“Depa bukan pi belajaq, habis duit ja..mengaji pun tak setara mana,” rungut seseorang.
“Belajar Universiti tinggi-tinggi, tapi takde kualiti.” Kawannya pula berhujjah.
“Asyik dengan program, tidur, buang masa dengan internet..kuliah malas pergi,” terus menyokong kawannya. Saya merasa terpanggil untuk menulis entri pada kali ini bertajukkan seperti di atas. Bukan kerana ingin berhujjah mempertahankan golongan yang sememangnya sengaja mencemar nama baik institusi pengajian Islam.
Tetapi saya merasa cemas dan terkesan kerana yang tidak mencemar juga tercemar dengan ‘fitnah’ tidak sepatutnya. Saya tidak menafikan memang wujud golongan seperti perbualan-perbualan di atas. Tetapi itu hanyalah sebahagian, bukan semua. Salah Sistem Yang Mendidik
Ingin saya tegaskan, pokok utama kita perlu melihat sumbernya. Jangan dihujum ekornya. Lihat dahulu kepalanya bagaimana. Lihat ekor berbulu langsung disangka seekor musang, padahal hakikatnya seekor kambing. Tidakah ini menjadi kesalahan jenayah?. Bahkan ini merupakan persepsi yang bersalahan dengan Ad-Deen itu sendiri. Islam tidak mengajar umatnya menghukum tanpa bukti dan saksi yang konkrit.

Dalam masalah kelemahan menguasai bahasa serta lemahnya pencapaian akademik seharusnya kita melihat mengapa dan kenapa menjadi begitu? Salahkah universiti bertaraf islamik mendidik? Hakikatnya, sumber dan punca itu menjadi penyebab utama arah tuju pelajar dari segi kemantapan bi’ah solehah, penguasaan bahasa arab, serta ilmu islam baik turath dan mua’sarah.
Pelajar itu sendiri merupakan produk sistem pendidikan yang cacamerba. Sistem pengajian berkiblatkan kapitalisme. Asal untung semuanya menjadi projek rasmi. Natijahnya, keluar graduan berfikrah kapitalis juga.
Lihat saja dalam isu pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Sampai mana keberkesanannya? Di mana hasilnya? Adakah sudah wujud pakar-pakar bahasa dan professor bertaraf lima bintang mampu menggegar bumi Malaysia? Atau sekadar mewujudkan mahasiswa dan mahasiswi mampu ‘makan suap’?
Begitu juga dalam pengeluaran produk pelajar-pelajar islamik. Ilmu islam tidak diagungkan, bahasa tidak di ‘anak emas’ kan, kaedah belajar ditakuk lama. Bermula sekatan bantuan SAR, kurangnya bantuan biasiswa/pinjaman/zakat, hapuskan STA diganti STAM dan bermacam karenah birokrasi menimpa pelajar pengajian Islam. Disisihkan, disingkir, dianak tirikan. Jadi, bagaimana mahu mewujudkan graduan Islam yang kreatif, inovatif, tajdid, kritis, efektif?
“Sebenarnya, pihak Universiti Al-Azhar tidak senang dengan pelajar Malaysia kerana lemah bahasa Arab yang menyebabkan kualiti pelajar sangat rendah. Berikutan itu, saya memaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggariskan beberapa cadangan supaya perubahan drastik dilakukan oleh kerajaan kita. Saya bersetuju dan sebenarnya kerajaan mengetepikan mereka.
Sepatutnya, kita tak boleh menyalahkan pelajar agama menyertai parti pembangkang apabila mereka pulang ke tanah air. Kita membiarkan mereka seperti ayam kehilangan ibu dan kadang-kala nak makan susah terpaksa minta pada kawan-kawan.” Kata Tuan Yang Terutama Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Kaherah.
Persoalannya mengapa pelajar Pengajian Islam semata menjadi mangsa hujuman panah-panah berapi? Sedangkan fakta dan bukti jelas menunjukkan graduan akademik subjek selain pengajian Islam juga masih tercari-cari identiti sendiri. Malah ada yang lebih advance lagi mengalahkan bohsia dan bohjan jalanan. Bahkan menjadi pelacur kelas atasan! Itu belum termasuk perkiraan pengangguran hasil graduan IPTA/IPTS. Bukan sahaja hasil duniawi, ukhrawi juga terus lari. Adakah kita mahu membina masyarakat Islam megah atas tiket Engineer, Doktor, Pakar Astronomi, Arkitek semata? Walhal dalaman kosong. Kosong dari nur Islam.
Suasana dalam kuliah…
Onak Duri Pelajar Pengajian Islam
“ehh, kamu tak payahlah belajar agama tinggi-tinggi…bukan boleh dapat gaji besar pun.” Nada larangan lazim didengar.
Suasana dalam kuliah…
Onak Duri Pelajar Pengajian Islam
“ehh, kamu tak payahlah belajar agama tinggi-tinggi…bukan boleh dapat gaji besar pun.” Nada larangan lazim didengar.
“tak payahla susah-susah terbang jauh belajar agama…pandai baca Al-Quran dahla.” Tegah seseorang pula.
“esok kamu habis belajar ijazah syariah nak kerja apa ya?..ada kerjake? Mak cik tak naklah hantar anak belajar agama tinggi-tinggi tak dak peluang cerah.” Respon seorang Mak Cik.
“tak maulah ngaji pengajian Islam, nanti kena jadi Ustaz atau Ustazah,” fikir seorang remaja.
Itulah hakikat sebenarnya. Sudah di ‘mind set’ begitu dari mula maka lahirnya golongan jumud. Semuanya menjadi serong, belok, bengkang bengkok. Tidak nampak jalan lurus walau mentari cerah benderang.

Betapa sukar dan beratnya bertitlekan pelajar agamawan. Sebermula mahu mengisi borang sudah ada mehnah mendatang sehinggalah sudah bergelar ‘Ustaz’ tribulasi itu menjengah bertubi-tubi. Ada yang mampu ditepis, kekadang terlepas jua. Hatta tidur, makan, lihat, dengar, membaca, menulis, belajar, tidak belajar, berniaga, berprogram, bernovel ataupun sekecil-kecil perkara semuanya menjadi fitnah. Tidak ada perkara lain yang lebih besarkah untuk difikirkan selain menyalahkan mana-mana pihak?
Mahu menegur dipersilakan, tetapi mahu menghukum keseluruhan itu bukan caranya.
Manusia yang cerdik ialah melakukan sesuatu perkara dengan merancang. Bukan membabi buta! Mahu tidur, belajar, kuliah, talaqqi, hafaz, berprogram ada aturan dan times tablenya. Ada akal, ada fikiran waras sesiapa saja boleh menyusun jadual secara tertib.

Memang saya tidak menafikan wujud beberapa kerat pemalas yang suka bermalasan atau sekadar menghabiskan silibus tanpa memikirkan kualiti. Lalu pelajar bermasalah membuat onar, seterusnya menjejaskan kualiti pelajar Islam umumnya dan khususnya kepada pelajar Al-Azhar itu sendiri. Niat hanya kerana segulung ijazah semata bukan ilmu. Saya sendiri tidak menyatakan sokongan walau 0% kepada agamawan seperti ini. Sepatutnya ianya ditapis dan dihakis terlebih awal sebelum menjejakkan kaki ke medan penghasilan ulama’ berkaliber.
Namun, janganlah hanya nila setitik habis susu sebelanga mahu dicurahkan. Buanglah yang keruh ambillah jernih. Pisang setandan rosak sebiji itu biasa berlaku. Cuma apa yang diharapkan agar pisang sebiji itu mengambil inisiatif lain supaya tidak rosak sebelum dibuat ‘cekedok’ atau ‘kek pisang’. Rujuk kembali subtopik ‘Salah Sistem Yang Mendidik’.
Kesimpulan
Jangan kerana mahu menyalahkan sebahagian manusia, habis manusia lain terpalit sama. Bimbang kerana sedikit salah faham itu mengundang ‘fitnah’ yang lebih besar kepada masyarakat itu sendiri terhadap golongan agamawan lantas memandang enteng serta menjatuhkan kredibilitinya. Fikirlah, betapa besarnya kesan penangan ‘sistem’ walau terhadap sekecil masalah

No comments:
Post a Comment