Thursday, October 15, 2009

Sumbangan daripada Pusat Khidmat Dun Gombak Setia dgn kerjasama AHli Majlis MPS


PA15070515hb Oktober, 2009 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia dengan kerjasama Ahli Majlis MPS / JKP Zon 11 telah memberi sumbangan kepada kaum India untuk mereka membuat persiapan sempena Hari Deepavali tidak lama lagi. Program sumbangan tersebut telah diadakan di Dewan Flat Tmn Samudera, Bt Caves.

Sumbangan tersebut telah disalurkan kepada Fakir Miskin, OKU, Ibu Tunggal di peringkat Dun Gombak Setia, Tmn Sri Bt. Caves, Flat Tmn Samudera dimana bilangan yang layak menerima sumbangan tersebut adalah seramai 70 orang.

Semoga dengan sumbangan pemberian barangan dapur dan kewangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang tidak berupaya untuk bersama-sama meraikan Hari Deepavali. Sehubungan dengan itu Y.B Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali, Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia , Ahli Majlis MPS (Ustazah Khatifah Zamani Binti Sulong) serta AJK JKP Zon 11 mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua Kaum India diseluruh Malaysia dengan ucapan “HAPPY DEEPAVALI” dan berhati-hati memandu semoga selamat perjalanan untuk bertemu kaum keluarga di Kampung.


KOLEKSI FOTO SUMBAGAN SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

PA150689PA150690

Ucapan Aluan daripada Ahli Majlis MPS/JKP Zon 11 (Ustazah Khatifah Zamani Binti Sulong) kepada YB Dato’ dan semua Kaum India Di Dewan Flat Samudera, Batu Caves.


PA150694PA150696

Ucapan daripada YB Dato’ Hasan kepada kaum India sempena Sambutan Hari Deepavali

PA150705 PA150701

Penyampaian Sumbangan oleh YB Dato’ Hasan kepada Fakir Miskin, OKU, Ibu tunggal.


PA150707PA150699

Sumbangan barangan Dapur dan wang untuk membuat persiapan sempena Hari Deepavali.



Editor : Khaulah Azwar


Kelab Penyokong PAS akan jadi sayap PAS segera

TASEK GELUGOR, 15 Okt: Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk keturunan India di Pokok Machang, Tasek Gelugor.

Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.

Menuruk satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini.

Menurut Mujahid, status Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan untuk menjadi sayap parti dalam bentuk himpunan, dewan atau pun seumpamanya yang akan diputuskan kelak.

Image

"Dengan status tersebut maka kelab ini dapat memainkan peranan yang lebih efektif lagi. Ianya juga akan mempunyai perlembagaan sendiri, pemilihan pimpinan, struktur organisasi dan perkara yang berkaitan dengan organisasi ini.

"Sebagai Pengerusi saya telah pun membawa perkara ini ke peringkat atasan dan ianya dalam proses 'drafting'.

"Kemungkinan menjelang akhir tahun ini apabila drafnya telah siap maka draf baru ini akan dicadangkan untuk sedikit pindaan supaya kelab ini mempunyai status dalam parti," katanya.

Dalam majlis tersebut sumbangan berupa wang dan beras telah diberikan bagi meringankan beban masyarakat India yang tidak berkemampuan dalam kawasan Tasek Gelugor bagi menyambut sambutan Deepavali.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Sooid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zulkeply Ishak dan kepimpinan PAS kawasan Tasek Gelugor serta Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang.



Hassan, dikenang pejuang terbilang

KUALA LUMPUR, 16 Okt:Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun 'bermandi darah' di Kuala Lumpur, dia sudah terpacul tetap menantikan kedatangan mereka. Dan ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak, atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya,dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia, yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi Majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan "parang terbang dan selempang merah" untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. Malah ketika negara dilanda krisis Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari . Sehari kadang-kadang sampai dua kali!

Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di Malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak kemana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil 'Ustaz' masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Image

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi di benaknya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina Markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Nakhaei untuk mereka sama-sama membeli tanah dengan harga sekitar RM26,000 bagi meluaskan kawasan Markas sekitar tahun 1982.

Selain menerima sumbangan wang, Markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya. Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, Markas PAS Taman Melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala Lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik ianya menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di Lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KLIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Pejuang Islam tidak akan susah...

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di pelusuk negara. Ya, Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan Markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan 'buku undang-undang PAS' yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

Walaupun usia telah menjangkau 70an', Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS dan wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu, terasa begitu singkat rasanya memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan saya pegun dan asyik dengan kisah lamanya.

"Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS.

"Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah," katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang 'berlangsung' di kediamannya sendiri baru-baru ini. Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

"Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," katanya sambil mecebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan, supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.

(Ikuti kisah lanjut Hassan Shukri di akhbar Siasah (wajah baru) keluaran terbaru 18-24 Oktober. dengan cerita menarik antaranya hampir 'diperangkap' dua wanita dan didatangi beberapa orang menggunakan senjata tajam , sewaktu menyampaikan ceramah)

JANDA / DARA?? Mana yg terbaik??

Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.

Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara.

Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.


Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.

Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.

Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.

Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi s.a.w untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.

Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini sebahagian janda demi menolong mereka.Apa yang penting, kita perlu sedar bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum. Jika saudari seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara lain yang ada dalam pilihan lelaki berkenaan, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih golongan janda adalah lebih tepat jika baik pada agamanya berbezxa jika yg anak dara tidak tahu menjga akhlak dan agamanya.waallhualam..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI