Tuesday, August 18, 2009

BBolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat?

Dzulfakar Mashoor
Wed | Aug 19, 09 | 7:13:20 am MYT

PERMATANG PAUH, 19 Ogos:
Masuk hari kedua berkempen, calon Umno Rohaizat Othman berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar.

Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.

PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.

Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan � Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

Senada dengan Majlis Peguam Negara, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menjelaskan bahawa Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang.

"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu."

Tegasnya lagi, bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.

Respon Muhyiddin, kes pecah amanah itu tidak boleh dikaitkan dengan peribadi Rohaizat, sebaliknya ianya adalah kesalahan firma serta rakan kongsi Rohaizat.

Bagaimana pun, Ragunath menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau.

Lantas itu, penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral.

Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr. Mohammad Hatta Ramli berkata, Umno sebenarnya gagal menghidu isu integriti dan moral Rohaizat sehinggalah proses penamaan calon kelmarin selesai.

ImageMenurut Dr. Hatta, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah.

Ditanya sama ada beliau bersetuju PAS menyerang peribadi Rohaizat disebabkan isu tersebut, Dr. Hatta menegaskan bahawa Umno juga memperlekeh kerjaya 'peniaga ikan' Mohd Fauzi Abdullah (PAS) di Manik Urai; kerana calon Umno Tuan Aziz Tuan Mat berpendidikan tinggi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad menjelaskan soal peribadi seseorang calon wajib dihitung di Permatang Pasir kerana Allah memerintahkan kepemimpinan Islam mestilah memiliki sifat keupayaan bekerja (al-quwwah) dan integriti (al-amanah).

Mengulas gesaan Umno supaya tidak ada serangan peribadi ke atas Rohaizat, Dr Dzulkifli menyifatkan usaha itu sekadar untuk menutup amalan pecah amanah oleh calon pertaruhan Umno semata-mata.

Bagi Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi � bulan Ramadhan ini seharusnya dijadikan medan terbaik menjelaskan peribadi calon yang haq dan batil; dengan mengambil iktibar dari prilaku Rasulullah s.a.w mendepani Peperangan Badar al-Qubra.

Kata Mumtaz lagi, memilih Adun Permatang Pasir sama seperti memilih imam solat jamaah. Imam mestilah seorang yang beramal Islami serta berakhlak mulia.

Seorang yang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah mahupun Adun sendiri.

Tinjauan yang dilakukan dalam beberapa Bilik Gerakan Umno di sini sejak petang tadi, menyaksikan Umno tidak menyerang peribadi calon Pas.

Ini kerana, Mohd Salleh Man dikenali khalayak sebagai seorang yang Islamis, bersarjana pengajian Islam, berakhlak luhur serta ahli peniagaan yang tidak bermasalah.

Bagaimana pun, Umno menjadikan isu 'ahli Umno tidak masuk Syurga' untuk menyerang peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Biar pun Nik Aziz sudah menafikan laporan media arus perdana itu, Umno percaya isu tersebut sekurang-kurangnya boleh mengalih tumpuan khalayak dari isu 'pecah amanah' yang sedang membelit peribadi Rohaizat.

Malah, teknik membina ikon kebencian (icon of hatred) itu diyakini mampu memberi kredit tidak langsung kepada Rohaizat.

Setakat ini, kempen PAS masih kurang menonjolkan manifestonya untuk pengundi Permatang Pasir.

Begitu juga Umno, strategi menabur janji-janji 'politik pembangunan' masih kurang menonjol seperti beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini. -zs_

Nik Aziz nafi kata 'ahli Umno tidak masuk syurga'

Ogos 18, 09 5:44pm
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan berkata 'ahli Umno tidak masuk syurga' dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutarbelit kenyataannya itu.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwanya telah menokok tambah kenyataannya itu.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Harakahdaily melaporkan Nik Aziz berkata beliau biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, "saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Nik Aziz turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Mengenai kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

Kem Smart Solat Negeri Selangor (DunGombak Setia anjuran JAIS)

IMG0202A

Alhamdulilah dipanjat kesyukuran pada ILAHI pada 14-16hb Ogos, 2009 MTD Gombak Setia telah berjaya menjalankan tangungjawab kepada generasi muda dengan membimbing pelajar-pelajar yang berumur 14-16thn dengan menyertai Kem Smart Solat peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Agama ISLAM Selangor (JAIS). Program Smart solat julung kali ini, pihak kami telah membuat 2 buah masjid iaitu di Masjid As-Syakirin, Gombak dan Masjid Kg Nakhoda di Dun Batu Caves, alhamdulilah sambutan program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan keperihatinan Ibubapa/penjaga terhadap anak-anak dengan penjagaan solat. Program ini telah mencapai kehadiran para pelajar hampir seramai 400 orang.

Kem Smart Solat ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dimana bukan sahaja untuk anak-anak remaja malahan disediakan juga slot untuk Ibubapa/penjaga bersama anak-anak dengan menghidupkan Qiammulail, Forum Perdana dan lain-lain.

IMG0248A

Para pelajar juga diberi panduan dan persiapan untuk menghadapi Bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi. Selain daripada itu didalam program ini pihak penganjur menekankan kepada pelajar pengertian dan kepentingan solat dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

Mereka juga diberi pendedahan degan cara yang betul dalam mengambil wudhu, tasmik bacaaan dalam solat, mengenali jenis-jenis air untuk berwudhu, rukun wudhu, hukum mandi hadas, mandi hadas dengan cara yang betul, hukum melewatkan mandi hadas, Istinjak dan lain-lain. Selain daripada itu para pelajar ini akan ditasmik bacaannya oleh pihak-pihak Facilitator yang telah dilantik.

IMG0216A

Foto Kenangan bersama pelajar-pelajar Kem Smart solat:)


Adik, cara basuh tangan yang betul adalah dengan memasukkan air dicelah-celahan jari, ratakan semua air dari tangan.. untuk lengan pastikan air diratakan sehingga buku lali..



IMG0219A

Adik-adik semua semasa iktidal pastikan dengan cara yang betul, jangan angkat tangan seperti kaum wanita.bacan apa ketika ini ye adik-adik..


IMG0227A


Cuba tengok sahabat kita untuk iktidal..betul/salah???


IMG0221A



ok adik, Ustazah nak adik baca doa selepas wudhu, kemudian Ustazah nak tasmik adik bacaan tahiyat awal..

adik Nadiah : Alamak Ustazah, saya lupa bacaan, boleh bagi saya 10m’ nak hafaz balik..



IMG0224A

Tu nak lari kemana.. Ustazah nak semak bacaan je.. kalau dah biasa solat adik tak perlu takut.. buat macam biasa ye.. Ingat adik, solat adalah penting merupakan tiang agama kepada seorang mukmin..kalau tinggal solat adik telah tanggalkan tiang sebuah rumah..maka rumah itu akan roboh..begitulah betapa pentingnya solat.. oleh itu solat jangan sekali kita tinggalkan.. sibuk kita mamcammana kena solat.. tinggalkan hal dunia seketika kejar akhirat dahulu..ok sekarang Ustzah nak adik baca Doa Qunut.

IMG0217A




Awak boleh tolong tasmik saya tak?? saya dah hilang ingatan seketika.. takut le.. kena semak bacaan ni..

Adk Fateha : isk.hang ni buat takut, ustazah tu nak semak bacaan je.. buat macam biasa..meh..saya tasmik awak..



IMG0209A

Kesibukan Facilitator dan AJK untuk membahagi-bahagikan kumpulan pelajar.dan persiapan Modul

IMG0211A

Saf facilitator adik-adik IPT yang tak jemu-jemu menginfaqkan tenaga membantu pihak pengajur menjayakan program ini di Masjid AsSyakirin.. Syukran atas kerjasama buat semua adik-adik ana..






IMG0240A

Saf pimpinan muslimat IPT yang turut membantu pihak pengajur menjadi facilitator di Masjid Kg Nakhoda, Dun Batu Caves..Kegembiraan dihati adik-adik dalam mengikuti Smart Solat bersama kakak-kakak Faci..


IMG0232A

Kusyuknya adik-adik mendengar taklimat solat yang disampaikan oleh Ustaz di Majid Kg Nakhoda Dun Batu Caves

IMG0243A

Saf Pimpinan adik-adik didikan k.Sue faci-faci yang tak jemu mengikuti program. Kemana saja diletak, diberi arahan oleh pimpinan pasti akan dituruti. Jazakillah buat adik-adik ana semua atas sumbangan tenaga dan fikiran.Semoga ukhwwah akan semakin mendalam dalam mengikuti berbagai program.Disini didikan ALLAH pada kita sebagai pimpinan pada generasi muda walaupun diuji dengan berbagai mehnah…

IMG0204AIMG0210A

Telatah adik-adik yang penat menunggu giliran mengikut kumpulan.cepat le Ustza/Ustazah. kami dah penat tunggu giliran, lapar ni..

IMG0222A

Ni ubat orang dah mengantuk..Ustazah Ain yang cuba memujuk adik-adik yang dah kepenatan..Kita senaman sikit ye adik… picit bahu kawan-kawan kamu..

150820091123

Sukan pelajar selepas solat subuh

IMG0255A


Qiammulail Perdana Ibubapa penjaga brsama anak-anak..

IMG0257A

Majlis penutup Qiammulail oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali


Semoga usaha Yb Dato’ sebgai selaku exco Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap HAL EHWAL ISLAM ADAT-ADAT MELAYU dan semua kakitangan DUN Gombak Setia, AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung , mampu membantu anak-anak muda kearah kebaikan. Semoga pembentukan dan jiwa Islamic yang ada pada diri beliau dan mereka yang terlibat menjayakan rogram ini dapat menjadi contoh yang baik pada kita dan generasi muda, isnya-ALLAH…

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI