Tuesday, April 12, 2011

Belia Aset Negara, Piala MB Selangor Jadi rebutan PeBT





Batu Caves - Sempena Kejohan Piala Bola Sepak Liga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan berlangsung pada 9hb April, 2011 dan akan berakhir pertengahan bulan Jun, 2011 semua penggerak-pengerak belia tempatan (PeBT) telah memberi kerjasama dengan Kerajaan PR bagi memastikan misi visi ini tercapai khususnya untuk mengumpul belia-belia di negeri selangor.

Mohd Razali Yusof, pengerusi PeBT Zon 14 berkata, "untuk mencapai kejayaan ini maka semua PeBT di setiap Zon seluruh negeri selangor sudahpun mula membuat latihan bagi merebut piala MB. Menurutnya setiap tahun pertandingan liga bola sepak ini diadakan dan PeBT zon 14 telah memperolehi kejayaan di tempat ke 3 daripada 20 pasukan yang bertanding pada tahun 2010, ujarnya ketika ditemui di pejabat penghulu mukim Batu Caves".

Selain daripada itu, sebelum pertandingan ini bermula, terlebih dahulu pihak kami adakan sesi suaikenal antara Pemain Bola Sepak dengan Ahlijawatankuasa Pasukan, Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) PeBT Zon 14 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves. Ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pasukan.

Menurutnya lagi pertemuan malam ini juga bagi menyampaikan baju kepada semua pemain bola sepak yang telah ditajakan oleh Syarikat Sri Ternak.

"Sebagai pengerusi PeBT Zon 14, saya rasa bersyukur kepada ALLAH swt dan terima kasih tidak terhingga kepada Encik Raymond Ho, Pengerusi Syarikat Sri Ternak yang sudi memberi sokongan padu dengan menyediakan dana untuk kelengkapan pasukan kami".

"Kami benar-benar rasa terharu dengan sumbangan diberikan kerana masih ada syarikat-syarikat dan orang awam yang telah tampil kehadapan untuk memberi sokongan padu kepada belia dengan memberi sumbangan. Dengan sumbangan yang diberikan telah membakar semangat pasukan kami untuk bermain dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Harapan saya semoga ada pihak-pihak lain juga akan membantu belia untuk menggerakan aktiviti-aktivi yang bermanfaat untuk mendekati golongan tersebut".

Ini adalah kerana belia merupakan pemimpin masa akan datang. Kita kena corakkan mereka dengan pendekatan yang baik. Menyediakan pasarana kepada belia. Apa yang terjadi pada belia masa sekarang kadangkala begitu mencemaskan semua pihak kerana semua meletakkan hanya golongan tertentu sahaja yang layak membentuk mereka. Pandangan tersebut perlu diubahkan. Dengan berbagai isu berlaku ini menunjukkan pentadbiran negara ini amat lemah. Sepatutnya kita semua memikir dan memberi kerjasama dengan semua pihak untuk membantu golongan belia dengan menjalin erat antara satu sama lain. Dengan pendekatan dan memahami jiwa belia insya-llah masaalah belia dapat diatasi, katanya.

Ujarnya lagi, dalam liga piala kali ini, sukar untuk saya katakan bahawa pasukan saya akan memperolehi kejayaan kerana apa yang kita lihat semua pasukan -pasukan yang bermain dalam sukan bola sepak kali ini terdiri berbagai kateria dan semuanya hebat.Piala MB Selangor kali ini akan menajdi rebutan buat semua Kawasan Zon PeBT di Negeri Selangor. Namunpun begitu insya-allah kami akan bekerja lebih kuat untuk memastikan ada peningkatan untuk tahun ini dengan memperolehi tempat pertama".

Pertandingan yang dijalankan secara liga ini terdiri daripada empat kumpulan yang mempunyai lima pasukan (A,B,C, D dan E) iaitu Zon 15, Old bages, pemuda Batu Caves MPS, G'Mat FC (Templer) dan Mile X. Kelima pasukan ini merupakan pasukan-pasukan yang terkuat dan sentiasa menjadi persaingan setiap kali pertandingan diadakan.

Katanya lagi, sempena hari belia yang akan jatuh pada bulan Mei ini, pihak kami juga telah menyusunkan beberapa program belia antaranya Alun Gema Tari dan lain-lain program. Sebelum ini banyak acara telahpun dilaksanakan antaranya Gotong - royong rakyat, Karnival Rakyat dengan kerjasama ADUN Batu Caves, Back to school bagi membantu golongan fakir miskin dan pendapatan rendah rendah RM1500 kebawah.

Bagi membantu kerajaan Negeri PR menyebarkan maklumat Negeri, saya dan teman-teman PeBT juga membantu menyebarkan semua program melalui Email, laman sesawang facebook, Blog dan media-media alternatif lain agar semua rakyat dapat informasi yang tepat.

Kita menyokong penuh semua program yang dianjurkan oleh Kerajaan PR terutamanya untuk membantu golongan belia yang lepasan IPT dimana mereka masih mencari-cari peluang pekerjaan. Apa yang kita lihat Kerajaan PR bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat namunpun begitu kita harap agar program ini perlu disebarkan luas dan perlu diperbanyakkan diadakan disetiap kawasan. Contohnya Kempen Jom mencari kerja untuk membantu golongan belia ini amat menarik sekali tetapi tidak diaktifkan secara menyeluruh jadi kita harap kerajaan PR dapat memperkemaskan lagi usaha ini bagi membantu belia daripada mereka tidak mendapat pekerjaan dan membuang masa begitu sahaja. Dengan masaalah ini sudah pasti akan berlakunya gejala sosial walaupun belia tersebut mempunyai kelulusan yang tinggi.

Kita juga amat berharap agar belia-belia yang telah dibantu oleh Kerajaan PR dengan mendapat peluang pekerjaan janganlah terlalu banyak memilih memandangakan peluang pekerjaan bukan begitu mudah diperolehi berikutan dengan ekonomi negara yang semakin melonjak dan memberi tekanan yang hebat kepada rakyat. Insya-allah PeBT juga akan sentiasa membantu kerajaan PR bagi mendekati golongan belia dengan mengadakan berbagai aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada mereka.

Baru-baru ini, Kerajaan negeri juga memberi peluang kepada semua rakyat untuk melibatkan diri dalam Mimbar Mikrokredit. Dengan peluang yang ada kita harap belia dapat manfaatkan sebaiknya dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

Katanya lagi, sokongan yang diberikan oleh ADUN Batu Caves kepada belia amatlah baik sekali. Bahkan dengan Mimbar ini juga beliau telah meminta semua PeBT mencari belia-belia yang ingin membuat perniagaan mereka sendiri. Y.B Amir sentiasa memberi sokongan kepada kami setiap program yang diadakan dan beliau tidak pernah mengecewakan kami.

Menurutnya Y.B Amir juga telah memperuntukkan sebanyak RM 30 ribu untuk PeBT mengadakan berbagai program. Setiap zon akan diberikan sebanyak RM6000 untuk mendekati golongan belia. Dengan sokongan yang diberikan oleh ADUN Batu Caves sekali gus membuatkan kami sentiasa dihargai oleh ADUN. Bukan semudah itu untuk kita mendekati golongan belia dan remaja masa ini. Namun pun begitu PeBT yang selayaknya mendekati golongan tersebut kerana belia-belia yang sediada ini mereka tidak mampu berkongsi sesuatu dengan ibubapa mereka. Mereka sanggup berkongsi masaalah dengan teman-teman mereka.

Bukan semudah itu juga untuk kita mencari teman jika tersalah pilih maka mereka akan terjebak dengan pergaulan bebas, pengambilan dadah, mencari hiburan luar yang tidak mendatangkan manfaat. Oleh itu peranan PeBT sebenarnya amatlah berat dan insya-allah dengan kerjasama semua pihak, akan diusahakan sebaiknya kerana belia merupakan harta yang berharga dan merupakan cermin masa depan negara, katanya.

Jurulatih pasukan ini merupakan tokoh yang terbaik bola sepak dan telah menerima berbagai anugerah di peringakat MAS antarabangsa, Anugerah piala sedunia peringkat Malaysia pada thn 1994, Olahraga Merentas Desa Peringkat Malaysia antara Belia di London pada tahun 2000. En Jeenvan a/l Govindansamy, 49thn berkata, "sudah 15thn terlibat dalam sukan bola sepak yang tidak boleh dipisahkan dalam dirinya. Ibubapa, isteri dan anak-anak amat memberi galakan kepada saya".

Pembahagian masa untuk bekerja dalam Penerbangan MAS, Keluarga dan sukan amat diambil kira. Setakat ini saya dapat melakukan terbaik dan tidak diabaikan tangungjawab sebagai suami dalam rumahtangga. Bahkan prestasi kerjaya saya juga semakin meningkat dan mendapat sokongan padu daripada majikan saya.

Penglibatan dalam sukan bola sepak ini merupakan aktiviti yang sangat baik untuk menjana kesihatan. Malahan anak-anak saya juga telah didik dengan mencintai bola sepak. Harapan saya semoga anak-anak saya akan mengikuti langkah saya dan akan bermain diperingkat negara juga.

Jelasnya lagi, bagi membantu golongan pelajar dan belia untuk melibatkan aktiviti sukan ini, tidak diamalkan untuk memperolehi keuntungan bahkan beliau banyak mengeluarkan dana sendiri bagi membantu pasukan bola sepak bagi melibatkan diri dalam liga. Menurutnya lagi untuk mencapai pemain yang cemerlang mereka seharusnya mempunyai displin dalam diri, tidak mengambil rasuah. Jika kita dapat tahu pemain-pemain menerima rasuah tindakan tegas akan diambil dengan memastikan mereka tidak terlibat dalam semua acara sukan bola sepak diseluruh negeri. Kita akan keluarkan surat kepada semua pihak pengurusan pasukan bola sepak bagi memastikan nama mereka di senarai hitam.

Ini adalah kerana jika mereka mengamalkannya sudah pasti akan memberi kesan yang buruk kepada negara dan sekali gus imej pasukan bola sepak tersebut akan tercalar.

Seramai 250 pelajar yang telah bersama saya dan ramai yang menjadi pemain bola sepak terbaik, seperti Faiz Zainuddin, 34thn. Beliau merupakan pemain yang sangat displin dan komited. Seharusnya menjadi contoh kepada semua belia pada masa ini untuk memantapkan diri mereka dalam acara sukan bola sepak, katanya.

Eddi Abu Hanifah, 33thn yang telah terlibat dalam dunia bola sepak selama 10thn, dan kini telah dicalonkan sebagai aktivis social 2011 peringkat Gombak. Anugerah yang diterima ini tidak disangka sama sekali namunpun begitu ianya sebagai pencetus kepada saya untuk teruskan usaha ini demi mengharumkan nama baik pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor untuk mewakili negeri.

Beliau berpadangan anak muda (belia) perlu dibimbing dengan sebaiknya. Jika tidak didekati dengan baik mereka akan membuat arah haluan sendiri. Semua pihak harus berperanan mendekati golongan belia bukan hanya terletak dikalangan tertentu sahaja. Insya-ALLAH sempena hari belia yang akan diadakan pada Bulan Mei ini, pihak kami dengan kerjasama SUHAKAM akan mengadakan program bengkel Hak Asasi Manusia untuk mendekati golongan belia. Program ini akan diadakan pada 11hb Jun, 2011 jam 11 pagi di balai Penghulu mukim Batu Caves. Ini adalah satu usaha untuk mendekati golongan belia agar mreka tidak merasa tersisih. Semoga masaalah belia dengan melibatkan aktiviti kurang sihat dapat diatasi oleh semua pihak terutamanya PeBT yang merupakan pengerak utama untuk mendekati mereka. katanya.

En Siva Kumar a/l Subramaniam, 39thn Pemain terbaik yang telah banyak menerima anugerah peringkat negeri selangor antaranya Bardhan Cup Peringkat Negeri Selangor selama 14thn), Liga Malaysia SUKMA Selangor dan lain-lain lagi. Untuk mendidik remaja dan beliawanis terlibat dengan aktiviti yang sihat, semua orang harus bertanggungjawab untuk membentuk individu tersebut. Pihak berwajib juga harus menggadakan berbagai aktiviti -aktiviti yang sihat untuk mendekati golongan tersebut agar mereka tidak merasa kosong dalam jadual harian mereka. Peglibatan mereka bersama belia sudah pasti, mereka rasa dihargai dan mendapat perhatian. Persediaan pasarana seperti padang futsall, bola sepak, bola jaring, badminton perlu disediakan dan dinaiktaraf. Jika padang sediaada tidak dinaiktaraf ini membuatkan belia rasa kecewa kerana mereka tiada tempat untuk beriadah.

Terima Kasih kepada MB Selangor yang telah mengadakan program piala bola sepak ini kerana dengan adanya aktiviti sihat seperti ini belia dapat mengisikan masa mereka dengan baik, katanya.

Raymond Ho, Pengerusi Syarikat Sri ternak, "Kita harap dengan sokongan diberikan kepada belia di DUN Batu Caves ini mereka akan meningkatkan prestasi permainan mereka. Terdahulu mereka memperolehi tempat ketiga dalam 20 pasukan tahun ini kita harap mereka akan menjadi juara untuk mengharumkan nama pasukan mereka diperingkat Negeri Selangor. Tahniah juga kepada Kerajaan PR Negeri Selangor yang kerap mengadakan aktiviti bersama masyarakat dan mendekati golongan belia. Dengan pendekatan ini sekali gus menjalinkan hubungan dua hala antara pimpinan dan rakyat. Semoga mereka dapat melakukan yang terbaik, "All The Best."

Kejohanan ini akan berlangsung dikesemua dua belas (12) venu di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diseluruh Selangor. Program ini adalah acara tahunan yang telah diadakan sejak tahun 2009. Johan setiap siri jelajah akan berpeluang untuk merebut piala pusingan peringkat negeri.

Editor :khaulah azwar

Tamatkan pemerintahan Taib Mahmud..


Batu caves - Hanya tinggal 3 hari lagi rakyat Sarawak akan menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri ke 10 yang menentukan masa depan mereka.

Siti Zailah Mohd Yusof Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, “Kita merayu semua pengundi-pengundi Sarawak perlu membuat perubahan yang besar pada 16hb April, 2011 yang merupakan tarikh penting buat mereka semua setelah sekian lama negeri itu yang ditadbir oleh UMNO-BN dibawah Pengurusan Taib Mahmud tidak membuat sebarang perubahan untuk membantu rakyat disitu. Taib yang merupakan seorang Penyamun terbesar tidak layak menjadi pemimpin negara kerana tidak dapat menguruskan pentadbiran negeri dengan baik bahkan kebajikan rakyatnya terabai”.

“Ini jelas terbukti, setelah sekian lama mentadbir negeri itu beliau hanya mengaut keuntungan untuk dirinya, dan kaum keluarganya. Sarawak bumi kaya tetapi sayang rakyat terus miskin derita”.

Kita dengar suara hati rakyat Sarawak dalam tempoh kempen yang telah dijalankan. Semakin hari, rakyat disitu semakin marah dengan apa yang berlaku malahan isu yang dimainkan oleh UMNO-BN dengan memainkan isu video seks untuk menjatuhkan ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) juga, tidak menjadi modal terbaik untuk mempengaruhi rakyat Sarawak. Begitu jahat sekali UMNO –BN dengan mengaibkan orang lain untuk mendapat kepercayaan rakyat kepada parti mereka.

Zailah berkata, sepanjang tempoh kempen bertemu rakyat di Negeri Sarawak, Antaranya pengakuan pengundi-pengundi disitu “menyatakan semua isu UMNO-BN tidak masuk akal. Kita sudah lama hidup menderita. Rakyat Sarawak sudah tahu tektik kotor UMNO-BN dengan sanggup membuat apa sahaja. Jadi isu-isu yang digunakan dalam kempen ini tidak diterima. Bahkan sepanjang Taib mentadbir negeri ini Kebajikan rakyat disini tidak dijaga walaupun sudah disuarakan kepada UMNO-BN.

Setiap rungutan, rayuan kami tidak diendahkan sama sekali. Riwayat pemerintahan Taib yang zalim ini harus ditamatkan. Biarpun bendera-bendera dipasang sekeliling rumah pengundi tetapi percayalah hati kami sudah tawar untuk menerima Taib UMNO-BN. Kami inginkan pemimpin muda yang beribawa, jujur, amanah sentiasa mengutamakan rakyatnya bukan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya. Kami orang Sarawak sudah pasti akan mengundi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya ini”.

Zailah yang ditemui dalam usrah Muslimat DUN Batu Caves kelmarin di Pusat Komuniti MPS Cawangan Tmn Selayang berkata“Kita pasti rakyat seluruh Malaysia sudah mengenali Taib Mahmud. Rahsianya telah terbongkar dalam PRK ini. Beliau mempunyai harta kekayaan yang merimpah ruah di bumi Sarawak dimana-mana sahaja tidak kira didalam negara mahupun diluar negara yang berbentuk harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatnya”.

Dengan pengakuan dibuat oleh pengundi-pengundi Sarawak kita harap rakyat malaysia dapat merasai penderitaaan rakyat Sarawak ini. Perubahan peralihan pentadbiran ini perlu dibuat samaada dalam PRK Sarawak mahupun Pilihanraya Umum (PRU ke 13) yang bakal menyusul dalam bulan Jun, 2011.

Rakyat Malaysia seharusnya sedar sepanjang 50thn pentadbiran UMNO-BN, Semua kekayaan yang mereka ada, sebenarnya adalah hasil Negara yang telah dicuri semasa mereka mentadbir Negara tanpa disedari oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia ditindasi dengan berbagai cara berikutan dengan kenaikan harga barang, petrol dan sebagainya.

Rakyat Malaysia seharusnya peka dengan berbagai isu yang melanda dinegara ini bukan hanya mengharap media yang dimiliki oleh UMNO-BN. Mereka seharusnya mencari media alternatif untuk membuat perbezaan pentadbiran UMNO-BN dan PR serta isu-isu yang berlaku.

Saya juga menyeru semua penyokong-penyokong dan AJK pengurusan Parti dibawah Pemerintahan PR harus mengaktifkan gerak kerja mereka. Kita benar-benar tidak ada masa untuk berisitirehat lagi kerana PRU 13 semakin hampir.



Editor : khaulah azwar

Penduduk Iban luah kemarahan di depan calon PAS



TANJONG DATU, 12 April: Kaum Iban terbukti tidak dapat menyembunyikan lagi kemarahan mereka terhadap pemimpin BN Sarawak yang sudah lebih 30 tahun menindas mereka.

Kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka diluahkan dalam satu majlis bersama calon PAS Tanjung Datu, Nani Sahari dan beberapa pimpinan PAS pusat malam tadi di rumah salah seorang penduduk Iban di Kampung Sungai Limo, lebih kurang 20 kilometer dari pekan Lundu.

(Gambar: Calon PAS Tanjong Datu, Nani Sahari bercakap kepada pengundi Iban di Sungai Limo malam tadi)

AJK Bahagian Iban PKR bagi Dun itu, Hamden Ak Sedi dalam ucapannya dengan penuh semangat menyeru penduduk Iban agar tidak lagi memberi peluang kepada BN pada pilihan raya kali ini.

Beliau sebaliknya meminta mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai ikhlas membela nasib mereka khususnya mengenai masalah pemilikan tanah adat yang sudah bertahun-tahun membelenggu mereka.

Beliau yang berucap dalam Bahasa Iban meluahkan kemarahannya kepada kepimpinan BN yang penuh dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Sudah lama kita undi mereka, tapi apa yang kita dapat? Masalah kita tidak pernah selesai.

"Mereka terus senang lenang,kita masih begini juga," katanya.

Sementara itu, wakil ketua kaum Iban, Goh Kine Chong meminta ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa masalah tanah adat ini ke Parlimen kerana katanya mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa.

"Penduduk sini terima sahaja sesiapa yang masuk tapi harapan kami menggunung agar calon yang menang ini dapat mendengar luahan hati kami.

"Kami sangat berharap ahli Parlimen yang ada ini dapat membawa masalah kami ke Parlimen dan membela nasib orang Iban," katanya sambil memandang ke arah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang merupakan ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Goh turut mendakwa kaum Iban dan Dayak sudah lama dianak tiri BN apabila membiarkan seorang sahaja penghulu mentadbir hampir 5000 penduduk kaum itu.

"Seorang penghulu sahaja tidak mampu mentadbir penduduk yang ramai.

"Sebab itu masalah tanah tidak dapat dipertahankan.

"Dulu saya memang orang BN tapi bila melihat BN tidak bersungguh membantu kami, saya berfikir untuk menukar undi saya," katanya yang merupakan bekas kaunselor di sebuah sekolah di Sarawak.

Hampir 100 penduduk Iban memenuhi rumah dan perkarangan rumah malam tadi.

Mereka menunjukkan riak wajah gembira menyambut kehadiran PAS dan mendengar ucapan Salahuddin dan Dr Hatta dengan penuh semangat.

Nani turut berucap dengan meminta mereka memberi undi kepadanya agar beliau dapat membawa masalah mereka ke sidang Dun Sarawak.

"Nanti conteng (pangkah) bulan, jangan conteng BN. Berilah kepercayaan kepada saya, jangan terpedaya dengan janji kosong BN," katanya disambut tepukan daripada penduduk.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI