Saturday, February 27, 2010

130 Warga Emas Thioghua menerima bantuan, Pandangan mereka pada Parti PR





Gombak - Masyarakat di gombak bertuah apabila sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan mereka terbela. Malah setiap tahun kaum Tionghua dan India diraikan kerajaan negeri pada sambutan hari kebesaran kaum terbabit.

Pada 20hb Februari, YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali, Adun Gombak Setia telah meraikan Thn Baru Cina dengan mengadakan Tarian Naga, Edaran Kad, Buah Limau, Angpow kepada semua masyarakat yang berada di Pasar Seni Sri Gombak dan kepada masyarakat yang hadir dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang telah mendapat sambutan luar jangkaan sehinggakan bekalan makanan dan kad tidak mengcukupi walaupun telah dicetak sebanyak 3000 kad.

Masyarakat Thioghua & India Gembira


Justeru itu, untuk tidak mengecewakan masyarakat Thiounghua, beliau telah menunaikan janjinya untuk mengadakan majlis secara besar-besaran untuk masyarakat gombak. Majlis makan malam bersama warga emas dengan kerjasama JKP Zon 11, diraikan dengan meriah sekali walaupun kehadiran YB Dato’ Hasan seketika untuk merasmikan majlis, kerana beliau mendapat beberapa undangan yang harus dipenuhi. Walaubagaimanapun majlis ini tetap berjalan lancar dan penuh kegembiraan dengan diraikan oleh Saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS, Zon 11, Ketua Kg, JKP Zon Gombak.

25 Februari, 2010 merupakan sejarah bangsa cina, apabila mereka yang rata-ratanya menyatakan sepanjang menjadi warga gombak, inilah pertama kali mereka diraikan oleh Adun Gombak dengan mengadakan makan malam bersama. Ini merupakan majlis besar-besaran yang tidak pernah diraikan oleh pimpinan lain dalam pemerintahan di Gombak.

Selain itu warga emas pula telah diraikan dengan mendapat bekalan makanan, angpow untuk merasakan nikmat yang diberikan oleh ALLAH swt kepada Pemerintahan Kerajaan PR di Gombak untuk dikongsi bersama semua bangsa tanpa mengira agama mahupun pemahaman politik yang berbeza. Majlis ini bukan sahaja Warga Emas Thionghua sahaja yang hadir, malahan warga Emas Kaum India juga hadir untuk bersama makan malam.

Suasana kemeriahan ini, menjadi gimik apabila muda mudi yang hadir telah diberi“special angpow” dengan beberapa permainan yang disampaikan oleh Pn. Khatifah pada majlis tersebut. Semua yang hadir telah mendapat hadiah angpow. Kelihatan kegembiraan dihati mereka bersama Ahli Majlis MPS Zon 11 dan semua pimpinan yang hadir.

Pandangan Masyarakat Thioghua pada Parti PR/ PAS


Mdm Lee Kuan Soon, 61thn Warga Emas yang mengalami sakit buah pinggang, menyatakan selama beliau duduk di Gombak inilah pertama kali majlis besar-besaran di adakan oleh PR yang diterajui oleh YB Dato’ Hasan Ali, Adun Gombak Setia. Sebelum pemerintahan PR, Kerajaan UMNO tidak pernah meraikan masyarakat Thioghua, kalau adapun tidak sekerap PR mengadakan pertemuan dengan masyarakat masa kini. UMNO hanya turun padang apabila musim-musim pilihan raya untuk merai undi selepas itu samada mereka menang / kalah pengundi di ketepikan.

Pimpinan UMNO tidak merasakan kesusahan rakyat dan bertanyakan khabar, luahan beliau selepas menerima bungkusan harian dan angpow daripada Adun Gombak Setia dengan kerjasama JKP Zon 11, yang telah disampaikan oleh Ahli Majlis MPS Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong.

Ms Chee Kin Khoon, 33thn merupakan anak kepada Mdm Lee menyatakan bahawa beliau merasa gembira sekali apabila diraikan oleh Adun Gombak bersama pimpinan PAS, dan beberapa orang Ahli Majlis MPS, JKP di Zon Gombak yang hadir untuk bersama rakyat Thioghua. Ini menunjukkan PAS adalah parti yang mudah didekati dan membela nasib rakyat. Bukan seperti saya dengar, dimana ada menyatakan parti PAS adalah parti yang ganas dan sukar untuk didekati. Saya meragui kenyataan tersebut. Kini, saya semakin tertarik parti PAS dengan slogan di Gunakan “PAS FOR ALL” terbuka kepada semua bangsa dan agama.

Saya Faham, bila ingin masuk PAS ramai rakyat cina/india takut untuk menjadi ahli bimbang mereka dipaksa maksud agama ISLAM, ketakutan ini telah dibuat oleh pihak UMNO yang mengwawarkan kenyataan yang salah membuat bangsa lain menjadi keliru untuk menerima parti PAS.

Tetapi apabila saya mengikuti perkembangan politik masa kini dan penerangan-penerangan yang diberikan oleh pimpinan PR semakin jelas bahawa PAS bukan memaksa bangsa lain memasuki ISLAM tetapi dengan memasuki parti PAS bangsa India dan Cina akan bekerjasama dan bersatu hati untuk menerajui Negara ini, yang kini rakyat semakin ditindas oleh kerajaan UMNO. Kerajaan PR telah bertungkus lumus untuk membantu rakyat dengan mengadakan berbagai agenda seperti MES (Menjana Ekonomi Rakyat). Ini merupakan keistimewaan yang terbaik dan setelah saya memahami perjuangan PAS/PR, saya tidak teragak-agak untuk menyertai Ahli Penyokong Kelab PAS. Semoga Parti PAS akan diterima semua masyarakat.

Mr. Vincent yang sentiasa mengikuti perkembangan arena politik negara masa kini. Beliau berkata, Minggu lepas, YB Dato’ telah datang untuk meraikan masyarakat Thionghua dengan mendapat sambutan yang luar dijangkaan kami yang menyertai majlis tersebut.

Hari ini, beliau turut meraikan warga Emas Thioughua seramai 130 orang yang menerima bantuan barang keperluan dapur dan angpow. Kehadiran yang memberangsangkan malam ini telah mencapai seramai 700 bangsa Thionghua untuk bersama YB Dato’ dan pimpinan PAS Gombak. Ini menunjukkan kesan positif dan perlu kita usahakan bersama meningkatkan keahlian kita.

Semua yang hadir melahirkan kegembiraan kerana inilah merupakan pertama kali sepanjang 50thn pemerintahan kerajaan UMNO , mereka tidak merasai kegembiraan dan makan malam bersama pimpinan. Sungguh amat berbeza setelah parti PR memerintah pada masa kini.

Harapan saya, semoga pimpinan PAS / PR dapat meneruskan tanggungjawab kepada masyarakat dengan sebaiknya bertanyakan khabar dan turun padang.

Saya dimaklumkan YB Dato’ sentiasa menziarahi penduduk gombak setiap hari selasa melihat insfrastruktur dan lain-lain lagi. Pada hujung minggu jika tidak mempunyai aktiviti YB Dato’ menziarahi penduduk gombak. Ini merupakan sifat yang amat baik kerana rakyat berpeluang bertemu dengan adun mereka. Disini terwujudnya hubungan 2 hala.

PR/PAS harus membuat isi penerangan


Mr. Vincent menyatakan, masyarakat Thioghua apabila ingin menjadi ahli kelab penyokong PAS, mereka amat bimbang apabila sering diwawarkan, PAS akan masuk UMNO. Saya tidak yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh setengah pihak.Jadi besar harapan agar semua pimpinan kerajaan PR dapat memberi penerangan secara berkala kepada masyarakat yang ketandusan informasi terkini, memandangkan media masa telah dimonopili oleh UMNO dengan menjulang tinggi pada UMNO dan PR pula sering difitnah dengan diburukkan oleh UMNO sedangkan kenyataan mereka adalah salah dan rakyat ditipu. Sedangkan, kita tidak mempunyai media yang canggih untuk mendapat dan menyebar informasi yang betul kepada masyarakat.

Ini amat penting jika tidak, pasti masyarakat yang telah menerima perjuangan PR akan berpaling arah apabila mereka tidak mendapat maklumat yang tepat. Semoga usul ini dapat diambil perhatian semua pimpinan untuk pertahankan kemenangan PR.

Rakyat sering menjadi tanda tanya apabila isu royalti, isu minyak, air dan lain-lain lagi telah dipermainkan oleh UMNO yang telah menimbulkan keraguan pada bangsa lain dan masyarakat pada masa kini. Kita faham rakyat semakin ditindas oleh Kerajaan Pusat/UMNO. Baru-baru ini apabila rakyat dikejutkan pesara seramai 20, 000 orang akan menerima pencen sebanyak RM250 sahaja. Ini menunjukkan Kerajaan Pusat tidak mempunyai kewangan lagi setelah disalah guna. RM250 tidak boleh meneruskan kehidupan memandangkan semua barang sudah naik. Jelas dengan penekanan diberi pada rakyat menunjukkan ekonomi masa kini agak kelihatan tenat melainkan ekonomi yang ditadbir Kerajaan PR telah meningkat dengan kebijaksaan pimpinan PR dalam mentadbir Negeri mereka. Dengan perbelanjaan harian semakin meningkat. Harga minyak petrol akan dinaikkan pada bulan Mei, 2010 ini amat membimbangkan kepada kita. Semua masalah yang berlaku akan memberi tekanan hebat kepada masyarakat.

Agak memeranjatkan lagi, apabila kita rakyat di Negeri Selangor yang telah menerima faedah potongan air, elektrik yang telah dijanjikan dalam manifesto Negeri Selangor tetapi Syabas telah mengeluarkan notis bayaran ganti rugi kerana Keengenan Kerajaan Negeri membenarkan tarif air dinaikkan sepanjang 2009. Jika tidak dibayar dalam masa 14hari maka akan dibawa ke mahkamah. Mengapa ini terjadi??

Masyarakat Negeri Selangor telah merasa begitu senang dengan pemberian yang istimewa ini, tetapi mungkin ini merupakan politik kotor. Apakah muslihat yang telah disusunkan oleh Syabas dan Kerajaan Pusat keatas Kerajaan Negeri pakatan Rakyat dan MB Selangor. Ini adalah tidak wajar dilakukan dan menunjukkan sistem demokrasi negara kita semakin teruk.

Klinik 1 m’sia yang dikatakan sebagai membantu rakyat miskin tetapi dengan tidak memikirkan masa tempoh panjang, tidak mempunyai perancangan terperinci telah membuatkan rakyat menanggung kesusahan apabila stok perubatan klinik yang ditubuhkan oleh UMNO 1 m’sia tidak mengcukupi membuatkan rakyat terpaksa membeli ubat di farmasi dengan harga yang mahal. Jelas ini menunjukkan sistem perancangan UMNO dalam apa sahaja adalah lemah dan lembab. Diatas kelemahan mereka telah menyebabkan rakyat menanggung risiko. Adakah ini dimaksudkan 1 m’sia membantu rakyat??

Masyarakat M’sia Harus Harus Peka


Saya amat berharap, masyarakat m’sia bangun daripada lamunan dan menolak perjuangan UMNO yang melakukan kezaliman yang kejam. Bukan di Negeri Selangor sahaja ditindas malahan semua Negeri PR yang memperolehi kemenangan besar semasa PRU ke 12. UMNO tidak begitu senang dan mereka sedaya upaya melakukan politik kotor untuk merampas semua negeri pakatan Rakyat.

Pimpinan Kerajaan PR Harus ambil tindakan Dengan Serius


Jika rakyat masih tidak sedar dengan penindasan ini, amatlah merugikan kita semua sebagai warga m’sia. Oleh yang demikian amatlah berharap agar semua pimpinan PR dapat memikirkan pandangan saya sewajarnya untuk pertahankan kemenangan ini. Mengedar risalah, mengadakan ceramah diperingkat cawangan /kawasan merupakan cara yang terbaik untuk memberi penerangan kepada semua rakyat, kerana rakyat benar-benar menjadi keliru dengan politik masa kini.

Sekarang bukan masa untuk kita berlengah sedangkan UMNO telah masuk kubu-kubu kuat di Negeri pakatan rakyat termasukanlah kubu Gombak. Adakah semua sedar tindakan mereka??, katanya selepas program Makan Malam Warga Emas di pejabat PKM baru-baru ini.

Pandangan Ahli Majlis MPS Zon 11, Penerimaan Masyarakat Thioghua & India pada Parti PR/PAS


Pn. Khatifah Zamani, Ahli Majlis MPS menyatakan beliau begitu gembira malam ini dapat bersama masyarakat Thioghua kerana didapati begitu ramai yang hadir dan ini merupakan kesan positif untuk kita mendekati bangsa lain dengan memberi penerangan isu semasa yang melanda negara kita.

Dengan penerimaan Masyarakat Cina dan India pada parti PR/PAS, menunjukkan mereka telah memahami dan menerima perjuangan PAS/PR. Oleh itu adalah 1 tanggungjawab kita sebagai pimpinan untuk mendekati mereka dengan mengadakan berbagai program kemasyarakatan. Semoga YB Dato’ sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia dapat memikirkan inisatif lain untuk mengadakan berbagai agenda bersama rakyat dan menjalan tanggungjawab sebaiknya kepada masyarakat sekitar khususnya pada gombak ini untuk mempertahankan kemenangan perjuangan PAS/PR pada PRu ke 13 yang akan dijangkan pada bila -bila masa sahaja berlaku.

Insya-ALLAH saya selaku pimpinan di gombak akan bekerjasama dengan semua pihak walaupun kita sering diberi fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab samada dalam multimedia dan akhbar-akhbar yang sering melaga-lagakan parti kita. Mengeluarkan fakta tanpa usul periksa terlebih dahulu yang kesannya membuat imej PR tercalar. Dimanakah sifat tanggungjawab mereka sebagai orang yang diamanahkan menyampai risalah kepada masyarakat??

“Kita sentiasa mendampingi masyarakat dari kaum lain seperti Tionghua, India, dan Orang Asli.

“Dengan adanya program seperti itu diharap hubungan antara kaum di Selangor dan Gombak dapat dipertingkatkan lagi,” katanya di sini selepas meyampaikan bungkusan sumbangan dan angpow kepada 130 orang warga emas.


Beliau juga berkata, konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan sejak 20 tahun lalu kini diterima dengan lebih meluas semua kaum. Menjadi satu kebanggaan dan contoh terbaik di Negeri Kelantan khususnya, dimana mereka mengamalkan ISLAM secara totally walaubagaimanapun tidak menyentuh agama bangsa lain sebaliknya pimpinan yang diterajui Tok Guru Nik Aziz telah menambat hati bangsa agama lain kerana sifat beliau yang sangat disegani semua pihak. Semoga ini menjadi contoh terbaik pada kita untuk menerajui Negara kita dengan mengambil ISLAM secara keseluruhannya dan menghormati bangsa dan agama lain.

Beliau juga menyatakan kesal apabila akhbar liputan sinar menyatakan Syarikat Syabas ingin menaikkan taraf Air di Negeri ini, jika tidak mengikuti maka ingin menuntut bayaran RM339 juta sebagai pampasan kerana keenganan Kerajaan Negeri membenarkan tarif air dinaikkan sepanjang tahun 2009. MB Selangor sedia hadapi tindakan undang-undang untuk pertahankan hak Negeri Selangor bagi membantu rakyat kerana telah termaktub dalam manifesto Kerajaan Negeri Selangor. Tidak Harus dipertikaikan oleh Parti lain dan Syabas. Ini jelas menunjukkan rakyat semakin ditindas. UMNO masih tidak boleh menerima bahawa PR telah menjadi pemerintah bukan pembangkang lagi. Kami sedar, mereka akan merancang dengan apa cara sekalipun untuk menjatuhkan Kerajaan PR.


Irihati dengan kejayaan PR menerajui negeri yang telah memperolehi kemenangan yang besar membuatkan UMNO tergugat dengan mencetuskan berbagai fitnah dan mengadakan berbagai propaganda kepada negeri pakatan rakyat.

Semoga segala fitnah yang dilontarkan akan memakan diri mereka kembali. Saya yakin pertolongan ALLAH sentiasa diberi pada kita yang membantu agamanya. Sudah termaktub dalam Al-Quran ISLAM akan memperolehi kemenangan. Cuma kita sebagai rakyat dan pimpinan harus bertindak dan menjalankan tanggungjawab ini dengan ikhlas, jujur, bersih dan cekap untuk mentadbir negeri ini dengan sebaiknya.

Editor : Khaulah Azwar

Friday, February 26, 2010

Kesenian ISLAM CASMARIA, JKP ZON 11 MERIAH






Gombak- Kecintaan kita sebagai ummat ISLAM terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw telah disambut begitu meriah sekali disetiap kawasan dan negeri seluruh m'sia.

Sambutan ini telah diadakan dengan berbagai program yang telah disusunkan oleh semua pihak Masjid, Surau, PKM setiap Zon, Jawatan Kuasa Penduduk (JKP), malahan ada juga syarikat-syarikat organisasi menyambut Kelahiran Nabi saw, di Pejabat untuk bersama kakitangan mereka.

Tujuan untuk Meraikan Kelahiran Nabi Saw adalah agar kita sebagai ummatnya mengenangkan jasa baginda yang tidak termampu untuk kita membalasnya kerana sifat peribadi baginda yang sanggup megorbankan diri sendiri untuk ummatnya sebagai bukti kasih sayang baginda.

Tanpa disedari, baginda telah meninggalkan kita semua 1400thn yang lalu, namun namanya sentiasa terukir didada dan mulut bagi orang-orang yang beriman dengan mengamalkan ajarannya.



Bagi Pihak YB Dato' Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia yang telah memantau dan menyertai Majlis Maulidur Rasul di Gombak dengan menziarahi Masjid, Surau dan Kawasan -kawasan sekitarnya dan beliau sangat menggalakkan majlis kebesaran ini diadakan setiap kawasan dan seluruh negeri bagi mengenangkan jasa Nabi Muhamad saw dan disinilah persaudaraan sesama insan terjalin lebih rapat lagi.



Beliau berkata, Sempena kelahiran baginda saw, YB Dato' dapat merasakan kemeriahan ini apabila di lihat kawasan Gombak telah menjadi tumpuan pesta ibadat dengan mengadakan ceramah, qiammulail, mengadakan perarakan Maulidur Rasul dengan memberi dan memuji Kebesaran ALLAH swt dan Nabi Muhammad saw walaupun baginda tiada disisi kita. Semoga dengan meraikan kelahiran baginda saw, mengamalkan sunah dan mengikuti ajaran menjadi satu pembalasan kita terhadap pengorbanan baginda yang tidak mampu kita bayar walaupun dengan wang ringgit.


Malahan, Kemeriahan ini telah diserikan lagi dengan Kesenian ISLAM yang telah dilaksanakan oleh Penduduk Casmaria Pangsapuri dengan kerjasama JKP Zon 11 untuk mengadakan program bersama Masyarakat sekitarnya yang telah dirasmikan oleh Ustazah Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis, MPS Zon 11.



Turut menghadiri majlis Kesenian ISLAM adalah En. Samusudin B. A. Rahman Ahli Majlis MPS Zon 24 dan beberapa saf pimpinan PAS Kaw Gombak. Dengan adanya program sedemikian ukhwah antara pimpinan dan masyarakat akan terjalin.

Terdapat berbagai program yang diadakan seperti pertandingan Hafazan, Nasyid, Bacaan Al-Quran, Selawat Keatas junjungan Besar Nabi Muhammad saw beramai-ramai yang telah disertai oleh penduduk Casmaria di sekitar Zon 11.


Suasana Kesenian ISLAM di Zon 11 mejadi meriah lagi apabila diadakan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ustazah Khatifah kepada penduduk sekitar yang hadir dalam majlis tersebut dengan membuka minda kepada masyarakat agar bangun daripada lamunan yang panjang kerana kita sebagai umat ISLAM semakin jauh daripada Nabi Muhammad saw untuk mengikuti ajaran baginda.


Selain daripada itu, penduduk diajak mengimbau kembali sirah perjuangan baginda bersama sahabat-sahabat mereka untuk ISLAM sehingga penyebaran dakwah ISLAM tersebar luas di pelusuk dunia. Tetapi sayang, diatas pegorbanan baginda dan shabat-sahabat baginda yang tidak terbalas, kini kita sendiri sebagai ummatnya telah merosakkannya dan menolak hukum ISLAM. Kita mengatakan diri kita ISLAM tetapi adakah kita benar-benar ISLAM secara totally dengan mengamal perintah ALLAH swt dan menerima perjuangan ISLAM??

Kita sanggup melakukan berbagai propaganda sehingga imej ISLAM tercalar yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab sehingga bangsa lain memandang ISLAM dengan sinis sekali. Adakah pengakuan ISLAM hanya pada dibibir sahaja, sedangkan hati kita tidak kepada ISLAM?? Tepuk dada tanya iman kita.


Ramai umat ISLAM menyatakan kita menyintai Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda tetapi adakah kita sedar bahawa ramai antara kita tidak menyintainya sepenuh hati. Ini jelas terbukti apabila kita sebagai orang ISLAM telah menolak ajaran dan sunnah baginda malahan kebanyakkan kita begitu berani menolak perjuangan ISLAM dengan mengatakan Ulama' yang bukan-bukan sedangkan Ulama' merupakan orang yang terhampir kepada ALLAH swt selepas Nabi saw, kerana peribadi mereka yang begitu wara' dengan menjaga setiap perbuatan mereka dan mengamalkan hukum ajaran didalam Al-Quran dan Al-Sunnah.


Cuba kita renungkan pula bagaimana ibadat kita? Berapa ramai ibubapa yang mengambil berat terhadap ibadat anak-anak, menggalakkan ahli keluarga ke majlis ILMU agama di rumah ALLAH swt. Sedarkah kita bahawa graf orang ISLAM yang benar-benar mendirikan solat. Hanya 30% orang yang solat dan tidak pernah meniggalkannya, 35% solat yang ikut suka hati, 35%, adalah yang tidak solat. Dimanakah kedudukan kita??


Ini jelas menunjukkan kita adalah golongan yang mengaku ISLAM diluaran sahaja memandangkan kita tidak mengikuti perintah ALLAH swt apatah lagi ibadat puasa yang diwajibkan pada semua umat ISLAM. Tetapi kita meninggalkannya. Ini amat membimbangkan kita. Sedarkah kita sebelum baginda wafat, dimana Nabi Muhammad saw juga memberi penekanan kepada ummatnya agar jaga solat. Solat akan membentuk peribadi kita sebagai seorang muslim. Jika kita tidak menunaikan solat maka kita mudah melakukan kemungkaran, memghampiri serta melakukan zina dan kezaliman.


Ini amat membimbangkan pada kami, apabila dilihat generasi muda masa kini setelah JKP Zon 11 menubuhkan organisasi Pencegahan Jenayah dan maksiat terdapat 2 kes serbuan noda berjaya dilakukan walaupun organisasi ini baru ditubuhkan. Amat memalukan kita apabila anak-anak remaja yang berumur 15thn telah terlibat dengan gejala sosial semakin menular.



Anak-anak muda membuat maksiat dengan tidak rasa bersalah, ibarat apa yang mereka lakukan seperti sudah menjadi 1 kebiasaan pada mereka. Jadi adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa dan masyarakat mengambil berat kepada anak-anak generasi muda masa kini.


Mari kita renungkan ayat Al-Quran ini, ALLAH swt memberi larangan sekerasnya kepada ummatnya“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).


Oleh itu sempena Maulidur Rasul yang penuh bermakna, marilah kita sama-sama memperbaharui iman kita, mengamalkan perintah ALLAH swt dan sunnah baginda. Meninggalkan segala larangan ALLAH swt, melakukan kebaikan dimuka bumi ini.Saat-saat baginda wafat, baginda masih menyebut ummatku, ummatku, begitulah kasih sayang baginda pada ummatnya dan baginda amat bimbang kepada ummatnya yang akan semakin jauh jika tidak mengikuti ajaran baginda dengan berpegang teguh mengikuti Al-Quran dan Al-Sunnah sebagi rujukan agar tidak sesat sepanjang zaman.



Tetapi, adakah kita membuka kitab ini setiap kali menghadapi kesulitan, pengurusan pentadbiran negara kita masa kini?? Kita berani menolak hukum yang termaktub dalam Al_Quran yang telah diturunkan oleh ALLAH swt tetapi kita mengikuti hukum yang dibuat oleh manusia tanpa takut kepada ALLAH swt.


"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124) .

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).


Semoga sedikit suntikan ini membuka hati kita kembali kepada fitrahnya sentiasa menjadi Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan kita untuk meneruskan kehidupan yang banyak ujian dan tribulasinya, Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang menyesatkan.

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).


ujarnya dalam ceramah Maulidur Rasul yang telah dihadiri begitu ramai oleh penduduk sekitar Zon 11 baru-baru ini.


Majlis Kesenian ISLAM ini telah menjadi lebih meriah sekali apabila secara keseluruhan Acara pertandingan telah jatuh di Blok E yang telah mendapat piala Johan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tetap menyediakan hadiah cenderahati kepada semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut agar menjadi suntikan semangat kepada mereka untuk terus berusaha lebih gigih dalam lagi untuk mencintai kesenian ISLAM dengan mendalami dan mengawal ISLAM keseluruhannya.

Semoga dengan adanya Program ini, para peserta akan sentiasa mengasah bakat yang terpendam sekian lama. Disamping itu terjalinnya ukhwwah dan wujudnya kasih sayang antara satu sama lain.



Monday, February 22, 2010

N17 dan JKP Zon 11 adakan OPS.. AntiTikus, Denda RM1000




Gombak - Operasi Penangkapan Tikus yang menawarkan ganjaran sebanyak RM1 seekor di kawasan Pangsapuri Seksyen 16, Shah Alam dan RM3 bagi kawasan sekitar Dewan Negeri (DUN) Chempaka dan di sekitar Negeri Selangor telah mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai.

Malahan operasi ini juga telah diajalankan dibeberapa peringkat kawasan termasuklah di kawasan N17 Gombak yang telah diadakan baru-baru ini setelah menerima aduan penduduk samada di Pej. Ahli Majlis, MPS Zon 11 atau PKM DUN Gombak Setia.



Setelah menerima aduan, YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali / Adun Gombak Setia dan Ahli Majlis MPS, Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong telah bersetuju untuk mengambil langkah inisatif dan efektif untuk meminta pihak MPS membuat Operasi Ops..Anti Tikus. Tujuan operasi Penangkapan Tikus untuk keselesaan penduduk sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

YB Dato’ Saran 3K


YB Dato’ telah menekankan masyarakat perlu menanam 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula.

“Ini kerana kami menerima banyak rungutan dan aduan daripada penduduk setempat, jadi sebagai inisiatif pihak kami dan Ahli Majlis akan segera bertindak pantas bagi menjamin keselesaan penduduk dan peniaga di situ,”

“Harapan kami melalui program ini, ia dapat mendidik masyarakat supaya sentiasa peka dan mengambil berat berhubung tahap kebersihan di kawasan kediaman /premis perniagaan masing-masing".


“Usaha ini perlu dibuat berterusan bagi mengawal wabak demam denggi daripada merebak serta ancaman tikus daripada berleluasa serta memerlukan penyertaan menyeluruh daripada semua pihak terutamanya saya ingin melihat kerajaan PR bersih daripada semua sudut dengan menjaga kebersihan diri, akhlak, tidak mengamal rasuah dan lain-lain lagi.


Mungkin pada zaman pemerintahan UMNO kerajaan tidak mengambil serius setiap aduan dibuat dan sekiranya adapun hanya ibarat seperti menabur racun tikus begitu sahaja, kemudian untuk melakukan secara berkala begitu sukar sekali, jadi besar harapan saya semoga dengan pemerintahan kerajaan PR akan menjaga secara keseluruhan dengan mendapat kerjasama semua pihak” katanya.

Operasi penangkapan Ops.. Anti tikus dan memusnahkan pembiakan tikus telah dihadiri oleh Unit Haiwan Liar (Tikus), Jabatan Kesihatan MPS, En M. Sofi, beberapa orang kakitangan MPS dan Ahli Majlis, MPS / JKP Zon 11 bersama pembantu kanan beliau.


Operasi yang dijalankan adalah kawasan premis – premis perniagaan Pasar Tani Sri Gombak, Medan Selera Tmn Samudera dan beberapa tempat di persekitaran gombak.

En. Sofi menyatakan, pihaknya meminta kerjasama orang ramai agar menjaga kebersihan dikawasan persekitaran premis.

Beliau telah memberi cadangan agar pihak peniaga hendaklah simen kawasan premis supaya tikus tidak memasuki lubang yang sudah menjadi sarang. Bagi kawasan / tanah yang telah menjadi pembiakan tikus akan diletakkan racun kemudian akan ditutupkan dan tikus tersebut akan mati.


Sekiranya pihak peniaga / penduduk tidak menjaga kebersihan terutamanya dikawasan premis perniagaan pihak berkuasa berhak mengeluarkan saman sebanyak RM1000 untuk memberi peringatan kepada mereka.

Selain daripada itu adalah untuk mengelak berlakunya perlbagaian penyakit / keracunan makanan kepada pelanggan.



Ahli Majlis, MPS Zon 11 Kesal dengan Sikap Masyarakat


Ahli Majlis, MPS Zon 11 Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong apabila meninjau di kawasan premis perniagaan terutama melihat di dalam longkang dan bekas-bekas kosong yang ditakungi air beliau berkata " Sikap masyarakat yang sukar diubah kerana tidak mempunyai sifat bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan walaupun disekitar rumah sendiri”.

Walaupun kerap diadakan kempen kebersihan alam sekitar dengan mengadakan gotong – royong mengikut kawasan -kawasan di Zon 11, tetapi masyarakat masih tidak dapat membuang sikap mereka untuk bersama turun padang dan membantu menjayakan gotong – royong di kawasan sendiri.


Mereka hanya melihat daripada jauh sahaja tanpa bertindak. Bayangkanlah berapa ramai penduduk disekitar kawasan Tmn Samudera dan beberapa tempat yang telah dijalankan gotong – royong secara berkala tetapi yang hadir memberi kerjasama dalam melibatkan aktiviti kemasyarakatan adalah tidak sampai 50 orang, amat mengecewakan walaupun promosi gotong royong telah di wawarkan.

Saya yakin mungkin bukan di Zon 11 sahaja menghadapi masalah masyarakat tidak mahu bekerja sama dalam melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan malahan di merata tempat di setiap Zon.


Pada pihak Ahli Majlis disetiap zon, telah kami jalankan tanggungjawab sebaiknya tetapi terpulang kepada masyarakat sekitar untuk mengubah sikap mereka. Kami tidak mampu mengubah pemikiran dan sikap manusia melainkan diri mereka sendiri mengubahnya, ujarnya.

Jika ini berterusan, kesannya adalah kawasan mereka dihinggapi Lalat, Air sukar mengalir, tikus juga akan bermaharajelela, malahan Nyamuk Aedes mudah membiak dan akhirnya kawasan berkenaan dikatakan Kes Demam denggi tertinggi.

Jangan suka Menunding Jari jika 1 jari ditunding pada orang, 4 lagi pada kita sendiri



Beliau melahirkan rasa kesal keatas sikap masyarakat yang kadangkala sering mengatakan dan menunding jari bahawa Ahli Majlis MPS, JPS tidak mengambil perhatian diatas pemasalahan yang berlaku apabila dibuat aduan.

Tetapi adakah mereka sedar bahawa setiap aduan dibuat telah diambil perhatian oleh pihak berkuasa tetapi yang tidak memberi kerjasama adalah diri kita sendiri yang suka membuang sampah merata tempat, kebersihan tidak dijaga.

Sikap negatif ini sukar dibendung oleh mereka sendiri.Pn Khatifah berkata lagi, seandainya kita semua bekerjasama, ambil berat terhadap kebersihan alam sekitar, insya-ALLAH tidak berlakunya masalah kerbersihan.

Beliau berkata lagi, ketika bersama membuat lawatan di Premis Perniagaan Tmn Samudera bersama MPS " Bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan masalah kemelut hidup. Kita perlu cari dimana puncanya atau tujuannya. Kita perlu kembali ke pangkal ” Back to Basic” bermula daripada diri sendiri.

Mari kita selami dan kenali siapa kita yang sebenarnya ” Untuk membaiki dunia, baikilah manusianya. Dan untuk membaiki manusia baikilah hatinya.” Masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Objektif utama aktiviti berkenaan adalah untuk mengurangkan jumlah tikus dalam kawasan gombak serta mendidik masyarakat mengenai kesan negatif yang berpunca daripada haiwan tersebut.

Saranan Ahli Majlis Dan ubahkan “Mind Set”


Menurutnya, langkah yang diambil untuk mengawal tikus dalam kawasan tersebut adalah membubuh racun tikus di kawasan pembiakan, memasang perangkap tikus, dan sekiranya perlu insya-allah kami akan mengedar risalah dan kempen anti tikus.

Beliau juga menyarankan pertingkatkan Kebersihan samada di kawasan perumahan, premis perniagaan, melakukan gotong royong di kawasan premis perniagaan dengan mengceriakan kawasan tersebut agar kelihatan menarik dan kemas.

Bahagian kawasan yang didapati berlubang hendaklah ditutup dengan simen, tanaman pokok hendaklah dijaga dengan baik agar tikus tidak membiak dengan membuat sarangnya terutamanya pokok pisang menjadi kegembiraan tikus membiak. Bahagian dapur juga harus dijaga kebersihan kerana melibatkan makanan untuk dijual kepada pembeli.

Beliau amat berharap semoga masyarakat yang menjalankan perniagaan denganpenuh jujur dan keikhlasan dalam berniaga. Menjalankan tanggungjawab dengan memberi kerjasama dengan semua pihak jangan hanya mengaut keuntungan tanpa memikirkan masalah alam sekitar dan kesihatan orang lain terjejas akibat daripada kelalaian diri kita sebagai peniaga, katanya.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI