Friday, March 11, 2011

72orang penduduk Kg Kemensah menerima Mock Key Town House


Hulu Klang, Gombak - Seramai 72 orang penduduk telah menerima kunci rumah masing-masing pagi ini.

Majlis penyerahan Kunci Rumah "Town House" di Kg Kemensah telah mendapat kerjasama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor. Turut hadir bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen Gombak Y.b Azmin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor (PNSB) Tn Hj. Ahmad B. Omar serta Pengerusi Pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB) Ybhg. Dato' Samad Maharuddin.

Penyerahan Kunci telah disempurnakan oleh Y.B Ir. Tuan Iskandar B. Abdul Samad Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan. Seramai 3 orang wakil bagi mewakili 72 orang pembeli setinggan telah menerima Mock Kunci tersebut.

Berkata Y.B Ir Tuan Iskardar," PNSB adalah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang telah diberikan tanggungjawab untuk menempatkan semula penduduk -penduduk asal Kg Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor".

"Penempatan baru yang dibangunkan oleh pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd telahpun menyiapkan 72 buah unit" town house" yang merangkumi Block A, B, C, D berkeluasan 850 Kaki persegi seunit dengan harga RM50,000.00. Pembangunan ini telahpun siap sepenuhnya dan 72 buah keluarga daripada penempatan asal telahpun menerima kunci rumah masing-masing".

Menurutnya lagi, "pembangunan projek Kemensah Hilir yang meliputi tanah seluas 15.6 ekar dan antara kompenan-kompenan lain yang bakal dibangunkan secara berfasa adalah rumah teres, rumah kelab dan dewan, isnyallah kawasan ini akan dinamakan Bukit Kemensah Indah".

"Saya harap gensi-agensi kerajaan yang terbabit untuk melaksanakan projek-projek penempatan semula setinggan perlulah prihatin dan memastikan bahawa setiap projek berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual serta berkualiti kerana kelewatan menyiapkan projek akan melewatkan perpindahan penduduk. Besar harapan saya semoga pihak pemaju dapat menunaikan janji yang dinyatakan bersama penduduk agar tidak berlaku perselisihan faham".

"Kerajaan Negeri juga bercadang untuk terus mengurangkan bilangan setinggan di Negeri Selangor untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan menjamin hak asasi rakyat bagi mendapatkan rempat kediaman yang lebih selesa, katanya".

En. Mohd B. Manan , 69thn berkata "alhamdulilah syukur kepada ALLAH swt kerana rumah yang diidamkan selama ini telahpun saya kecapi. Bagaikan sebuah penyeksaan bagi saya sekeluarga menanti rumah yang sangat diidamkan sehingga isteri saya telah pulang kerahmatuallah 4 bulan yang lalu. Rasa sedih kerana isteri saya tidak dapat merasakan rumah yang dinginkan selama ini. Berbagai ujian yang telah kami lalui selama menanti rumah ini siap.

Sebelum ini kami duduk rumah setinggan yang dikenali sebagai Kg Kemensah Hilir yang bermula 1962 sehingga 2005. Kami tidak dikenakan bayaran apa-apa. Tetapi pada tahun 2007 kami diminta berpindah oleh pihak pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB) yang telah dilantik oleh kerajaan pemerintah dahulu (UMNO/BN).

Pihak pemaju telah memberi bayaran RM300 setiap 3bulan sehingga projek siap kepada semua penduduk setinggan untuk mencari rumah sewa bagi membangunkan projek perumahan ini agar berjalan dengan lancar.

"Antara kengkangan yang dihadapi penduduk bersama pihak pemaju adalah bayaran kelewatan menyempurnakan rumah. Mengikut terma perjanjian RM13.70 sehari, Semua bayaran telah dijelaskan oleh penduduk (faedah, interest bank, cukai pintu. Kunci pihak pemaju sudah serahkan tetapi bekalan elektrik belum ada, tetapi bekalan air sudah masuk. Walaubagaimanapun pihak pemaju berjanji dengan penduduk akan usaha siapkan dalam tempoh terdekat.

Pihak pemaju berjanji akan siapkan rumah selama 36 bulan tetapi berlaku kelewatan 4 bulan kerana sebab-sebab tertentu. Namunpun begitu pihak pemaju akan menanggung kos kelewatan tersebut" , katanya.

Hj. Abd Aziz, 60thn berkata "Kes penempatan rumah setinggan ini berlaku pada zaman pemerintahan kerajaan terdahulu lagi semasa dibawah Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyor). Banyak halangan-halangan yang kami hadapi lebih-lebih lagi pembahagian lot-lot tanah proses untuk mendapatkan kelulusan begitu sukar.

Memerlukan proses yang agak lama . Tapi alhamdulilah apabila bertukarnya kerajaan PR, akhirnya kami dapat rumah yang diidamkan selama ini. Ia merupakan aset kami untuk anak cucu kami juga. Kami penduduk disini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan PR yang telah banyak mengatasi masaalah kami disini. Insya-ALLAH dalam masa terdekat kami semua boleh pindah kerumah baru".



Editor :khaulah azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI