Friday, December 3, 2010

wawancara- Dengan OCPD IPD Gombak tingkat usaha capai NKRA

Nama: ACP Abdul Rahim Abdullah

Jawatan: Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak

Tarikh lahir: 16 Ogos 1958

Asal: Tampin, Negeri Sembilan

Nama isteri: Zaiton Abu Bakar

Pekerjaan: Setiausaha syarikat swasta

Anak: Lima orang (19, 15, 12, 9 dan 6 tahun)

Kelulusan: Diploma Strategik Studies Universiti Malaya & Diploma Sains Kepolisan, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Mula berkhidmat sebagai polis: 25 Mei 1980

Antara pengalaman:

1983 – (Inspektor) Cawangan Marin PDRM, Kota Kinabalu, Sabah

1993 – (ASP) Pegawai Pengkalan Marin PDRM, Tampoi, Johor Baharu (JB); Timbalan Ketua Cawangan Tadbir Marin, Pengkalan Tampoi JB (1994); Peserta Kursus Cawangan Latihan Bukit Aman dan menyambung pelajaran di UM (1996); berkhidmat di Jabatan Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Cawangan Marin (1997)

2002 – (DSP) PPZA Cawangan Marin, Port Klang

2006 – (Superitenden) Ketua Unit Pegawai Kanan Bahagian Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman

2008 – (ACP) Ketua Polis IPD Gombak hingga sekarang

Pengenalan:

Pelbagai transformasi dan usaha dilakukan dalam mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pihak PDRM di setiap daerah. Sejak bertugas pada 2008 di IPD Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah tidak ketinggalan menjalankan pelbagai gerak kerja berkaitan. Ikuti temubual wartawan bersama beliau selepas program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani gejala sosial dan jenayah dikalangan beliawanis, mengenai usaha skop sasaran NKRA khususnya melalui program Community Policing dan Rakan Cop anjuran IPD Gombak, di pejabatnya terletak di Bukit Idaman, Selayang baru-baru ini.

Tuan, bagaimana pelaksanaan program Community Policing (CP) IPD Gombak setakat ini?

Banyak program CP di kawasan daerah Gombak dengan kira-kira 75 peratus kawasan meliputi tujuh balai di IPD Gombak sudah kita jalankannya setakat ini. Dari Januari hingga November tahun ini sahaja, 36 program CP telah dilaksanakan. Program ini khususnya melibatkan interaksi polis dengan komuniti dalam usaha membasmi dan membanteras jenayah.

CP bermaksud, komuniti itu perlu bergerak dalam menangani masalah jenayah terutama di kawasan mereka. Kita (polis) akan bersama masyarakat sebagai fasilitator untuk menentukan langkah boleh diambil. Alhamdulillah akhir-akhir ini, melalui CP ini boleh dikatakan kurang aduan mengenai tahap perkhidmatan polis berbanding sebelumnya.


Bagaimana statistik jenayah setakat ini?

Dari awal tahun sehingga berakhir November ini, berlaku penurunan sebanyak 12.1 peratus kes jenayah di daerah Gombak.

Ia adalah penurunan kira-kira 745 kes berbanding dengan tahun 2009.

Sejumlah 5,368 kes dicatatkan dari awal tahun sehingga November ini, berbanding 6,113 kes tahun lepas, dalam tempoh sama.

Jadi, mengikut indikator ini, boleh dikatakan keadaan jenayah sekarang di sini (daerah Gombak) terkawal. Namun saya percaya kita tidak harus leka dengan angka ini, tetapi lebih banyak pendekatan berterusan harus dimainkan.

Apa yang penting melalui pelancaran CP ini?

Apabila ia dilancarkan, yang penting Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan persatuan penduduk, Rela (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) misalnya, perlulah bersama PDRM. Tidak lupa, kita juga akan meminta bantuan melancarkan CP ini melalui kerjasama pihak rumah ibadat seperti surau, masjid, kuil dan tokong.

Orang ramai juga boleh membantu polis dengan penyertaan dalam Rakan Cop. Untuk itu, kita menggalakkan lebih ramai menyertai Rakan Cop kerana ia langkah terbaik kerjasama masyarakat bersama polis.

Usaha untuk menarik masyarakat dalam Rakan Cop ini akan dipertingkatkan, sekurang-kurangnya mereka boleh memaklumkan apa jua maklumat supaya ia bermanfaat digunapakai dalam mencegah jenayah.

Kita juga akan mempertingkatkan out reach iaitu perkhidmatan kepolisan yang dekat dengan masyarakat supaya mudah mendapat maklum balas dan senang kita nilai serta susun semula perkhidmatan.

Saya percaya kami (polis) sentiasa dilihat kerana masyarakat juga sering melaungkan kehadiran pihak polis dan sebaliknya. Dalam hal ini, kita berjanji akan terus melaksanakan tugas sebaiknya bagi mengembalikan keyakinan masyarakat kepada PDRM.

Bagaimana masyarakat boleh membantu pihak polis?

Saya melihat program Skim Rondaan Sukarela (SRS) boleh membantu menghidupkan masyarakat dalam membantu tugas polis.

Sehingga ini kita selalu mengadakan dialog dengan SRS untuk melaksanakan langkah keselamatan di kawasan terlibat dan berpuas hati dengan kerjasama mereka.

Kita juga meminta kerjasama penduduk, jika polis datang menghampiri kawasan perumahan, pasar malam dan sebagainya, jangan hanya kata 'tiada apa', tetapi cuba berinteraksi. Kita tidak mahu timbul soal, bila kata 'polis', masyarakat rasa tidak selesa. Ini persepsi dan cabaran hendak kita ubah.

Sebagai contoh, perkhidmatan rondaan polis sekarang sudah begitu rutin, jadi mungkin agak kurang keberkesanan. Untuk cari jalan terbaik, saya percaya anggota perlu reach out dan lebih berinteraksi dengan masyarakat. Sekarang ini ada kehadiran polis, tetapi sesetengahnya masih kurang interaksi.

Ini antara perkara saya tekankan kepada anggota dan mereka perlu menghantar laporan berkaitan setiap kali rondaan melalui pendekatan tersebut di kawasan penduduk dijalankan untuk dinilai KPI mereka.

Apakah jenayah paling tinggi di daerah Gombak masa kini?

Setakat ini, paling banyak adalah kes kecurian motosikal. Balai Polis Selayang pula antara banyak menyumbangkan kes, sama ada jenayah harta benda dan kekerasan.

Untuk itu, sekarang Balai Polis Selayang akan dijadikan hot spot IPD Gombak. Tetapi tidak bermakna kita tidak memberikan perhatian di kawasan lain, cuma pendekatannya berbeza.

Kawasan Selayang kita akan fokus melalui bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan agensi lain seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi bersepadu.

Adakah langkah hanya melalui 'gated community' mampu mencegah jenayah?

Walaupun terkini banyak perumahan melaksanakan gated community untuk mencegah jenayah, tetapi ia masih berlaku. Contohnya perumahan apartmen dan kondominium di Wangsa Permai, Kepong masih berlaku beberapa kejadian kecurian kereta dan motosikal biarpun menggunapakai kaedah itu.

Selain itu kecurian barangan bersaiz besar dalam rumah seperti televisyen dan sebagainya, persoalannya adakah hanya dilakukan seorang atau berkumpulan, melalui lif atau tangga atau ia disebabkan sistem kawalan itu yang longgar?

Jadi, walaupun gated community boleh kawal, kita masih boleh beri tambah baik. Memang kita kata ada penurunan kes, tetapi jenayah sentiasa berlaku, ini yang masyarakat tidak sedar. Untuk itu, satu-satunya cara mengatasinya adalah melalui CP.

Program CP IPD Gombak tidak menumpukan pada satu-satu golongan sebaliknya secara keseluruhan struktur masyarakat, termasuk di kampung biarpun indeks jenayahnya agak kurang.

Namun demikian, rata-rata masyarakat meminta biarpun kadar jenayah terkawal, tetapi mereka mahukan kehadiran polis berterusan, sehingga ada membantu mengadakan pondok dan pembinaan balai polis.

Terbaru, sebuah syarikat pemaju melalui program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) membantu pembinaan empat tingkat balai polis baru di Prima Sri Gombak, dengan kos RM4.5 juta, dijangka dimulakan tidak lama lagi. Ia susulan kepadatan penduduk dari fasa satu hingga sembilan di situ dan sekitarnya kira-kira 200,000 orang.

Apakah inisitif berbeza berbanding IPD lain diambil IPD Gombak dalam menjayakan CP ini?

Antara usaha kita ialah dengan melantik 15 anggota pegawai berpangkat ASP ke atas, dipanggil Ketua Zon CP, untuk mengawal selia perumahan. Ia mengambilkira empat balai utama supaya dapat memfokus usaha ini, selain dapat membantu ketua polis balai untuk pembanterasan jenayah.

Kita juga mempunyai Rondaan Integrated melibatkan seluruh jentera MPV, supaya dapat memastikan ia dapat bergerak sepanjang masa. Ini berikutan umum tahu MPV antara responden utama untuk sampai ke lokasi sekiranya ada panggilan kecemasan.

Harapan tuan terhadap pelaksanaan CP ini?

Melihat program CP telah dilaksanakan selama ini, ia menunjukkan tanda-tanda positif dan saya yakin IPD Gombak dapat mencapai KPI dikehendaki Ketua Polis Negara dan masyarakat bagi menangani issue gejala social dan jenayah.

Bagaimana sokongan keluarga terhadap kesibukan tuan menjalankan tugas?

Alhamdulillah mereka memahami. Elemen pengorbanan dan sokongan antara anggota keluarga penting terutama dalam tugas seorang anggota polis. Bagi saya yang penting perlu pandai membahagikan masa kualiti bersama keluarga.

BN zalimi rakyat marhaen..Jangan LUPA SERTAI BANTAHAN AIR 5hb Dis, 2010


KUALA LUMPUR : Kenaikan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan BN zalim kepada rakyat marhaen.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"Harap pengguna RON95 mesti tolak BN. "BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.

Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.

Ianya terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat.

"Saya tengok rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya lagi.

Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang.

Kesan kenaikkan itu juga jelasnya, memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.

"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat," soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat turun beramai-ramai pada himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas di Masjid Negara, Ahad ini.

Biarpun himpunan itu bagi membantah tindakan Syabas menaikkan tarif air Selangor, kesempatan itu juga jelasnya wajar diguna untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan tersebut.


Umno.BN Atur Strategi Kotor Menjelang PRU-13

PRU ke 13 masuk Gear 3-4

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI