Wednesday, September 14, 2011

Tangguh Caj 6% prabayar, rakyat perlu berhati-hati


Gombak : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) beranggapan Pengumuman kerajaan mengenakan caj perkhidmatan 6% ke atas top-up menunjukkan kegagalan kerajaan untuk mengurus kewangan negara.

Slogan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan berjaya dilaksanakan. Bila kerajaan berusaha mengurangkan bajet defisit, rakyatlah golongan pertama didahulukan menjadi mangsa, kata Ketua DMPNS , Hajah Wan Hasrinah W. Hassan.

Ulasnya, Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai idea untuk mengatasi kemelut kewangan negara. Pakatan Rakyat (PR) memperkenalkan Buku Jingga untuk mengurangkan bebanan rakyat jika diberi peluang untuk memerintah Malaysia.

Cukai perkhidmatan ke atas top-up merupakan salah satu medium untuk memperkenalkan GST pada masa akan datang. Dalam istilah cukai, cukai perkhidmatan atau cukai GST merupakan "direct tax" kepada sesiapa yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Setiap orang yang menggunakan top-up, tidak mengira miskin atau kaya, akan dikenakan cukai.

W. Hasrinah yang juga merupakan Ahli Majlis Ampang Jaya (MPAJ) meminta agar rakyat dapat membayangkan apabila GST dilaksanakan, setiap barangan akan dikenakan cukai kepada semua orang yang menggunakannnya, melainkan golongan miskin.

Kenaikan tariff elektrik, harga minyak yang tinggi walaupun harga pasaran dunia telah turun dan cukai perkhidmatan ke atas pra-bayar menunjukkan kerajaan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah kewangan negara tetapi dengan cara mengambil pendekatan yang membebankan rakyat.

Justeru, DMPNS membantah kenaikan cukai perkhidmatan ke atas “Top-up” (prabayar) kerana menyusahkan rakyat dan menambah beban hidup sediada.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Negeri Selangor, Dr Halimah Ali, pula berkata dengan pengumuman baru yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi bahawa kenaikan harga prabayar akibat cukai 6% akan ditangguhkan, rakyat perlu berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan janji yang dilemparkan oleh UMNO lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana bahang pilihanraya PRU13 semakin hampir yang dianggap satu Muslihat untuk meraih sokongan rakyat kepada Najib dan parti UMNO.

“Ini satu strategi yang di buat oleh PM, Najjib untuk mengkaburi mata rakyat. Kita yakin sekarang beliau telah umumkan kepada rakyat prabayar ditangguhkan tetapi mungkin akan dinaikkan selepas PRU13 nanti. Oleh yang demikian kita harap semua rakyat Malaysia berhati-hati dengan perang saraf yang dimainkan oleh UMNO”.

Dengan kenaikan 6% prabayar nanti sudah pasti rakyat yang berpendapatan rendah, pekerja kilang, pelajar sekolah dan mahasiswa, akan rasa tertekan dengan kadar yang dikenakan.

Nak atau tidak rakyat terpaksa menerimanya juga disebabkan kepentingan peribadi dan parti untuk meraih keuntungan dan mungkin ianya digunakan juga sebagai “budget” pilihanraya untuk UMNO dengan memberi bebanan kepada rakyat, kata Dr Halimah yang juga merupakan AJK PAS Pusat kepada media kelmarin dalam Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS, Tmn Melewar.

Noraliza Razali, 28thn yang menggunakan dua kad prabayar menganggap kerajaan tidak seharusnya melaksanakan caj 6% prabayar kepada semua pengguna kad prabayar kerana mereka yang menggunakan prabayar adalah kategori yang kurang berkemampuan tetapi disebabkan penggunaan telefon adalah merupakan aset penting maka rakyat terpaksa menggunakannya.

Jika caj tersebut dilaksanakan dengan memberi keyakinan dan service perkhidmatan yang baik tidak mengapa tetapi setiap kali hendak menghantar pesanan SMS atau buat panggilan begitu sukar sekali. Oleh itu saya bantah 100% jika caj prabayar dinaikkan.

Adik Mohamad Farhan Lokman Hakim, 13thn Sekolah Menengah Taman Selayang (SEMENTAS) pula berkata, dengan pengumuman yang dibuat oleh Syarikat telekomunikasi untuk menaikkan kadar caj 6% prabayar rasa bagaikan satu bebanan, lebih-lebih lagi saya tidak mempunyai bapa dan kos perbelanjaan ditanggung oleh ibu dengan menangung 3 adik beradik lagi. Dengan kenaikan ini sudah pasti akan beri tekanan kepada ibu saya untuk menambahkan kos perbelanjaan.

Saya harap PM, Najib yang sering melaungkan Slogan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan harap lebih prihatin dengan masalah rakyat, katanya.

Turut hadir dalam majlis raya PAS Saf piminan Pakatan Rakyat, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Siti Zailah Muhd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan juga bantah 100% dengan kadar caj tersebut yang memberi tekanan kepada rakyat.

Editor : khaulah Azwar

Jemputan Ke Majlis rumah trerbuka Dr Hasan Mohamed Ali




Salam Sejahtera buat semua rakyat.. ana mewakil ADUN Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali sejeluarga dengan sukacitanya menjemput semua rakyat ke majlis rumah terbuka seperti berikut :

Tarikh : 17/9/2011 (Sabtu)
Masa : 12tgh-4ptg
Alamat : Lot 3586, Jln 4/71B, Pinggiran Tmn Tun Dr Ismail (TTDI), 60000, K.Lumpur.

Semoga kehadiran semua rakyat mengeratkan ukhwah tanpa mengira parti .

Yang menjalankan amanah..


Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI