Tuesday, June 2, 2009

Rawatlah hati Bangunlah Insan.. Qiam itu lbh manis dpd menrik selimut..

Salam.. selepas bersukan.. kami jg ingin menjemput semua shbt, sahabiah utk merawat hati kita yg kadagkala ada bintik2 hitam banyk bermain dgn perasaan yg sukar dimengertikan, kadangkala kita membuat dosa tanpa disedari.. ayuh bangunlah untuk bermujahadah pd ILAHI.. abdikan diri pd yg 1 dlm mencari redha ILAHI... semua dijemput hadir utk memeriahkan suasana QIAMMULAIL..

Ibubapa diharap bawalah anak2 utk meghidupkan suasana semusim cuti sekolah dgn pengisian yg lebih bermakna..

Tarikh : 13/6/2009
Masa : 3:30 pagi
Tempat : Masjid Ar-Rahimah Greenwood
Pebimbing : Al-Fadhil Ustz Othman Ibrahim

Sila sebarkan maklumat dlm blog antum semua..

p/s : Adik2 ana, shbt2 adk j ana yg ingin sertai bersama sila hubungi ana ye..

Semoga dgn adanya program ini akan merapatkan ukhwwah kassih syg kita sesama insan..insya-allah..

kejohanan bola sepak 9 kalah mati.. dijemput beramai2...

Salam Khas utk shbt2 muslimin yg ingin merelease kan 10sion hujung minggu.. Yok joint KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH KALAH MATI DUN GOMBAK SETIA PIALA Y.B DATO' DR. HASSAN ALI PADA :-

TARIKH : 21/6/2009 (AHAD)
MASA : 09:00 AM - 6PTG
TEMPAT : PADANG GREENWOOD, TMN MELEWAR (GOMBAK)
PENDAFTARAN : RM 80 SEPASUKAN.

MUSLIMAT YG HENDAK BG SOKONGAN PD SUAMI, ANAK, ABANG DIJEMPUT HADIR BERAMAI2 MEMERIAHKAN SUASANA SUKAN... SEBARKAN...

CERITERA SEORANG BIDADARI - Mlmku indah bersama lirik matamu

AL-LAILI JAMIL, FI NAZHORO U’YUUNAK
(malamku indah, bersama lirik matamu)

“Abang sudah makan?” lembut suara Suhaila menyapa suaminya. Tangannya segara menyambut briefcase yang dihulurkan Zahid.

Zahid tidak terus menjawab pertanyaan Suhaila. Terpancar garis-garis keletihan diraut wajahnya. Seharian bekerja amat meletihkan tubuhnya. Nafas demi nafas dihamburkan menampakkan keletihannya yang amat. Dahinya sengaja dikerut-kerutkan agar sedikit ketenangan dapat diraih.

“Abang nak makan? Ila panaskan lauk sekarang,” sapa Suhaila sekali lagi bila melihat Zahid tidak memberi sebarang jawapan.

Sepi dan sunyi.

“Abang letih Ila, sekejap lagi abang makan. Abang nak berehat dulu,” balas Zahid bersahaja. Langsung tidak berpaling ke wajah Suhaila. Zahid merebahkan dirinya ke sofa. Suhaila pantas ke dapur mengambilkan sedikit air minuman untuk Zahid. Dia faham benar dengan keadaan suaminya, seharian suntuk bekerja mencari rezeki adalah suatu yang memenatkan bagi seorang suami. Suhaila meninggalkan Zahid bersendirian seketika.‘mungkin dia letih’ detik hati Suhaila.

“Ini minumannya abang” Suhaila meletakkan secawan air masak di atas meja kecil sebelah Zahid.

Sejurus perlahan-lahan Suhaila merebahkan punggungnya di sisi Zahid. Mengusap lembut ubun-ubun Zahid, sesekali Suhaila mengurut-ngurut dahi suaminya. ‘Aku menyayangimu Zahid’ bisik hati kecil Suhaila. Dia menatap wajah Zahid buat sekian kalinya malam itu. Tiba-tiba hatinya menjadi tenang seketika lantas melepaskan keluhan kecil seolah melepas segala kekusutan. Hatinya berbunga. Bibirnya yang manis tersenyum sendirian menampakkan lesung pipitnya menambahkan seri dan manis di wajah Suhaila.

“Kalau abang mahu makan, Ila boleh hidangkan sekarang..” Beria Suhaila mengulangi pertanyaannya. Namun Zahid tidak berkata walau sepatah. Suhaila diam seketika memberi suaminya ruang berehat. Setidak-tidaknya dia tidak mengganggu situasi Zahid ketika itu.

Dia mengelus kecil, melepaskan sedikit rasa letih. Pandangannya dilontarkan lagi ke arah suaminya, Zahid. Membiarkan fikirannya bermain dengan ketenangan. Saat ini dia seolah-olah merasakan kemanisan hidup disisi Zahid, Suami yang berjaya menambat hati perempuannya 7 tahun lalu.


* * * * * * * * * *

Zahid termenung seketika lagi, entah kenapa hari ini dia kerap melayan lamunannya. Tugasnya pagi tadi pun masih banyak yang ditangguhkan sementara waktu. Duduk di hadapan komputer dia termenung, duduk menghadap jendela dia terus bermenung dan ketika bersarapan dia termenung juga. Zahid tidak pasti apakah yang sedang bermain di fikirannya. Dia melepaskan keluhan berat. Dia mencapai fail laporan kewangan, membelek-belek tanpa tahu tujuannya lantas bermenung lagi.

Zahid meletakkan fail-fail yang bertimbun ke hujung ke mejanya lalu mengalihkan pandangan ke jendela, melontarkan pandangan jauh-jauh ke luar. Anak matanya terus tertumpu pada kesibukan kota metropolitan. Lamunannya kembali ke dalam kotak fikirannya yang mulai melayang jauh.

Jauh sekali fikirannya...

“Kenapa pandang Ila macam tu?” soal Suhaila bila Zahid memandangnya begitu. Setiap malam memang begitu dikamar mereka, sebelum tidur, Zahid akan memandang wajahnya. Namun malam ini Suhaila tergerak hati untuk bertanya.

“Mata Ila cantik,” bisik Zahid perlahan, matanya terus merenung wajah Suhaila. Wajah putih Suhaila tampak kemerah-merahan bila dipuji suaminya, malu. Namun Suhaila cuba mengawalnya.

“Abang tipu,” balas Suhaila lembut inginkan kepastian. Suhaila menyembunyikan senyuman. Namun jauh dari sudut hatinya dia sudah mulai berbunga dengan biasan kata Zahid.

“Sungguh sayang, abang tak tipu,” Luah Zahid ikhlas. Perlahan sahaja kata-kata itu dilontarkan ke telinga Suhaila. Zahid membetulkan baringannya menghampiri ke tubuh Suhaila.

“Ila tau macam apa?” Soal zahid ingin menduga.

“tak tau,” balas Suhaila.

“Macam anak kucing,” Jawab Zahid pantas sambil mengeluarkan senyuman kecil.

“Abaaang..abang tipu Ila. Nakal,” Suara Suhaila manja. Dia berpura-pura merajuk, mengalihkan tubuhnya membelakangi Zahid menanti balasan Zahid. Namun Zahid terus tersenyum.

Sepi.

Perlahan-lahan Zahid melingkari tangannya ke pinggang Suhaila, dia tahu Suhaila tidak marah. Jauh sekali mengambil hati dengan gurauannya tadi. Suhaila membiarkan jemari lembut Zahid melabuh di tubuhnya, dia selesa diperlaku begitu, dia selesa duduk dalam dakapan Zahid, suaminya. Suhaila memejamkan mata rapat-rapat mengumpul segala ketenangan. Wajahnya yang ayu tersenyum sendiri.

“Ila tau, kalau kita dapat anak lelaki, abang nak beri namanya Muhammad,” bisik Zahid ke telinga Suhaila. Suhaila masih diam.

“Sedapkan nama tu Ila?”

“Hmmm,” balas Suhaila. Dia meraba-raba lembut kandungannya yang sudah hampir berusia 9 bulan. Itulah satu-satunya zuriat hasil perkongsian hidupnya dengan Zahid. Hampir 7 tahun dia dan Zahid menunggu, baru hari ini dia mendapat nikmat tidak ternilai itu. Suhaila tersenyum sendiri lagi.

Sepi. Angin malam mulai menyerakkan kesejukannya ke serata tempat menjadikan malam lebih tenang dan damai. Suasana malam itu amat mendamaikan jiwanya.

“Kalau perempuan?” soal Suhaila menduga. Suhaila menanti jawapan Zahid namun tiada suara dari Zahid. Bisu.

“Abang?” Suhaila mengalihkan wajahnya.

“Hmm, tidur rupanya,” dia tersenyum sinis. Lantas dia menarik selimut menutupi tubuh Zahid. Suhaila tidak berhasrat untuk tidur lagi. Kebiasannya dia akan membaca sehelai atau dua helai daripada Al-Quran sebelum tidur. Dia terus melangkah.

“Hai Zahid, Kau ni apa yang tak kena hari ni?” Tegur Sufian terus mematikan lamunannya.

“Eh, kau Pian, tak ada apalah,” Zahid cuba menyembunyikannya.

“Dah tengahari ni, tak mahu keluar lunch?” tanya Sufian.

“Boleh juga, perut aku pun dah lapar benar ni, kau tunggu aku di lobi, 5 minit lagi aku sampai,” balas Zahid. Cepat-cepat dia mengemaskan fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Sekali imbas dia mengerling ke arah jam di dinding menunjukkan angka 1 tengahari. Pantas dia mencapai telefon bimbit dan terus melangkah keluar dari biliknya.


* * * * * * * * * * * *

Zahid ketika itu tekun menghabiskan baki-baki kerja tertunggaknya. Segala kerja yang tertangguh di pejabat terpaksa dibawa pulang ke rumah, alamatnya malam ini dia terpaksa menggagahkan dirinya untuk berjaga sehingga ke larut malam. Jam menghampiri ke angka 12 malam. Suasana sunyi mulai menguasai segenap pelusuk alam.

Dari atas dan sejak tadi lagi ekor mata Suhaila asyik mencuri pandang ke arah Zahid, mencari masa kalau-kalau ada sedikit ruang untuk berbicara dengan Zahid. Namun sedari tadi Zahid terus tekun dengan kerjanya tanpa mengira keadaan sekeliling. Suhaila teragak-agak untuk menegur suaminya yang sedang sibuk itu, sekurang-kurangnya dia tidak mengganggu Zahid waktu itu, tetapi dia harus juga untuk berbicara dengan Zahid, ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Perlahan-lahan kakinya melangkah turun lantas terus duduk di sebelah Zahid.

“Ila rupanya. Ingatkan Ila dah tidur,” sapa suaminya tanpa menoleh ke arah Suhaila.

“Abang sibuk? Boleh Ila duduk di sini? Ada perkara yang Ila nak beritahu dengan abang,” Suhaila meminta izin. Penuh mengharap.

“Sudah larut malam ni Ila, tak elok orang mengandung tidur lewat malam. Penting sangat ke sampai tak sempat nak tunggu esok pagi?” balas Zahid bersahaja. Dia mahu mengelak dari diganggu. Tugas pejabatnya masih banyak yang belum dibereskan.

Suhaila terdiam seketika namun digagahkan jua untuk bercakap.

“Bonda sampaikan salam pada abang,” Suhaila memulakan semula bicara.

Tiada jawapan. Sepi.

“Bonda mahu berjumpa kita. Kalu boleh bonda nak Ila bersalin di kampung, bang,” ujar Suhaila lagi. Zahid tetap tidak berkata apa-apa.

“Bonda...”

“Abang tak boleh berjanji. Ila pun tahukan, sejak akhir-akhir ini kerja abang di pejabat makin bertambah, itu nak diuruskan ini nak diuruskan. Mana mungkin kita ada masa nak balik ke kampung,” balas Zahid tegas. Belum sempat Suhaila mengahabiskan kata-kata Zahid terus memintas. Suhaila terkedu.

“Tapi kita dah lama tak berjumpa dengan bonda kan bang?” Soal Suhaila lagi. Mengukir senyum tawar, namun tak berbalas. Dia inginkan jawapan dan harapan.

“Kenapa Ila susah nak faham keadaan abang? Abang sibuk sekarang, belum ada masa untuk itu,” tambah Zahid lagi. Kali ini suaranya mulai meninggi.

“Tapi untuk sekali ini je,” jawab Suhaila.

“cukup!” bentak Zahid.

Suasana menjadi tegang, sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi unggas. Sebak Hati Suhaila mendengarkan jawapan sebegitu daripada mulut Zahid. Dia tidak mampu berkata apa-apa, melawan suaminya adalah mengundang laknat ALLAH dan malaikat. Hatinya menangis sendirian dalam sebak.


* * * * * * * * * * * *

“Abang, kita sarapan dulu ya?” pelawa Suhaila bila melihat Zahid keluar dari kamarnya.

“Ila dah sediakan,” tambah Suhaila lagi.

“Abang dah lewat ni Ila, nanti kalau sempat abang pulang makan tengahari,” balas Zahid bersahaja sambil menyarungkan kot dan membetulkan tali lehernya. Seusai, dia pantas melangkah ke garaj.

“Abang pergi dulu,” ujar Zahid sebelum masuk ke dalam kereta. Suhaila yang menghulurkan tangan untuk bersalam tapi tidak diendahkan. Kalau dulu Zahidlah yang beria mencium dahi Suhaila sebelum ke tempat kerja, namun kini tiada lagi. Sejak akhir-akhir ini Zahid sering bersikap dingin terhadapnya. Suhaila semakin tidak mengerti. Dari sudut pintu Suhaila hanya memandang sayu pemergian Zahid dengan ekor matanya. Dia bimbang kalau-kalau Zahid masih marah padanya berikutan peristiwa malam tadi.


* * * * * * * * * * * *


Suhaila cuba menghubungi beberapa kali namun tetap gagal, talian masih tidak berjawab. Sekali lagi dia mencuba, lama, barulah seorang lelaki menjawab panggilan tersebut.

“Hello, Micro Holding Sdn Bhd, boleh saya bantu?” soal lelaki tersebut.

“Boleh saya bercakap dengan Encik Zahid, saya isterinya,” balas Suhaila ringkas.

“Sebentar ya puan,”

“Hello,”

“Assalamualaikum abang,” sahut Suhaila.

“waalaikumsalam,” jawab Zahid sepatah.

“Maaf kalau Ila mengganggu abang. Abang hendak balik makan tengahari?” soal Suhaila.

“Oh ya, abang lupa nak beritahu Ila, abang tak dapat balik tengahari ini. Ada meeting jam 2 petang nanti. Ila makanlah dulu,” balas Zahid.

“Baiklah,” balas Suhaila pendek. Harapannya hendak makan bersama Zahid tidak kesampaian lagi.

“Abang…”

“Abang tak fikir-fikirkan permintaan bonda semalam?” soal Suhaila memberanikan diri untuk bertanya Zahid.

“Bukankah abang dah beritahu Ila, abang belum ada masa untuk itu lagi. Kerja yang bertangguh abang mesti siapkan sebelum projek terbaru bermula,” balas Zahid panjang lebar.

“Tapi Ila teringin nak bertemu bonda,”

“Ila, tolonglah faham keadaan abang. Jangan bebankan abang dengan kehendak Ila yang tak seberapa tu. Bonda tak akan ke mana, lepas bersalin nanti kita pulanglah,” tambah Zahid lagi.

“Hmm, abang dah lewat. Nak prepare untuk meeting. Kalau bonda telefon, sampaikan salam abang padanya. Katakan kita tak dapat pulang dalam masa terdekat ni,”

“Assalamualaikum!”

“waalaikumsalam,” sayu suara Suhaila menjawab salam. Talian dimatikan.


* * * * * * * * * * * *


Zahid terjaga daripada tidurnya apabila terdengar alunan suara orang membaca ayat al-Quran. Dia memerhati dengan teliti, ‘Suhaila’ bisik hatinya. Suhaila yang membelakanginya khusyuk berteleku mengalunkan ayat suci tersebut. Zahid meraih sedikit ketenangan. Dia membuka sedikit lagi kelopak matanya, dia yakin Suhailalah yang mengalunkan bacaan itu. Sungguh terpesona Zahid, dari jauh dia asyik memerhati tubuh Suhaila dan mengamati bacaan itu.

Suhaila tidak menyedari perbuatannya diperhatikan oleh Zahid sedari tadi, dia ralik dengan bacaannya. Sepanjang dia mengandungkan anak yang pertama ini, setiap malam Suhaila tidak lekang dari membaca Al-Quran, dengan harapan anak yang bakal lahir nanti menjadi pewarisnya yang soleh atau solehah.

Suhaila meneruskan bacaannya, sesekali tersangkut-sangkut dia membetulkan bait bacaan namun dia tetap meneruskannya. Bila dikira-kira hampir setengah juzuk, malam itu Suhaila merasakan sesuatu yang amat bahagia baginya, tidak seperti malam-malam yang lain, setengah juzuk terasa pendek. Seusainya, Suhaila menadah tangannya berdoa:


“ YA ALLAH ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa-dosaku dan suamiku, berikanlah kebahagiaan buatnya di dunia dan di akhirat. Sejahterakanlah hidupnya. Sekiranya aku bersalah terhadapnya, maka KAU layak menghukumku YA ALLAH. Jadikanlah aku seorang isteri yang solehah, yang mampu berbakti kepada suamiku sehingga dia tidak terguris dengan perbuatan dan tutur kataku. Amiin YA RABBAL alamin”

Suhaila menyapu kedua telapak tangannya ke muka. Tanpa disedari air matanya mengalir ke pipi. Suasana malam terus menyepi.


* * * * * * * * * * * *

Pagi itu sungguh mendamaikan. Kicauan beburung di sana sini cukup menjadikan suasana pagi itu tenang dan damai. Sinaran mentari tidak terlalu panas tetapi cahayanya tetap berseri. Pagi Sayyidul Ayyam yang berkat itu sungguh bahagia. Suhaila sedari tadi sibuk mengemas halaman rumah, selepas menyapu halaman dia menyiram bunga.

Namun pagi itu, Suhaila merasa sedikit kurang enak. Kepalanya sejak malam tadi berdenyut-denyut. Tekaknya pula sering loya. Dia tidak mengesyakki dia akan bersalin dalam masa terdekat. Kata doktor yang memeriksa kandungannya, kemungkinan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi dia bakal melahirkan anak itu.

Zahid pula tidak bekerja pagi itu. Entah mengapa tiba-tiba dia terasa hendak berehat di rumah. Pagi-pagi lagi dia sudah menghubungi Sufian, mengatakan dia bercuti ‘urgent’. Sufian mengiyakan sahaja.

Di halaman Suhaila sibuk menyiram dan mengemas bunga-bunga yang tergantung. Suhaila cuba mengalihkan pasu bunga ke sudut yang lain, tiba-tiba dia merasakan sakit yang teramat pada kandungannya. Berkali-kali dia cuba bertahan namun gagal. Akhirnya Suhaila rebah.

“Abaaaaaaaaaaang!”

“YA ALLAH, Suhaila!” Zahid pantas menoleh. Dia terkejut, Suhaila terbaring mengerang kesahitan, hampir seluruh tubuhnya berlumuran darah. Tanpa berlengah dia mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi ambulan.


* * * * * * * * * * * *

‘tidurlah sayang’ bisik Zahid di dalam hati. Dia merenung anak kecil di sisinya itu. Wajahnya lembut, selembut sehelai kain putih, suci tanpa noda.

‘Darah ibu mu kini adalah darah daging milikmu’ Tambah Zahid lagi. Hatinya sayu.

‘Ibu mu seorang yang sangat baik pekertinya’ Luah Zahid dalam-dalam walaupun anak kecil itu masih tidak mengerti kata-kata Zahid tadi, namun Zahid tahu anak itu mendengarnya meskipun tidak difahami. Entah mengapa hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Tanpa disedari air mata lelakinya mengalir membasahi pipinya. Mengenangkan Suhaila adalah mengundang kesedihan dan penyesalan. Zahid pantas menyeka air matanya, bimbang akan menitis ke wajah anak kecil itu. Tangisnya semakin sayu.

‘Alis dan matamu persis ibumu’ Zahid tersenyum kecil, cuba menyejukkan hatinya yang sebak. Dia berusaha mengukir senyuman namun gagal. Air matanya terus mengalir. Pemergian Suhaila adalah kehilangan yang tiada galang gantinya. Zahid mengerti apa yang terjadi adalah suratan takdir yang disusun ILAHI. Malam ini genap 3 tahun pemergian Suhaila ke alam abadi. Zahid mulai faham kehilangan seorang isteri dan ‘puteri’ bernama Suhaila adalah kehilangan sebuah permata dan cahaya dalam seri hidupnya. Dialah bidadari. Dialah permaisuri dan dialah segalanya. Lantaran itu, dia mula menyesali sikapnya yang dingin terhadap Suhaila sepanjang melayar hidup bersama Suhalia. Namun segalanya sudah berakhir.

‘Maafkan abang, Ila’

‘Maafkan abang, Suhaila’ bisik hati kecilnya lagi.

Sepi.

Suara rengekan si anak kecil mengejutkan Zahid dari lamunan. Dia cepat-cepat mengusap-ngusap ubun-ubun anak itu. Anak kecil kecil itu sedikit merengek dan kembali terlena bila diperlaku begitu oleh Zahid. Zahid tersenyum lagi bila memandang ke wajah ayu anak itu. Kini si anak sudah menjangkau usia 3 tahun. Kepetahan bercakapnya cukup mengundang ceria bagi Zahid. Harapan Zahid biarlah si anak ini menjadi seperti ibunya suatu hari nanti, menjadi wanita penyejuk mata apabila dipandang, menjadi ‘qurratu a’yun’ bagi sesiapa yang memilikinya.

‘Tidurlah sayang’

‘Pejamkan matamu sayang’

‘Suhaili puteriku.......’ Zahid mengucup dahi anak kecil itu buat sekian kalinya lantas ke kamar mandi untuk berwudhu menunaikan Solat Tahajjud. Dia mahu mendoakan kebahagiaan untuk Suhaila di alam ‘sana’ sepuas-puasnya. Jua kebahagiaan diri dan anaknya Suhaili dalam meneruskan kehidupan di sini.

“YA ALLAH, kurniailah aku seorang Isteri yang mampu memberikan daku cintanya dan CINTA-MU yang hakiki, yang mampu mendidikku sehingga aku mampu bertaqarrub dengan DIRI-MU di setiap masa dan ketika. Kurniailah aku seorang Bidadari di dalam keluargaku yang mampu bersamaku ketika senang dan susah. Jua yang senantiasa mendoakan daku apabila aku bertemu dengan-Mu nanti. Jika aku ditakdirkan ke taman syurga-MU, maka pertemukanlah kami di sana, Wahai Tuhan yang Maha Agung,”

“Rabbana hablana min azwajina wazurriyatina qurratu a’yun, waj’alna lil muttaqiina imama, Rabbana aatina fiddunnia hasanah, wafil akhirati hasanah waqina azaabannar YA ALLAH, Amin Ya Rabbal A’lamin,”

Zahid meraup kedua telapak tangannya ke muka. Hatinya tenang dan puas. Kini tiada lagi lirik mata yang menemani tidur Zahid untuk malam ini dan selamanya.

UKHWWAH ITU HARUS BERLAPANG DADA & MENJAGA HATI ORG LAIN















JAGALAH TUTUR KATA DAN PERASAAN ORANG LAIN

Assalamualaikum, boleh tumpang duduk di sebelah?” sapa saya pada seorang adik usrah ni.

“Eh kak, duduklah,” dia terkejut kedatangan saya di taman itu. Tempat selalu kami ‘lepak-lepak’ raih ketenangan di hujung minggu.


“Redupkan petang ni kan?” dia memulakan bualnya. Saya lirik-lirikkan mata melihat wajahnya. Semacam ada masalah yang sengaja disembunyi dari saya.


“A'ah! Redup-redup. Tapi wajah adik tak seredup petang ni akak tengok,” saya memancing. Zira gugup.


Dia diam. Tersipu-sipu memalingkan wajahnya ke arah lain.


“Eh akak ni, ke situ pula. Ada-ada aja, saya ok je kak,”


“OK yang buat-buat atau ada apa-apa yang Zira sembunyikan daripada akak?”


Selepas memancing dengan pelbagai selok-belok, akhirnya Zira membuka cerita sebenar. Oh! Rupanya Zira ada salah faham dengan seorang sahabat karibnya, Imah.


“Apa Dik kata pada Imah, sampai dia merajuk macam tu sekali?” soal saya. Dia diam lagi, mungkin dia cuba ingat-ingat semula peristiwa yang terjadi semalam. Pudar saja matanya. Barangkali menggamit sedikit sesalan.


“Adik dah minta maaf pada Imah?” saya menambah, cuba mahu meredakan hati kusut Zira.
Dia menggeleng. Diam Zira petang itu terus digamit perasaan.


“Akak rasa Zira yang salah ke kak?” soal Zira ingin kepastian. Saya gembira, kerana dalam kata-kata yang terlontar oleh Zira tadi sudah nampak ada sedikit keterbukaan.


“Dalam hal ini, bukan soal siapa yang bersalah, tapi siapa yang dahulu mahu meminta maaf, dia yang dikira teman terbaik dalam persahabatan,”


“Kalau Adik tak bersalah sekalipun, apa kurangnya kalau adik yang dahulukan untuk memohon maaf,” lembut saya menyatakan pada Zira. Agar dirinya tidak tersinggung dan supaya hatinya terus terbuka untuk merapatkan jurang.

“Tapi kak....”

“Hmmm?”


“Tak akan teguran macam itu pun Imah nak ambil hati. Lagipun saya dan dia dah lama sangat bekerja bersama, kena fahamlah,” Zira menyambung kata-katanya yang terputus tadi. Nampak berangnya.


“Faham yang macam mana adik maksudkan?”


“Iyalah, takkanlah kerana teguran yang sikit tadi, menyebabkan dia merajuk sampai abaikan tanggungjawab?”


“Zira rasa macam itu?”


“Hmm.. maksud adik, tanggungjawab lebih utama daripada melayan perasaan sendiri atau merajuk, begitu?” tambah saya. Zira cepat-cepat mengangguk, wajahnya serius memandang saya menunggu jawapan.


“Kalau Zira duduk di tempat Imah, agak-agak apa Zira rasa?” saya menduga seketika. Zira diam lagi.


“Masakan adik tidak tahu perasaan Imah, 2 tahun akak tengok Zira rapat dengan dia,”
Saya pula diam, membiarkan Zira berfikir. Dia kelihatan sedih.

“Adik tak setuju dengan pendapat akak? Marah dengan akak?” soal saya. Perlahan-lahan dia menggeleng. Saya merapatkan duduk saya disebelahnya.

“Ingat lagi kisah Nabi Yunus a.s.? Masa mula-mula berdakwah dia sangat konsisten dalam kerja dakwahnya. Lama-kelamaan bila umatnya tak mahu terima dakwahnya. Nabi Yunus a.s. meninggalkan kampung tersebut. Agak-agak Zira, kenapa Nabi Yunus buat begitu?”

Sunyi.


“Tak akan seorang Nabi bersifat dengan putus asa,” saya memecahkan kebuntuan agar Zira dapat mencari jawapan yang sudah ada pada saya.


“Merajuk?” jawab Zira.


“Lagi?” saya mengorek. Zira terkedu tak menemui jawapan yang sebenar.


“Kalau akak kata Baginda berkecil hati adik setuju?” soal saya.

“Sebab kaumnya tak menerima Nabi Yunus, lalu baginda pun berkecil hati. Macam itu ke maksud akak?” jawapan tepat yang saya cari sudah jumpa.

“Sekarang adik sudah akui bukan? Yang Nabi pun ada perasaan, kadangkala gembira, adakalanya pula bersedih dan berkecil hati. Dalam kisah tadi adakah Nabi Yunus tak sedar akan tanggungjawab dia sebagai rasul? Sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang rasul lebih besar daripada melayan rajuknya tadi?”

“Sudah tentu bukan kak!” Zira sudah mulai faham topik yang saya cuba sampaikan.

“Dia cuma berkecil hati dengan kaumnya yang tidak mahu menerima dakwahnya. Sebab apa nabi merajuk? Kerana dia pun ada perasaan macam Zira juga, macam Imah juga,” pantas saja jawapan saya.

“Dalam persahabatan juga begitu, Imah bukan tidak tahu tanggungjawab dia pada Adik dalam gerak kerja ni, tetapi cuma berkecil hati sedikit. Manalah tahu kalau-kalau Zira ada berkasar bahasa yang menyebabkan dia tersentuh dan merajuk,” tambah saya.

“Adik tak rasa macam tu?” tanya saya menduga.


PADA BERLAPANGNYA DADA...

“Hmm..saya kurang jelas dengan perasaan dan tanggungjawab tadi. Mana yang perlu didahulukan ye kak?” saya nampak dia mulai faham konsep yang saya mahu sampaikan.

“Dua-dua penting dik!”

“Ibarat seperti makan dan minum. Kedua-duanya perlu ada beriringan, kadangkala bila dahaga kita minum dulu baru kita menjamah makanan. Adakala bila terlalu lapar kita terus makan dan kemudiannya baru menguk air. Dan kalau dah stabil, mana-mana sahaja boleh didahulukan. Kalau perasaan dan hati lapang, kerja dan tanggungjawab jadi mudah dan senang,justeru senang nak perolehi Ikhlas. Baru persahabatan berpanjangan,” tambah saya lagi.

“Habis tu saya kena minta maaf pada Imah?”

“Siapa-siapa pun tak apa. Kalau adik rasa ini jalan terbaik untuk ukhwah adik dengan Imah. Teruskan,” cadang saya.

“Adik kenalah berlapang dada,”

“Berlapang pada?” Dia terkejut. Mungkin pertama kali mendengar perkataan itu.

“Maksudnya, lupakan saja apa yang berlaku untuk menjaga maslahat yang lebih besar. Yakni, PERSAHABATAN dan UKHWAH,” jelas saya. Zira nampak sedikit ceria. Mungkin sudah mulai faham.

Petang yang damai itu, saya puas dapat mengikat semula dua hati. Juga dapat memahamkan yang ukhwah itu memerlukan perasaan dan hati yang perlu di jaga dan di pelihara. Hati dan perasaan itu halus, lalu ia perlu dijaga dengan rapi. Bukan sekadar berlapang dada, tapi juga perlu memahami di antara satu sama lain.

“Nak ke mana tu dik?” tiba-tiba saja Zira bangkit mahu meninggalkan saya.

“Nak cari Imah lah kak,”

“Tinggalkan akak sorang-sorang?” saya bergurau.

“Aduh. Manja sangatlah akak ni. Dah kahwin nanti susahlah suami akak nak kena angkat macam ni,” dia mencapai tangan yang saya hulur.

Berderai hela tawa. Petang itu menjadi saksi usia persahabatan kami.

p/s : tulisan asal adalah dari Afiq Saleh.Syukran sahabat

~Begin With The End of Mind~

Permata hatiku Sedarlah betapa perit Ibu melahirkanmu ..Adakah Kau mengerti keperitan & harapan IBU pd kita??

video

salam sambungan buat semua adk2 permata hatiku, rakaman yg dibuat dlm program KLINIK PMR & SPM utk beri kesedaran pd kita semua.. peringatan buat diri ana jg.. wahai Anak... adakah kau mengerti betapa derita ibu yg mengandung dan adakah kau tahu alangkah deritanya ibu yg melahirkanmu.??? :(

Tetapi mengapa kini begitu mudah engkau melontarkan kata2 yg menyakiti hati ibu.. insaflah tanpa ibubapa siapalah kita utk dpt teruskan kehidupan ini..hargailah ibubapamu.. Ibu ampunilah dosa2ku tanpa disedari... :(...

Dengarlah rintihan hati seorg IBU harapan yg terlalu tinggi pada kita semua.. ttp apakah peranan mu telah kau mainkan dengan baik???
videowahai adk2 permata hatiku dengarlah tunaikanlah harapan ibu ayah kita dgn baik krgkan bebanan mereka dgn membalas jasa mereka dgn sebaiknya.. walaupun mereka tidak minta balasan tp balaslah dgn sebaiknya tanpa kita memperisakan keringat mereka..

Semoga luahan hati seorg ibu ini mengetuk pintu hati kita dan bangun dpd khayalan. yg panjang. sedarlah adk2, shbt2 ku mengapa ana melarang kalian melibatkan perkara2 lagha, bercouple ketika dirimu msh bergelar pelajar?? Bila itu semua kita lakukan pelajaran ilmu tidak mendpt keberkatan krn ILMU itu dtg dpd cahaya ALLAH, bila kita hampiri & buat maksiat ilmu ALLAH akan hilang, urusan jodoh semua ALLAH dan tentukan dah tertulis dlm khdpn kita, jd jlnkanlah hak kita sbg anak, student, daei dgn sebaiknya..maafkan ana jika sedikit teguran ini menyentuh hati adk2 dan shbt2 tp percayalah krn tgjwb dan ksh pd kalian ana tunaikan tgjwb ini... waallahhualam..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI