Wednesday, May 9, 2012

Selangor wujud Taman Botani Al-Quran

Klang : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali melahirkan rasa gembira apabila program pertama jejak ilmuan Kerajaan Negeri  mewujudkan Taman Mini Botani Al-Quran telah berjaya dilaksanakan.


Beliau berkata dalam ucapan perasmian Taman Mini Botani Al-Quran, di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek, Klang, “ negeri Selangor telah mencatit sejarah  negeri pertama di Malaysia mewujudkan Taman Mini Botani Al-Quran di sekolah bagi memperkasakan bidang pendidikan berasaskan Islam”.

“Saya harap dengan adanya  Taman Mini Botani Al-Quran semua warga pendidik dan pelajar akan lebih memahami dan mengetahui jenis pokok dan khasiatnya sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran”.

“Buat pertama kalinya kita berada dalam satu majlis memperkenalkan satu pembaharuan iaitu Taman Mini Botani Al-Quran di mana sebelum ini tiada lagi di tempat lain sama ada sekolah agama atau sekolah biasa”, kata Dr Halimah.

Jelasnya lagi,  timbulnya  idea taman mini tersebut adalah ekoran undangan Kerajaan Qatar bersama Dr Abdul Latip di mana Qatar mahu mengembangkan Taman Botani Al-Quran di seluruh negara itu bagi memberi pendidikan berasaskan Islam.

Program Taman Mini Botani Al-Quran Pertama ini dijalankan Kerajaan Negeri  dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel) dengan peruntukan RM60,000 bagi memperkenalkan penanaman pokok yang terdapat di dalam Al-Quran.
Antara pokok yang ditanam di sekolah tersebut ialah Pisang, Lidah Buaya, Selasih, Setawar Hali, Labu Air, Timun, Jagung dan Inai.

“Selangor adalah negeri pertama yang memperkenalkan taman dengan konsep sebegini dan kita mahu meluaskannya ke daerah lain, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Sekolah SRA Kampung  Delek, Noraini ketika ditemui melahirkan rasa bangga kerana sekolahnya dipilih sebagai tapak perintis bagi projek tersebut.

“Saya bersama semua kakitangan sekolah berbesar hati dan bangga dengan pemilihan ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri, UNISEL atas penghargaan ini,” katanya.
 
Editor : Khaulah Azwar

Fitnah UMNO-Saya Tidak Gentar dan Berundur, Azmin Ali


Gombak: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempelak media dan Blogger pro UMNO yang tidak henti-henti menyebarkan fitnah jahat dengan menyebarkan foto aksi ghairah saya bersama seorang wanita di dalam tandas dan sofa.

Katanya, saya yakin dengan sebaran  fitnah di buat adalah bertujuan   mengalihkan pandangan rakyat dari isu penipuan pilihanraya dan penyelewengan dana awam ini dimana Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas Bersih 3.0,” katanya ketika di hubungi media hari ini. 

Jelasnya lagi, terdahulu Umno-BN melemparkan fitnah jahat dengan mengaibkan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, pemimpin kanan PKR, Badrul Amin Bahron.

Budaya fitnah jahat ini memperlihatkan sikap pemimpin-pemimpin Umno yang merendahkan akhlak orang-orang melayu dimata masyarakat lain dan ianya menjadi hobi mereka. 

Skrip fitnah  isu seksual yang direka dan  Umno-BN ini sudah berulang selama 14 tahun walaupun bukti sudah jelas nyata bahawa tuduhan mereka merupakan pembohongan semata-mata,”kata Timbalan Presiden PKR,  Azmin Ali ketika ditemubual media hari ini, ujarnya.

Selain itu, UMNO juga pernah mainkan  isu status ibu bapa kandung terhadap anak saya. Untuk membuktikan isu ini fitnah semata-mata saya dan isteri sudah melakukan ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 dan mengesahkan perkara tersebut sekaligus memelihara maruah keluarganya.

Semalam, tersiar meluas didada-dada akhbar seluruh Malaysia dan blogger umno, fitnah seks melibatkan  saya dengan melakukan adengan ghairah di tandas dan sofa.  

Justeru,  hari ini  saya berani menyatakan saya tidak bersalah dan sekaligus membidas kenyataan dikeluarkan oleh Utusan Malaysia memetik sumber blog pro Umno-BN yang menyebarkan beberapa keping gambar  saya bersama seorang wanita di tandas.

Selain  isu fitnah keluarga saya,  UMNO juga  mendakwa anak saya memiliki saham dan saya juga dituduh menghina Raja- Raja Melayu dan terbaru dituduh mencetuskan provokasi dalam Bersih 3.0, ujar Azmin merupakan ADUN Bukit Antarabangsa.

Jelasnya lagi,  suka saya menegaskan walaupun dilakukan apa juga bentuk kerja jahat dan fitnah dilontarkan kepada saya, insya-Allah tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman dilakukan oleh kerajaan Umno-BN.

Saya juga mendesak supaya Umno-BN menghentikan budaya politik fitnah, politik durjana yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI