Friday, September 7, 2012

Pakatan Rakyat Lancar Trailer Jelajah Rakyat Ajak Rakyat Buat Perubahan

PETALING JAYA 7 SEPT: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  memperkenalkan trailer Jelajah Merdeka Rakyat di perkaran Ibu Pejabat PKR hari ini.

Katanya, PKR memperkenalkan trailer Jelajah Merdeka Rakyat yang akan digunakan sebagai pentas utama dalam siri bertemu rakyat di seluruh negara.

Trailer yang dilengkapi pentas utama dan sistem audio akan memulakan perjalanan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk jelajah hujung minggu ini.

Difahamkan trailer ini merupakan sumbangan peribadi individu yang menyokong siri jelajah yang dibuat PKR selepas perasmian bas dua tingkat Jelajah Merdeka Rakyat yang disumbangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bulan lalu.

Dr. Wan Azizah dalam ucapan ringkas berkata inisiatif yang diperkenalkan PKR merupakan satu perkembangan politik yang baik dan tidak menjadi masalah sekiranya idea ini ingin digunakan pihak lain.

PKR dan Pakatan Rakyat begitu komited untuk mengajak rakyat membawa perubahan bersama kepada Malaysia tercinta dan menyelami erti merdeka yang sebenar, ujar beliau.

“Kita buat bukan untuk popular atau pangkat. Kami mahu bersama rakyat membuat perubahan untuk Malaysia.

“Jika pihak Umno-BN  boleh buat lebih baik, buatlah. Biarlah berlaku persaingan yang sihat dimana kita boleh buat dan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Bas Jelajah Merdeka Rakyat  telah menjelajah ke Kelantan, Kedah dan Utara Perak  dengan  berhadapan serangan ‘samseng’ di Kota Bharu dengan terjadi   insiden cermin hadapan pemandu pecah selain kesan simbahan cat merah, namun kerosakkan tersebut dibaiki, kata Dr Wan Azizah dalam Majlis Perasmian tersebut.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI