Monday, June 22, 2009

Pelajar University patut dibenarkan melibatkan diri Dlm politik??



Dalam sibuk menjalankan tugasan dipejabat tiba2 ada terima SMS no yg tak dikenali..huhu.. seram jg nak jwb.. "akak nak minta tlg blh bagi jawapan x utk presentation ni??"Apa pendapat akak pelajar University terlibat dlm politik??" ana tersenyum baca soalan ini.. huhu apa lg 100 % ana sokong.. teruskan berjuang adik2 seperjuangan ana... ini pendapat ana...

Persatuan-persatuan mahasiswa menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) yang dimiliki kerajaan negeri Pakatan Rakyat membenarkan para pelajar mereka mendekati politik seperti kelulusan yang diberikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tiga parti Pakatan - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

student protest pwtc 150906 protestors
Parti Mahasiswa Negara (PMN), yang masih menunggu pendaftaran, menyatakan kampus patut dijadikan pentas berpolitik secara serius dan politik wajar dijadikan subjek yang dipelajari semua penuntut.

"Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Kampus penting sebagai pentas awal (menceburi politik).

"Penglibatan mahasiswa bukan sekadar sebagai pengundi. Mereka sepatutnya diberikan peluang membincangkan masalah-masalah negara dengan kritikal. (Pendekatan) ini akan memberi kredit kepada mahasiswa sendiri," kata presiden penajanya Azlan Zainal.

Minggu lalu, naib canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.

Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU.

"Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata.

Penglibatan mahasiswa dalam politik, tambah Azlan, harus lebih jauh, termasuk proses pembentukan dasar-dasar negara.

"Mereka harus terlibat dalam polisi dan dasar. Kalau Orang Kurang Upaya (OKU) boleh ada wakil dalam Dewan Negara, kenapa mahasiswa tidak (dibenarkan)? Penglibatan mahasiswa akan menjadi suara ketiga antara parti-parti kerajaan dan pembangkang," katanya.

Beliau menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan UniMAP.

student protest auku 191005
Beliau bagaimanapun beliau menolak penglibatan mahasiswa secara partisan.

Diminta mengulas pendirian UniMAP, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga menyokong IPT di negeri-negeri Pakatan dan BN mengikut jejak yang sama.

"Sokong, (negeri Pakatan) patut bermula. Setuju, tetapi bukan politik kepartian," kata presidennya Hilmi Ramli.

Seperti sikap PMN, beliau bagaimanapun tidak setuju jika mahasiswa terlibat langsung dengan politik kepartian.

"Mahasiswa patut jangan terlibat langsung dengan politik kepartian. Penglibatan dalam politik (harus) melampaui kepartian. Mahasiswa mempunyai idealisme sendiri tentang isu-isu nasional. Mereka ada politik sendiri," katanya.

Tindakan itu, menurutnya lagi, bukan sahaja patut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan tetapi di seluruh negeri.

Ditanya sama ada mahasiswa harus dibenarkan melibatkan dalam aktiviti parti-parti politik, Hilmi berkata:

"Tidak boleh ada campur tangan parti politik (dalam universiti). Kalau mahasiswa mahu memihak, itu hak seseorang siswa tetapi universiti tidak boleh menjadi sarang mana-mana parti politik."

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Faisal Mustaffa, turut memberikan pendapat yang sama.

um student hotel stay campus polls
"Secara prinsipnya kita sokong tetapi belum dibincangkan lanjut di peringkat pimpinan tertinggi," katanya.

"Wajar (dilaksanakan) di negeri-negeri Pakatan. Sudah ada kuasa. Mahasiswa sebelum ini mungkin takut (terlibat dalam politik).

"Mereka masih dalam proses penyesuaian. Mereka masih berjiwa pembangkang, belum wujud jiwa kerajaan. (Pemikiran masih) di takuk lama."

Beliau melihat masalah pelaksanaan langkah ini pada AUKU yang menyebabkan mahasiswa tidak terlibat dalam politik terutamanya bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Masalahnya pada AUKU. Mereka patut terlibat dalam politik dan (melalui) NGO, terutamanya. Penglibatan itu dapat memberikan mahasiswa ruang membina nama," katanya.

Kemasukan parti politik ke universiti bagaimanapun, tambahnya, patut "ada had" dan "bukan untuk berkempen".

"Buka ruang debat. Parti politik ingin masuk ke universiti boleh, tetapi bukan untuk berkempen. Sebaliknya, berbincang dan menyuarakan pandangan masing-masing. Ambil pandangan (kita), bincang, debat," katanya.

Draf pindaan AUKU, yang sering dianggap penghalang utama pembabitan mahasiswa dalam politik, kini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berharap jabatan itu menyegerakan proses semakan untuk pindaan "agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu."

"Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu," katanya bulan lalu.

Beliau berkata draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum dikemukakan kepada kabinet.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI