Monday, November 9, 2009

Mencari motif sebenar penahanan Dr Asri dan cabaran buat Dr Hasan Ali

Malam Ahad lalu saya agak uzur dan tertidur awal. Walaupun telefon bimbit diletakkan di bawah bantal, SMS wartawan Harakahdaily, Azamin Amin, lebih kurang jam 12 tengah malam gagal mengejutkan saya. Sehinggalah saya terjaga bila terdengar isyarat SMS kedua Azamin, sekitar jam 4 pagi, membawa berita yang esoknya menggemparkan negara: Bekas mufti ditahan kerana mengajar agama tanpa tauliah.
Iklan

Sebenarnya isu tauliah bukanlah perkara baru. Di Selangor sendiri, pada zaman BN, rasanya ramai tokoh-tokoh pendakwah terkemuka juga tidak mendapat tauliah, antaranya Dato' Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor sendiri. Tokoh-tokoh agama tersohor, termasuk yang pernah terbabit dalam proses pentauliahan kepada pendakwah lain, seperti Ustaz Ismail Kamus dan Dr Haron Din juga tidak terkecuali dilarang mengajar agama di negeri termaju itu.

Malah, rasanya, Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria turut tidak dibenarkan berceramah agama di negeri tertentu.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan JAIS itu memang boleh dianggap tokoh yang sering mencetuskan minat media, terutama selepas dilantik menjadi Mufti Perlis.

Meskipun perwatakan seseorang mufti selalunya jarang diteropong media, namun sosok Dr Asri dilihat berbeza. Banyak ideanya mengundang kontroversi berpanjangan. Khabarnya kolum beliau dalam Mingguan Malaysia diminati bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada pagi Isnin, 2 Nov, di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur, Marina Mahathir turut memberikan sokongan buat Dr Asri, selain Pengarah Sisters in Islam, Zainah Anwar.

Lebih menarik apabila ada wakil rakyat PAS dan KeADILan bersama Dr Asri, bukan saja di mahkamah pagi itu, tetapi juga semasa kuliahnya.

Serentak itu, banyak persoalan berbangkit. Ramai tertanya-tanya apakah alasan (baca: motif) sebenar Dr Asri ditahan? Pihak JAIS, melalui Pengarahnya, Mohammed Khusrin Munawi memberikan alasan mendatar, iaitu Dr Asri melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah.

Mencurah-curah sanggahan yang mempertikai alasan berkenaan termasuk daripada Perdana Menteri Najib Razak.

"Saya tahu banyak lagi orang yang buat macam-macam ceramah, tak didakwa pula, tetapi bila Dr Asri, dia ditahan," tegas Najib sambil menekankan penahanan itu dibuat oleh kerajaan negeri dan tiada kena mengena dengan kerajaan pusat.

Mungkin Najib, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangpr, sudah dapat menelah bahawa ada tuduhan tangan-tangan ghaib yang mendalangi penangkapan itu akan dilemparkan kepada Umno.

Bukankah Umno sentiasa cuba mencari jalan pintas menawan negeri itu atau sekurang-kurangnya untuk memburuk-burukkan pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor? Sukar diterima akal bahawa tiada motif terselindung di sebalik operasi penangkapan yang mengejutkan itu, malah ada pihak yang begitu gemar mengaitkannya dengan teori konspirasi. Dan mereka tentu ada alasan tersendiri.

"Cuma yang peliknya, kenapa Umno bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri," kata Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau menjangkakan jika hal sama berlaku di negeri bukan Pakatan, misalnya Johor, mungkin kenyataan yang dikeluarkan Umno berbeza. Sedangkan, tambahnya, sikap PAS sentiasa konsisten dalam hal 'mengajar tanpa tauliah' ini. Kata Tuan Ibrahim, mana-mana tokoh agama sepatutnya mempunyai autoriti atau hak dan tidak perlu tauliah daripada Jabatan Agama untuk menyampai kuliah atau ceramah.

Ada juga yang menghubungkan peristiwa tangkapan itu dengan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia, pada 30 Oktober lalu agar baginda menarik balik perlantikan Dr Asri sebagai Yang Dipertua Yadim.

Dr Asri, menurut kandungan memorandum itu, didakwa sentiasa bertentangan pandangan dengan para ulama dan mufti negeri-negeri lain. Semasa menjadi Mufti Perlis, beliau didakwa kerap kali membelakangkan pandangan jawatankuasa Mufti Kebangsaan dan "sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media".

Dr Asri turut dituduh tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari empat mazhab fiqh. Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Memorandum yang turut disokong 13 NGO Muslim itu juga mendakwa, "sebagai seorang yang terlalu muda serta gagal menghayati budaya adab sopan umat Ialam di Malaysia, Dr Asri lebih banyak mengundang kontroversi dan merupakan seorang yang keras, ekstrim serta tidak dapat menerima teguran, pandangan dan kritikan orang lain". Namun, ramai terkejut apabila mendapat tahu bahawa antara NGO terbabit adalah ABIM, Persatuan Alumni Kolej Islam, JIM, Persatuan Ulamak Malaysia, Persatuan Ulamak Kedah dan Teras.

"Tidak semestinya NGO yang menyokong memorandum itu bersetuju dengan tangkapan JAIS," kata seorang pemimpin sebuah badan Islam, "ia isu berbeza sama sekali, malah mungkin ada pemimpin NGO tersebut tidak membaca sepenuhnya kandungan memo berkenaan. Tapi, yang lebih penting, perbezaan pendapat dan pendekatan dalam hal agama mesti diselesaikan secara bijaksana, bukannya tangkap dan dakwa di mahkamah."

Hampir semua SMS dan emel yang saya terima mempunyai nada hampir sama, dan membantah keras penahanan Dr Asri tetapi turut mengaitkannya dengan tangan-tangan ghaib kuasa politik. Mereka menjangkakan ada motif lain yang lebih besar dan tidak percaya JAIS bertindak atas pertimbangan sendiri hanya atas alasan "tiada tauliah".

Dalam pada itu, Presiden JIM (salah satu pertubuhan yang menyokong memorandum Dr Asri tidak dilantik Yang Dipertua Yadim), Zaid Kamarudin mencadangkan agar JAIS mengambil ksempatan daripada krisis keyakinan terhadapnya ekoran penahanan Dr Asri untuk meneliti semula enakmen-enakmen pentadbirannya. Selain menyuarakan rasa terkejut di atas cara tangkapan yang mengaibkan, Zaid menegaskan: "JIM berharap JAIS akan bersikap amanah, jujur dan profesional dalam melaksanakan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Dr Asri. Pemeliharaan keadilan dan hak asasi serta karamah insan haruslah menjadi pegangan."

Semasa ramai mempertikai kebijaksanaan JAIS menangani isu ini, timbul saranan agar proses pentauliahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat dikaji semula. Penguat kuasa pula usah bertindak sembrono semata-mata atas alasan menurut undang-undang.

Apa pun, bukan segalanya buruk buat JAIS. Bulan puasa lalu mengingatkan kita betapa meriah dan kudusnya penghayatan Ramadan di Selangor, begitu juga dengan majlis tazkirah, tadarus, kuliah-kuliah agama dan khutbah Jumaat. Begitu ramai tokoh agama yang selama ini tersisih dapat menyumbang ilmu mereka di Darul Ehsan ini.

Exco Agama, Dr Hasan Ali, yang menjadi perhatian (dan sasaran) utama menjelang seminar khas PAS 7 Nov, pastinya terbeban dengan isu ini. Banyak soalan yang perlu dijawabnya sendiri. Orang ramai tidak mahu mendengar penjelasan Pengarah JAIS. Mahu tidak mahu ia sudah menjadi isu politik dan orang politik seperti Dr Hasan sajalah boleh menjernihkannya walaupun kuasa dalam hal agama ini pun banyak sekatannya.

Pakatan Rakyat harus 'memanfaatkan' isu ini bagi memperkukuh gabungan, begitu juga PAS, dan jangan pula ia tambah mengusutkannya dengan menjadikan isu ini untuk mengeruhkan lagi keadaan dalaman parti.

Diakui Dr Hasan memang dalam keadaan sukar, terutama menguruskan karenah JAIS yang khabarnya masih "menjadi lubuk Umno", di samping menjaga sensitiviti pihak istana. Bagaimanapun, krisis selalunya akan mempamerkan kehebatan seseorang tokoh dalam mengendalikan konflik berbangkit dan ini satu cabaran buat Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Editor : Ahmad Lutfi

Ujian kesakitan sbg kifarah..


Darimana hendak ana mulakan coretan ini krn kepala ana terlalu sarat dengan berbagai perkara utk ana coretkan ttp masa terlalu terbatas ttp dicuba sedaya upaya gagahkan diri mencoretkan bingkisan hati yg tersimpan. Sudah hampir 1minggu ana tak berhubung dgn majikan ana merajuk ke / mgkn sama2 sibuk dgn urusan tersendiri. Namun begitu doa dipanjat moga dirinya sentiasa dibwh jagaan ALLAH swt dikurniakan kesihatan yg baik cuma kdg2 rasa rindu dgn gurau sendanya dan kenakalan anak bongsunya.. apakhabar mereka??tiba2.. slps 11am ana uruskan persiapan halaman ladskap ana dipej terima SMS.. daripada majikan ana..

K.pah: slm sue kalau blh pagi ni pergilah ke Pusat khidmat siapkan kerja sana dulu kalau ada apa2 yg penting kena uruskan sbb akak nak jumpa sue kalau blh sue mesti ada.. dlm hati ana mula terpikir alamak lain je bunyi.. nak kena marah lg ke?? ana KIVkan reply SMS til 12:00tgh. baru ana jwb sory kak.. bz sgt.. i.allah jumpa ti ana nak keluar g mtd..ana minta semua doc dpd MPS setelah 1 mingu tak jumpa.tentu bnyk perkara berbangkit dan kena ambil tindakan..

Setiba di MTD.. mcm biasalah sibuk dgn tindakan yg perlu diambil dptkan job dpd en omar & abg man utk tindakan selanjutnya sbg wartawan yg tak bertauliah di GOMBAK ni... kdg2 ana terpikir ada hikmahnya kenapa ana dipertanggungjwbkan buat tugasan ini.. ikhlaskan hati dgn apa yg kita lakukan ada ganjaran yg ALLAH nak berikan dgn pelajari sesuatu perkara..
Masuk bilik abg man discuss hal mtg dgn MPS.. kdg2 geram pun ada jg.. dpd penyampain diberi ayat mcm rojak.puas ana nak kena fhmkan apa yg nak disampaikan.. tnya maklumat terperinci tp lain pula diberi.. so bnyk sgt komennya... punya geram ckp le.. mcmni le abg man.. buat kan ayat yg best editkan mana tak perlu..lps tu email pd ana.i.allah ana akan tgk balik.. lps tu ana keluar dh hammpir 1 tghhari blk pej JKP, ana selongkar semua fail MPS.. mtg dgn MPS isu apa sebenarnya.. mamat ni buat aku jd pening kepala nak cari. xpele aku buatkan ayat yg paling best sptmana aku fhmkan sendiri.. kalau nak ikut ayat dia.. alamatnya rojak le jd.org lelaki ni tahu nak simple tp adakah org lain fhm maksud ayat tersebut... mula le ana membebel sorang diri.. ana type kan semua apa yg terkandung dlm kepala ana nanti k.pah dtg blh tanya dia mtg apa yg depa discuss sbb k,pah joint mtg tu..

3:30ptg k.pah tiba pej.. masaya-allah bnyk nya barang. Ana hulurkan tangan dan kucupan ksh ana beri buat dirinya. Biarkan dia duduk lepaskan penat seketika.. dengar celotehnya mcm kebiasaanyanya k.pah mmg kaya dgn cerita. tapi ana tak tahu hari itulah ana tak banyak cakap kalu senyum pun mcm krn terpaksa... bukan apa.. tak tahu.. kenapa sejak akhir2 ni kepala ana terlalu sakit.. ana cotrol diri agar k,pah tak perasan. Ana pun tanya k.pah mengenai isu MPS, dan tnya surat2 yg ada berkaitan mtg tersebut.. k.pah ckp ada.. so ana pun cari selak semua fail alhamdulilah dh jumpa.. alhamdulilah dimudahkan urusan. siaple keje ana, kemudian ana minta pandangan k.pah dan semakkan coretan ana sebelum ana pusblishkan dlm blog dato' k.pah setuju dgn coretan tersebut.. alhamdulilah dah setled..terima sms abg man..minta checked email dh edit.. ana reply. tak pe ana dah siapkan keje tu.. so ana ada lain keje nak buat.. semua ana dh dapat maklumat dldm surat MPS.. yg ini sebenarnya ana minta.. minta maaf ye ana ada mtg skrg.. dlm hati ana tertanya2 jg tentu abg man angin dengan ana.. malas le layan ni keje ana.. janji ana dah siapkan.. hrp maklumat ana dapat adalah btl & tepat..

Ana terus siapkan kerja sama dgn k.pah. terus buat budget dll.. ttp ana tak dapat beri tumpuan sepenuhnya kepala ana terlalu sakit.. k.pah perhati ana.. ana hanya tunduk.. ada soalan yg nak dikemukan tp tak terkeluar daripada mulutnya.. azan asar berkumandang.kami asyik leka dgn kerja.. ana terus serpa k.pah.. kak jom tinggalkan keje ni..kita solat dulu.. asyik kejarkan dunia je.. jomle.. erm.. k.pah siap2 ambil wudhu.. ana masih dimeja menanti giliran.. lps kami selesai berwudhu dan solat.. hati ana rasa sebak bila pk apa yg berlaku pd kami setelah hampir semingu lbh tak ctc.. ana minta maaf pd k.pah.. dan begitu jg dgn k.pah.. mgkn masing2 terlalu sibuk dgn tugasan kdg2 ada something tak kena terlepas ckp ana pula mudah sgt nak terasa hati.. sememangnya jiwa ana mmg terlalu sensitif.. lps solat ana melangkah meja duduk sambil menekan kepala yg terlau sakit.. k.pah pandang ana. sue ok ke?? erm.. xde pe le akak..pening2 biasa je.. tp ana rasa bukan pening mgkn sakit lama ana dtg kembali.. k.pah bg jadual aktiviti DMPG dan mtg MPS.. dia inta ana hadirkan diri dlm usrah & liqa akan dtg.. sabtu (14/11/09) hanya i.allah sahaja ana mampu terkata ketika itu..mungkin pertemuan kali ini tak rasa kemesraannya dgn keadaan ana yg tak berap sihat... dh hampir 6ptg.. nak siap2 blk k.pah nak g pasar mlm ingat nak ikut tp tak daya btl ana dibuatnya... ana terus siap utk balik awal hari ini..khamis mlm jumaat nak g masjid ada yasin ..lama tak bawa ank buah ana g masjid..
ana harap diberi kekuatan utk melangkah.

Setiba dirumah nana serpa ana.. ateh.. mlm ni kita g masjid ye.... ana perhati diluar hujan ..ana ckp kalau x lebat hujan kita g ok.. tp ateh tgk mcm hujan lebat je ni... mula dengar rengekan nana.. ana pujuk dia.. k tgk dulu apa2 nana minta izin pd nenek kalu nenek tak bagi nana kena dngr ckp nenek.. dia diam je.. rupa2 mmg keadaan tak mengzinkan hujan.. so mak ana tak bagi bawa nana..so ana siap2kan diri pergi ke usrah dmpg.. k.pah minta ana hadir.. walaupan ana rasa tak berkemampuan tp ana hrp bila berjumpa dgn shbt2.. akan reda skt.. mmg terlau rindu dgn shbt2 lama.. rindu akan terubat bila dgn ada perjumpaan dlm usrah & mtg.. terhibur hati bila berjumpa dgn mereka semua.. alhamdulilah diberi kesempatan ruang utk hadir kesana.. erm.. tp kepala ana terlalu sakit. ya-allah sembuhkan sakitku berilah hambamu kekuatan dlm meneruskan kehidupan ini..sempatkan ana sertai seminar di tmn melewar sabtu ni?? mg diberi ruang & peluang utk itu., insya-allah.. hah.. tak blh tidur dh mnkn ubat migrane, sulabel..mcm tp x jln jg.. sampai ana tak sedar pukul brpa ana tertidur 4:30am terjaga tp kepala terlalu sakit nak bangun utk mengabdikan diri.. tp ana gagahkan jg.. mg pengabdian ini ALLAH berikan kesembuhan sikit..

Jumaat - tiba dipej.. ana mcm tak ceria krn kepala terlalu sakit.. hari kedua.. ya-allah apa kena dng ana,, ttp ana tetap gagahkan diri ke pej dan teruskan siapkan kerja2. ana yg ada tak diselesaikan lg.. erm esok ada seminar. ana SMS pd adk2 j ipt tanya siapa nak bertugas ke seminar.. ada jg yg ramai nak joint tp ada yg exam.. so ana tak paksa siapa yg rasa nak joint ada masa.. ikutle.. coz ini peluang utk mengetahui apa yg terjadi dan semoga suntikan dpd tok guru & pimpinan lain dapat perbaikikan diri.. moga diberi kekuatan utk bermujadaha esok pagi dgn baik... i.allah.. terima sms adik, nadia, yan dan wani.. kami bincang utk prog esok..til ana tak terjwb sms adk2 ni coz dh hmpr 1 am tak blh tidur.. ana offkan hp taknak diganggu.. seketika.. i,allah jumpa esok.. ya-allah ampunilah dosa2ku.. yg bnyk kelemahan ini... berilah hambamu kekautan dlm meneruskan kehidupan.. amiin ya rab.. i.allah ana akan siapkan teks usrah qiadi DMPG.. rasa dh tak larat nak menaip lagi... mmafkan diri ana.. jika pengisin kali ini tak dpt dikongsi bersama.. sg coretan apa yg berlaku pd ana sahaja..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI