Wednesday, September 25, 2013

Surau Dan Masjid Perlu Di Imarahkan Agar Tidak Di Ganggu Bangsa Lain

Shah Alam : Exco Hal Ehwal Islam Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menyeru agar umat islam dan semua ahli jawatankuasa masjid dan surau aktif mengadakan berbagai aktiviti bagi mengelak berlakunya insiden yang tidak diingini berulang kembali.

Beliau berkata, peristiwa penganut agama lain yang menggunakan surau telah berlaku di sebuah resort Sedili Besar Johor benar-benar mengejutkan kita dan saya berharap perkara ini tidak berulang lagi dan dijauhkan berlaku dinegeri Selangor.

Perkara ini boleh dapat dielak jika masyarakat Islam, ahli jawatankuasa masjid surau memakmurkan surau dan masjid dengan mengadakan pelbagai akitiviti keagamaan, program kemasyarakatan sepanjang waktu, katanya.

Menurut Sallehen kejadian yang berlaku di Negeri Johor berlaku berkemungkinan surau berkenaan tidak dimanfaatkan sebaiknya. Justeru beliau menyarankan semua masjid dan surau bukan sahaja dinegeri Selangor tetapi seluruh negeri perlu memakmurkan surau dan masjid agar tidak diganggu oleh pihak lain.

Jelasnya, sebelum ini penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Johor gempar selepas premis yang didirikan di sebuah resort sebagai surau telah dicemari upacara agama lain.

Surau yang dimiliki secara persendirian pula perlu di pantau supaya tidak disalah guna oleh pihak lain yang mencemarkan kesuciannya.


Justeru beliau menyarankan surau di premis perniagaan dan kompleks membeli belah perlu menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa bagi menampung jemaah pada satu-satu masa.

Surau dan Masjid perlu diurus dengan baik supaya dapat di gunakan jemaah yang bukan penduduk setempat tetapi masyarakat islam luar yang datang ke kawasan itu dengan selesa untuk beribadah, Sallehen kata demikian selepas upacara perasmian Konvoi “peache of thailad” daripada Masjid Negeri Shah Alam ke Thailand selama 4 hari.

Editor : Khaulah Azwar

Al-Fatiha - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia

Kedah : Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 11.15 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Muhkriz Mahathir, lapor Berita Harian.

Azizan adalah ADUN Sungai Limau dalam kawasan parlimen Jerai.

Jenazah Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri akan disembahyangkan di Masjid Markaz Pokok Sena selepas solat Asar. Beliau akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.30 petang ini.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI