Sunday, February 14, 2010

"Wajah" Gadis Mongalia Di teluk Sepangar,?. Najb Takut dgn Bayang2



1 Malaysia ketawa terbahak-bahak berita kapal selam milik TLDM tidak boleh tenggelam. Pembelian kapal selam dari negara Perancis penuh mistri sehingga mngorbankan wanita Mongolia. Malah isu kematian gadis yang bernama Al-tantuya dikaitkan dengan perdana menteri Malaysia Datuk Seri Muhd Najib Razak. Maka timbul cerita yang sensasi dan kontrovasi kokonnya wajah Al-Tantuya berada didermaga Teluk Sepangar, Sabah tempat dimana kapal selam Scorpene berlabuh. Untuk rekod kapal selam adalah kapal pertama milik TLDM yang dibeli dengan harga RM1 billio. Mungkin "hantu al-tantuya" berada dalam kapal selam tersebut?. Sebelum ini pehak kementerian pertahanan menafikan kapal salam tidak boleh tenggelam. Mungkin semua pemimpin umno yang terlibat dengan pembelian kapal selam tersebut dihantui oleh wang rasuah.

Betul apa yang diperkatakan oleh penulis maya dalam blogs masing bayang dan roh wanita Mongolia berada dimana di bumi Malaysia selagi pembunuh sebenar tidak diadili dan dihukum kerana terlibat dalam komplot mistri pembunuhan AL-tantuya. (kata-kata sindiran). mungkin hantu Al-tantuya meminta wang atau imbuhan yang belum diberes lagi.

Seluruh akhbar didunia terutama akhbar dinegara Perancis memaparkan nama Datuk Najib Razak terlibat dalam kes kematian wanita Mongolia. Najib sendiri dikatakan mendapat wang segera kerana usrusan pembelian kapal selam tersebut termasuk Razak Baginda. Namun sehingga hari ini Najib Razak tidak disiasat oleh SPRM. Mungkin Najib Razak tidak terlibat dengan kematian wanita momgolia dan wang rasuah atau komisen pembelian kapal selam yang tidak boleh tenggelam. Hanya Najib dan Rosmah sahaja yang tahu.

Tidak hairan lah wajah-wajah dan hantu serta roh wanita yang bernama Al-tantuyaa berada di bumi Malaysia, atau mungkin wajahnya berada dalam kapal selam scorpene dan mungkin berada diruang tamu rumah Najib Razak.

Al-tantuya berada bersama Najib Razak dikala gadis berkenaan masih hidup. Malah makan bersama Najib. Umumnya Al-tantuyaa masih menjadi mimpi ngeri Najib Razak. Najib dan kapal selam scorpene dan Al-tantuyaa tidak dapat dipisahkan.

Mungkin kapal selam tidak boleh tenggelam merindui wajah ayau Al-tantuyaa. Dah jemu kenyataan pehak TLDM kononnya kapal selam tersebut mengalami kerosakkan teknikal. Tak sampai setahun rosak dengan berhujah seribu alasan. Dan maklumat yang diterima serta terdapat didada akhbar kos selenggara kapal selam scorpene RM1 juta satu hari, betul ke?.

Dengan nada sinis kami ucapkan kepada Najib Razak serta terjedi kapal selam "wajah gadis mongolia bernama Al-tantuyaa berada di Teluk Sepangar" malah berlegar-legar dalam kapal selam koko?". Amat malang dan amat dukacita perkara yang menimpa kerajaan Malaysia. 1 perompak,1destinasi, 1 wajah, 1 hantu 1 malaysia pelik.

Khaulah said: Bila terkenang kan aktantuyua punya kes.. teringatlah kome masa PRK di perak... bila semua penyokoong memakai topeng altantuya..rata2.. semasa najib & kuncu jentrea UMNo datang kena boooo... dan mereka takut apabila melihat topeng altantuya dipakai oleh pengundi & penyokong..menjadi isu pula apabila perayu undi pembangkang ditumbuk oleh excord UMNO yang memang kaya dgn sifat gangster.. topeng altantuya dicabut. petugas muslimin dipukul, petugas muslimat diraba oleh pemuda UMNO..apa lagi muslimin yg sentiasa menjaga kehormatan dan keselamtan muslimat yg bertugas.. sanggup muslimin bergadainya nyawa untuk menjaga keselamatan muslimat.. anak2 kecik yg mengikut ibubapa mereka bertugas menjerti & berkata.. UMNO berbagai2 ..menandakan generasi muda yg kecil ini jg tahu berfikir mana yg terbaik... masa itulah provokasi menjadi2.. masya-ALLAH..kalau ikut kan darah muda.. ingin sekali ana berada disitu hayunkan payung ketuk kepala jentera UMNO yg terlebih belajar..namunpun begitu akhlak & nama baik parti kena dijg.. hnya doa yg menjadi senjata utama dgn mengharap pertolonganNya dan sentiasa dipanjatkan agar mereka tumbang dan ALLAH swt layak membalasnya..Hati kecil ini berkata..bahwa jentra UMNO tidak tahu menghormati kaum hawa..hei..apa nak jadi dgn UMNo yg diketuai oleh NAJIB..

"

Utusan Malaysia dan Muhyiddin Yasin Bohong..BOIKOT UTUSAN & TV3



Sungguh malang seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Malaysia Tan Seri Muhyiddin Yassin tidak cermat dalam menerima berita dan membuat kenytaan bohong malah ianya bersifat provokasi kaum dan ugama. Mengapa Muhyiddin cukup celupar dan tidak cermat dalam membuat kenyataan muruhan malah membodohkan fikiran Muhyiddin seorang pemimpin besar.

Jangan tangkap muat membuat kenyataan hanya untuk mencari publisti murahan. Muhyiddin mengambarkan seorang pemimpin yang tidak cerdik. Malah banyak kenyataan Muhyiddin tidak mengambarkan seorang tokoh, malah kadang kadang kenyataan Muhyiddin dalam media dan akhbar sama taraf dengan pelajar PMR.

Utusan Malaysia dan Muhyiddin Yassin berbohong seluruh rakyat Malaysia malah menjemput kaum kaum di Malaysia mencurigai diantara satu sama lain. Malah ada unsur berniat jahat terhadap pentadbiran kerajaan Pulau Pinang Lim Guan Eng dan DAP.....berniat jahat dan amat racis, menuduh pentadbiran Lim Guan Eng anti Islam atas alasan kononya telah membatalkan perarakan maulidur rasul tahun 1431/2010.

Malah mendukacita Tun Abdullah Badawi bekas perdana menteri Malaysia juga membuat komen dan merasa kesal diatas perkara yang sama.Mungkin juga Abdullah Badawi bangkit dari lamunan tidur. Ingat Abdullah Badawi pernah menyesatkan umat islam dengan mengadakan islam hadari semasa menjadi perdana menteri. Islam hadari yang dikenal oleh Abdullah Badawi sesat dan tidak tepat disisi Islam.

Janganlah gopoh membuat kenyataan yang tidak ada fakta dan berhujah secara bodoh.Namun kami juga tidak sehaluan dengan cara politik DAP, Tapi membohongi rakyat serta menuduh Lim Guan Eng anti Islam kerana membatalkan perarakan maulid rasul bersifat rasic dan berniat jahat dan boleh membawa fitnah perkauman dan ugama.

Saranan kami kepada Muhyiddin Yasin dan spesis yang sama dengannya jangan mencetus suasana yang tidak harmoni dan jangan ambil pendekatan yang dianggap bodoh demi meraih sokongan politik. Kita hidup dalam dunia siber percapaian sesuatu berita dinilai oleh pehak menerima berita. Jangan bohong membuat kenyataan,.

Malah Muhyiddin Yassin sebagai menteri pendidikan Malaysia tidak sehebat bekas menteri pendidikan Datuk Seri Hishamermacamudin Tun Husein. Mungkin Muhyiddin Yassin teramat sebuk menjadi Timbalan Perdana menteri kok. Walauapa pun Pulau Pinang tetap mengadakan sambutan maulidur rasul tahu 1431h/2010. Malah Lim Guan Eng pernah berarak bersama dengan umat Islam semasa menyambut maulidur rasul .

Dan kepada akhbar utusan Malaysia dan semua akhbar arus perdana jangan jadi pengampu tegar. Kita bimbang sokong membawa rebah oleh berita yang dibaca. Ingat kita 1 Malaysia, 1 Negara, 1 bangsa Malaysia dan kita berwarna-warna kaum dan ugama. Uniknya Malaysia. Hijau warna PAS, Biru warna UMNO/BN

BOIKOT UTUSAN M'sia, TV3..semua media yg berhubungkait dgn UMNO..semua tak boleh pakai... rata2 rakyat m'sia kena tipu bulat2 oleh UMNO HAPRAK..

Beri peluang pada Zambry, negeri Pakatan Rakyat macamana?

Saya tertarik dengan tajuk akhbar The Star hari ini yang menyiarkan ulasan Perdana Menteri Najib Tun Razak terhadap keputusan 5-0 Mahkamah Persekutuan semalam. Akhbar itu membawa tajuk:Give Zambry a chance, says Najib
(Beri Zambry peluang kata Najib)

Beliau berkata dengan keputusan ini Zambry sepatutunya diberi peluang memimpin Perak dan sebarang masalah atau ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran BN Perak dibawa pada PRU akan datang.

Bagi saya itu saranan yang bijak cuma malangnya kenapa hanya di Perak? Kenapa tidak begitu juga di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Sepatutnya beliau juga menyarankan:

Give Nik Aziz, Azizan, Guan Eng and Tan Sri Khalid a chance!

Macam mengapa di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini kerajaan Persekutuan BN terus menganggu dan tidak memberi kebebasan pada kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat mentadbir negeri masing-masing.

Contohnya mengapa perlu ada JKKKP apabila kerajaan negeri sudah melantik JKKK nya? Mengapa peruntukkan kepada kerajaan-kerajaan negeri ini disekat-sekat? Mengapa kerajaan negeri tidak dilibatkan dalam program Persekutuan di negeri masing-masing? Mengapa apabila PM dan Menteri turun ke negeri-negeri ini, kerajaan negeri dianak-tirikan?

Benar beri peluang pada Zambry, tapi jangan pula dipinggirkan Nik Aziz, Azizan,Guan Eng dan Tan Sr Khalid. Sebagai PM Najib perlu sedar bahawa kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga sah dan perlu dihormati dan diberi pengiktirafan. Negeri-negeri ini semua membentuk Persekutuan Malaysia,oleh itu sebagai PM Persekutuan beliau perlu adil dan saksama pada semua negeri-negeri yang bernaung di bawah Persekutuan.

Kalau BN Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ghairah sangat mahukan kuasa, tunggu-tunggulah sehingga PRU ke 13 nanti apabila rakyat keluar kembali untuk membuat keputusan. Sementara itu hormatilah keputusan rakyat dimana-mana pun.

Fitnah dan tohmah, matlamat menghalalkan cara

Apa sahaja cara akan digunakan asalkan ianya memberikan keuntungan politik kepada Umno/BN. Lantaran itu media terus digunakan oleh Umno/BN untuk memfitnah dan mentohmah musuh politiknya walaupun jelas sekali tuduhan tersebut tidak berasas.

Mengapa tidak bertamadun sekali Umno/BN berpolitik?

Tidak ada langsung rasa bersalah samada dari segi Islam, demokrasi maupun etika kewartawanan. Semuanya dirempuh dan diterajang ke tepi tanpa rasa segan dan malu. Rasa malu kepada Allah langsung tidak diambil peduli, rasa malu kepada manusia dipandang sepi. Semuanya gara-gara mabuk dan tamakkan kuasa tidak mahu menerima kenyataan bahawa BN sudah dibenci rakyat.

Tidak cukup dengan diskriminasi yang dihadapkan kepada kerajaan-kerajaan negeri PR, mereka menggunakan apa juga ruang yang ada untuk menimbulkan persepsi negative rakyat kepada kerajaan PR.

Media terus dihamba abdikan dan diperkudakan untuk tujuan jahat ini. Pelbagai fitnah dan tohmah di hamburkan walaupun kekadang ianya tidak masuk akal langsung. Dosa pahala malu dan segan sudah tidak ada dalam kamus mereka.

Terbaru seperti yang dilaporkan Harakah, mereka menuduh kerajaan Pulau Pinang membatalkan program Sambutan Maulidur Rasul sedangkan program tersebut sejak awal-awal lagi dimasukkan dalam calendar program kerajaan negeri. Mengapa begitu bebal media dan tuannya menuduh dan memfitnah. Sedangkan rakyat tahu dan sedar bahawa program tersebut sudah pasti diadakan.

Saya berpendapat tujuan mereka memuatkan berita itu adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Jadi selepas jika kerajaan negeri mengadakan program sambutan itu sudah media dan tuannya itu akan mendakwa sambutan itu diadakan semula selepas mendapat bantahan Umno/BN. Begitulah taktik mereka.

Harapan saya agar rakyat tidak muda tertipu dan terpedaya dengan tindakan kejam, biadap dan tidak bertamadun media pengampu Umno/BN fsn tuannya ini.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI