Monday, September 12, 2011

Fakulti Kejureteraan UNISEL Juara ECO CHALLEGE



Kuala Selangor : Fakulti Kejuruteraan Universiti Selangor (UNISEL) telah berjaya menjuarai ECO CHALLENGE anjuran PERODUA untuk merekacipta kerangka kereta dan segala invosai bagi mencapai kelajuan terbaik dengan penjimatan petrol maksima.

Kejayaan yang diberikan Fakulti Kejureteraan UNISEL sekaligus mengahurumkan nama UNISEL, kata Exco Pendidikan , Pendidikan Tinggi, Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam majlis penyerahan dua mock cek khususnya kepada Dekan Fakulti Kejuruteraan,Professor Jamaluddin dan Professor Anwar, penyelaras program SEKOLAH ANGKAT UNISEL yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor UNISEL.

Dr Halimah berkata, semua pelajar yang telah melibatkan diri dalam pertandingan ini telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencipta kerangka kereta dengan begitu cekap dan professional menggunakan makmal UNISEL sendiri.

Kecekepan mereka dalam mencipta kereta ini seharusnya diberi anugerah atas segala usaha yang mereka lakukan sehingga menghasilkan sesuatu yang luar biasa apatahlagi dalam kegawatan ekonomi dan peningkatan harga metrol pada masa ini memberi kesan yang mendalam kepada semua warga Malaysia yang menggunakan kenderaan.

Justeru itu, kita harap dengan hasil yang diciptakan oleh semua pelajar seharusnya diambil perhatian oleh pihak berwajib dengan menerima semua idea yang diberikan untuk menghasilkan produk yang berkualiti bagi mengurangkan kos petrol dan sekaligus mengurangkan tekanan kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bagi rakyat yang berpendapatan rendah.

Selain daripada penciptaan inovasi kereta 'sport' Perodua, fakulti kejuruteraan UNISEL juga telah berjaya membuat pembaharuan dengan mempertingkatkan 'performance' motorsikal yang sudah sampai ke peringkat pusingan yang terakhir kata Dr Halimah dengan menyampaikan cek bernilai RM20,000 bagi tujuan UNISEL RACING TEAM.

Turut serta menyertai pertandingan ini CLUB PRIX CHALLENGE dengan membuat kaji selidik untuk mempertingkatkan keupayaan motorsikal dengan taktik kejuruteraan yang bijak.

Editor : khaulah Azwar

Exco Infrastruktur Kemudahan Awam akan atasi Banjir Batu 8 Gombak



Gombak : Isu masalah banjir yang berlaku di Batu 8, Gombak utara akan diambil tindakan segera dengan mengadakan mesyuarat khas bersama Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selasa (13hb September, 2011) di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, 12:00 tenghari, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali selepas selesai menguruskan pengebumian jenazah salah seorang penduduk Gombak, Allahyarhum Osman Awang, 90 tahun akibat diserang sakit jantung.

“Saya difahamkan oleh petugas khas PKM DUN Gombak Setia, Mohd Nor Husin dan Ketua Zon 9 Gombak Zulkifli Ibrahim ketika mereka membuat lawatan ke kawasan tersebut memaklumkan bahawa masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan berpunca daripada projek pembersihan aliran air sungai Gombak yang dikendalikan semasa pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO/BN). Projek tersebut tergendala walaupun pampasan telah diberikan oleh beberapa penduduk disini”.
Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini, insya-allah kita akan adakan mesyuarat khas dengan semua Jabatan yang terlibat bagi mengatasi isu banjir dengan segera.

“ Kita harap semua jabatan dapat memberi kerjasama dengan menyediakan laporan daripada setiap jabatan”, kata Hasan kepada media dengan menyerahkan Sumbangan Khairat Kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa pertama RM1000 kepada keluarga waris arwah Allahyarhum Osman Awang di Tanah Perkuburan Batu 8, Gombak kelmarin.

Sementara itu, Petugas Khas PKM DUN Gombak Setia, Mohd Nor Husin pula berkata, Projek pembersihan aliran air sungai Gombak tergendala sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah lagi. Berbagai aduan diberikan oleh penduduk kepada ADUN terdahulu (UMNO/BN Gombak) namun tiada tindakan drastik diambil walaupun terdapat nyawa penduduk terkorban apabila musim hujan.
“Kita difahamkan oleh beberapa penduduk, kerajaan terdahulu telah memberi pampasan kepada beberapa penduduk disini tetapi projek yang menelan lebih RM100 Juta terbengkalai tanpa diambil tindakan oleh kerajaan terdahulu (UMNO-BN) untuk atasi isu banjir yang telah meragut beberapa nyawa penduduk kampung disini”.

“Kita benar-benar rasa kesal dengan kerja yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu tanpa memberi hasil yang baik kepadan rakyat”.

Akibat kerja yang dilakukan sekerat jalan menyebabkan kebanyakkan penduduk disini terpaksa membina rumah mereka dengan tinggi atau membuat tembok bagi mengelak berlakunya banjir. Oleh yang demikian saya harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera demi menjaga keselamatan penduduk, kata Mohd Nor Husin @ Pak Wan.




Editor : Khaulah Azwar





Sultan Selangor harap rakyat manfaatkan PPAS sebaiknya

Shah Alam : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengharapkan agar wujudnya perpustakaan baru “rumah keduaku” bagi kegunaan awam dapat dimanfaatkan sebaiknya dengan menarik ramai pegunjung selain menarik minat membaca di kalangan orang ramai.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Mohamad berkata “Konsep Jom Lepak dengan slogan ‘selangkah ke perpustakaan, sejuta senyuman’ .

Satu klik sejuta maklumat, merupakan pendekatan yang digunakan untuk menarik minat pengunjung yang selama ini menganggap perpustakaan tempat membaca semata-mata.

Konsep baru yang kami perkenalkan adalah konsep “edutaiment” yang bersifat interaktif. Setiap filem yang ditayangkan bersifat “informative” dan kami akan tapis sebelum ia ditayangkan.

Manakala bagi konsep filem 6D dapat menarik ramai golongan yang kurang berminat ke perpustakaan apabila mereka datang ke sini akan merasa keseronokkannya, kata Mastura.

Beliau mengulas lagi, projek ini telah Berjaya di siapkan pada 20 Mei, 2011 yang lalu, dengan menelan kos perbelanjaan bernilai RM66 juta dengan keluasan tapak 51.19 ekar dan keluasan bangunan 18.921 meter persegi.

Penyerahan mock-up kunci bangunan perpustakaan telah di sempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR), Datuk Ir Abdullah Abd Rahman kepada Pengarah Perpustakaan Awam , Selangor, Mastura Mohamad.

Perpustakaan empat tingkat ini memiliki 300,000 naskah buku,selain di lengkapi dengan teknologi yang canggih, termasuk dua panggung wayang untuk tayangan filem 3 D dan 6D yang menelan belanja hampir RM1.2 juta.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI