Saturday, September 15, 2012

Himpunan Sejuta Ummat Jumaat Depan, Demi Islam Mati Ku Rela

BATU CAVES :  Lebih 200 orang berkumpul di Masjid Amaniah, Batu Caves di sini bagi menyatakan bantahan terhadap penerbitan filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perhimpunan itu juga mengesa Amerika Syarikat menarik balik penayangan dan mengenakan tindakan tegas terhadap pengarah Sam Bacile yang mengambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang hina, lemah dan gila seks.

“Kita memberikan tempoh seminggu kepada Amerika agar menarik semula filem berkenaan. Jika gagal berbuat demikian kita akan berkumpul di hadapan kedutaan mereka Jumaat hadapan. Sebarkan kepada semua umat Islam,” tegas Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang mengetuai bantahan.

Jelasnya, perkara ini menunjukkan isyarat jelas agar umat Islam bangkit untuk mempertahankan Rasulullah SAW dan menentang musuh Islam terutama Amerika Syarikat.

Turut bergema laungan ‘Allahuakhbar’, ‘Hidup Islam’ dan ‘Hancur Yahudi’ selain beberapa sepanduk ‘Kami Akan Mempertahankan Rasulullah’.

Selain di Selangor dan Kuala Lumpur, bantahan turut dibuat oleh Pemuda PAS di Pahang bertempat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Masjid Negeri Ipoh (Perak), Masjid Permatang Jaggus (Pulau Pinang), Masjid Rusila (Terengganu), Masjid Al-Azim (Melaka) serta di Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Turut hadir sama, Penyelaras DUN Gombak, Salehhuddin Mohd Nasir Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Noor dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Beliau menambah, pihaknya juga tidak bersetuju dengan tindakan ganas sepertimana yang berlaku di Libya sehingga menyebabkan duta negara Amerika Syarikat ke negara itu, Chris Stevent terbunuh.

“Kita tidak menyokong keganasan sehingga mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah. Kita juga mahu Amerika menarik balik semua hasrat untuk menghantar tentera ke Libya bagi menjejaki individu yang terlibat dalam serangan di kedutaan mereka kerana dikhuatiri keadaan lebih teruk akan berlaku,” katanya.

Pertengahan minggu ini menyaksikan berlakunya demonstrasi besar di kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak puas hati dan dijangkakan perkara ini akan diteruskan di seluruh dunia Islam dalam masa terdekat.

Dalam tunjuk perasaan di Kaherah, berpuluh-puluh orang memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera Amerika Syarikat dan menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah.

Menurut Khairul, pada Jumaat minggu depan, pihaknya akan menggerakan satu perhimpunan besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan serius terhadap penghinaan ini.

Editor : Khaulah Azwar. 


Recharged : Semangat Juang, Status Kesihatan Opah


Blog ana, jarang sekali diluahkan apa yang berlaku dalam hidup ini, banyak ana lakarkan kongsi kemelut-kemelut negara, politik, tazkirah.
Ibuku ziarah Opah yang dianggap spt kakaknya..

Minggu ini, minggu imtihan (Ujian) sedikit sebanyak ana, minta laluan kepada semua akhwat untuk kongsi bersama, suka duka seorang pejuang.. (Layakkah ana mendapat gelaran itu??) 

Alhamdulilah, setelah opah (Cikgu Ana dibangku sekolah) kembali sihat daripada pembedahan hempedu. 2 Minggu opah terlantar di hospital. Berulang alik juga ana ke Hospital walaupun tidak dapat infaq sepenuh masa kerana ada tugas lain juga untuk dilaksanakan. 

Namun, ana bersyukur Allah telah mentarbiyahkan diri ini pembahagian masa yang telah ana lakukan semenjak di bangku sekolah lagi esp di bumi SMVPR.. Bumi yang banyak menyimpan sejarah kejayaan, kehidupan,  suka dan dukanya.. 

Memang terkejut pada khamis baru-baru ni, ana tak dapat ziarah opah sebab urusan penting yang tak dapat dielakkan. Malamnya memenuhi undangan jemputan Aidilfitri JKP Zon 13 dan 14. Hujan sangat lebat namun orang ramai tetap membanjiri majlis ukhwah fillah tanpa kira bangsa dan agama. Alhamdulilah..

Kira-kira majlis habis 12 malam, ana bersama emak, adik, anak-anak buah ana balik rumah. Terus capai bahan untuk masak agar-agar opah. Kesian opah tak makan nasi sejak masuk Hospital. 
Kesukaan Opah, moga terbuka selera makan.

Tentu badan opah lemah hanya bergantung masuk air yang diberikan Doktor. Beri makan ubat, opah akan muntah (spesis macam ana je).. hampir jam 1 pagi selesai urusan di dapur..harap terbuka selera opah esok.

Sebelum tidur mengaji seketika mencari kekuatan iman yang lemah..
14/9/2012 : Waktu sangat berharga buat ana, pagi selepas hantar nana, bertemu kekasih hati (Solat Dhua) perlu di utamakan sebelum bertemu dengan sahabat2 di Taqwa Restoran.

Perbincangan kerja, isu-isu semasa dan macam2 yang perlu dikongsi bersama. Tanpa kawan hidup terasa sepi, indahnya berukhwah jika semua kerana Allah. 

9.30am mulakan tugas perang pena, bantu adik2 edit surat kepada PKM untuk mesyuarat bersama Majlis perbandaran Selayang, Pejabat Tanah, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya untuk perbincangan tanah di Gombak. (Doakan urusan kami). 

Bicara dua hati yang telus.
Target masa ana untuk siapkan semua edaran Braucher Mahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah, Alhamdulilah masa sehingga 12.30 tgh siap semuanya untuk di beri pada Nazir Masjid DUN Batu Caves.  (2 pm perlu bertolak balik daripada Hospital untuk ke medan pertempuran.

Seruan Jihadi telah panggil. Nabi Muhammad SAW Kekasih hatiku di hina, tugasku perlu dilaksanakan, Tentang Kufur, Tentang Amerika..)

Ana bergegas ke Hospital, untuk ziarah opah., Rasa happy sangat bila tibanya sampai di pintu Lif Hospital dekat wad opah, suara yang ana rindu sangat kuat. Meriah bilik opah, Suara yang mengajar ana begitu bersemangat bercerita.. 

Opah : Sayang (Pangilan manjaya pada ana), opah dah sihat, seronok sangat nak balik. Terima kasih, ziarah, jaga opah, masak untuk opah.. (Moga Allah merahmati kamu).. ana kucup tangan yang tidak henti menulis mengajar anak bangsa.

Ana: Ala opah ni, tak de apa yang banyak saya lakukan kalau nak banding dengan apa yang opah berikan pada saya selama ini. Ilmu, bimbingan, doa, kasih sayang opah..semua tak dapat di beli opah.

Alhamdulilah dah sihat, cepat tolak opah keluar Hospital :)
Asalkan opah tahu yang berharga untuk saya orang-orang yang saya sayang sihat, sentiasa mendapat keampuanan Allah, diberi kejayaan dunia akhirat.

Mereka beri kesempatan kepada saya untuk beri khidmat kepada mereka sementara saya masih hidup. (Itu yang saya ingin lakukan) tapi kadangakala mereka tak mengerti:(

Opah, tau tak.. tadi saya jumpa Doktor, katanya opah tak boleh balik lagi.. sebab opah tak makan ubat, tak nak makan nasi.. so kena tahan seminggu lagi.. luka opah tak kering lagi..

Opah : Kamu jangan mengada-ngada (Airmuka opah berubah).. opah cubit tanganku.. cakap betul-betul ni..opah nak balik, dah tak sanggup duduk Hospital lagi, habis lengan opah biru kena cucuk.. 

Nana yg makan nasi opah. 
.
Ana: hehe, ana bersama k.adik, bibik, k.yong  (yang setia) jaga opah duk ketawa tengok gelagat opah. acah je lah.. dah lama tak usik opah..

Ye..kita balik. Tengah tunggu Doktor bagi ubat, buat bayaran bil dekat kaunter.. 

Kami siapkan opah, ganti pampers, pakaikan baju opah.. (Ana amati susuk tubuh ini.. setiap kali urut badan opah, pakai baju opah, airmata mengalir.. opah semakin kurus..)

Ana lihat wajah opah begitu ceria sekali. senyum yang ana rindu.. terima kasih ya-allah kerana sembuhkan sakitnya.. Moga opah terus sihat.. 

Opah : Emak dan adik beradik kamu sihat, cicit opah (nana) mana, kenapa tak datang??

Sibuk dia cerita pasal wan bangi, rindu dengan wan. Nanti kamu bawa dia jumpa dengan wan. Tak elok biarkan anak rindukan orang tua.. (Tuhan, Engkau tahu segalanya)..

Ana: Sihat semua, mereka pun tengah tunggu opah, insya-allah balik nanti saya bawa emak dan lain-lain ziarah opah, tapi opah kena rest dulu.. nana sekolah, opah senyum .. 

Kucupan kasih dan pelukan opah pada ana, terubat segalanya.., jiwa yang terasa memerlukan sokongan pelukan daripada insan yang jauh  untuk memeluk diri yang lemah..

I need sombeody hugh me.. :( (ahh rindu yang amat sangat) akhirnya doa ana panjatkan semoga amal ini diterima Allah. 

Kata Ustaz, berlumba-lumbalah melakukan kerja kebajikan dan kebaikan untuk bekalan akhirat akan datang, moga amal tersebut dapat disampaikan kepada ibubapa kita yang telah pergi dan utk orang2 yang kita sayang.. 

Jika kita tak sayang orang, mana mungkin orang akan sayang pada kita.

Letakkan kasih Allah dihati dan kasih manusia ditangan. 

Alhamdulilah sujud syukur :) ni ada sedikan video klip untuk kkita recharged semangat juang yang kadangkala jadi lemah..

Jumpa adik-adik Uia, alhamdulilah mereka semua dah habis pengajian, kini bergerak di Selayang..

Tugas yang perlu dilaksanakan di kawasan Selayang. Dimana juga kita di letakkan moga sentiasa istiqama dalam membantu perjuangan Islam.. Rindu mereka semua..
Hati2 bersatu, kaki ana terseliuh pula.  Bersama adik2 jemaahku

(Imah, Ruzaini, Habsah)... ramai lagi yang telah berpecah, moga kita disatukan di bawah lembahyung rahmat Allah, insya-Allah. 

Jazakaallah buat semua sahabat, sahabiah, tok2 guru, yang sentiasa mengingatkan diri ini.








SIMFONI KASIH TAUTAN HATI