Sunday, October 2, 2011

TETAP DESAK SKMM menjawab isu pengharaman video Undilah

K.Lumpur : Naib Presidien Keadilan, Nurul Izzah Anwar tetap mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjawab pengharaman video undilah kepada parlimen bukan lagi kepada seorang menteri yang merupakan politikus sempit yang tidak mengikuti peredaran semasa zaman.

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seharusnya menghormati kebebasan bersuara dan media padang yang sama rata seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Kenyataan yang diberikan oleh Datuk Rais kelmarin, begitu melucukan dan mengelirukan.

“Saya pasti rakyat malaysia yang membacanya akan ketawa dengan jawapan yang diberikan seperti kebudak-budakan dan tidak matang dalam dunia politik. Rakyat tersinggung atau UMNO yang tersingung melihat video klip tersebut”, kata Nurul Izzah dengan penuh sindiran keatas Datuk Dr Rais Yatim.

Sepanjang pengetahuan saya, penerbitan video klip undilah tidak pernah memohon kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk disiarkan di televisyen.

Kempen 'Undilah' terbitan Pete Teo yang dilancarkan pada Hari Malaysia 16 September lalu merupakan klip video mengajak rakyat malaysia keluar mengundi yang disertai oleh tokoh-tokoh tanah air tanpa mengira parti politik. sila layari web www.undilah.com/

"PSA ini yang disertai diri saya sendiri dan ramai lagi tokoh masyarakat Malaysia, adalah satu usaha tak berpihak (non-partisan) untuk mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi bila tiba masa pilihanraya nanti demi mengukuhkan proses demokrasi yang diamalkan di negara kita. Ia bertujuan memupuk semangat demokrasi di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira pihak mana yang disokong. Justeru itu, bagaimana ditolak”, katanya.

Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyatakan sikap yang ditonjolkan oleh Datuk Rais dan pimpinan UMNO-BN sudah jelas menunjukkan mereka begitu takut dengan paparan imej pembangkang yang sama rata dengan pimpinan BN dalam video klip tersebut yang mengajak rakyat Malaysia berdaftar untuk keluar mengundi.

Senario yang ditunjukkan dalam paparan video klip tersebut tidak memihak mana-mana ianya jelas suasana yang harmoni yang terdiri berbagai kaum dan pimpinan.

Seraya membuktikan pengharaman video klip adalah satu keputusan sempit politik yang dibawa oleh parti UMNO-BN, katanya kepada wartawan Harakahdaily ketika beliau bersama suaminya, Raja Ahmad Shahril Iskandar B. Raja Salim menziarahi Mohd Zulkifli Abu Bakar , 54thn yang mengalami serangan sakit jantung di Hospital Universiti Malaya pagi tadi dengan menyerahkan sumbangan kepada pesakit untuk menampung kos perubatan pembedahan.

Sementara itu, Salmiah Kambali, 53thn melahirkan rasa terharu atas kunjungan Ahli Parlimen Lembah Pantai menziarahi suaminya yang diserang sakit jantung pagi tadi.

Menurut Salmiah, suaminya akan menjalani pembedahan jantung malam ini, dengan bantuan dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan kami sekeluarga.

Sikap Nurul Izzah Anwar yang begitu prihatinan dan ambil berat terhadap rakyat menunjukkan beliau seorang pimpinan yang amat disegani dan harus dicontohi pimpinan yang lain, katanya.

Editor : khaulah Azwar

Exco Pendidikan desak Kementerian Sukan peka keselamatan pelajar

Klang : Pemergian Allahyarham Muhammad Fakhrul Amin b. Abd Rahman, 11 tahun yang telah pulang kerahmatuallah amat dirasai oleh ahli keluarganya akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola di padang SK Kg Jawa(2).

Tragedis menyayat hati menggemparkan rakyat Malaysia yang sekaligus mendapat perhatian yang sewajarnya oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Presiden MPPIBG Selangor, Miswaddi Sarbini.

Dr Halimah yang mengunjungi ahli keluarga allahyarham berkata, saya difahamkan oleh ibubapa allahyarham dan beberapa orang saksi ketika kejadian tubuh badan allahyarham terutamanya bahagian kepalanya didapati berlumuran darah dan tidak sedar diri apabila tiang gol jatuh menghempapnya ketika bermain bola bersama rakan-rakannya.

Tiang gol sekolah yang berkarat dan sudah tidak ada penghadang belakang tidak pernah diganti dan terus digunakan oleh pihak sekolah.

Sikap tidak keperihatinan pihak sekolah untuk menukarkan tiang gol tersebut bukan allahyarham sahaja yang boleh dihempap tiang gol itu, bahkan pasti akan berlaku kepada pelajar lain juga.

Katanya, sesiapa sahaja yang berada di situ boleh mengalami kemalangan yang meragut nyawa.

Dr Halimah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Selat Klang mengharapkan aktiviti sukan yang digalakkan oleh kementerian seharusnya di sediakan dengan kemudahan sukan yang mencukupi dan sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Saya juga berharap dengan insiden yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada semua dan saya desak agar Kementerian Pelajaran peka dengan keselamatan semua perkakas dan peralatan serta keperluan aktiviti sukan sebelum melancarkan kempen 1 murid 1 sukan yang boleh mengakibatkan kemalangan lebih banyak lagi, kata Dr Halimah.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI