Sunday, October 16, 2011

PR akan bela nasib bekas tentera jika menang PRU13



Lembah Pantai : Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar akan membawa usul ke Parlimen bagi membela Kebajikan Bekas Tentera terutamanya di kawasan Lembah Pantai. Hal ini berbangkit apabila salah seorang bekas tentera menyatakan Nasib Bekas Tentera di abaikan oleh Kerajaan Pusat.

Nurul Izzah berkata, untuk memaklumkan kepada kerajaan pusat, pimpinan kebajikan angkatan tentera memerlukan solusi yang perlu di dokumenkan. Sehingga setakat ini bekas anggota tentera yang pencen hampir 290,000 orang.

Saya difahamkan pencen yang diterima bekas anggota tentera lebih kurang RM1500 sebulan sudah pasti tidak mengcukupi untuk menjelaskan bayaran sewa rumah, kereta dan tangunggan. Pendapatan yang diterima dengan keadaan ekonomi Negara yang semakin meningkat akan memberi tekanan kepada mereka.

25% sahaja dikalangan bekas tentera yang pencen, manakala seramai 70% tamatkan perkhidmatan dibawah 17thn.

Bayangkan mereka yang tidak punya pencen, sudah pasti akan mencari pendapatan dengan cara kedua pula. Mereka terpaksa berlumba dengan graduan.

Jelasnya lagi, sehingga kini saya dimaklumkan oleh bekas tentera, Kementeran Pertahanan berikan bantuan kepada semua bekas tentera ibarat “touch and go” untuk kepentingan semasa.

Hal ni tidak wajar berlaku kerana tentera telah banyak berjasa kepada Negara dengan sanggup berkorban untuk menjaga keamanan negara. Ini amat mendukacita mereka semua.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, dalam Majlis Angakatan Tentera, perintah majlis yang di pertuan agong telah menitahkan semua tentera berhak menerima tanah pertanian dan 2 lot tanah perumahan dimana-mana sahaja sepanjang mereka berkhidmat.

Malangnya khidmat mereka diabaikan oleh Kementerian Pertahanan, hal ini menyebabkan semua tentera terpaksa hidup menumpang dengan ibubapa atau saudara mara mereka.

Kita rasakan tindakan Kementerian Pertahanan kepada semua bekas tentera ibarat seperti Jasa pengorbanan mereka tidak di hargai oleh pihak berwajib.

Justeru itu saya harap kerajaan dapat memikirkan semula kebajikan semua bekas tentera.

“Kerajaan sekarang tidak peduli nasib tentera, insya-Allah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah dalam PRU13, kita akan membela nasib bekas tentera seperti yang termaktub dalam buku jingga”, kata Nurul Izzah pada media selepas Mesyuarat AgongTahunan Cabang Keadilan Lembah Pantai di Pejabat Keadilan Tmn Sri Sentosa 8A.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI