Tuesday, May 28, 2013

Desak Boikot Media Perdana , Terbit Utusan Rakyat -Nurul Izzah Anwar


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa seluruh rakyat agar memboikot media pro-Umno seperti Utusan Malaysia.
Menurut beliau tindakan tersebut perlu dilakukan kerana media kawalan Umno-BN tersebut didapati cuba menanamkan kebencian dan perkauaman sesama rakyat.
“Bila kita dah boikot semua media arus perdana saya mintak kita bersama pergi ke Putrajaya, kita desak Menteri Dalam Negeri yang baru walaupun tak boleh pakai, berikan kita lesen Utusan Rakyat untuk menggantikan Utusan Malaysia.
“Kita akan pastikan berita itu nanti benar-benar berita untuk rakyat dan bukan berita untuk menanam rasa kebencian,” kata beliau dalam ceramahnya di Perhimpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur Amcorp Mall di sini .
Nurul Izzah juga memberitahu Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil tindakan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan menipu pilihan raya.
Beliau yang juga merupakan  Ahli Parlimen Lembah Pantai pada 2010  pernah merancang mahu menerbitkan akhbar harian bertajuk “Utusan Rakyat”.
Bagaimanapun permohonan beliau untuk mendapatkan lesen akhbar daripada Kementerian Dalam Negeri yang ketika itu diterajui Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn, tidak pernah diluluskan.

Editor : Khaulah Azwar

R AKAN ANALISA MINYAK DITEMUI DI TUMPAT & TUNTUT KERAJAAN BAYAR ROYALTI 20% DI SABAH DAN SARAWAK.



Penemuan minyak di atas darat di Tumpat satu perkara yang mengejutkan ramai pihak, seperti laporan akhbar Sinar Harian harini bertarikh 28 Mei 2013.

Kerana sebelum ini Mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.

Pihak R yang diketuai oleh Presiden R, Nazri Deraman dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Hj Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang.

Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan. Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.

Cuma bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains dan makmal terkemuka di Kuala Lumpur.

Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan benda mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi.Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh PETRONAS. Iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun.

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri.Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333, bersama dengan akan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

Pihak R akan bekerjasama dengan syarikat swasta untuk menganalisa dan akan membuat kenyataan media terhadap hasil kajian itu nanti.

Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari.

Sekiranya PM tidak menglaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan kemudahan asas di sana.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI