Sunday, August 23, 2009

MINGGU ORIENTASI IPTA JADI MEDAN KEMPEN UMNO BN


Hampir dua bulan telah selesai pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar ke IPT samada IPTA mahupun IPTS. Untuk tahun ini dua orang anak saya telah mendaftar dan memasuki IPT. Seorang ke IPTS di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk program diploma dan seorang lagi ke IPTA untuk program ijazah setelah menamatkan Program Pengajian Asasi di Akademi Pengajian Islam Nilampuri.

Sebagai seorang ibu sudah tentu saya merasa bangga dan bersyukur kerana kedua-dua anak perempuan saya mengambil pengajian Islam. Sehabis mendaftar salah seorang anak saya ke pengajian Diploma di KUIS, saya merasa lega dan berpuashati dengan pemilihan pengajian oleh anak saya lebih-lebih lagi IPT tersebut di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat dan lebih lega lagi anak saya telah memilih pengajian agama. Sebagai seorang ibu juga sudah tentu merasa kedudukan anak saya selamat kerana pilihan yang dibuat oleh anak saya tepat dan sudah tentu pergaulan dan rakan-rakan sepengajian mempunyai syakhsiah dan peribadi muslim. Saya juga mendapat maklumat dari anak saya bahawa minggu orientasi padat dengan program pembinaan insan dan tarbiyah ruhiyah.

Berbeza apa yang berlaku kepada anak saya yang seorang lagi yang masuk ke IPTA dan mengambil pengajian agama juga, pengalaman beliau dalam Minggu Orientasi sangat-sangat mengecewakan beliau kerana cara penganjur meng 'entertain' mahasiswa tak ubah seperti mereka yang mempunyai minda 'low class'.

Apa yang berlaku kepada Minggu Orientasi kepada mahasiswa tahun pertama IPTA tersebut antaranya ialah menjadi medan penyalur maklumat kepada UMNO/BN dengan perkataan lain, suatu program untuk meng 'brain wash' kan mahasiswa dengan matlamat mahasiswa yang fresh ini akan di bonekakan, diikat tangan dan kaki, malah dibelenggu atau dipenjara minda cerdik mereka. Pelajar juga diugut, sekiranya didapati terlibat dengan apa-apa kegiatan kepartian dan demonstrasi, maka biasiswa akan ditarik malah ancaman kepada buang universiti.

Bukan setakat itu, mahasiswa dicampurkan antara mahwsiswa jurusan agama dengan jurusan lain juga tidak membataskan antara pelajar lelaki dan wanita. Yang paling menyedihkan, pelajar disuruh menyanyi, berkaraoke, menari, terlompat-lompat termasuklah pelajar pengajian Islam yang bertudung labuh dipaksa berbuat demikian. Jika mereka enggan, mereka akan diejek dan ditohmah antaranya mengatakan pelajar ini ketinggalan arus dan zaman.

Ada juga sekumpulan pelajar yang berani malah mereka melawan si 'fasi'k yang ingin merosakkan dan mempengaruhi serta melalaikan pelajar agama yang telah mantap dengan tarbiah semasa di kampus lama.

Sepanjang tempoh minggu orientasi berjalan, saya sentiasa memohon doa kepada Allah swt supaya melindungi anak saya dan rakan-rakan dari terjerumus kepada kelalaian dan mudah terpengaruh. Maklumlah, dalam tempoh seminggu program begitu penuh dan pelajar telah diasak minda, roh dan jasad mereka.

Alhamdulillah, anak saya dan rakan-rakan berjaya melepasi ujian sepanjang tempoh tersebut dan ternyata mereka tidak mudah dipengaruhi kerana kerana mereka telah ditarbiyah dan mempunyai jatidiri dan aqidah yang mantap.

Bagaimana pula dengan pelajar yang tidak ada asas agama? Sudah tentu sedikit sebanyak minda cerdik fresh pelajar ini diracuni, dirosakkan oleh perancang-perancang UBN dan berkemungkinan terpengaruh, sekurang-kurangnya budaya takut telah meresap ke minda mereka oleh kerana diugut.

Tidak lama selepas itu, saya telah dihubungi oleh seorang sahabat yangmana anak beliau juga telah memasuki IPTA lain di Shah Alam, menanyakan bagaimana untuk mengeluarkan anak beliau dari IPT tersebut untuk ditukarkan ke IPTA lain atau IPTS yang sesuai dengan kehendak dan harapan beliau. Saya bertanyakan kenapa ingin keluarkan anak beliau? Rupa-rupanya, anak sahabat saya ini telah melalui pengalaman yang sama dengan dengan anak saya, malah lebih teruk lagi pelajar dihidangkan dengan konsert kecil dengan menjemput artis-artis tempatan sebelum bermulanya setiap program dan ianya berjalan setiap hari. Yang malang lagi, penceramah jemputan hanya berkempen untuk UBN dan memburuk-burukkan PR. Menurut sahabat saya yang beliau juga seorang muslimat Pas, anak beliau semacam mahu lari keluar daripada IPT tersebut dan kebanyakan rakan-rakan beliau juga merungut kerana seluruh program diisi dengan program lagha dan ceramah politik UBN. Sebenarnya pelajar ini menanti-nanti dan mengharapkan sesuatu yang akan merangsang minda dan memotivasikan mereka untuk melonjakan kecemerlangan dalam pengajian mereka. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Saya yakin, di IPTA lain juga berlaku perkara yang sama, di mana UBN cuba mengongkong minda pelajar peringkat awal dengan program terancang agenda UBN yang diarah dilaksanakan secara paksa di IPTA-IPTA.

Mengambil contoh kedua, rupa-rupanya pelajar yang mengambil jurusan akademik dan profesional juga tidak senang dan kecewa dengan sikap penganjur yang menjadi alat kepada UBN.

Kesimpulannya, anak-anak muda kita yang cerdik hari ini, tidak mudah ditipu dan diperalatkan oleh UBN kerana mereka sekarang boleh menilai, kerana mereka begitu terdedah kepada maklumat kini, lebih-lebih lagi boleh dikatakan 100% dari mereka access maklumat dari internet. Mengambil contoh kepada Himpunan 100 ribu rakyat, 80% terdiri dari anak-anak muda dan kebanyakan daripada mereka terdiri dari pelajar IPT.

Demi untuk mengekalkan kuasa, UBN sanggup menggunakan berbagai cara dan strategi, serta mengambil berbagai peluang dari setiap ruang untuk menipu serta mempengaruhi rakyat di semua peringkat tetapi ternyata semua perancangan mereka gagal. Rakyat berbagai bangsa dan peringkat hari ini bukan macam dulu mudah ditipu, rakyat Malaysia hari ini boleh menilai pemerintah UBN yang begitu zalim,korup, menyeleweng dan salahguna harta dan wang rakyat dan banyak lagi, kalau disenaraikan yang buruk dan negatif begitu lengkap kepada UBN. Media yang jadi alat propaganda UBN ternyata membuatkan rakyat muak dan marah sehingga PRU 12 baru-baru ini sebahagian besar rakyat berubah angin kepada PR.

Insyaallah kita akan lihat kegagalan demi kegagalan perancangan dan strategi UBN sehinggalah menuju kepada ajal mereka di PRU 13 nanti.

Ummu Ahmad

Maklumat ini daripada ummi ustazah mariyam dimana anak beliau dipaksa melakukan perkara tersebut..waallahhualam http://ustazahmariam.blogspot.com/

Sumbangan Yb Dato’ pd masjid-masjid di Simpang 3, Gombak, sempena ketibaan Bln Ramadhan


170820091174Saat-saat menanti ketibaan bulan Ramdhan oleh setiap umat ISLAM, maka dengan itu setiap orang ingin buat amalan yang terbaik untuk bekalan diakhirat nanti.

Dengan itu pada 17hb Ogos, 2009 di Masjid Simpang 3 YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali serta Kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setiap juga ingin merebut peluang yang ada dengan membuat program sumbangan ikhlas pada semua masjid-masjid untuk dibuatkan berbagai aktiviti yang berfaedah dan digunakan untuk persiapan bekalan makanan utntuk berbuka puasa sepanjang bln Ramdhan. Semoga sedikit sumbangan dihulurkan akan diterima oleh ALLAH swt untuk membantu masjid-masjid untuk sama-sama mengimarahkan program dibulan ramdhan bersama semua penduduk walaupun sebesar biji sawi insya-ALLAH.

Koleksi Foto sumbangan Ihya Ramdhan.

P8170169

Ceramah YB Dato’ sebelum penyampaian sumbangan

P8170172

P8170178YB Dato’ bersama En Omar dan Nazir Masjid..bukan penyayi Nasyidye..

P8170179Pelukan Kasih Sayang seorang mukmin pada saudaranya

P8170180

P8170181

P8170183

P8170188

P8170212

P8170215

“Berangkat & bergembiralah kerana ALLAH menjanjikan kepadaku salah satu diantara 2 golongan demi ALLAH, aku seolah-olah melihat tempat-tempat mereka bergelimpangan”.

Dikesempatan yang ada YB dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan semua kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setia ingin sekali mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramdhan. Semoga tahun ini merupakan tahun pesta Ibadat pada kita untuk mencapai maradhatilah.

Editor : Khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI