk menetapkan langkah-langkah komprehensif dan melaksanakan tindakan presis untuk memberi jaminan kewangan kepada wanita Malaysia yang perlu pembelaan”, kata Anwar.


Anwar merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh menambah lagi, “Skim Nasional Wanita akan di laksanakan segera apabila Pakatan Rakyat berjaya menempa teraju kepimpinan Putrajaya.


“Paktan Rakyat akan sentiasa menjanjikan apa yang boleh ditunaikannya.


Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu juga juga telah menyentuh soal kepimpinan yang bertanggungjawab dan telus dalam mengurus pendapatan dan kewangan negara, milik rakyat Malaysia”, ujar Anwar.

Sehubungan itu, Anwar juga lahir rasa kesalnya apabila kerajaan Pusat yang di pimpin Najib, membela ibu tunggal hanya diberi beberapa puluh ringgit, tetapi elit negara mendapat komisyen ratusan juta, bahkan dibantu oleh pinjaman-pinjaman yang bernilai ratusan juta jua.


Menurut  Anwar, Skim Nasional Wanita yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ini merupakan caruman wajib untuk jaminan masa depan wanita.
Malaysia akan menjadi negara yg pertama melaksanakannya di rantau ini apabila Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya nanti.


Hadir  sama Majlis Festival, isteri Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Pekawanis.   Beliau telah melancarkan Laman Dapur Wanita Desa yang menjadi satu lagi produk baru di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor.

Editor : Khaulah Azwar

Anwar Dedah 3 Million, UMNO bila Lagi?? Sebarkan

Sila click dokuement ni bagi besar dan jelas. tq
Mohon semua akhwat sebarkan .. Share beb! Share seramai yang boleh.. tuduhan UMNO BN terhadap DSAI..

DSAI sudah sahut Cabaran . DSAI dah ready nak istihar harta, yang tak ready TPM dan Kuncu2 nya jer.. kih3 Ini dokumen terlibat,

Korang Nampak tak? Boleh baca tak? kalau tak nampak maknanya anda orang UMNO yang tak cerdik.. kahkahkah Yang penting korang tolong panjang-panjangkan surat ini.. kalau tidak anda siapa lagi?

Nak tunggu TV3? TV3 bukak berita lama lepastu tinggal tak berjawab, tujuan nak burukan je.. Tonton video inh beb! Pastu share! Sebarkan. Anda wartawan yang berkebolehan. :0


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI