Monday, December 28, 2009

JAMBORI NISA' SELANGOR '09 PECAH REKOD





Gombak - Saat-saat negara dibimbangai dengan gejala sosial yang sentiasa membimbangi pihak ibubapa penjaga terhadap anak-anak, maka pihak Nisa' Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk sedaya upaya mengatasi masalah tersebut dengan mendekati remaja.

Pecutian sekolah yang semakin tamat dan tirai penghujung tahun hanya tinggal beberapa hari Nisa' Selangor telah berjaya mengadakan Jambori Nisa' dibawah Unit Latihan (ULT)' di Bukit Lagong Selayang, Selangor selama 3 hari 2 malam yang bermula daripada 25-27hb Dis, 2009 dimana sebanyak 22 kawasan di Negeri Selangor telah terlibat dalam perkhemahan ini.



Hampir Seramai 500 remaja perempuan yang berumur antara 13thn sehingga 18thn telah terlibat dalam penglibatan perkhemahan tersebut. Perkhemahan yang bertemakan "I'm A Super Muslim"mendapat sambutan yang amat baik daripada semua peringkat dan ibubapa penjaga dengan memberi dorongan kepada anak-anak untuk melibatkan diri dengan mengikuti perkhemahan tersebut.


Tujuan utama mengadakan Jambori Nisa' adalah untuk melahirkan remaja ISLAM khususnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari sahsiah dan gemilang dari akedemiknya. Selain daripada itu penerapan yang disisipkan kepada para pelajar adalah untuk mendidik para pelajar agar memahami mengamalkan cara kehidupan ISLAM yang hakiki.


Objektif utama adalah untuk mendidik para pelajar menyemai sifat kasih sayang cintakan ISLAM serta mengasah peserta agar belajar hidup berdidikari, berkarisma dan berdaya saing untuk mendepani kepelbagaian cabaran yang menanti. Selain daripada itu untuk memantapkan diri remaja agar lebih berkahlak mulia, berdisplin serta saling bekerjasama antara satu sama lain. Para pelajar juga di didik dengan memupuk silaturahim dan mengukhuhkan ukhwwah ISLAMIAH sesama muslim.


Terdapat 4 kawasan yang berjaya mengumpul peserta teramai iaitu adalah Kontijen Nisa' Gombak, Nisa' Kapar, Nisa' K.Langat, Serdang.


Modul yang dibentangkan dalam Jambori Nisa' adalah Sesi Simpulan Kasih, ICE Breaking (Peserta brsama AJK & facilitator), penyediaan ruangan tazkirah 3 hari 2 malam dengan pengisian Scan Hati & Toup Iman, Activate Amal & Reload Taqwa, Cita vs Cinta, Pemantapan Kendiri dengan Modul Iman Inside), I Love ISLAM, Impak Muslimah (Muslimah Power), Connecting Ummah dan berbagai modul yang disediakan oleh pihak penganjur dengan kerja berkumpulan.



Selain daripada Akiviti modul para peserta juga didedahkan dengan aktiviti "outdors games" iaitu dengan mengadakan aktiviti tahan lasak. Para pelajar diuji dengan daya ketahan mental dan fizikal. Dalam aktiviti"outdors games" ini Para pelajar akan di berikan cara mengimbangi badan, merentas kawasan-kawasan larangan, mendaki bukit, "Jungle Tracking/ Night walk" dan lain-lain aktiviti yang diberikan oleh pihak komander yang telah dilantik.

Pihak penganjur juga telah mengadakan malam Kesenian ISLAM dimana semua peserta terlibat dalam persembahan iaitu Nasyid, Pentomin, sajak dan lain-lain untuk mengcungkil bakat yang terpendam oleh semua peserta.



Pn. Siti Masyitah Bt Samsury yang merupakan Ketua Nisa' Selangor dan Penasihat program berkata `NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.


MISI NISA' adalah berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Ia akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan. KEAHLIAN NISA' Wanita berusia 13 - 40 tahun.



Cik Nurul Ashidah Binti Johari merupakan pengarah program, ketika ditemubual mengenai program yanng berjaya diadakan beliau terasa terharu diatas kerjasama semua ahli Nisa' seluruh kawasan Negeri Selangor yang bertungkus lumus dengan memberi kerjasama untuk menjayakan program ini. Dan beliau tidak menduga sama sekali kehadiran peserta didalam golongan remaja begitu ramai kerana anggaran beliau hanya seramai 300 peserta tetapi saat-saat akhir pendaftaran masih ada lagi ibubapa/penjaga menghubungi pihak kami selepas waktu Isya'. Terdapat juga ibubapa yang merayu dan ingin membawa anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam perkhemahan Jambori Nisa' Selangor. Tetapi bagi pihak kami tidak dapat menerima peserta yang begitu ramai bimbang tidak memberi keberkesanan kepada peserta yang lain walaubagaimanapun beliau berjanji isnya-ALLAH akan diadakan program ini untuk kali ke 3 pada tahun hadapan.

Ini merupakan perkara yang amat baik kerana bukan begitu mudah untuk saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan untuk mengumpulkan peserta kerana saat cuti persekolahan yang terakhir ini terdapat berbagai program yang telah direncanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk rakyat Selangor Seperti Kem Belia Spies, Smart Solat dan lain-lain. Kami mengjangkakan berkemungkinan besar program ini tidak mendapat sambutan ramai disebabkan berbagai program telah disusunkan oleh berbagai badan kerajaan tetapi pihak kami rasa terkejut dengan kehadiran peserta daripada berbagai kelompok dan kawasan yang hadir untuk mengikuti program kami.



Beliau berkata lagi untuk mengadakan program Jambori Nisa' Selangor mengambil masa yang lama bukan masa yang singkat untuk merancang mengadakan program ini tetapi selama 2bulan bagi memastikan segala perancangan gerak kerja kami tersusun dengan rapi dan mendapat kepuasan dan kebaikan kepada peserta yang hadir . Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kepada ALLAH swt yang telah memberi kekuatan pada kami untuk menjalankan tanggungjawab kami kepada generasi muda dengan memudahkan urusan kami dalam menyusun segala perancangan yang terbaik untuk kami laksanakan Impian bersama bagi melahirkan Generasi yang beriman kerana mereka inilah merupakan generasi yang akan membawa pimpinan akan datang, isnya-ALLAH.




Harapan beliau semoga peserta yang telah mengikut program Jambori Nisa' Selangor '09 akan mendapat input semaxsima yang mungkin dan memperbaikikan diri, akhlak mereka kearah yang lebih baik. Bagi perancangan program akan datang beliau bersama Nisa' seluruh kawasan selangor akan terus memainkan peranan dengan mengadakan berbagai aktiviti remaja agar para pelajar yang telah mengikuti program ini tidak dibiarkan begitu sahaja malahan mereka akan sentiasa dihubungi oleh unit kami insya-ALLAH kerana mereka dibawah tanggungjawab kami bagi membantu kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan gejala sosial di Negeri Selangor ini semakin berkurangan.


Sepanjang perkhemahan ini diadakan cuaca begitu baik walaubagimanapun sebelah petang cuaca bertukar menjadi hujan namunpun begitu tidak mematahkan semangat kami dan para peserta untuk meneruskan aktiviti, malahan inilah saat-saat yang baik untuk mendidik peserta bagaimana hendak mengambil wudhuk dalam keadaan hujan kerana bilik air amat jauh daripada dewan. Maka disini para peserta diajar cara mengambil air wudhu dengan menggunakan air hujan dalam keadaan darurat. Jangan jadikan alasan jika berlaku darurat sedemikian kita tidak menunaikan solat.

Turut memberi kerjasama menjayakan Jambori Nisa' Selangor adalah Ustaz Zamri, Mari Mengaji, Pusat Zakat Selangor, Exco Kerajaan Negeri Selangor Perbadanan Adat Istiadat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Nisa' Educare, I LUV ISLAM.COM, DMPS DPPK, ADUN Gombak Setia YB. Dato' Hasan Bin Mohamed Ali, ADUN Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar, Poliklinik Hidayah, Ahli Majlis MPS/Pengerusi JKP Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong, Nisa' Kawasan, DMP Kawasan, Yayasan Amal Kawasan dan individu-individu yang terlibat dalam memberi sumbangan menjayakan program tersebut.



Majlis penutup telah dhadiri oleh Ustzah W. Hasrinah W. Hassan yang merupakan Pengerusi Bakewanis dan Ahli Majlis MPAJ. Beliau telah menyampaikan siji penyertaan untuks emua kawasan Nisa' Selangor.





KOLEKSI FOTO Jambori Nisa' Selangor


Urusetia begitu sibuk membuat preparation tempat


Faci membuat persiapan modul dan tag peserta


wah..semput..semput ramai sungguh peserta yang hadir.. kedatanganmu adik2 ku sangat diantikan.Selamat menempuh dunia tarbiyah..




Hehe.. dah lama tak pasang khemah ni..hrp2 jgn khemah naik atas pokok Sdh le..

Alhamdulilah setled.. pandai gak kami pasang khemah...10m' je



Faci & Urusetia menanti adik2 masuk ke station rempuh halangan.. sempat lagi kakak2 Nisa' ni berposing..kenangan bersama sahabat2 Nisa' selangor..
Hehe.. kami dah selamat station rempuh halangan.. Memang best & mencabar..

Nasib badan le.. dah lama tak masuk terowong hari ini kami kena merangkak..adui..letih2..

Cak..hehe.. alhamdulilah lepas juga masuk terowong gelap ni..nak cuba ke??mai le..


Dah merangkak dalam terowong kena pula memanjat.. betul2 menguji otot2 kami..

huhu...I'M A super Muslim.. power renger.. heh.. adui nasib baik saya tak masuk dalam kolam ni kalu tak sah kena mandi air minyak wangi.. dengan keadaan berhujan...


Gelagat teman2 mencuit hatiku


Teen-Circle bersama adik2 disini tautan kasih bersemi


Menanti sahabat2 dalam meniti rempuh halangan


Apa yang mereka tengok diatas tu ye.


.Gurau sendamu teman tidak mudah kulupakan..
Melepaskan penat seketika selepas habis program outdoors Games
Tengok betul2 macammana nak lepas daripada kolam renang ni..





Seiring bersama dalam apa juga, solat dan makan berjemaah tidak ditinggalkan bagi merapatkan ukhwwah fillah



Faci & Urusetia membuat persembahan untuk membakar semangat kepada peserta tanggungjawab sebagai mukmin.

Sembahan istimewa daripada semua AJK , faci untuk disembahkan kepada semua peserta sebelum berakhirnya program..Salam perspisahan..ILLALIQA'..

"Tangan yang menghayunkan Buaian Menggegarkan Dunia.."


Beratnya hati ingin meninggalkan sahabat-sahabat.."Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan pasti ada tangisan. Bertemu & Berpisah kerana ALLAH"


Penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta mengikut kawasan

Salah seorang peserta menyatakan merasa gembira dengan mengikuti program Jambori Nisa' yang tidak pernah ditinggalkan sejak tahun lepas.

Urusetia bersama peserta menunjukkan sijil penyertaan dengan gembira setelah tamat mengikuti Jambori Nisa' Selangor







"Tak Siapa yang dapat memulangkan Hari Semalam.."





video

Koleksi Foto Jambori Nisa' Selangor 09'

Nik Aziz Desak UMNO keluar BN

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masuk dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

Hidup untuk memberi, Meraikan anak yatim piatu di Masjid Simpang 3


Gombak – Penghujung tahun akan berakhir tidak lama lagi dan akan bermulanya tahun baru. Ibubapa/penjaga sudah pasti begitu sibuk untuk membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Tetapi bagaimanakah nasib anak-anak yang tidak mempunyai ibubapa/penjaga untuk meraikan anak-anak tersebut dalam membuat persiapan persekolahan? Sudah pasti hati mereka menjadi sayu apabila kedua ibubapa mereka sudah tiada disisi mereka lagi.

Tidak susah untuk mengembirakan hati orang lain. Mungkin hanya dengan senyuman, kata-kata mahupun denggan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula” What you give, you get back” apa yang kita beri akan kita terima semula. Inilah hukum sunnatuallah-”What goes around, comes around”.

Meraikan anak yatim piatu dalam apa juga amatlah disukai oleh ALLAH swt dan amat dimurkai oleh ALLAH swt apabila kita menzalimi anak-anak yatim piatu apatah lagi kita memakan harta anak yatim piatu. Larangan tersebut telah termaktub didalam Al-Quran sebagai peringatan kita olehNya.

Allah turut menyebut bagaimana keadaan Nabi saw dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 – 11 surah ad-Duha yang bermaksud :

“Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.”

Masjid As-Syarif Simpang 3 dibawah Lajnah Kebajikan Masjid, Gombak telah mengadakan majlis sumbangan kepada anak yatim piatu sempena untuk meraikan para pelajar untuk membuat persiapan persekolahan yang akan dibuka beberap hari lagi.

Penyampaian sumbangan tersebut telah dirasmikan oleh Yb Dato’ Hasan B. Mohamed Ali pada 27hbDis,2009.

Majlis seumpamanya ini inisiatif Masjid sipang 3 dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia untuk menyumbangkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan seperti anak-anak yatim piatu.


YB Dato’ dalam ucapannya amat berharap pihak pengurusan anak yatim tersebut akan memainkan peranan sebaiknya dan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Dalam ucapannya “Inilah anak-anak kita yang kita kena buat sesuatu untuk meningkatkan dia punya semangat, dan beri mereka tahu bahawa ada orang-orang yang sayang mereka juga, bukan mereka dipinggir-pinggirkan begitu sahaja”. Program-program seperti ini akan membawa satu manfaat dan kegembiraan kepada mereka.

Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma’un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !”


Dalam pada itu, keceriaan anak-anak yatim piatu yang diraikan semalam jelas terpancar dari wajah mereka apabila mereka diraikan oleh pimpinan YB Dato’. Seramai 50 orang anak yatim piatu telah menerima manfaat kewangan bagi mereka membuat persiapan persekolahan dan lain-lain urusan.


Salah seorang penerima bantuan kewangan beliau berkata “Alhamdulillah, sebab ada juga yang sanggup menghulurkan meraikan anak-anak yatim seperti kami. Jadi kami merasa terhibur dan gembira kerana walaupun kami tiada ayah/ibu tetapi masih ada orang / pimpinan yang mengingati dan memberi tumpuan pada kami”, katanya.


Saya ucapkan terima kepada AJK Masjid dan Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia kerana menganjurkan majlis bersama-sama anak yatim, saya harap tahun-tahun akan datang ada majlis-majlis seperti ni sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami, sedikit sebanyak dapat membantu kami ”, jelasnya.


“Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda yang bermaksud” ALLAH berfirman “Berinfaklah, nescaya aku akan memberi nafkah kepadamu.” Rasullah saw kemudian berkata, Tangan ALLAH sentiasa berisisi penuh dan tidak akan pernah habis meskipun dinafkahkan siang & malam. Apakah kalian mengetahui apakah yang telah dinafkahkan oleh ALLAH swt sejak dia menciptakan langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada di tanganNya tidak pernah akan habis. SesungguhNya ada diatas air dan tanganNya ada timbangan (Riwayat al_Bukhari)

Editor: Khaulah Azwar


Semoga ALLAH memberkati insan yang pemurah menjaga kebajikan anak2 yatim piatu..

RENUNGAN:Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik- baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” Riwayat Ibnu MajahHuraiani)

Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain.

Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.

Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 – 11 surah ad-Duha yang bermaksud :“Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.

Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.

Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma’un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !”


Seramai 320 orang pelajar menerima Bantuan Kasut Sekolah untuk Sesi persekolahan sesi 2010.


Gombak- Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada disamping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain. Berikanlah apa yang ALLAH berikan kepada kita kerana disana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita.

Seramai 320 orang pelajar telah menerima bantuan kasut sekolah yang ditajakan oleh pihak Ahli Majlis/JKP Zon 11 dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia didalam Majlis “Back To School” malam semalam. Semoga usaha yang murni ini dapat memberi sinar, semangat kepada para pelajar untuk menggalakkan mereka bersiap sedia melangkah ke sesi persekolahan baru yang akan dibuka tidak lama lagi.

Menurut Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong selaku Pengerusi JKP Zon 11 tujuan utama mengadakan program“Back To School” adalah untuk meringankan bebanan kepada keluarga yang kurang upaya, miskin dan pendapatan ibubapa kurang daripada Rm1500 ke bawah.

Selain daripada itu untuk menunaikan janji beliau apabila pemerintahan Kerajaan PKR beliau akan memainkan peranan dan amanah ini sebaiknya sebagai Ahli Majlis kepada rakyat seadilnya dengan tidak membebankan rakyat. Disamping itu adalah untuk menyahut seruan daripada Menteri Besar Selangor (MB) Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dimana duit rakyat berikan dengan dikenakan hasil daripada Kutipan Duit Pasar Malam di sekitar Tmn Selasih Fasa 2 dan Tmn Samudera dipulangkan kepada rakyat kembali. Tiada 1 sen pun pihak kami mengambil hasil duit kutipan pasar malam tetapi hasil kutipan tersebut dimanfaatkan untuk diberi kepada rakyat dengan sebaiknya.

Didalam majlis tersebut pihak penaja telah memaklumkan kepada rakyat yang telah hadir ke program “Back To School” bahawa sebanyak 80 pasang kasut disediakan untuk para pelajar dan selainnya akan diberi kupon kepada ahli keluarga untuk ditukarkan kepada syarikat kedai kasut STAR MARKETING & TRADING sah laku yang akan bermula daripada 24-31hb Dis, 2009 sahaja.

Beliau rasa bersyukur kerana sepanjang memangku jawatan Ahli Majlis /JKP Zon 11 rakyat sentiasa memberi kerjasama dengan beliau dan mengikuti setiap program yang telah disusunkan bersama AJK JKP yang lain dengan tujuan untuk mendekati rakyat lebih dekat lagi tidak kira bangsa dan agama. Beliau berkata lagi“Sesungguhnya kami berhasrat melaksanakan program yang direncanakan agar rakyat dapat menikmati limpahan kekayaan Negeri Selangor dalam erti kata sebenar”.

Harapan beliau semoga rakyat sekitar Gombak sentiasa mengikuti program-program yang disusunkan oleh pihak PKM Dun Gombak Setia dan Jawatankuasa penduduk (JKP) Zon 11 samada program bersama pelajar,ibubapa/kemasyarakatan agar mereka tidak ketinggalan segala informasi daripada Adun/JKP Zon 11. Dengan adanya program ini hubungan 2 hala antara rakyat dan pimpinan akan terjalin.


Turut menghadirkan diri dalam majlis ini En. Radhi Yusof selaku pengarah PKM DUN Gombak setia untuk merasmikan majlis tersebut. Didalam ucapan yang telah disampaikan oleh beliau mengenai kebersihan, kemafaatan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat. Bukan sahaja hanya menolong warga Emas, OKU, Ibu Tunggal tetapi semua golongan dengan meringankan rakyat seperti pengurangan subsidi air, beras dan lain-lain.

Selain daripada itu beliau juga telah meminta YB Iskandar agar meminta setiap Flat/pangsapuri hendaklah dicatkan kembali untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Usul tersebut telah diberikan kepada pihak MPS untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor akan terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira asal keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik.


Beliau amat berharap pelajar yang telah menerima bantuan persekolahan ini akan belajar bersungguh-sungguh dan memberi kejayan kepada ibubapa/penjaga yang banyak memberi pengorbanan.


Kelihatan keceriaan kepada wajah penerima setelah menerima hadiah daripada pihak penaja dan Majlis tersebut dijuadahkan dengan makan malam bersama rakyat.

KOLEKSI FOTO

Ucapan Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11 & Perasmi En radhi Yusof dalam Majlis Back To School.

Penyampaian Kasut & Kupon kepada pelajar & Ibubapa/penjaga setiap kawasan oleh Pengarah PKM dan Penegrusi JKP Zon 11, MPS


Editor : Khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI