Wednesday, November 16, 2011

Wawacara Prof. Ahj Anuar Hj Amad Pemangku Naib Canselor UNISEL


Prof Dr Hj. Anuar Ahmad telah dilantik sebagai Pemangku Naib Canselor UNISEL berkuatkuasa 3 Ogos 2011.

Anak Terengganu ini telah berkahwin dengan Raja Aidah Raja Abdullah pada 1987 dan telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Liyana Hj Anuar, Amir Safwan Hj Anuar, Amir Azfar Hj. Anuar dan Amir Ahmad Izzuddin Hj Anuar. Ikuti wawacara wartawan jejak ilmuan bersama beliau.

1. Ceritakan latar pendidikan dan kerjaya Prof.

Pada tahun 1978 saya telah diterima sebagai seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kursus Diploma Sains dengan Pendidikan; alhamdullilah pada 1979 saya mendapat kenaikan khas untuk terus ke program Ijazah Sains dengan Pendidikan (Kepujian) pengkhususan Elektrikal dan Elektronik dan bergraduat pada tahun 1983.

Pada tahun yang sama saya diterima menjadi seorang pensyarah di ITM Shah Alam, sekarang ini UiTM, mengajar dalam bidang Fizik dan Elektronik. Pada tahun 1984 dihantar melanjutkan pengajian ke peringkat Master di The City University London selama setahun dalam bidang Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan.

Pada tahun 1986 saya menjawat jawatan Pensyarah dan Ketua Jabatan di Jabatan Kejuruteraan Peralatan atau Instrumentation di UiTM sehinggalah 1991. Pada tahun 1991 sekali lagi saya dihantar untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD di (UMIST), Manchester, dan alhamdullilah berjaya menamatkan pengajian pada 1994. Selepas itu saya kembali ke UiTM Shah Alam, menjawat jawatan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Pada tahun 1996 saya diamanahkan memegang jawatan Ketua Pusat Computer Aided Design, Engineering and Manufacturing (CADEM) sehinggalah tahun 2006, ia satu jangka masa yang agak panjang tetapi agak singkat rasanya kerana sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan dan perundingan. Sepanjang perkhidmatan di UiTM, saya telah memperolehi geran penyelidikan, melebihi RM5 juta. Pada Februari 2007, saya telah berpindah ke UNISEL, setelah 25 tahun berkhidmat di UiTM.

2. Idea penubuhan UNISEL dan mengapa guna nama UNISEL?

UNiSEL dengan nama asalnya Universiti Industri Selangor ditubuhkan pada tahun 1999, walau bagaimanapun pada tahun 2011 suatu perubahan besar berlaku kepada UNISEL kerana pada tahun ini pihak Universiti telah mengambil keputusan untuk menukarkan nama universiti daripada Universiti Industri Selangor, kepada Universiti Selangor, tetapi masih memakai akronam yang sama iaitu UNISEL, Cuma “i” menjadi huruf besar “I”.

Penukaran nama tersebut merupakan langkah penjenamaan semula yang dilakukan tepat pada masanya seiring dengan perkembangan yang pesat dalam tempoh 11 tahun penubuhan universiti. Setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UNISEL telah melancarkan logo korporat yang barunya pada Februari 2011 yang lalu.

Nama Universiti Industri Selangor adalah sesuai pada ketika ianya di tubuhkan pada 1999, seiringan dengan perkembangan pesat sektor industri Negara pada ketika itu, terutamanya di Negeri Selangor. Bersesuaian dengan langkah tersebut, tumpuan Universiti ketika itu adalah ke arah memenuhi keperluan industri. Kehendak ini diterjemahkan melalui program – program yang ditawarkan, kurikulum yang dibina dan makmal-makmal pengajaran dan pembelajaran yang ditubuhkan. Walau bagaimanapun semenjak 5 atau 6 tahun kebelakangan, bidang perkhidmatan juga telah berkembang dengan pesat. Program-program berbentuk perkidmatan mula ditawarkan. Inilah sebab dikatakan Universiti Selangor adalah satu penjenamaan semula yang tepat, tetapi tidak bermakna UNISEL meninggalkan bidang industri, malah bidang industri diperkukuhkan lagi.

3. Kursus yang di tawarkan di UNISEL?.

Seiring dengan perkembangan semasa, UNISEL melangkah kepada universiti yang lebih komprehensif kini menawarkan program bagi penyediaan pembangunan modal insan bagi sektor pendidikan, sains sosial, sains kesihatan, komunikasi massa, kewartawanan, senilukis dan senireka.

Universiti sedang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang lahir daripada dasar hasilan (outcome based). Walau bagaimanapun ia akan terus menjana sinergi dalam perkembangan ilmu dan pembangunan insan melalui kurikulum dan ko-kurikulam yang berteraskan universiti dan industri.

Antara Fakuti dan Pusat yang terdapat di UNISEL City Campus Shah Alam adalah, Faculty of Business, Faculty of Biomedical and Health Sciences, Faculty Art and Design , Faculty of Communication and Media, Unisel Graduate School of Management, Centre for Research & Innovation, Bio-IT Selangor Centre, Business Development, Consultancy and Industry Linkages dan International Islamic Academy of Life Science and Biotechnology.

Manakala di Kampus Bestari Jaya, terdapat Faculty of Engineering, Faculty of Information Technology Industry, Faculty of Science and Biotechnology, Faculty of Education and Social Science, Institut Kajian Malaysia-Indonesia (IKMI) dan Centre for Teaching and Learning.

Alhamdulilah UNISEL juga menjalinan usahasama Akademi Antarabangsa di Indonesia antaranya Universitas Ibnu Khaldun Bogor, Indonesia, Sekolah Tinggi Ilmu Adminitrasi Mandala Indonesia (STIAM), Wisnuwardhana Universitas of Malang, Indonesia, Universitas Kanjuruhan Malang, Indonesia, Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Malangkucecwara, Malang, Indonesia, Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jakarta, Indonesia dan lebih 100 buah lagi.

4. Selepas diploma adakah UNISEL menyediakan program lanjutan atau program berkembar?

Semua pelajar yang sudah tamat pengajian di peringkat diploma, mereka yang layak boleh terus menyambung pelajaran mereka di peringkat Ijazah, begitu juga peringkat Ijazah, boleh sambung ke Ijazah Sarjana dan Ph D di UNISEL.

5. Kelulusan Tenaga pengar UNISEL?

Kebanyakkan tenaga pengajar di UNISEL adalah berkelulusan PhD atau sekurang-kurangnya ijazah sarjana atau Master.

6. Bilangan pelajar UNISEL?

Seramai lebih kurang 10,000 orang pelajar

7. Berapakah bilangan graduan yag telah dilahirkan oleh UNISEL ?

Melalui kursus-kursus yag mencabar dan mantap serta bimbingan dan tunjuk ajar dari tenaga pengajar yag berkebolehan Alhamdulilah UNISEL telah berjaya melahirkan graduan seramai 17, 626orang.

8. Pembangunan Spritual Prof?

Alhamdulilah sejak saya di bangku sekolah rendah lagi telah diberikan penekanan kepentingan agama dalam kehidupan oleh arwah ayah saya yang merupakan seorang ustaz. Beliau telah membina sekolah pondok di Terengganu. Arwah ayah juga telah berjaya melahirkan ramai para ustaz.

Anak saya Amir Azfar mengikuti jejak arwah datuknya, sedang menerima pendidikan di Sekolah Imtiyaz Tahfiz Sains, Terengganu dan telah hafaz quran 30 juzuk, Insya-Allah bercita-cita untuk meneruskan pengajian di Yaman dalam bidang Tassauf. Anak saya yang pertama sedang menuntut di Universiti Cairo, Mesir dalam bidang perubatan, sekarang ini di tahun akhir. Manakala anak kedua sedang menuntut di universiti New South Wales, Australia dalam bidang kejuruteraan.

Bagi saya pendidikan agama amat penting dalam kehidupan kita. Anak juga merupakan amanah daripada Allah SWT. Jika kita didik mereka dengan betul Insya-Allah merekalah harta yang paling berharga, terutamanya apabila kita tiada lagi.

Ibubapa merupakan 'role model' terbaik untuk anak-anak dan seharusnya kita perlu menjadi contoh untuk mereka.

9. Hobi Prof. pada waktu Lapang?

Saya suka bermain catur dan sukan lain yang saya gemari adalah badminton dan tenis.

10. Saat manis dalam kerjaya Prof.?

Apabila semua pelajar saya berjaya dalam pelajaran sehingga mendapat kerjaya yang baik di samping menjamin masa depan mereka.

11. Apakah keistimewaan UNISEL berbanding Universiti, dan kolej lain?

UNISEL sentiasa memberi ruang dan peluang kepada pelajar cemerlang dan juga yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka agak sederhana tetapi mereka mempunyai kebolehan dalam kepimpinan dan aktif dalam sukan. Ruang ini diberi kepada mereka untuk pertingkatkan pelajaran mereka kembali. Apabila mereka berada di UNISEL, pelajar didedahkan kepada berbagai cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan mereka mampu melakukan yang terbaik.

Alhamdulilah peluang yang diberikan oleh UNISEL, ramai diantara pelajar yang dahulunya keputusan SPM mereka kurang memuaskan tetapi kini mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Selain daripada itu, UNISEL juga menyediakan biasiswa daripada Yayasan Selangor dan Karang kraf ada di antara pelajar UNISEL yang telah menyambung pelajaran di luar Negara termasuk di Imperial Collage, London dan Manchester, serta mendapat penaajaan.

12. Anugerah yang pernah Prof. terima ?

Alhamdulillah, saya telah nerima hampir 40 anugerah, di antaranya pada tahun 2000 saya menerima anugerah Rekacipta Negara – Anjuran Jabatan Perdana Menteri, 2004 Pingat Emas Rekacipta dengan distinction di Geneva, anugerah Inovasi dan Rekacipta Bank Islam 2004 dan 2005 dan yang paling manis adalah membawa UNISEL menjadi juara Rekacipta Can-Satellite di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa di Madrid pada 2008.

13. Misi UNISEL

Unisel beriltizam menyediakan persekitaran pembelajaran yang cemerlang untuk melahirkan professional dan ilmuan yang kompeten, telus dan beretika.

14. Visi UNISEL

Untuk menjadi Universiti terulung yang membentuk para profesional dan ilmuan yang mempunyai moral dan etika yang terpuji.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI