Sunday, July 22, 2012

Kata 2, Hentikan Politik Kotor Atau Hasan Ali Berdepan Saman


Batu Caves : ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari hari ini menyelar sikap Presiden  JATI, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang sering melontarkan fitnah kepada pembangkang.
Amiruddin, ADUN Bt Caves menyampaikan sumbangan pada Surau dan masjid
Rakyat sudah faham sangat taktik blogger dan  tentera-tentera upahan maya Umno untuk meraih sokongan adalah dengan menggunakan fitnah lucah.

Lihat saja baru-baru ini, blogger Umno sebar gambar aksi seks wanita bertudung daripada laman lucah Arab untuk memfitnah kononnya gambar itu merupakan aksi seks pemimpin Parti Islam, PAS.

Rupa-rupanya kontraktor upahan Umno  Datukk Hasan Ali juga menggunakan taktik yang sama untuk meraih sokongan iaitu menggunakan fitnah lucah yang menjijikkan terhadap Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Amiruddin “kita telah dengar dalam youtube ceramah JATI penyatuan ummah dan isu akidah. Datuk  Hasan Ali begitu bersungguh-sungguh, sampai terjerit-jerit menuduh Azmin Ali berkongsi isteri.


Kononnya persatuannya, JATI tidak mahu bersekongkol dan bekerjasama dengan Azmin Ali yang berkongsi isteri”.


Selain itu, Datuk Hasan Ali turut menyeru penduduk Gombak agar jangan memilih Azmin Ali kerana menurutnya perbuatan itu dikira bersyubahat.


Sayang sekali, ilmu tinggi tapi akal cetek, kenyataan tersebut memang niat jahat”, ujar Amiruddin selepas Majlis Perasmian Ihya Ramadhan dengan menyampaikan sumbangan RM2000  setiap Surau dan  RM1000  untuk Masjid sekitar DUN Batu Caves di Pusat Komuniti Taman Selayang, disini semalam.



Menurut Amiruddin, PAKATAN Rakyat kesal  dengan tuduhan  fitnah yang direka tanpa membawa saksi  dan bukti yang kukuh telah tersebar luas dalam laman youtube blogger pro UMNO baru-baru ini.


Katanya, “Datuk Hasan  Ali kena tahu salah satu akhlak dalam perjalanan  undang-undang Islam ialah Islam menjaga maruah setiap manusia di muka bumi ini tanpa mengaibkan sesiapa. Tak guna kalau  beliau berhujah tengtang akidah, penyatuan ummah dalam masa sama buat fitnah”.

Apakah beliau lupa Firman Allah SWT,  “Mereka yang menuduh perempuan-perempuan suci dengan tuduhan zina dan mereka itu tidak dapat buktikan dengan empat saksi lelaki maka hendaklah mereka disebat sebanyak 80 kali. Saksi mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka itu adalah orang-orang fasik." (An-Nur :23:4)


Saya teringat  ketika beliau menjadi pesuruhanjaya PAS dan Exco Hal Ehwal Islam, setiap kali Datuk Hasan Ali adakan ceramah, beliau  sering kata, “Fitnah adalah pakaian  orang  UMNO sekarang  beliau juga sikap  seperti UMNO  kerana suka membuat fitnah”.

Usia semakin senja, sewajar nya Datuk Hasan Ali perlu banyak ibadat, perlu banyak bertaubat bukan menjadi pemfitnah.


Beliau menambah,  “walaupun Datuk Hasan Ali sering menafikan yang beliau bukan agen UMNO tetapi kita sering nampak beliau  dengan pimpinan-pimpinan UMNO dengan menyertai ceramah-ceramah parti kompenon UMNO.


Sudah jelas,  Datuk Hasan Ali  sudah jadi kuda tungangan  dan perkakas UMNO.  Beliau merelakan dirinya jadi peralatan semata-mata  kepentingan peribadinya”, ujar Amiruddin.


Semenjak Datuk Hasan Ali mengada “roadshow” didapati ceramah tersebut sering gagal dan tidak mendapat sambutan masyarakat.

Terbaru ceramah yang diadakan di perkarangan perumahan Taman Amaniah, Batu Caves juga gagal, rakyat tidak hadir. Rakyat sudah mual dengan fitnah yang dilontarkan.


Ceramah beliau yang kononnya untuk menyatukan perpaduan ummah dan akidah umat islam tidak mencapai matlamatnya dan sudah jelas ia adalah ceramah motif untuk menjatuhkan PAKATAN Rakyat.

Isu akidah  yang dibangkitkan tidak di tunaikan.  Janji untuk dedah berapa ramai umat Islam rosak akidah tidak juga dilaksanakan.
Soal beliau, “apakah fitnah-fitnah yang dilontarkan Datuk Hasan Ali itu mampu menyatukan ummah?”


Justeru, saya harap sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, UMNO dan JATI yang dipimpin oleh Datuk Hasan Ali banyakan amal ibadah.  Hentikan segala politik kotor dan fitnah, yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat.  


Datuk Hasan Ali yang kita kenal dulu seorang pemimpin Islam, seorang pakar motivasi, seharusnya gunakan kelebihan yang Allah berikan kearah kebaikan, kini  beliau semakin jauh dan menjadi melayu mudah lupa.


Beliau banyak  termakan propaganda umno, ucapan dan kenyataan beliau  90 kerusi untuk DAP akan bertanding dalam PRU 13 juga merupakan satu niat jahat, ujarnya.


Kalau benar Datuk Dr Hasan Ali bukan agen UMNO,  seharusnya beliau tidak berada majlis-majlis UMNO. Apabila sudah terlibat dengan umno, kita yakin rasuah, kianat akan jadi darah dagingnya.

“Saya desak  agar  Datuk Hasan Ali hentikan fitnah tersebut, jika tidak  saya yakin beliau akan disaman oleh pihak-pihak pembangkang”,
kata Amiruddin .


Majlis di hadiri Pesuruhanjaya PAS, Dr Rani Osman, Ketua-ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Zon Batu Caves dengan menyampaikan bantuan Ihya Ramadhan kepada 18 buah surau dan 5 buah Masjid.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI