Sunday, May 3, 2009

UJian TARBIYAH dpd ALLAH :(


"ujian adalah tarbiyah dari Allah"

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
Disentuh terguris,
Dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
Cakap tinggi nanti dibenci,
Terlalu rendah dipijak pula,
Cakap sombong mengundang lawan,
Hati-hati meluah kata,
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
Harga diri letaknya di situ,
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
Sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya,
Keturunan dicerca payah,
Menyesal kemudian bukan faedah

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
Ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,
Di mana dan dalam keadaan macam manapun,
Biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI