Monday, September 24, 2012

PAS Sedia Calon Yang Berbakat PRU13

POKOK SENA: PAS, KeADILan dan DAP telah menyesuaikan sebahagian besar kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Tapi saya dimaklumkan BN belum selesai banyak, sebab itu tidak tahu nak tetapkan tarikh pilihan raya,” sindir beliau selepas Majlis Konvokesyen Ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), di sini 22 September baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media berhubung penyelarasan kerusi yang akan ditandingi ketiga-tiga parti.

Diminta menyentuh mengenai kerusi melibatkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), perkara itu ujarnya, perlu mengambil kira perbincangan bersama KeADILan dan DAP kerana akan melibatkan kawasan bukan Islam.

“Calon bukan Islam mestilah bertanding di kawasan bukan Islam. Kita ada persefahaman, kita tidak bergaduh, yang ada cuma berbeza pendapat,” terangnya.

Tegas Ustaz Abdul Hadi, PAS tidak semata-mata meletakkan calon atau sebagai simbolik sahaja, tetapi mahu calon yang boleh menang.

Malah dalam memberi kedudukan kepada bukan Islam, PAS menurutnya, pernah meminda Perlembagaan Dewan Undangan Negeri Terengganu semasa memerintah negeri itu bagi membolehkan calon bukan Islam atau wanita dilantik sekiranya tidak terdapat wakil dari kedua-duanya.

Maklum beliau lagi, banyak ruang untuk melantik calon bukan Islam seperti Senator, Majlis Daerah atau Perbandaran dan lain-lain.

“Jadi tunggu menang (pilihan raya) dahulu. Bukan semestinya (jadi calon) bertanding dalam pilihan raya,” terang beliau.

Terdahulu menjawab pertanyaan sama ada PAS di Kedah akan meletakkan calon luar atau tempatan pada pilihan raya nanti, perkara itu katanya, terserah kepada budi bicara PAS Negeri.

Menjelaskan prosedur itu, PAS Kedah menurut beliau menghantar senarai calon kepada PAS Pusat untuk pertimbangan oleh Majlis Syura Ulama, sebelum senarai diluluskan diserahkan kembali kepada PAS Kedah.

“Terpulang kepada PAS Negeri atas budi bicara masing-masing. Biasanya PAS Negeri atau PAS Kawasan menghantar beberapa nama, bukan satu nama sahaja. Kemudian nama itu diluluskan Majlis Syura Ulama.

“Ada Dun, Parlimen (hantar) dua nama kadang sampai lima nama. Kemudian PAS Negeri timbanglah calon sesuai,” terang Ustaz Hadi disamping Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Dapat Sambutan Semua Masyarakat & Bangsa



PENGKALAN CHEPA: Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Haji Hassan Haji Ahmad permintaan  masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya.

(Pasti Selangor sebagai juara keseluruhan.)

"Pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti,  bBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini baru-baru ini.

Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka.

“Mereka memerlukan pendidikan akhlak. Mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu.

“Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,”ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia.

Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra’.

“Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,”ujarnya.

Menurut Hj Hasan, Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia.

Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu.

Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan.

Editor : Khaulah Azwar

Tazkirah Buat Diri Yang Lupa: Jangan Keluh Bila Di Uji, Jangan Kesal Bila Tidak Di Hargai

YA ALLAH YA AFUWW YA GHAFFUR YA TAWWAB...sahabat2 yang di rahmati Allah swt...Jiwa orang-orang mukmin diajar oleh Rasulullah s.a.w agar melihat kesakitan dari sudut positif seperti di dalam hadis tersebut..sama2 muhasabah diri...peringatan untuk diri sendiri jua..


 YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA WAHHAB...sahabat yang dirahmati Allah swt.ALLAH TIDAK BERHENTI MEMBERI...

Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-NYA.jadi siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih...sama2 muhasabah diri...

 ...sahabat sejati sukar di cari...jangan menyesal kehilangan sahabat yg kita anggap ianya baik...tetapi sebenarnya dia tidak jujur...biarkanlah ia pergi...sesungguhnya Allah hendak menggantikan kita sahabat yang lebik baik dari itu...InsyaAllah...

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI