Monday, March 18, 2013

ANTARA SEBAB KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO




Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

Terkenang Ucapan Murabbi TGNA-Hidup Ini Perlukan Gurau Senda


"..Hidup ini biar ada gurau sendanya,
cuma jangan berlebihan-lebihan..
sebagaimana makanan
biar ada garama gulanya,
cukup manis masinnya,
jika terlebih manis bahaya,
jika terlebih masin pun hilang enaknya,
demikianlah kehidupan biar ada manis masinnya.."
 — 

*


  • Jack Dawson sya syg tuan guru...
  • Kiera Ishak 100% true TGNA 
  • Mohamad Zaini umpamakan insan ayam dan lembu,gurauuu kerrr tuuuu.
  • Mohamed Almi Bin Alias senyum... pun kadang kadang ok juga kadang kadang bila kita senyum polis kata kita perli dia...
  • Raja Basri khas utk macai2, jangan jd org bodo xleh diajar, cerdik xleh tumpang...sekolah tinggi2, tp bodoh berlapis2...!
  • Masli Azwan ada je org nk cari baloh.... org nasihat tu.. dgr la... 
  • Nazihah Fitchie padahal UAI terangkan dh pasal isu tuh..ade lg wt x paham 2..huhu
  • Atan Ganu Org nsihat dgr dl,bl dh kuar kenyataan bkn2 n pelik2 bru hentam kaw2.. Klu x, sma jela ngan dorg,bg duit pn hentam..
  • Atan Ganu Tgna nk nsihat kna ada ksederhanaan dlm smua segi,kn??hehe
  • Yajmi Ya'acob Aku sayang Tuan Guru Nik Aziz..takbirrrr
  • Use-off Garcia syg kan atuk....sygkan TGNA ...Allhuakbar
  • Fauzi Jusoh Saya sayang tok guru, saya sokong tok guru
  • Michael Tunizar jgnlah memuja manusia sehingga meletakkan taraf manusia itu lebih tinggi drpd yg sepatutnya sehingga boleh mensyirikkan Allah.
  • Padil Bedul Tgk muka michael ni pn ni pn tk rasa tk tenang dh.
  • Salma Isa siiape memuja manusia?awak ke Michael?kami bukan puja kami bangga dgn TGNA..kerna dia tidak serpeti awak...tgk nama pn bukan main lagi...muka macam peyangak..
  • Den Anakomak memuja PM ok kot?? tu yg asyik gambar dia ada kat semua tempat..sampaikan bantuan malaysia utk luar negara pun letak gambar dia gak...mcm le malaysia ni dia yg punya...kot ya nk letak pun letak le gambar AGONG ke....
  • Rozana Abdullah Mereka yg x fhm jer yg duk kata puja2 nie. Org yg memuliakan TGNA x perlukan peringatan dari mrk2 yg cari pasal nie sbb mrk tau apa beza memuliakan dgn memuja...
  • Zack Zura Walau apapun tanggapan org thdp nya dn fitnah dilemparkan padanya tapi TGNA tak pnh melatah..sentiasa COOL..
  • Zaffran Umar Gurau ngan Kapla singh ja TGNA... Dgn org len suma garang... Bila la Pas nk berhenti pergunakn org tua nih. Cukup2 la.
  • Muhamad Yusuf macai umno mmg bebal./..jd xsalah klau dkatakan lmbu serupe org...
  • Mohammad Zulkanain Haron Memang dasar UMNO menghina, gaduh..samsing tu semua ada pada pencacai UMNO saja........TGNA ni Ilmu tinggi, bukan macam kamu, angguk angguk geleng saja tahu, beri RM50..berlari sahinga jatuh jatuh nak ambil..hehheheheeh
  • Zacks Jacks hati macai2 ni dah hitam pekat melekat, cakap lah ape pon die tetap menangkan umngok.... ehhh ape ke bebal sgt pale otak dorang ni, tak tau beza mane baik mane burok.... mey ngong la....
  • Mohamad Zafran Hanapiah biarkan macai2 ni berkata2....lg byk mereka berkata2 lg jauh org dgn umno...terutamanya yg atas pagar...alhamdulillah.
  • Suhaidi Shukri Kata2 di atas cukup elok dah dan penuh sopan santun....tp bila tgk komen2 yg ada mcm hampa semua x ambik pun pengajaran kata2 tu....hampa dok maki jugak kt mana2 parti politik....apa cerita?.....piirahhhhh....
  • Mohd Noorin saya kenal pas 3, 40 tahun lalu...baik dan lendik..pasai tu pas menang..masa tu penyokong pas masih kecil.masih makan taik cicak. Tak tau pa.La ni baru pasang dua tiga bendera pas dah ngaku ahli pas...maki sana sini. Kecewa tak dapat keja/tender kod . ...Lihat Lebih Banyak
  • Azwar Khaulah hidup yg takde gurau senda, masa utk isteri, suami dan keluarga ibarat mcm hidup umpama kayu. hidup ini perlukan ksh syg, perhatian antara satu sama lain.
  • SIMFONI KASIH TAUTAN HATI