Saturday, January 8, 2011

Operasi Gempur PUB HIburan


KEPONG – Sebuah pub di deretan blok komersil Taman Perindustrian KIP di sini, disyaki menjadi port tempat mengedar najis dadah diserbu pihak berkuasa awal pagi, semalam.


Operasi Bersepadu berkenaan dikelolakan pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, adalah buat kali pertama dijalankan tahun ini.

Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, Azmi Ismail berkata, Ops Pusat Hiburan yang diadakan hari ini adalah menyahut seruan Kerajaan Negeri Selangor (PR) untuk membenteras Gejala sosial dalam program Generasi Idaman Selangor (GeMS) dikalangan Beliawanis.Selain daripada itu dapat menjalankan tanggungjawab amal maaruf Nahi mungkar. Insya-ALLAH pihak MPS, Polis,
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan memberi kerjasama bagi menjaga keselamatan rakyat.

Hasil serbuan pihak berkuasa sekitar jam satu pagi itu, tujuh ditahan dengan empat daripadanya lelaki dan tiga perempuan, apabila disyaki positif mengambil dadah dalam badan.

Menurutnya, “hasil operasi itu setelah anggota polis mengepung premis terbabit dan menjalankan saringan air kencing terhadap kira-kira 35 pengunjung sedang asyik berhibur ketika serbuan”.

“Sebenarnya sudah dua tahun premis ini didapati mula beroperasi. Terdapat empat buah pub hiburan di sini, dua daripadanya dimilik seorang pemilik dan pub ini antara dikenal pasti dijadikan port untuk mengedar dadah. “Bahkan sejak tahun lalu sahaja, pihak polis sudah sering menjalankan operasi bersama pihak kita,”

katanya lagi, "semasa diiringi sama 20 anggota khas MPS dan 12 anggota polis. Dalam pada itu, “menurut Azmi bukan sahaja polis dan MPS sudah mengambil tindakan terhadap port dadah itu dalam masa dua tahun, pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga sudah menyerbu premis dimaksudkan untuk melumpuhkan operasi port dadah ini”.

Ditanya sama ada terdapat jenis dadah ditemui, katanya pihak polis berjaya menemui pil dipercayai jenis ketamin, manakala mereka disyaki positif dadah itu dibawa ke IPD Gombak untuk siasatan lanjut.

Menurut Azmi, walaupun terdapat empat premis pusat hiburan di satu deretan bangunan komersil sama di situ, tetapi pihaknya bersama polis hanya menumpukan pub dikenalpasti terlebih dahulu.

“Dari masa ke semasa, tindakan sama turut dijalankan terhadap pub-pub lain di sini. Cuma kalau kita hendak serbu keempat-empat premis dalam masa sama memang tidak boleh kerana ada akan sempat lari,” katanya.

Daripada maklumat diterima, terdapat seorang penjaga pub port dadah itu yang juga orang kurang upaya (OKU) berjalan menggunakan tongkat, pernah ditahan pihak berkuasa kerana positif dadah, namun sudah keluar penjara.

Ketika serbuan dibuat, pemilik pub tidak berada di lokasi, manakala terdapat beberapa pengunjung mabuk menimbulkan provokasi dengan membuat bising apabila wajah mereka dirakam lensa kamera kumpulan wartawan.

Tinjauan mendapati majoriti pengunjung pusat hiburan itu didapati bukan beragama Islam, tetapi tidak ketinggalan mereka terdiri daripada beberapa kalangan orang Melayu.

Difahamkan terdapat seorang mereka didapati positif dadah adalah mereka terdiri daripada warga asing dari Thai. Maklumat diterima premis tersebut tiada lesen. Dalam masa sama, Azmi menyatakan premis berkenaan diserbu oleh pihaknya setelah menerima maklumat pub tersebut memegang lesen perniagaan sementara semasa pemeriksaan dilakukan MPS.

“Bagaimanapun kita telah menyita lesen sementara ini kerana timbul keraguan apabila didapati lesen ditunjukkan dengan lese
n papan tanda iklan premis ini dipamerkan, dengan nama perniagaan berbeza".

“Walaupun terdapat lesen sementara, namun kita akan sita dokumen ini sehingga hasil siasatan selesai. Jika ikutkan sejak saya bertugas sahaja sudah lima kali serbuan dilakukan kepada premis ini,” katanya.

Terdahulu, sejurus sampai di kawasan pub itu, beberapa pekerja wanita dipercayai penari di situ, dilihat sempat berlari keluar dalam keadaan 'ala bikini' sebaik melihat serbuan pihak berkuasa di pub bersebelahan.

Banyak premis hiburan operasi lebih masa Hasil operasi itu, MPS juga mengeluarkan dua kompaun terhadap dua premis pub di sini, kerana beroperasi melebihi masa sepatutnya ditetapkan iaitu sehingga jam satu pagi.

“Setiap satu premis melakukan kesalahan melebihi masa dikenakan kompaun RM5,000 dibawah Undang-undang Kecil Pusat Hiburan Seksyen 11 (2). Biasanya dalam jam satu pagi, memang 'enjin' baru hendak panas', tetapi tindakan tetap dikenakan mengikut peraturan telah ditetapkan.

“Kompaun RM1,000 turut dikeluarkan terhadap peniaga 'steamboat' beroperasi di hadapan premis pub ini tanpa lesen, mengikut Seksyen 3 Undang-undang Kecil Penjaja MPS,” katanya.

Selepas operasi pusat hiburan berakhir hampir jam tiga pagi itu, Azmi turut menjalankan operasi menyita barangan jualan peniaga Myanmar di Pasar Borong Selayang. Menurutnya, hasil operasi, satu lori tiga tan penuh dengan barangan jualan warga Myanmar yang disita, walaupun terdapat peniaga sempat melarikan diri ke kawasan Kuala Lumpur setelah melibat kelibat kenderaan pihak berkuasa.


Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI