Tuesday, February 21, 2012

Panas!! Bukti Terbaru Penerima BR1M Dapat Surat Tuntutan Income Tax

Bantuan diminta isi borang dari jabatan INCOME TAX supaya income tax senang nak jejak alamat terkini rakyat Malaysia. Bila duit dah lulus dan kita fikir akan tuntut duit tu kat mana mana pejabat INCOME TAX rupa- rupanya kena jumpa juak juak BN jugak.dah nampak dah belang umno nih nak wayang apa sebenarnya.

Bila memberi wang,amik kat UMNO,dia pikir wang tu hasil dari Najib agaknya.

1 penghinaan kepada rakyat bila dilakukan sebegini
Tahukah anda,pemimpin BN memerhatikan korang beratur tu dari tingkap pejabat berhawa dingin , berpeluk tubuh sambil ketawakan kalian?

Ada yang pengsan kerana beratur terlalu lama

Harus kita ingat.Susah payah kita beratur semata mata nak dapatkan RM500 ni sebenarnya permulaan.Kerajaan hanya beri rakyat sekali aja RM500,namun INCOME TAX akan kejar kita SETIAP TAHUN.Mereka menggangap kita punya pendapatan seolah olah tetap sedangkan pekerja yang gaji pokok RM450 dan di campur elaun dan macam macam elaun tak sampai 1000 sebulan juga dikenakan INCOME TAX !!!

Kisah ni benar dan memang dah dijangkakan akan berlaku.Ini adalah temubual penulis dengan mangsa BR1M..Kalau dia dapat surat dari INCOME TAX,tak mustahil beratus ribu lagi bakal mendapat surat tuntutan seperti ini.

Dengan kerja yg tak menentu.sebulan basic RM450.tanggungan anak 4 orang. total gaji + - elaun tinggal RM400..

Layakkah gaji sedemikian dikenakan TAX?
Minta bantuan Rakyat 1 Malaysia dengan harapan dapat meringankan beban. Seminggu selepas dapat bantuan surat income tax sampai.DEPA TUNTUT BAYAR RM350

Bila surat tu sampai,mangsa pergi ke pejabat Income TAX Klang dan bertanya ..

"Kenapa saya dikenakan income tax sedangkan gaji saya tak sampai RM1000 pun sebulan??..tolak tolak tinggal 450 sebulan."kata mangsa kpd pagawai bertugas.

"owhh ini semenjak dulu kamu kerja tak pernah submit form.jadi kamu kena bayar jugak.tak ada tolak ansur mesti bayar walaupon sebulan RM50.sampai habis!!" kata pegawai income tax dgn bongkaknya.
Bukti Income Tax dapat maklumat dari
pengisian borang BR1M



Inilah tujuan bantuan tu diberikan..

MAKA UMPAN TELAH MENGENA,KERAJAAN BAGI CUMA SEKALI RM500 TAPI INCOME TAX AKAN KENAKAN KITA TIAP TIAP TAHUN..

Kerajaan Negeri Sentiasa komited selesai isu Air Bersih Selangor


Batu Caves : Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirrudin Shaari membidas kenyataan Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) Badrul Hisham dalam kenyataannya di Akhbar Sinar Harian, 17 Februari, mengatakan keengenaan kerajaan negeri berkerjasama isu menyelsaikan bekalan air bersih di negeri ini.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama dengan kerajaan pusat di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau untuk menyelesaikan isu air , namun pihak terbabit LUAS, SYABAS, Puncak Niaga enggan memberi kerjasama”.

“Semua Jabatan terlibat, enggan menerima tawaran yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor walaupun terdapat keuntungan untuk mereka”, katanya apabila diminta menjawab isu yang di timbulkan oleh Badrul Hisam di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves, disini hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri begitu komited untuk atasi isu ini kerana air merupakan aset yang tinggi berjumlah RM10 billion.

Jika isu air ini di urus dengan baik, hasilnya akan kita agihkan kepada rakyat, tetapi malangnya disebabkan keengenan pihak berwajib memberi kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor maka perkara ini tertunda, namun kita akan tetap selesai dengan kadar segera.

Saya juga menyeru kepada rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan kenyataan yang dilontarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita cukup terkilan dengan sikap mereka yang sering menakut-nakutkan rakyat, “ jika kerajaan negeri dapat selesaikan isu air, maka rakyat Selangor khususnya akan mengalami masalah air”.

“Perkara ini tidak akan berlaku. Buktinya semua hasil kejayaan negeri Selangor telah di agihkan kepada rakyat melalui Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)”.

“Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor pernah megeluar kenyataan bekalan air mencukupi sehingga 2019 untuk pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur dan menolak kenyataan yang mengatakan akan berlaku krisis air sebagai mengelirukan dan tidak tepat”, ujar Amir dengan tegas.

Justeru, saya berpendapatan isu air selalu di politikkan oleh kerajaan perseketuan.

“Kerajaan negeri Selangor tetap berpendirian bahawa isu air boleh diselesaikan jika semua pihak memberi tekanan kepada kerajaan Pusat untuk menyelesaikan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air”.
“Jika isu ini tidak diselesaikan terlebih dahulu, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat tidak dapat dilaksanakan.

“Saya yakin, jika kerajaan negeri dapat uruskan isu air ini dengan baik, insya-Allah kerajaan negeri Selangor akan terus memberi bantuan kepada rakyat dengan adil tanpa kira perkauman dan politik, “ kata Amiruddin.


Editor : Khaulah Azwar


850 Pelajar Terima Bantuan Beg Sekolah

Klang : Seramai 850 pelajar menerima bantuan beg sekolah Selangorku, daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali.

"Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) amat mengambil berat hal ehwal pendidikan semenjak memerintah negeri ini.

Rata-rata semua rakyat di negeri Selangor telah menerima bantuan pendidikan sebanyak RM1000 untuk anak mereka yang berjaya cemerlang dalam peperiksaan".

"Bantuan RM1000 kepada pelajar cemerlang bagi membantu ibubapa kurang upaya, fakir miskin dan pendapatan rendah RM1500 kebawah untuk membuat persiapan anak mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)".

Selain itu, "kerajaan negeri juga menyediakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) percuma untuk semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ibubapa mereka berpendapataan RM1500 kebawah".

"Bantuan Pendidikan bukan sahaja diberikan kepada semua pelajar peringkat Sekolah Rendah dan Menengah tetapi, kanak-kanak yang baru dilahirkan juga tidak ketinggalan menerima bantuan pendidikan iaitu Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)".

Jelasnya,"TAWAS sebenarnya adalah tabung pendidikan untuk anak Selangor yang dihadiahkan setiap seorang sebanyak RM100 dan dijangka apabila matang ketika anak itu berumur 18 tahun, beliau bolehlah menggunakannya untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran", katanya dalam majlis perasmian Bantuan Beg Sekolah di DUN Selat Klang.

Dr Halimah merangkap Exco Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan mengulas lagi, "bantuan pendidikan ini tidak terhenti sehingga kini, walaupun ada pihak tidak bertanggungjawab mengganggap bantuan yang diberikan Kerajaan negeri Selangor kepada rakyat merugikan dan menganggap negari ini akan muflis jika bantuan ini diteruskan".

"Pandangan negatif ini begitu sangat cetek dan tidak masuk akal, kerana selama empat tahun (PR) memerintah, kerajaan negeri berjaya membuktikan pengurusan ekonomi negara berada tempat pertama dan pelaburan berada tempat kedua yang di terajui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".

"Beliau berjaya menaik taraf ekonomi negara dan hasil kejayaan diagihkan kepada semua rakyat selangor dengan adil tanpa kira perkauman dan parti. Hal ini gagal dilakukan oleh Mantan MB Selangor, Khir Toyo' sepanjang negeri selangor di terajui oleh UMNO-BN".

Tambahnya, "pemerintahan kerajaan terdahulu tidak pernah fikir masalah rakyat, mereka hanya fikir poket mereka penuh sedangkan rakyat selangor dalam kesempitan kehidupan. Rakyat berhempas pulas tulang empat kerat untuk membesar dan memberi pendidikan kepada anak-anak mereka".

"Tetapi alhamduliah, akhirnya setelah kerajaan PR mengambil alih negeri ini, rata-rata seluruh rakyat selangor menerima hasil negeri ini, berbagai bantuan diberikan kepada rakyat".

"Justeru, saya harap dalam pilihanraya umum (PRU-13) akan datang, semua rakyat selangor terus sokong kerajaan (PR) agar rakyat dinegeri ini terus terbela", kata Dr Halimah.

Terima kasih Kerajaan Negeri (Pelajar)

Adik Raja Normaisarah Raja Muzafar, 9, berkata" alhamdulilah tahun ini saya menerima bantuan beg sekolah daripada kerajaan negeri. Bantuan ini merupakan satu dorongan kepada saya untuk tekun belajar bagi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan".

Adik Norain Mohd Razif, 11, berkata,gembira dengan bantuan diberikan, kerana tahun ini saya tidak berkesempatan memperolehi beg sekolah baru seperti rakan-rakan lain, dengan bantuan diberikan memberi sinar baru kepada saya.

Editor : Khaulah Azwar


Tazkirah : Berlapang dada apabila diberi teguran


Bila seseorang ditegur atas kesalahannya, lalu mula menyerang peribadi dan mengungkit kesalahan orang yang menegur, itu adalah tanda nafsu amarah sedang menguasai minda. Cuba mencari alasan untuk merasa diri tetap lebih baik dari yang lain.

Paling minima, usahakan diam ketika terima nasihat yang benar, memang 'pedih' tapi insyaAllah berguna seperti pahitnya ubat.

Pelbagai UGUTAN Diterima Kerana Masuk PAS


PONTIAN – Gara-gara mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS, Dato’ Hj. Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak mendakwa akan dipulau jika meninggal dunia kelak.

Katanya lagi, pelbagai ugutan yang diterima tidak sedikitpun mengendurkan semangat juangnya malah berkat kesabaran yang dipamerkan selama ini membuktikan bahawa Allah SWT membantu hambaNya yang ditindas.

”15 kali saya kena pindah. Tapi berkat kesabaran, dapat gaji yang terakhir lebih kurang RM13 000, pencen saja RM5000 malah dikurniakan Dato’ lagi daripada Sultan,” terang beliau lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Cikgu Normala Sudirman, bekas calon PAS PRK Tenang, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ust. Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pontian.

Beliau yang juga berasal dari Bidor Perak itu menambah penjajahan minda yang dilakukan UMNO ke atas umat Melayu semakin ketara kerana rasuah politik, menjelang PRU telahpun di sogokkan.

Hal ini, dilihat kerana itulah sahaja cara pemerintah negara ini untuk mengekalkan kuasa.

”Jangan diperbodohkan dengan pemberian BR1M. Kerana inilah satu cara UMNO nak kekalkan kuasa.

”Malah ia disifatkan rasuah politik menjelang pilihan raya. BR1M diambil dari akronim ‘Bagi Rasuah Satu Malaysia?” soal beliau lagi.

Beliau turut mengecam tindak tanduk pemimpin UMNO-BN yang banyak melakukan penyelewengan sehingga ke tahap yang maksimum kerana menjadi pengamal politik hipokrasi.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar rakyat dapat mempertahankan politik berintegriti dan sebagai warganegara, mereka harus tahu hak dalam menentukan kepimpinan negara.

”Saya mual, ada nak tercirit , marah betul dengan UMNO. Walaupun dulu saya UMNO.

”Siapa yang larikan duit ke Australia? Bahkah larikan anak Sultan.

”Siapa yang punya skandal PKFZ? Dua Perdana Menteri di tipu.

”Altantuya? Scorepane? Cf? Siapa?” soal beliau lagi.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI