Monday, September 27, 2010

Konvokesyen Program Pengajian Awam Syariah / Usuluddin

Shah Alam-Konvokesyen Program Pengajian Awam Syariah / Usuluddin yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dalam menyediakan program-program pentarbiahan yang berstruktur di masjid-masjid untuk memudahkan masyarakat mendapatkannya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia dengan menyampaikan sijil tersebut kepada pelajar yang telah berjaya menjalani pengajian tersebut.
Berkata dato' Dr Hasan, "Ianya bermula sejak 2004 dengan Program Pengajian Awam Syariah dan Program Pengajian Awam Usuluddin sejak 2006. Progam yang melibatkan 31 buah masjid dan telah melahirkan seramai 200 graduan sejak ianya diperkenalkan kepada orang awam ni Negeri Selangor".
Tahun 2010, seramai 150 orang dari 13 buah masjid akan menerima anugerah sijil sebagai tanda pengiktirafan akademik, iaitu 70 untuk Sijil Pengajian Awam Syariah dan 80 orang untuk Sijil Pengajian Awam Usuluddin. Seramai 650 pula sedang mengikuti program ini di masjid-masjid yang berkenaan di seluruh Selangor.
Katanya lagi, "Saya rasa bangga di dalam menjana pentadbiran sebuah negeri yang maju, program ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama beberapa pihak yang rasa bertanggungjawab untuk memartabatkan pendidikan Islam yang berterusan khususnya kepada semua golongan di negeri ini".
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Pusat Pengajian Berterusan Universiti Malaya yang bekerjasama menghulur bantuan kepakaran dan tenaga. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua pensyarah yang telah bersama menjayakan program ini".
Disini saya juga ingin mencadangkan supaya pengajian formal ini haruslah bertambah baik dari semasa ke semasa dan mendapat sambutan kepada semua lapisan maysarakat khususnya umat Islam dan bagi yang telah berjinak menganuti islam untuk mendalami pengajian Islam.
Insya-ALLAH, akan datang satu bengkel khusus akan diadakan membincangkan program persijilan untuk anak-anak kariah di Negeri Selangor, jelasnya dalam ucapan merasmikan program tersebut.



Editor : Khaulah Azwar

Hargai sahabatmu.. Berkasih Syg KrnNya..

Insya-Allah, persahabatan yang terjalin di jalan Allah berlanjut hingga ke akhirat. Teman-teman yang pernah bersama-sama dengan kita melaksanakan solat berjemaah, umrah, haji bersama, dan silaturrahim yg kita jalin,suatu hari nanti dapat mengeluarkan kita daripada api neraka.

Semakin banyak teman yang kita punya, semakin besar peluang untuk kita memperoleh syafaat itu.
Oleh sebab itu, Islam menganjurkan kita untuk memperbanyak teman dan kenalan. Jalinlah hubungan baik dengan orang-orang Mukmin di sekitar kita, lalu berusahalah menebarkan kebaikan kepada mereka. Kita tidak pernah tahu apa yang akan menimpa kita di akhirat nanti.


Jemputan Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat

Salam jemput semua rakyat untuk menghadiri Majlis Hari Raya PAS Pusat seperti berikut:-

Tarikh : 3hb Oktober, 2010
Masa : 10am-1:00pm



Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia.. Kehadiran semua amat dialu-alukan. Moga ukhwwah terjalin..


DATANG JANGAN TAK DATANG, RAPATKAN UKHWAH MOGA SEKIRANYA TERENGGANGNYA UKHWAH AKAN BERPUTIK KEMBALI..INSYA_ALLAH

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI