Thursday, August 9, 2012

Video : Lembaran Aidilfitri, Kesusahan Mereka Apakah Kita Rasa??



Waaahh... sangat menyentuh hati, moga adik-adik, dan kita semua yang hidup mewah rasa kesusahan mereka, dan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Ringan kan hati menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Selamat Menyambut Hari Lembaran Aidilfitri buat semua Umat Islam, Maaf Zahir Batin :P)

Asrama Kota Puteri, Bestari di Sediakan Bagi Penempatan Sementara Pelajar UNISEL



Shah Alam : Isu penempatan asrama pelajar, Universiti Selangor (Unisel) akan diselesaikan segera,  kata  Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam Mesyuarat Exco baru-bari ini.

Menurut Halimah, penginapan sementara ini hanya untuk menempatkan sebilangan kecil pelajar yang mendaftar awal di Unisel sebelum Lembaga Unisel menilai masalah ini secara terperinci. 

Tindakan ini diambil mengambil alternatif dengan menyediakan penginapan sementara di Asrama Kota Puteri, Bestari Jaya, Kuala Selangor.

“Sekiranya syarikat kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) masih lagi tidak membenarkan hostel itu diduduki pelajar selepas menjelangnya cuti Aidilfitri, maka Unisel akan mengadakan mesyuarat untuk selesaikan masalah berkenaan.

Katanya lagi “kita tidak akan biarkan pelajar Unisel ini terganggu pembelajarannya berikutan cara sebuah syarikat membina bangunan (asrama) tujuan pembelajaran tidak memuaskan,”  

Sementara itu, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan isu itu sengaja diada-adakan untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti universiti kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihak pengurusan telah memaklumkan kepada pelajar bahawa tarikh pendaftaran pelajar lama bagi semester ini adalah pada 27 Ogos, iaitu selepas Aidilfitri.

“Jadi tidak timbul isu mengatakan kesemua pelajar ini tidak dibenarkan tinggal di asrama atau dihalau keluar. Saya cukup kecewa dengan isu penginapan yang dimainkan oleh pelbagai pihak.

“Mujurlah pelajar Unisel cukup matang dalam mendepani semua isu sebegini, mereka bukan dari kalangan yang mudah terpengaruh dengan andaian buruk,” katanya.

Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan lebih 3,000 pelajar Unisel bakal berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing.

Masalah itu didakwa berlaku kerana Unisel tidak melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi sejak 15 bulan bagi pembayaran kampus induk dan tujuh bulan pengurusan asrama.

 Editor : Khaulah Azwar

Apakhabar Selangor : Isu Berbangkit


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI