Monday, April 27, 2009

SePinggan PAHALA BerulamKan Dosa :( YA-ALLAH ingatkan hambamu yg sering terlupa..

SePinggan PAHALA BerulamKan Dosa :((Note: Sedikit ilmu untuk kongsi bersama moga diketuk pintu hati kita mengenangkan apa yg telah kita lakukan tanpa disedari.. Topik yang hangat sering ana bahaskan dlm Usrah Kampus.. moga antum semua dpt buat yang terbaik.. JAUHI segala larangan ALLAH..)


Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti.

Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul.
Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian. Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…


Assalamualaikum WBT.
Terdiam ustaz membaca email ukhti.
Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan kes yang sama. Percaya atau tidak, kes seperti ini semakin menular di kalangan generasi ukhti, sekurang-kurangnya pada apa yang sampai ke pengetahuan ustaz. Ustaz perlukan banyak masa untuk merenung dan berfikir, di manakah silapnya.


Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun bertahajjud… tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.

Semakin ramai siswa dan siswi cuba menjustifikasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.


Ustaz tak tahu nak start dari mana. Tetapi subjek utama dalam masalah ini adalah diri ukhti sendiri. Bukan soal teman lelaki ukhti, bukan soal apa yang Allah qadha dan qadarkan ke atas ukhti, bukan bakal anak yang nanti terkesan oleh dosa yang sedang dilakukan hari ini. Semuanya adalah persoalan diri ukhti sendiri. Sama ada ukhti mahu mengubah keadaan ini atau tidak. Itu sahaja.


Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang ‘manis’ itu, maka ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca maksiat kepada satu sama lain.

Jika hubungan ini diteruskan, ukhti dan teman itu akan memikul kesannya di kemudian hari.
Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum.
Maka, di masa depan nanti, suami akan sentiasa berfikir, jika ukhti berani melawan Allah bersamanya, apa lagi yang mampu menyekat ukhti dari melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain.


Ukhti juga akan berfikir, jika dia pernah berani beberapa kali membelakangkan Allah dalam perhubungan ini bersama ukhti, apa yang boleh menghalangnya dari melakukan perkara yang sama dengan perempuan lain.
Inilah yang ustaz temui di sepanjang pengalaman hidup, bertemu dengan pasangan yang pernah berdosa sebelum berumahtangga. Amat berat hukuman Allah apabila sebuah rumahtangga dibina tanpa kepercayaan di antara satu sama lain. Ia adalah hukuman dunia sebelum hukuman Akhirat.
Jika ukhti dan si dia masih bertarung dengan perasaan, maka ustaz boleh menasihati agar kalian saling berusaha untuk menjaga diri dan mempercepatkan perkahwinan. Tetapi ukhti dan si dia sudah saling bersentuhan, maka sama ada segeralah berkahwin, jika berani berdepan dengan risiko itu (mudah-mudahan terhindar dengan taubat bersama yang benar-benar tulen) atau saling berhijrahlah antum dengan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dari-Nya.

Ustaz bersimpati dengan gelora yang ukhti hadapi tetapi ustaz enggan menghulurkan simpati itu andai ia menyebabkan ukhti mendapat ketenangan kerana tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.

Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang ukhti katakan ‘baik’.

Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.

Ustaz doakan ukhti beroleh kekuatan dan petunjuk dari Allah untuk menyusun kembali kehidupan. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya.

Tiada siapa yang mampu membantu ukhti kecuali ukhti sendiri sebagai tuan empunya badan dan kehidupan.
Salam dan doa dari ustaz.
ABU SAIF

TEORI EVOLUSI CINTA YG MGHUMBANKAN DIRI KENERAKA KRN HAMPIRI ZINA..ITTAQUALLAH!!!

TEORI EVOLUSI CINTA YG MENGHUMBAN KE NERAKA KRN HAMPIRI ZINA..NAUZUBILLAH... ITTAQUALLAH..(Siri Peringatan buat diri yg lupa..) Buat adk2 ku yg dikasihi..setiap kali melayani SMS yg bukan ajnabi kita ingatlah ALLAH sentiasa perhati tingkah laku kita.. Malu kita pd manusia boleh kita lari tp adakah malu kpd ALLAH swt dpt membawa kita lari dpd itu semua.. semua apa yg kita lakukan akan ALLAH tunjukkan 1 per satu semua org lihat perlakuan kita..Hadirlah MALU kpd ALLAH, Janji ALLAH.. Neraka Jahanam terbuka luas kpd org2 yg hampirkan dirinya kpd Zina.. (Syukran Abi Abu saif yg bnyk memberi didikan teguran yg baik dlm blog nya..moga kita semua dpt perbaikikan diri.. Tidak dpt cinta manusia di dunia tp yakinlah ALLAH sdh aturkan yg terbaik utk kita pastinya pasangan akan diberi di Syurga,insya-allah..
“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.
“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.Keras bunyinya.


Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.
“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.
“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.{Bila cinta nafsu dihadapan maka tidak tahu apa lagi hukum agama yg ALLAH dh tetapkan JAUHI hampiri ZINA}


Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU
Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.
Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.
Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.
“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]


Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.
“Asfala saafileen,” kata al-Quran.
Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu: “Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.
Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN
Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]
Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas.
Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.
Apakah tujuannya semua itu?
Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.
“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.
Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya. Iaitulah soal HATI!

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”
Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati.
Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.
Mulut kalian tidak menyebut.
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.
Tubuh kamu tidak menampakkan calar.
Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.
Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.
Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.
Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!
Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA. Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang

Berkahwin semasa belajar..study 1st, bg kejayan pd mak ayah, apa yg kita nak dlm hdp adakah sdh tercapai??

PANDANGAN YANG SANGAT2 ANA SETUJUI.. STUDY 1st..

“Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu-gitu,” keluh seorang pelajar kepada saya.

“Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi,”, saya memberikan cadangan.
“Kalau tak setuju juga?” soalnya.
“Berhenti dua tiga bulan, kemudian tanya lagi,” saya meneruskan ‘nasihat’.
“Kalau macam itu, sempatlah saya habis belajar dibuatnya!” rungut pelajar itu, bosan dengan nasihat saya.
“Baguslah. Itulah trick ustaz!” saya ketawa.
MALAS
“Ustaz macam malas nak beri nasihat sahaja gayanya,” duga beliau.
“Memang malas pun. Banyak kali sangat cerita yang sama. Kenapa tiba-tiba sahaja ramai yang kahwin awal masa belajar setahun dua ni?” saya berterus terang.
“Eh, kenapa pula? Ustaz tak setuju ke pelajar kahwin awal? Bukan sunnah ke kahwin awal ni?” tanya beliau. Nadanya seperti tidak berpuas hati.
“Kahwin itu sunnah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan,” saya melangsaikan penjelasan. Beliau terdiam. Mungkin faham dengan kebosanan saya untuk menyambung bicara tentang isu ini. Saya tidak pernah menafikan faedah berkahwin awal. Banyak bagusnya. Cepat dapat sakinah. Cepat serba serbinya.

PILIHAN PERIBADI
Tetapi jika saya diberi pilihan, berkahwin semasa belajar dan berkahwin selepas habis belajar, tanpa ada apa-apa situasi yang mendesak, maka saya akan memilih dan mencadangkan pilihan berkahwin selepas habis belajar.
“Wah, kenapa pula ustaz?” tanya seorang sahabat ketika saya berprogram di luar negara.
“Idea ini kontroversi. Dan ia khusus untuk pelajar di luar negara macam kalian sahaja. Dalam negara, ustaz tak komen apa-apa setakat ini,” saya menjawab.
“Idea apa?” soal beliau lagi. Bersemangat sekali mahu mendapatkan jawapan.
“Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!” saya memberikan kenyataan.
“Haaa! Ini sudah jadi panas ni ustaz. Kahwin melembabkan? Kali pertama saya dengar. Ramai yang marah nanti ni,” katanya.
“Itu laaa. Tanya lagi. Sebenarnya hal ini berbalik kepada nature seseorang,” saya menyambung jawapan. “Nature yang bagaimana, ustaz?” soalnya lagi.
“Kalau dia seorang yang tidak adventurous, maka eloklah kahwin awal. Daripada melangut, termenung, mengulang rutin setiap kali musim belajar dan musim cuti, elok benarlah dia berkahwin.
Tapi kalian duduk di luar negara, banyak perkara yang boleh diteroka, tengok dunia, pergi merantau, cabar diri! Kalau sudah berumahtangga, apatah lagi sudah beranak pinak, maka sulit sekali untuk semua benda ini nak dibuat,” saya meneruskan jawapan.
Beliau mengangguk. Rakan-rakan yang lain pun tersenyum.

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP
Peluang belajar di luar negara bukan semua orang berpeluang merasainya. Malah jika belajar di dalam negara sekali pun, peluang menuntut di Menara Gading bukan peluang yang sebarangan. Usia awal 20′an ini adalah peluang yang besar untuk kita mencabar diri. Meneroka dan mencari pengalaman kehidupan.Itu menjadi sebab utama, mengapa saya tidak langsung mempertimbangkan idea berkahwin semasa belajar.

Bukan tidak terusik hati ini, melihat seorang demi seorang teman berumahtangga. Tambah-tambah pula di musim cuti musim panas. Arab kahwin, Melayu kahwin, semua kahwin. Minggu ini makan mansaf, minggu depan nasi beriyani dengan ayam masak merah!
Tetapi pilihan berkahwin semasa belajar, bukan untuk saya.
Ya, memang zaman belajar adalah untuk belajar. Tetapi definisi belajar itu luas. Bagi yang meletakkan pembelajarannya adalah terfokus kepada kuliah dan pengajian yang formal sahaja, maka fokuslah kepada semua itu dan berkahwin semasa belajar mungkin bisa menambah keelokan hidup belajar begitu.

Namun bagi manusia ‘bertahi lalat’ di tapak kaki seperti saya, zaman belajar itu adalah satu-satunya peluang untuk saya meluaskan horizon kehidupan. Mengembara dengan bebas ke mana-mana sahaja, secara spontan, dengan belanja yang kecil, bukan untuk melancong, tetapi untuk belajar tentang kehidupan.
Segala pengalaman yang saya perolehi dari kembara itulah yang menjadikan saya sebagai SAYA pada har ini. Saifulislam.Com yang saya coretkan hampir satu artikel sehari di musim-musim puncaknya, juga adalah hasil KEMBARA itu. Dan saya tidak dapat membayangkan kembara untuk misi dan visi begitu berlangsung dalam keadaan saya berkahwin dan beranak pinak.
Kerana sifat adventurous yang sama itu jugalah saya terpelanting ke bumi Eropah. Di sana, kebebasan semasa belum berumahtangga itu saya gunakan sepenuhnya untuk memberi dan menerima pada kehidupan di perantauan yang pengalamannya tidak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit.
SARANAN MENGEMBARA
Aktiviti mengembara dianggap sebagai suatu bentuk pembelajaran yang sangat tinggi nilainya bagi sesetengah orang. Kembara itulah yang membuka matanya, membuka tempurung fikirannya, dan belajar mengenal manusia sebagai sasaran ilmu dan teori. Mengenal manusia bukan boleh sekadar membacanya di kertas, sebaliknya ia menuntut pergaulan, interaksi, komunikasi, menikmati kemanisannya, dan menyabarkan diri terhadap kesakitan akibatnya.
Mengembara itu saranan Allah:
Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik” [al-Room 30: 42]
Saranan yang sama disebut berulang kali oleh Allah SWT di dalam surah aal-’Imraan [3: 137], al-An’aam [6: 11], al-Nahl [16: 36], al-Naml [27: 69] dan al-’Ankaboot [29: 20]. Para Nabi dan Rasul mengembara, para sahabat Nabi SAW juga bertebaran di serata dunia, alim ulama’ mengembara dan sekalian mereka yang hidupnya ada visi dan misi besar, akan mengembara.

Kembara itu tidak terikat kepada idea merentas sempadan. Mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran, keluar daripada kebiasaan kepada dunia baru, keluar dari rutin seharian, kepada mencari mutiara hikmah daripada sebuah kehidupan, dan semua itu sangat sinonim dengan penuntut ilmu zaman berzaman.
BAGI YANG TIDAK
Namun, tetap aktiviti mengembara itu hanya menjadi keghairahan segelintir kita. Justeru bagi segelintir yang lain, mengembara diterjemahkan sebagai membuang masa dan harta, lagha dan tiada kepentingannya.
Terpulang…
Akan tetapi, biar pun seseorang itu tidak mengembara di usia mudanya, dia mempunyai pelbagai aktiviti berkaitan dakwah, tarbiyah, menuntut ilmu dan 1001 cabang-cabang aktivisma siang dan malam yang wajar dimanfaatkan sebanyak-banyaknya
. Justeru, menangguhkan seketika plan untuk berkahwin muda, tidak merugikan apa-apa. Ia bukan soal halal haram, tetapi soal mencari yang terbaik dalam hidup.

Tambahan pula dengan demonstrasi ketidak matangan yang dipamerkan oleh segelintir mereka yang merancang untuk berkahwin muda ini tatkala menyatakan keinginan mereka. Tidak berani bersemuka dengan ibu bapa, baru sekali cuba sudah kecewa dan berputus asa, yang mana semua ini menunjukkan kelemahan jati diri yang perlu dirawat sebelum menggalas tanggungjawab perkahwinan. Rawatan itu sebahagiannya berkait rapat dengan pendedahan diri kepada realiti kehidupan. Mengembara dan beraktivisma adalah salah satu wasilah besarnya.
SUDAH BERSEDIA
Ketika saya mengambil keputusan untuk berumahtangga, salah satu perkara yang menjadi pertimbangan saya adalah pada kesediaan diri untuk menamatkan kembara.
Bersediakah saya?
Sudah puaskah saya berkelana?
Di pertengahan usia 20′an, beberapa kejayaan hidup yang saya capai selepas 1001 mehnah kehidupan, terasa hambar apabila kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama. Sebagaimana manusia paling jahat dihukum penjara agar terseksa oleh sebuah kesunyian, perasaan sunyi itulah yang menggerakkan diri saya untuk mencari teman pelengkap hidup. Berkahwin, adalah titik pengubah corak hidup saya.

Memang benar langkah kaki menjadi pendek, kebebasan bergerak dan membuat keputusan spontan sudah tidak mungkin berulang lagi. Tetapi ketika itu, ‘batasan’ yang terbentuk mengiringi sebuah komitmen kepada perkahwinan, bukan lagi menjadi sesuatu kekurangan kerana segalanya sudah tiba pada masanya.
Apa yang ingin saya cari, telah saya cari.
Berumahtangga adalah fasa baru untuk peningkatan hidup dan diri.
Lepas kahwin pun masih boleh menulis Diari Kembara, cuma lain sedikit catatannya

Di sinilah saya katakan, bahawa jika seseorang itu ada keinginan untuk adventurous di dalam diri, maka berkahwin semasa belajar sesungguhnya akan menjadikan kita lembab. Tetapi jika seseorang itu secara peribadinya adalah seorang yang tidak menjadikan pendedahan diri kepada dunia luar sebagai salah satu agenda yang ada kepentingannya kepada diri, maka keseluruhan artikel ini tidak relevan buatnya.
Lepas berkahwin pun boleh juga terus aktif, ustaz!” seorang pelajar mencabar teori saya.
“Hai, baru sahaja kita ‘mengumpat’ tentang sahabat-sahabat yang baru berkahwin ni, susah benar nak panggil mesyuarat, kan?” saya mengusik.
Semua ketawa. Bukan mengumpat, tetapi cuba mencari punca.
“Lagi pun, kalau nak travel, kena fikir tiket pasangan, apatah lagi campur anak-anak. Sekali travel, beribu-ribu ringgit jawabnya”, saya menambah.
“Apalah sangat travel tu, nak dibandingkan dengan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata!” katanya penuh semangat.
“Idea ana hanya untuk mereka yang sanggup menangguhkan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata itu dari mengecapinya pada awal 20′an kepada pertengahan 20′an, kerana ada visi dan misi tertentu”, saya mengulangi pra syarat diskusi tadi.
“Jadi, kesimpulan ustaz, berkahwin awal ini melembabkan orang macam ustaz betul tak?” katanya penuh berani.
“Haha. Betul! Cuma, apa yang dikatakan sebagai ‘orang macam ustaz’ tu, terserah kepada anta mendefinisikannya,” saya mengakhiri perbualan
.
NASIHAT PERIBADI
Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, terutamanya buat mereka yang menuntut di luar negara, gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.
Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da’i juga banyak kelebihannya.
Mungkin dengan lima tahun penangguhan keinginan berumahtangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah.
Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.
Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.
Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.
Panas! Panas!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur

Manisnya Qiammulail, ya-ALLAH hambamu dtg pdmu terimalah ibadat kami..amiin ya rab


MANISNYA QIAMMULAIL:
Kejutkan shbt2.. Tut..Tut. 4:20am bangun mujahid-mujahidahku abdikan diri pd rabnya mencari cinta ilahi, mengadu pdnya atas segala kekusutan yg melandai jiwa, sghnya ALLAH swt amat merindui rintihan hati hambanya..mengenang segala dosa & maksiat dilakukan tanpa disedari... Ya-ALLAH hambamu dtg,munajat pdmu dengarkanlah rintihan hati hambamu, terimalah ibadat kami..makbulkan segala hajat kami..amiin ya rab..

Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Dimuka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.
Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya. Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra,dengan Tuhannya.
Pada waktu malam tiada,kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya. Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t.
Berkata Al Fudhail bin Iyadh" Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku".
Abu Sulaiman pula berkata" Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini. Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sedang beribadah".
Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya. Pada waktu malam juga akan ada satu detik dimana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya.
Solat yang didirikanpada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya.
Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka; Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud" Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur; Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat".
Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba.
Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam,maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t.Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah.Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba- hambaNya yang menghidupkan malam.
Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya.
Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas. Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.
Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz."
Bersujud kpd ALLAH, Bersyukur sepanjang waktu , semoga nafasmu, setiap langkahmu, Semoga diberkati ALLAH..

Cerpen 1:Mengapa Masih Membujang(Kuakui kelemahan diri,kuinsafi kekurangan diri, kukesali kejahilan diri, terimalah taubatku ya-allah.)


Hari ini Suhaili menghadiri majlis perkahwinan sahabat perjuangannya semasa di universiti dulu.Umur Suhaili sekarang sudah 30 tahun,berkhidmat sebagai pembantu penyelidikan perubatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan.Dia sudah 5 tahun menamatkan pengajiannya dalam bidang biomedic."


Memang padan ya Asrul dengan Rahimah tu kan,dulu di kampus mereka sama bekerja dan terlibat dengan gerakan dakwah kampus"Saiful cuba memulakan bicara dengan Suhaili"No komen la akhi,"acuh tak acuh je Suhaili menjawab bicara yang cuba dibawa oleh Saiful yang juga naqibnya ketika di alam kampus dulu.


Memang diakui Suhaili dan berapa orang sahabat lain cukup aktif dalam gerakan dakwah kampus tapi bukan mudah untuk aktif dalam perjuangan ini.Ada sahabatnya yang gugur setelah menempuh alam pekerjaan dan berkahwin.Bagi Suhaili dia masih aktif dengan perjuangannya dan kini dia memegang sebagai Ajk Pemuda sebuah parti gerakan Islam.


Dalam umur yang mencecah 30 sekarang semua sahabat seperjuangannya telah berkahwin dan membina baitu muslim kebanyakannya dengan teman sesama seperjuangan juga.Banyak kali juga unit baitu muslim berusaha mencari jodoh untuk Suhaili tetapi semua ditolak."


Maaf ana tak nak berkahwin lagi,diri ana belum cukup mantap untuk membina sebuah baitu muslim,individu muslim pun ana tak cukup sempurna lagi,"itulah antara alasan Suhaili bila diajukan persoalan tentang perkahwinan.


Berapa kali juga naqibnya Saiful berusaha mencari gadis solehah untuk Suhaili tapi semua ditolak.Pelik Suhaili nak gadis bagaimana lagi.10 tahun lepas...Suhaili baru sahaja habis mengikuti program tarbiah,memang agak letih dan pulang sahaja dia terus tersadai di katil.baru dia teringat untuk bertanya khabar Saadah,serikandi yang dia 'cop awal-awal' melalui sistem baitu muslim.


Dengan kata lain Suhaili telah berpunya kerana sudah taqdim dengan Saadah.Tapi taqdim tak bermaksud semuanya bebas dari segi perhubungan."Maafkan ana ustaz,ana dah fikir masak-masak dan ana mahu putuskan ikatan taqdim ana dengan ustaz,ana tak mahu terikat,ana tak layak untuk ustaz dan biarlah hati ini hanya milikNya je.."tiba sahaja hp Suhaili menerima mesej dari Saadah,serikandi muda muslimat.Hampir gugur jantung Suhaili..bagaimana dia mahu menjawab soalan dari unit baitu muslim..dulu dia yang beria berjumpa dengan unit baitu muslim mahu taqdim..dia yakin Saadah pilihan tepat untuknya walaupun umur mereka baru 20 tahun..terlalu awal untuk bicara tentang rumah tangga.."Mengapa ustazah buat keputusan ini..dulu ustazah juga yang menerima ana dan berjanji untuk bina baitu muslim dan kita telah berjanji bukan..ana memang menaruh harapan pada ustazah..ana betul tulus dengan ikatan ini.."


Suhaili cuba memujuk"Maafkan ana kerana dulu terlalu tergesa menerima ustaz untuk taqdim..tapi ana tak tenteram dengan taqdim ini..andai ada jodoh antara ana dengan ustaz tak perlu taqdim x pa..maafkan ana.salam,"Saadah mematikan perbincangan.Suhaili sedar yang air matanya mengalir dengan keputusan Saadah itu..bukannya dia terlalu mendambakan cinta manusia tapi dia juga seperti manusia lain punya fitrah untuk mencinta dan dicintai..ingin teman yang boleh membantu perjuanganya seperti Saidina Ali yang mempunyai Fatimah sebagai pendamping.."


Ya Allah.sesungguhnya cintaku hanya padaMu dan Rasul tapi aku juga punya fitrah seperti manusia biasa rasa untuk mempunyai teman hidup..ikhlas aku benar menyayangi Saadah keranaMu Allah dan aku mahu bina baitu muslim yang diredhaiNya bersama dia,"menangis Suhaili berdoa..memang Suhaili benar ikhlas pada Saadah tapi tak bermakna kecintaannya pada perjuangan Islam pudar.


Malah dia bertemu Saadah di medan perjuangan inilah..Setelah berapa tahun Suhaili menerima satu mesej dari Saadah.."Dijemput semua sahabat seperjuangan ke walimah ana pada 25Mei ini..doakan ana bahagia bersama suami ana,"diteliti lagi mesej yang diterima.Setelah peristiwa putus ikatan taqdim dengan Saadah,Suhaili tak pernah menerma mesej dari Saadah lagi..malah dia perasan Saadah seboleh mungkin akan mengelak bekerja dengan dia walaupun mereka di perjuangan yang sama.


Suhaili teringat dia pernah diberi taklifat untuk menjadi pengarah satu program tarbiah dan Saadah sebagai timbalan pengarah tapi Saadah telah menarik diri..Rupanya peristiwa dulu masih berbekas di hati mereka..Kini Suhaili selesa dengan kehidupanya..segala perasaanya pada Saadah masih tak dapat dihapuskan tapi dia perlu akui Saadah bukan jodohnya..itulah sebab juga hingga kini Suhaili masih bujang..dia tahu salah jika dia masih menaruh harapan pada Saadah tapi hatinya payah untuk berubah..Suhaili betul setia pada cintanya.."Eh Suhaili,jauh mengelamun!"tiba beliau disampuk oleh teman lamanya Aziz"Eh anta ni..buat kejut ana je!"lantas mereka bersalaman.


Aziz merupakan lelaki yang kini menjadi pemilik hati pada Saadah..Azizl lelaki yang berjaya menyunting Saadah serikandi yang diidam Suhaili selama ini."Suhaili..ana sebenar ada sesuatu yang penting untuk beriahu anta..ana harap anta dapat terima"Aziz cuna mulakan bicara..nampak serius"Apa dia..Eh mana Saadah.Tak kan hadir ke walimah seorang diri je?"Suhaili cuba bertanyaTanpa banyak bicara Aziz menceritakan hal sebenar.."Untuk pengetahuan ana sebenar menghidap kanser hati yang serius,doktor mengesahkan yang ana cuma punya masa untuk hidup 2 bulan saja lagi..ana harap anta akan mengambil Saadah sebagai isteri..ini amanah ana..ana tau anta sebenar pernah menaruh hati padanya bukan..ana juga tahu sebenar Saadah bukannya cintakan pada ana..walaupun berkahwin tapi hatinya pada anta Suhaili..dia melayan ana selama ini pun atas dasar tanggungjawab sebagai seorang isteri sahaja.."


"Maafkan ana ya akhi..mengapa anta berkata begitu..Saadah seorang serikandi..wanita solehah..anta ni cuba bergurau dengan ana kan..anta tak sakit kan.."Suhaili mula rasakan air matanya jatuh'


"Tidak ana tak bergurau..ambillah Saadah..ana hidup tak lama..ni amanah ana..ana pernah terbaca diarinya..dia meluahkan segala perasaanya pada anta..dia sebenar sayang pada anta bukan ana..tapi ana bersyukur kerana sempat dikurniakan seorang isteri semulianya sebelum ana pergi"tiba-tiba Aziz tersungkur dari meja santapan makanan.Walimah itu menjadi kecoh seketika.Saadah terus meluru pada suaminya,Aziz.


Aziz telah pergi selamanya..Saadah menjadi balu..2 tahun kemudianHari ini merupakan hari bahagia pada Suhaili..dia telah menunaikan amanah dari arwah Aziz untuk menjaga Saadah..setelah Aziz pergi Suhaililah banyak mengurus dan membantu Saadah.Cukup berat pada Saadah..meskipun sebenar dia tak menyayangi Aziz tapi kehilangan seorang suami cukup perit bagi Saadah.Untuk mengisi kekosongan itu,Saadah menerima pinangan dari Suhaili malah dia juga mendapat wasiat dari Aziz untuk berkahwin dengan Suhaili.Tenyata suaminya menyedari yang dia tidak cintakan Aziz..bukan dia mahu menduakan suaminya tapi hakikatnya cinta dan kasihnya pada Suhaili.


Disebabkan kasih pada Suhaililah dia meminta untuk putus ikatan taqdim mereka kerana dia menyedari Suhaili sedikit alpa pada Pencipta dan dia sedari dia telah menyebabkan Suhaili mempunyai masalah hati..Saadah tak mahu dia jadi fitnah pada Suhaili..seorang pejuang tidak sepatut tewas hanya kerana cintanya pada seorang serikandi..Saadah juga menerima pinangan Aziz semata untuk menjaga perasaan naqibahnya Kak Nah yang mempertemukan mereka..


"Wahai serikandiku,abang benar bersyukur dengan pertemuan ini..abang yakin selama ini bila kiya benar ikhlas cinta kita pada seseorang semata kerana Allah dia akan pertemukan kita..percayalah hati ini tak pernah berubah dan setia menunggumu selama ini.."Suhaili meluahkan semua isi hatinya di malam pertama mereka..""Maafkan dinda ya abang..ana terlalu ikut perasaan selama ini..percayalah perit sebenar untuk ana meminta kita putus 10 tahun lepas dulu tapi kerana tak mahu lihat abang hanyut dengan cinta manusia dan menjadi fitnah pada perjuangan ana tekad..


Abang..maffkan ana..bawalah ana ke syurga boleh..berjanjilah untuk sehidup semati dengan ana tapi kalau benar sayangkan ana sedalam mana pun cintailah Allah lebih dari segalanya.."Keduanya menangis pada malam tersebut..ternyata Allah mempertemukan mereka juga..


**Ingatlah cinta pada manusia memang fitrah tapi jangan dilupa cinta pada Allah paling agung..andai andai benar mencintai seseorang ikhlas kerana Allah tapi kalau dia bukan milikmu kamu kena terima..

Keputusan Kabinet NAJIB takutkan rakyat peluk ISLAM


Keputusan kabinet Najib takutkan rakyat memeluk Islam
Abdul Aziz Mustafa Mon Apr 27, 09 4:19:13 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Apr (Hrkh) - Mereka yang berhasrat untuk memeluk agama Islam mungkin akan membatalkan niat kerana takutkan keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai status anak mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Kabinet Najib memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
"Tidak ada ibu bapa yang mahu terpisah walau dalam apa jua cara dengan anak-anak mereka. Berpisah agama tentulah lebih menakutkan lagi.
"Sebab itulah keputusan kabinet Najib itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kasar terhadap rakyat sehingga ke peringkat merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka," tegas beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak tanggapan bahawa Umno dan BN cuba bersikap demokratik apabila memutuskan anak-anak tersebut dibesarkan dalam agama asal dan membiarkan mereka membuat pilihan agama mereka apabila sudah cukup umur.
"Ia tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Merampas hak rakyat adalah perbuatan paling tercela dan tidak demokratik!" tegas beliau.
Mahfuz juga melihat keputusan itu bertujuan melakukan provokasi terhadap orang-orang Islam. "Bila orang-orang Islam marah, Umno dan BN berharap orang-orang bukan Islam merasa bahawa mereka terpaksa berada di bawah kerajaan Umno dan BN juga demi kepentingan kepercayaan mereka.
"Perkara itu tidak benar kerana orang-orang bukan Islam juga turut menjadi mangsa keputusan itu," kata beliau yang menyifatkan Umno dan BN kini begitu terdesak dan begitu kemaruk kepadsa sokongan pengundi bukan Melayu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat baru-baru ini turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.
Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
"Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.
"Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran._

Tazkirah : SABAR



Banyakkan Bersabar

Hadith :
Daripada Anas r.a. katanya, “ Aku berjalan bersama- sama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang kasar tepinya buatan Najran. Baginda bertemu dengan seorang Arab badwi lalu direntapnya selendang baginda dengan rentapan yang kasar sehingga aku melihat kesan di tengkuk baginda akibat rentapan yang kasar itu. Kemudian orang arab itu berkata:

“Wahai Muhammad perintahkanlah supaya diberikan kepadaku daripada
harta Allah apa yang ada pada kamu,” Maka rasulullah s.a.w
berpaling kepadanya sambil ketawa. Kemudian baginda memerintahkan
supaya diberikan sedekah kepadanya”.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian

1.Rasulullah s.a.w adalah seorang yang pemaaf dan tidak suka membalas dendam serta tidak mudah marah.

2.Umat Islam hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia tersebut kerana sifat- sifat ini mempunyai nilai-nilai kebaikan yang amat tinggi yang akan menimbulkan kesedaran kepada orang lain yang menerimanya.

3.Islam menggalakkan umatnya supaya bertindak dengan cara yang bijaksana apabila berhadapan dengan golongan yang jahil dan hendaklah menunjukkan sikap yang lemah lembut agar dapat menarik hati mereka kepada Islam.

Bersabar Dalam Berdoa

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda
ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab
baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)

Huraian


Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan
zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali
kecewa dalam berdoa.

-- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..Ya ALLAH!! Manakala hati ini menjadi keras dan semua jalan ku terasa sempit, ku jadikan harapanku kepada keampunanMu sebagai tangga keselamatan.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI