Thursday, September 10, 2009

Iklan-kemasukan-pelajar ke Ma'had Tahfiz Darul-fikri sesin 2010, Temerloh

INILAH PEGANGAN KAMI

Salam tlg mengiklankan kemasukan pelajaran Tahfiz di Sekolah Mahad adik ana di temerloh..


Jemput para pengunjung utk wawarkan pada shbt2, kaum keluarga bg melahirkan Generasi yg Mencintai, mengamal, memahami kandungan Al-Quran. Moga tidak akan terlupus Generasi AlQuran dgn hadirnya para pelajar Tahfiz, insya-ALLAH.


Pengenalan Darul Fikri:

Ma'had Tahfiz Darul Fikri mula beroperasi pada Julai 2001 dan merupakan institusi pengajian agama yang berperanan membangunkan kemulian ummah melalui pertunjuk Al-Quran dan sunnah.

Matlamat penubuhan:

  1. Melaksanakan pendidikan Islam yg berteraskan kebahagiaan dunia dan akhirat.
  2. Melahirkan huffaz Al-Quran yang mampu menghayati Islam.
  3. Ke arah melahirkan generasi Al-Quran yang unggul.
  4. Melahirkan pendakwah yang berilmu dan bertaqwa.
  5. Melahirkan tenaga penggerak perjuangan Islam.

Pentadbiran:

Perancangan dan dasar-dasar Ma'had ditadbir oleh satu jawatankuasa yang diketuai oleh UST ROSLI ABDUL JABBAR sebagai pengerusi pentadbiran ma'had dan dibantu oleh UST KHAIRUL AZMI ISMAIL AL-MUQRY sebagai mudir serta guru-guru dan masyarakat setempat.


Sistem pendidikan:

  1. Pelajar diwajibkan menghafal Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh tertentu (mengikut kemampuan pelajar).

  1. Pelajar didedahkan dengan matapelajaran agama dalam dua marhalah (I'dadie dan Thanawi)

  1. Pelajar juga didedahkan dengan pengajian kitab secara "talaqqi"


Peluang yang disediakan:

  1. Pelajar berpeluang mendapat ijazah sanad hafalan dan bacaan. (silsilah perguruan dari Mudir ma'had sehingga Rasulullah SAW)

  1. Berpeluang melanjutkan pengajian di bidang syariah (peringkat diploma atau ijazah) di luar Negara.


Syarat kemasukan pelajar:

  1. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  2. Boleh menguasai tulisan jawi dan rumi.
  3. Berumur di antara 12 hingga 14 tahun.
  4. Lelaki sahaja.
  5. Bersedia untuk tinggal di asrama.
  6. Lulus ujian temuduga.


Temuduga pelajar:


Temuduga diadakan secara terbuka (tanpa tarikh yang ditetapkan) bermula Ramadhan, tetapi hanya perlu membuat temujanji dengan Mudir ma'had di talian 019 9320100 atau pengerusi ma'had ditalian 019 9392134 terlebih dahulu.


Pengambilan pelajar.


Pengambilan terhad kepada 15 orang sahaja. Pemohon terawal dan layak sahaja akan diterima.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI