Wednesday, September 30, 2009

N31 - Kerikil tajam untuk Mat Hassan ?

Politik
Petang kelmarin dalam perjalanan menuju ke Bagan Pinang, terserempak 2 trailer panjang yg sarat dengan jentera berat untuk kerja-kerja penurapan jalan. Kebetulan trailer itu berhenti di persimpangan traffic light, 3km ke bandar Port Dickson. Dalam kalbu, projek 'mee segera' untuk Bagan Pinang agaknya. Lihat foto dibawah.




Memang benar sungguh ! Dihadapan Pusat Khidmat BN-DUN Bagan Pinang, jalan menjadi agak sesak sejak pagi tadi, tinjauan krew ABO yg melalui jalan tersebut pada jam 11.30 pg, meng'iya'kan fakta kesesakan teruk tersebut, ini kerana kerja-kerja penurapan jalan baru sedang dilakukan. Satu perkara yg baik utk kemudahan rakyat di Bagan Pinang dan di PD. Desas-desus yg diperolehi dari sok-sek-sok-sek minum pagi di Kopitiam PD pagi tadi, tempat berkumpulnya team Mat Hassan (MB skrg) - suasana agak muram, ini kerana projek2 'segera' di bolot secara leluasa oleh kroni dari team Isa Samad.

Foto akan diuploadkan kelak. Bravo Isa ! Mat Hassan, jangan tengok saja..anda tahu untuk melakukan yg terbaik bagi team yg menyokong anda. Lakukan sekarang, itu yg lebih baik !

(*) Isa Samad mungkin akan kehilangan undi dari kaum India. Kita tunggu pada hari penamaan calon 3 hb. Oktober ini, tunggu pendedahan dalam EDISI BONGKAR @ ABO kelak. 'tiada bas, tiada undi' . BACK TO PAST, OR GO FOR PAS !!.

Umno Sedang Dan Akan Berputih Mata


Isa Samad akhirnya diumumkan sebagai calon Umno untuk PRK Bagan Pinang. Walau pun Wanita Umno tidak menyetujuinya, Mahathir juga tidak bersetuju termasuk Muhyidin sendiri, namun Muhyidin terpaksa akur dengan kehendak Umno Teluk Kemang. Kesudahannya dia sendiri yang mengumumkan Isa adalah calon PRK Bagan Pinang.

Sebelum ini Umno dikritik teruk termasuk oleh Mahathir apabila Khairi Jamaludin menang jawatan Ketua Pemuda Umno. Menurut Mahathir, Khairi menang kerana rasuah. Akhirnya, Najib mendengar cakap Mahathir dan Khairi dipetisejukkan oleh Umno. Calon yang kalah di tangan Khairi, anak Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Namun Najib tidak berupaya mendengar cakap Mahathir untuk PRK Teluk Kemang. Isa dikritik teruk oleh Mahathir dalam isu rasuah. Umno Teluk Kemang pula tetap mahukan Isa. Najib akur juga dan Isa terpilih sebagai calon.

Cakap Mahathir berlalu macam angin sahaja, tidak masuk pun ke telinga orang Umno. Walau pun Mahathir memberi amaran pemilihan Isa bakal menjadikan Umno makin parah, itu tidak diendahkan sedikit pun.

Saya fikir, orang Umno kini tidak pedulikan sangat apa persepsi orang ramai terhadap Umno, apa yang akan jadi kepada Umno, apa kritikan orang kepada Umno. Apa yang mereka pedulikan ialah, apa habuan yang mereka boleh dapat sekiranya 'orang' mereka terpilih dan ada jawatan dalam kerajaan.

Kalau Najib mengharapkan Umno semakin baik dan pulih, Najib seperti mengharapkan gagak berbulu putih. Umno Teluk Kemang yang tetap mahukan Isa membuktikan bahawa usaha Najib untuk memulihkan Umno atau 'memutihkan' parti itu nampaknya tidak bersambut oleh ahli Umno sendiri.

Isa mungkin istimewa bagi orang Bagan Pinang dan Teluk Kemang tetapi dia adalah beban kepada orang Malaysia. Boleh jadi faktor setempat boleh menjadikan Isa menang dalam PRK ini, sekurang-kurangnya membantu mencatat rekod Umno pernah menang dalam PRK di Semenanjung, namun kemenangan Isa itu menghitamkan Umno pada pandangan orang ramai.

Mahathir berputih mata apabila kritikannya tidak berkesan. Najib juga berputih mata apabila terpaksa akur kepada kehendak Umno Teluk Kemang yang tetap mahukan Isa. Muhyidin juga berputih mata apabila dia yang tidak bersetuju dengan Isa, akhirnya mengumumkan Isa sebagai calon.

Untuk pusingan pertama tiga orang kuat Umno sudah berputih mata.

Selepas ini, jika:

  • Tentera dibenarkan mengundi seperti orang awam;
  • Orang bukan Melayu yang memang sangat kritikal dengan Umno menolak parti itu;
  • Orang Umno yang mahukan calon Umno adalah orang yang berintegriti melakukan undi protes;
  • Orang PAS, PKR dan DAP semuanya memberikan undi kepada calon PAS;
  • Pengundi muda yang lebih bermaklumat dan sangat kritikal dengan Umno tidak mengundi Isa;
  • Pengundi atas pagar juga menjadi pengundi yang bermoral dan mengutamakan kewibawaan calon;

Umno pasti akan berputih mata lagi. Tak percaya? Tunggulah...

Mengapa Wanita Selalu Menangis

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita. Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati... Wanita dan airmata tidak boleh dipisahkan.

Al-Hadith : Dunia Itu Manis Dan Hijau,




Daripada Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau (yakni menyenangkan sekali) dansesungguhnya Allah menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu (untuk mengolah dan memakmurkan).

Maka Allah akan melihat bagaimana yang engkau semua lakukan -untuk dibalas menurut masing-masing amalannya. Oleh sebab itu,bertaqwalah dalam mengemudikan harta dunia dan bertaqwalah dalam urusan kaum wanita."

(Riwayat Muslim)

Tuesday, September 29, 2009

Siapa blh bg pendapat apa motif sebenarnya??







23hb September,2009 slps balik ke perak fikiran ana asyik teringat pejabat, entah kenapa hati tergerak nak kesana termimpi something tapi ana tak berapa clear...ana cadang nak singgah pej 24hb pagi insya-ALLAH. so 24hb cousin ana abg subuh daripada melaka mai so ana ajak dia temankan ana ke pej coz ada urusan penting yg ana nak minta dia tlg hal famly matter. sbg anak buah mak ana, ana takde jln lain hanya pd dia yg ana nmpk blh diharapkan selepas istikarah ana buat, samada abg subuh /Busu Enjah, rasa nak blk kg di melaka mcm berat hati pula, so doa ana hrpkan moga ALLAH buka pintu kemudahan bg ana utk uruskan wasiat bonda ana utk disubmit pd cousin ana. Alhamdulilah.. dlm kesibukan selepas memasak, nak siap2 solat zohor tiba2 kelibat cousin ana muncul. ya-ALLAH terima ksh krn membuka pintu kemudahan ku utk uruskan semua ini..

Selepas ana buat hidangan utk cousin ana, so ana bincang dgn dia dan hrp sgt dia dpt membantu.Pd mulanya dia berat hati juga nak terima nak srh ana berurusan dgn Busu Enjah tapi ana ckp hati lbh berat pd abg. so hrp abg, akak dpt bantu ana ye. Buat krn ALLAH dan sbg anak buah mak, hrp mudahkan urusan mak ye.. alhamdulilah dia senyum dan terima pelawaan dan insya-ALLAH dia janji akan membantu sedaya upaya. so slps solat asar ana, abg subuh dan isterinya ke pej ana.. ana bg dia baca wasiat yg tlh siap utk ditandatangani kad pemegang wasi spt yg diminta oleh syarikat as-solihin. so hati ana rasa lega sedikit setelah separuh dpdnya sdh ana laksanakan dan kini ana berserah kpd ALLAH, moga diberi pertolongan, insya-ALLAH. Dalam abg subuh membaca wasiat tiba2 airmatanya mengalir, ana yg membacanya lagi le.. tapi ada lg 1 sampul yg ana tak blh buka amanat bonda ana.. so ana kena jg.. apa yg ana hrp semoga kesatuan hati adk beradik disatukan dan dijauhkan slh fhm. so selesai urusan kami di pej ana hamir 6:30pm ana ajak abg dan akak singgah ke rmh kakak2 ana pula.. so hr ni bersama bonda, kakak dan anak2 buah ana beraya le di area PJ before balik ke melaka hampir 12:30am baru sampai rmh ana.

25hb September, 2009 10am, ana singgah dipej, ya-ALLAH terkejut ana dibuatnya bila lihat pintu pej pagar kami dicabut tapi tak dpt keluar coz ana kunci dgn tali rantai, ana buka pintu kerusi, document semua berserabut, pintu dewan terbuka, aircond terbuka, sapa yg masuk? ana SMS k.pah.

Khaulah Azwar:Slm akak, dkt kg lg ke? akak ada masuk pej ke? awat pintu pagar tercabut, aircond terbuka, selalu ana b4 balik , ana akan pastikan meja dan kerusi masuk dlm dan ana tahu kedudukan susun atur doc dll tapi lani dah berserabut.sapa guna pej?? akak dan ana je yg pegang kunci... musykil, tiba2 fikiran ana melayang teringat baca dlm sinar haritu Pej DAP dipecah.. adui, ni mcm dah ada tanda2.. coz mmg risau dibuatnya dgn mcm2 kes, SPRM le, kes bila nak P.Raya mcm2 isu timbul, masa manek urai k.pah kena dgn isu tadika, lani pej Ahli majlis kena ceroboh.. erm.. cana ni kak?? nak ambil tindakan x?

K.Pah : slm xde le sue, akak bari balik kg, ada apa2 yg hilang ke? apa depa nak buat??

Khaulah Azwar: Erm entahle akak, ana dah nak balik melaka ni, tak pe le.. ana kemaskan dulu brg2 ni dan pej sblm blk kg. Don't worry k. patut le hati ana ni asyik teringatkan pej.

dpt SMS ms call. erm, k.pah ctc xdpt..


26/09/09 : 12:30tgh lps msk tghari terima SMS K.pah jmpt dtg rmhnya, ana pelik, aik ckp nk blk melaka, srh dtg rmh pula..

Khaulah Azwar: Slm, kak x jd blk kg ke? ada apa, blh je, tp ana nak siapkan hidangan utk mak ana dulu ye, solat maybe 3pm ana sampai le..

ana bawa nana sibecok tu le.. singgah ke Sri Gombak beli kek. erm nak celebrate hari jd utk k.pah, dan ana jg..dah belated tp ttp diraikan coz masa tarikh kami jth bln ramadhan, so masa yg ada guna le sebaiknya bersama k.pah famly.. wah tak disangka2 ana kena jd bidang terjun, kesian tgk k.pah buat sorang2 rmhnya dibanjiri shbt2 anaknya, so ana mula riangankan tulang, bantu masak & mengemas, erm.. penat2 gile... tapi seronok dpt kenal adk2 kampus dan saudara mara k.pah.. ukhwwah terpaut. Husband K.pah abg rostam dan k.pah suka benar melayan kerenah si nana yg becok mcm najmi.. erm.. ,mmg depa blh dibuat geng... bdk2 Y2K.. hehe.. alamak dah hamir 7pm ana kena blk, lama pula dok sini, semua keje dah setled tapi saudara mara tak putus2 datang, so ana minta undur diri walaupun berat hati nak tinggal k.pah, kesian pula tgk dia buat keje sorg2.. tapi takpe le skrg2nya ana dh setledkan keje dapur & bantu masak tadi. ana pun ada keje lain nak buat, kesian pula nak tinggal bonda ana sorg2...nak ajak bonda ana msh penat blk dpd kg so dia tak nak keluar, so ana pun takde le nak paksa dirinya. k.pah hantar ana sampai ke luar, dan hanya ucapan mampu diberi sykrn atas jemputan dan masak lauk kesukaan ana.. erm..air tangan kakak sorang ni.. mmg tak blh dilupakan..


28/09/09- Tak dirancang pula nak buat mkn2 dirumah, jmptle semua shbt2 dan adk2 J kampus, so 5:30pm adk2 j UIA pula dtg.. so mmg tak menang tangan dibuat, SMS k.pah minta hadir jg tapi dia puasa, minta dtg mlm ada pula tetamu dkt rmh, so mak ana asyik tanyakan k.pah. ana hanya ckp k.pah ada tetamu.. tapi terkilan jg tak dpt bersama dgn k.pah famly.. nak merajuk pun ada.. erm.. pujuk le sendiri.. tak pe le ada masa akan bersama..

29/09/09- Merajuk punya pasal, so masuk pej lewat ana g MTD jumpa shbt2 disana, lama x singgah MTD, jmpa YB Omar,.. erm ada bahan penerangan tak, foto dato'? depa terkebil2.. anti maafle kami pun baru blk kg, so rasa mcm dh lama cuti blank hari ni, erm, bnyk le punya blank, so ana selak2 surat yg masuk dlm trail meja ana, alamak bnyk nya kena take action. jumpa abg man.. bincang pasal PASTI dll.. alamak dah nak dkt 11am k,pah tel/ SMS pun ana x jwb .. x perasan.. sorry sis.. kenapa pagi2 tel??agaknya k.pah serba slh dgn ana.. ana malas nk pk.

11:30am, insan tak dikenali ada dipej, sapa dia ni, kecohnya le,.. borak dgn k.pah.

k.pah : slm sue. sorry ye..tlg buka lampu tapi anti blk smlm x ttp kipas ke?

** dalm hati ana" Isk, akak ni x prnh buat gitu mmg suiz ttp ana akan pastikan 2x checked suiz dll sblm keluar pej.. sapa lg masuk??

khaulah : slm, diam je.. coz ada tetamu.. buka laptop buat keje.. tapi tak blh bg tumpuan coz.. asyik terdengar cerita depa ni.. mcm2 le dicerita.. ana diam je hampir 11:40am baru dia blk..

K.pah : anti, sht ke?akak minta maaf ye sblm kita cerita hal org ni..tentu anti nak tahu sapa diakan, k 1st akak hrp anti tak kecik hati akak x dtg smlm, btl2 last2 m' anti bgthu, secara kebetulan ada org dtg, abg rostam pula ada hal lain.

Khaulah: Ei, tak pe le akak dah berlalu tak perlu pk kan lg.. ni ada bekal utk akak famly, mak ajar ingat org selalu walaupun x dtg.. erm k.pah senyum..

K.pah mula cerita : anti tahu tak, dia tu sapa, akak pun actually tak kenai dia.tp smlm sibuk masak tu le.. dia tel, ckp nak kenal akak lbh dlm lg, nak dtg rmh.. akak ckp le mlm ni sibuk sgt, ada kelas dan ada tetamu nak mai rumah. lps tu akak minta dia dtg pej esok je.. dia ckp dia x suka dtg pej lbh suka berurusan di rumah blh kenal keluarga dan suami akak..ei..peliknya..

so pagi ni akak tel anti tapi tak jwb, risau pula jd apa2.. yele org kita tak kenal tiba2 nak jumpa.. so akak sampai pej, tgh sibuk2 angkat briefcase dan fail2 ni dia pula sergah buka pintu kete akak, slmt berkenalan dan tiba2 bg kek.. ei..ni utk apa pula ni.. dah le tak kenal tiba2 bg buah tangan.. musykil2...

so akak bg peluang dia bercerita hal famly dia dll.. dia sebut pula YB Dato Zainal, MPS, Pn. Faridah PKR, tentu depa kenal org ni..

Ana cadangkan akak lbh baik berhati2 kak skrg mcm2 org ada, dah le kita tak kenal dia, nak dtg rumah bg buah tangan lagi.. tgk gaya mcm org UMNO.. kot2 depa nak kena kita je.. cara pakaiannya.. apa kata akak tel Dato' dan K.Faridah. siasat siapa dia ni?

so k.pah pun tel k.faridah PKR.. erm katanya org yg bernama Nora ni dia ahli kontraktor terbesar, mmg dia sosial skt, dia ada nak buat projek tp kantoi tak diluluskan. maybe dia buat mcm tu nak buat baik dulu le.. so next time dia minta anti tlg masukkan projek.. agaknya le tu..

K.pah : Erm. yeke.. sbb ana rasa musyikil sgt, ana bincang dgn p.A ana so kami pun rasa berat hati sgt,.. pelik sggh, tak pe le. hrp niat dia btl le..

So lps perbualan tu ana dan k.pah buat keje siapkan semua budget dan laporan utk disubmit pd MPS.. k.pah bg kek tu pd ana.. anti ambil le kek ni, akak takut le nak mkn.

Khaulah: Aik akak ni org bg akak, akak bg ana pula, ana lg le takut nak ambil.. tak slh ambil akak tp akak sedekah le pd org lain.. jgn dia tahu..

K.pah : ye akak tahu btl apa anti ckp.. tak pe le.. anti ambil dan sedekah le pd org lain ye, akak tak le bawa blk nanti najmi nmpk dia nak pula..

Khaulah: yele.. akak careful tau, risau le sejak akhir ni pej kita 2x kena masuk ni dtg pula org yg kita tak kenal.. apa sekali pun ana hrp apa tindakan akak, jgn mudah terpedaya dgn kebaikan org tiap pemberian ada maknanya tp harap dia jujur dgn kak. Doa ana sentiasa bersama akak..
Kucupan kasih buat k.pah dan salam tanagannya tanda penghormatan ana buat majikan dan sbg ketua mslmt gmbk..

K.pah : K. syukran atas segalanya...

kami berpandangan dan rasa mcm sayu je suasana hari ini bila lihat wajah kakak sorg ni.. hrpn ana mg dirinya dipelihara ALLAH walaupun dimana saja insya-allah.

Kek.. oh kek.. mana ana nak letak dan siapa punya rezki ni..?? bg jele jemaah masjid sat lagi. hrp takde apa2 berlaku... dah niat dgn k,pah nak sedekah pd org lain.. hrp pemberian diterima ALLAH. insya-ALLAH..




Pada pendapat ana mgkn ini 1 tektik org nak buat pasang strategi coz :- jom kita pk sama

1) tel k.pah tak kenal nak dtg rumah

2) Bg buah tangan, sergah k,pah dpd pintu kereta bg buah tangan srh simpan dlm kete;

3) Bila tel org PKR k.faridah depa bgthu projek dia kantoi, so maybe nak bg k.pah rasuah le tu minta tlg.. tabur budi banyak2 lepas tu sure minta k.pah luluskan projek... (ana dah nasihat k,pah berhati2 dgn semua org, jgn mkn budi terlalu bnyk, setiap kebaikan org tu mesti nak balasan..apa kita buat ingat ALLAH, famly, suami dan anak2..) jg peribadi seorg muslimah dan ana yakin akak sbg ustazah dan pimpinan hrp kita berpegang teguh dgn prinsip kita,jgn mudah dijual beli yg hanya milik sementara...)

4) Nak masak utk k.pah... tanya ana dan k.pah suka mkn apa dia akan masakkan..erm... kami habaq takpe.. kami puasa...

5) Nak alamat rumah k.pah, tp k.pah tak bagi, tapi dia seolah mendesak.. alhamdulilah mujahidah gombak mmg tegas orgnya.. TIDAK SAMA SEKALI..

6) Asyik cerita keburukan suami dan anak2nya..masaya-ALLAH dah le kita tak kenal dia semua cerita hal famly pd kami.. tahu le kami bahagian aduan dan kebajikan.. tp hal suami, anak2 kena berjaga... jgn sampai cerita keburukan mereka pd org2 luar.. ya-allah jauhkan ana dpd melakukan itu semua..

7) tel dia berbunyi ckp sudah..sudah selesai, dah berjumpah dgn Ahli Majlis ni, tunggu sekejap.. ana btl2 rasa berat hati dan krg senang apa yg berlaku..hrp2 perlindungan ALLAH diberi pd kami..

8) Nak keluar pintu pej pun asyik puji kami very nice person, cantik dll... segala pujian tu milik ALLAH... alhadmulilah atas apa yg diberi pd hambanya.. yg tercantik pd diri seorg muslimat itu adalah akhlak, imannya, kalau semua dijaga dgn baik itulah kecantikan pd diri seorg wanita soleha...itu yg sempat kami nsht pdnya sebelum dia keluar pej kami..

Ya-ALLAH Engkau mengetahui segala perancangan kerja org2 yg berniat jahat terhadap hamba2nya.. kami tidak tahu dan tidak mampu melawannya maka berilah pertolongan pd kami..lindungkan segala gerak langkah kami dlm membantu agamamu...amiin ya rab...mungkin ada hikmah disebalik kejadian..

Adakah kita layak meraikan Aidilfitri jika kita bnyk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan??

Alhamdulillah...ana diberi nafas dan kesempatan oleh Allah untuk menyambut raya tahun ini bersama-sana keluarga tercinta..

Sekali lagi, ana terpana dengan khutbah Raya tahun ini seperti tahun2 lepas, yang mana begitu menyedarkanku.
Persoalan yang sering timbul di benakku, "apakah raya tahun ni untuk ana?" "benar-benar layakkah ana untuk menyambutnya?''

Kata Khatib yang membaca khutbah usai menunaikan solat Hari Raya berjemaah, Hari Raya ini adalah hadiah daripada Allah untuk hamba-hamba-Nya yang siangnya berpuasa, bersedeqah, manakala malamnya berQiamullail, bertilawah al-Quran, dan melaksanakan ibadah yang lain... pendek kata, bulan Ramadhan ini memang dimanfaatkan sungguh2 oleh si hamba ini untuk mentaqarrubkan dirinya pada Allah...Maka, Hari kemenangan ini adalah untuknya.

Berbeza pula dengan sesetengah golongan yang begitu beriya-iya meraikan dan menyambut hari raya ni dengan begitu meriah sedangkan dia TIDAK BERPUASA...atau paling kurang, MELAKSANAKAN MAKSIAT, maka, HARI RAYA ini TIDAK LAYAK untuk disambut oleh mereka. Kalaupun mereka meraikan hari Kemenangan ni, sesungguhnya, mereka sambut dengan keadaan TIDAK BERMARUAH, dikenali sebagai AHLI MAKSIAT, dan TIDAK MENGHORMATI ALLAH..

Kalian sendiri boleh melihat orang-orang yang dimaksudkan di kaca tv...Sungguh-sungguhla tak malu puak2 ni.

Tapi, itu yang kita boleh nampak dan nilai secara terang-terang...sedangkan DIRI KITA??? macam mana??? adakah kita tergolong dalam golongan yang LAYAK??? atau TIDAK LAYAK???

~bersama-sama memuhasabah diri~ coretan dariapda aadk j ana. atika.

Bagan Pinang: Berjuang untuk Islam - Mursyidul Am

GUA MUSANG, 29 Sept: Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata.

Beliau berharap walaupun Bagan Pinang sebelum ini adalah milik umno-BN,tetapi ia tidak mustahil akan beralih kepada PAS berdasarkan senario politik semasa yang berlaku sekarang ini.

"Kini kita tengok sudah banyak PRK yang berlaku dan Alhamdullillah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu walaupun milik umno tetapi PAS berjaya mengambil alih dan ini adalah berkat kerjasama Pakatan Rakyat,"katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Jubli Perak Maahad Muhammadi Gua Musang semalam,turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah,Dato Mohd Amar Nik Abdullah.

"Penglibatan orang Islam tidak kira piliharaya umum maupun kecil,seharusnya diajar berjuang untuk Islam bukannya parti kerana kalau berjuang kerana parti,lepas sahaja pilihanraya kita hanya ada dua iaitu menang atau kalah, tetapi kalau berjuang kerana Islam ia melibatkan Syurga atau Neraka,"katanya lagi.

Sebelum itu, beliau menyeru warga di Gua Musang agar menjadikan sumbangan derma kepada tempat-tempat yang berfaedah diteruskan sepanjang masa.

"Kita orang Islam seharusnya menyediakan sebanyak mungkin bekalan pahala untuk digunakan di akhirat nanti,caranya mudah sahaja iaitu salurkan wang ringgit ke tempat-tempat yang membawa kebaikan seperti pembinaan masjid,asrama sekolah untuk anak-anak kita dan sedekah,"ujar beliau.

Maahad Muhammadi Gua Musang yang sudah menjangkau usia 25 tahun menyambut jubli peraknya tahun ini mempunyai seramai 840 pelajar dengan guru seramai 52 orang kini memerlukan sumbangan derma dari orang ramai untuk membina sebuah asrama bagi menempatkan pelajar terutamanya dalam aliran tahfiz.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan derma ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad,nombor akaun : 03-063-01-000330-5. - mks. _

Najib paling bimbang jika Umno ditolak lagi

BAGAN PINANG, 28 Sept: Bayangkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti, calon Umno ditolak lagi oleh rakyat.

Sudah pasti keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akan melonjak dan pilihan raya ke 13 nanti bakal berlaku tsunami yang lebih besar lagi.

Bagi anggota Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat bimbang ianya akan berlaku.

Jika berlaku lagi, beliau bimbang kerusinya juga bakal hilang dan menjadi Perdana Menteri terakhir Umno.

Bagan Pinang adalah salah satu dari lima Dun yang terletak di bawah Parlimen Telok Kemang. Tiga Dun sudah dikuasai Pakatan termasuk Parlimen, hanya dua termasuk Bagan Pinang yang masih di bawah BN.

Bagan Pinang umpama Permatang Pasir yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datuk Seri Anwar.

ImageImage

(Gambar:Datuk Kamarul berucap di majlis hari raya)

Datuk Kamarul, bekas Setiausaha Agung PKR berkata demikian dalam majlis rumah terbuka hari raya anjuran PAS Negeri Sembilan semalam di Bagan Pinang semalam.

"Di Permatang Pasir, Najib (dan) Umno telah lihat calonnya ditolak rakyat kerana mempunyai terlalu banyak masalah peribadi dan kerjaya. Sebab itu, mereka bimbang takut ianya sekali lagi akan berlaku di Bagan Pinang," katanya.

"Yang menghairankan, Umno Telok Kemang beri sokongan pada bekas Menteri Besar (Tan Sri Isa Samad). Tiba-tiba al-khalifah (Tun) Dr. Mahathir pula mengkritik calon akar umbi Umno sendiri," katanya.

Katanya lagi, kekeliruan Mahathir itu sebenarnya berpunca dari kekalahan berterusan Umno dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Ia berlaku bukannya disebabkan masalah peribadi calon mereka semata-mata tetapi faktor penolakan terhadap Umno itu sendiri.

Tambahnya lagi, masalah pencalonan tidak menjadi pertikaian pemimpin Pakatan peringkat negeri dan nasional, kerana Pakatan mengamalkan muafakat dan semangat setia kawan.

Image

(Gambar:Ustaz Idris)

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya menjelaskan, pilihanraya Bagan Pinang ini mampu mempercepat Pakatan mengambil alih Persekutuan jika Umno terus ditolak rakyat.

"Jika menang PAS, kerajaan Negeri (Sembilan) tidak jatuh pada Pakatan Rakyat. Jika menang Umno pun, Pakatan tidak boleh mengambil alih Persekutuan. Tetapi Umno bimbang rakyat terus disedarkan tentang perubahan,� katanya.

Ujarnya lagi, kebimbangan tersebut disebabkan Umno tidak mahu rakyat terus terdedah oleh rekod kemampuan memerintah seperti yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat Selangor, dengan memberikan nikmat bekalan air percuma kepada rakyat.

Bercakap pada pentas yang sama, Pesuruhjaya PAS Melaka Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, rakyat bukan sahaja tertanya-tanya siapakah calon terbaik yang dipertaruhkan Umno dalam pilihanraya kali ini; malah isu kemasukan mendiang Altantuyaa Sharibuu tanpa rekod Imigresyen juga menjadi misteri di sisi rakyat.

Image

(Gambar:Ustaz Ghani Abdul Rahman)

Beliau juga yakin, keputusan kalah menang pilihanraya kecil ini akan memberi kesan langsung kepada rakyat di peringkat nasional kelak.

Ogos tahun lalu, Datuk Ariff Shah Omar Shah (Umno) dikalahkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh.

Februari lalu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Umno) dikalahkan oleh Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu.

April lalu, Ismail Safian (Umno) dikalahkan oleh Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.

Serentak dengan pilihanraya Bukit Gantang, Datuk S. Ganesan (MIC/BN) dikalahkan oleh S. Manikumar (PKR) dalam pilihanraya Dun Bukit Selambau.

Jun lalu, Aminah Abdullah (bebas) yang dikatakan sebagai calon proksi Umno, turut dikalahkan oleh Dr. Mansor Othman (PKR) dalam pilihanraya Dun Penanti.

Julai lalu, Tuan Aziz Tuan Mat (Umno) dikalahkan oleh Mohd Fauzi Abdullah (PAS) dalam pilihanraya Dun Manek Urai.

Ogos lalu, Rohaizat Othman (Umno) dikalahkan oleh Mohd Salleh Man (PAS) dalam pilihanraya Dun Permatang Pasir.

Pilihanraya kecil Bagan Pinang ini dikatakan bakal menjadi aras tanda utama, sama ada tsunami politik 8 Mac 2008 masih berterusan sehingga sekarang, atau rakyat sebenarnya masih menolak sesiapa saja calon yang diperjudikan Umno BN.

Monday, September 28, 2009

Ibrahim Ali nyanyuk, bagai kacang lupakan kulit

KUALA KRAI, 29 Sept:Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibaratkan oleh Pemuda PAS Negeri sebagai Kacang Lupakan Kulit.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak Nik Abdul Aziz meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri.

katanya, Ibrahim Ali seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala ke atas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini,begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja" katanya lagi.

Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.

"Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini"katanya lagi.

Image

Menyentuh tindakan segera yang akan diambil oleh PAS Kelantan,Abdul Latiff berkata,peringkat awal ini, Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini.

"Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri,kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya,menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri"katanya lagi.

Sementara itu bagi Bendahari PAS Pusat,Dr.Mohd Hatta Ramli, tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.

"Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali."katanya lagi.

Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini.

Manakala bagi Ketua Pemuda PAS Kuala Krai,Mahadi Mat Zain berkata keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf.

"Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru" ujarnya.

Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.

"Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya" katanya lagi.

Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

"Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan,seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan" ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan lain,ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata pada tahun ini sambutan AidilFitri digabungkan bersama semua Dun dan Parlimen dengan menyembelih dua ekor lembu serta menyediakan satay, lemang,roti jala dan kuih muih. Lebih 3000 masyarakat Kuala Krai termasuk kaum India dan Tionghua telah menghadirinya.-mks/mna_


Bagan Pinang: Pengundi bukan Melayu bersedia buat perubahan

BAGAN PINANG, 29 Sept: Rakyat perlu membuat perubahan setelah 52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah Negara khususnya di Negeri Sembilan.

Masyarakat tionghua dan India pula telah bersedia membuat perubahan dan diharapkan para pengundi Melayu turut serta menolak Umno-BN dalam pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, 11 Oktober ini.

Setiausaha Politik Khas kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Encik Yau Con Seng berkata 52 tahun BN memerintah gagal membela rakyat.

Katanya, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat tionghua akan membuat perubahan memilih Pakatan Rakyat.

"Kita (tionghua) sudah faham dengan perjuangan PAS melalui slogan 'PAS For All' dan akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional memerintah Negara dan taraf kehidupan rakyat tidak banyak berubah," ujarnya yang dipetik Buletin Online ketika ditemui, semalam.

Beliau melahirkan rasa kebimbangan terhadap pengundi Melayu yang masih disifatkan tidak banyak berubah.

"Masa untuk kita (rakyat) berubah telah tiba dan saya harap pengundi tionghua seramai 1,500 orang semua mengundi PAS.

"Kita (tionghua) jangan beri satu undi pun kepada calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.

"Saya harap pengundi Melayu pun sedia untuk buat perubahan kerana pengundi Cina dan India sudah 'berani' (berubah),"jelasnya.

Menurutnya, masyarakat tionghua kini tidak takut lagi dengan �hudud� kerana telah diberi penjelasan.

Katanya, undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di Negara ini. - mks._

Saturday, September 19, 2009

Zionis Kejam..Bagaimankah kematian kita pula?? apakah persediaan kita utk berhadapan dgn ALLAH swt???

Salam'alaik., Catatan in idaripada blog adk j ana, yan..dah lama tak jenguk adk2 punya blog, so ana tertarik dgn apa yg dicatatkan, Al-Fatiha buat shbt kita yg telah pulang ke rahmatuallah. Semoga ditenpat yg mulia disi ALLAh swt, insya-ALLAH.

Beberapa hari lepas, aku menerima perkhabaran kematian. Paling mengejutkan adalah kerana dia mati ditembak Yahudi. Subhanallah. Dia syahid, kematian yang diimpi setiap pejuang di jalan Allah.

'Salam. Al-Fatihah buat seorang pelajar UIA warga Palestin, Ubaida yang juga ahli aktif al-Aqsa Society kerana telah syahid. Dia telah ditahan sebelum ditembak 6 das tembakan oleh Yahudi laknatullah sewaktu dia ingin masuk ke masjid untuk solat. Khabarnya dia pulang ke Palestin untuk menziarah ibubapanya, tapi, Allah telah memilihnya sebagai syuhada. Subhanallah. Al-Fatihah.'

Tidak kukenali siapa dia, tapi, aku cuba mencari lebih lanjut mengenainya. Dan aku jumpa beberapa blog yang menulis tentangnya.

Seorang pelajar UIA Gombak mati dibunuh oleh tentera Israel.Keluarga al-Qudsi ad-Duwaik telah mengumumkan pada pagi ini tentang kesyahidan anak mereka Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik yang berumur 25 tahun yang telah tercedera dan meninggal di salah satu hospital Israel.


Kerajaan penceroboh Israel telah menembak Ubaidah ketika di pintu jalan asy-Syuhada di tengah-tengah bandar al-Khalil (Hebron) pada 26/8/2009.


Dia telah ditembak dengan beberapa das tembakan, dan dia telah dibawa ke salah satu hospital Israel dan beliau ditahan di sana.Pihak penceroboh Israel telah menuduh asy-Syahid Ubaidah dengan cubaan menikam salah seorang tentera Israel yang sedang menjaga sekatan di jalan asy-Syuhada'.

Maklumat tambahan (daripada rakan rapat Ubaidah di UIA):


* Ubaidah memang terkenal sejak kecil aktif dengan program-program Islami di masjid, dan popular dengan nasyid dan syair-syair Arab berkaitan pembebasan Palestin.

* Ketika di jalan Syuhada, beliau dalam perjalanan ke tempat kerja, dan jalan itu memang terkenal sebagai tempat ramai orang dibunuh oleh tentera Israel kerana pihak Israel menguasai jalan tersebut dan sering mengadakan sekatan jalan raya.

* Pihak Israel tiada bukti menyatakan penglibatan Ubaidah di dalam kumpulan militan atau aktiviti keganasan, jadi pihak Israel mengada-adakan tuduhan kononnya beliau cuba menikam pihak Israel, supaya menghalalkan pembunuhan tentera Israel ke atas Ubaidah.

* Selepas ditembak, beliau masih hidup dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, dan beliau dibelasah.

* Di hospital, pihak Israel menghalang orang Palestin daripada melawat Ubaidah.

* Beliau koma selama 19 hari.

* Beliau merupakan tahanan yang ke 1167 atau 1168 yang mati di dalam tahanan Israel.

sumber :
WebHarapan

Subhanallah, kematian yang sangat indah apabila syahid di jalan Allah. Semoga rohnya tenang di sana bersama para syuhada. Amiin.

Dan kita... Bagaimana kesudahan kita kelak? Semoga pengakhiran hidup kita adalah sebuah pengakhiran yang baik juga. Husnul khatimah hendaknya. Amiin.

Friday, September 18, 2009

Forum Berpaut Di Dahan Cinta dngrlah mg kita perbaikikan diri..


Forum Berpaut Di dahan cinta.mp3 - Ustaz Hasrizal, Dr. Rubiah, Dayangku Intan

salam.. alhamdulilah ana dapat juga link ini krn saat2 akhir ni berjumpa dgn shbt2 sekuliah tiba2 ada adkjemaah tanya pada ana

Adk j: Kak,ana nk tnya sesuatu mcm mana kita nak bg teguran kpd seorg shbt sekerja dgn ana sering je berjumpa dgn utznya.

Khaulah : Erm, alamak soalan cepu mas, cana nk jwb? pk sejenak.. ginile.. sbnrnya mmg selemah iman kita ni bila melihat kemungkaran berlaku didepan mata kita, kita benci melihat maksiat didepan kita, nak tegah dgn teguran kita rasa mcm tak mampu sbb yg kita nak tegur tu pun adalah seorg utz so sebaiknya kalau blh kita elakkan dpd berada tempat tersebut dan dlm hati kita bila dh ada perasaan benci dgn apa yg berlaku itulah selemah iman kita. Dan teringat seorg imam berckp dgn akak dulu, kalu kita tak mampu nak bg teguran pada dia memadai dgn kita cuba boikot skp dia, buat le mcm krg senang nak bicara dgn dia, kalau hati dia terdetik, ei kenapa dia cam ni, kalau dulu nak berckp dgn kita tp skrg mcm nak taknak dan cuba nak elak berjumpa/berbicara dgn kita, so masa tu kalu ada ruang kita mulakan bicara dgn berhikmah.. bgtahu sbnrnya ana kurang senang skp antum, berjumpa yg bukan muhrim berdua2an,tahukan hukumnya, dan masa 2 siapa yg ada ditengah?? bertentangan mata dgn yg bukan muhrim kita, yg org pej ni nak buat kerja pun kurang senang, seolah mcm kami ni jd pak guard dan mak guard antum berdua dgn melihat apa yg berlaku., ada ilmu, sbg seorg utz sepatutnya perkara ini tak berlaku, so kalau boleh perbaikanlah apa yg berlaku. Takutkan ALLAH, jgn sampai org sekeliling asyik berkata2 dgn free je dpt dosa bila asyik bicara tentang antum. Kalu rasa tak boleh kawal maka lebih baik bernikah itu jln yg terbaik, jgn terus menerus membuat dosa..Takutkan ALLAH...

Khaulah : Lagi 1 pk le kalau mcm ni skp kita pandangan org pd kita bgmana? ingatlah skp kita akan dilakukan oleh anak2 kita, nauzubillah..kalau skrg dh berjumpa, kerap berhubung maka kemanisannya tidak akan ada lg bila sdh berkhwn sbb dh rasa masa kita blm diakadkan terlebih dahulu (Bujang).. so mana yg kita nak, nikmat ksh syg semasa bujang /perkahwinan yg kita hrpkan kekal selamanya dgn ksh syg itu mendapat keredhaan ALLAH..

Adk j : ye le kak.. betul jg apa akak ckp, ana rasa mmg tak mampu nak bg terguran tp hati ana amat benci melihat apa yg berlaku didepan mata kita..hilang respect ana pd mereka.. Ana mhn pd ALLAH agar jauhkan itu semua dlm hidup ana krn ana nak ksh syg pd bakal ana adalah utk selamanya biarlah ksh syg tu dpt rasa slps perkahwinan yg sah dan dpt redha ILAHI, akak doakan ana ye.. dan kalu ana terlupa tlg sgt2 ingatkan ana.. bimbang ALLAH bg ujian pd kita pula.

Khaulah : insya-ALLAH kita sama2 mohon pada ALLAH agar pelihara melakukan dosa dan maksiat, sekira kita terlupa mhn diberi peringatan agar kita tak melakukan perkara tersebut hingga berlakunya maksiat, nauzubillah..

Khaulah : 2 org tu org j ke?

adk J: Erm utz tu mmg org kuat j, tp td bdk tu tak nampak dia org j, mgkn baru nak belajar bersama kehidupan j.

Khaulah : Erm.ssh jg ye, kalau utz tu j, tp kalau dia pilih yg bukan j bimbang akan diuji, ramai shbt2 kita yg memilih pasangan kdg2 buat kesilapan yg besar bgmana nak melahirkan JUNDUALLAH generasi pelapis kita?? tapi hrp kalau utz tu kuat pegangangnya semoga dia dpt membantu budak tu masuk j. Moga dia jd muslimat 1 hari nanti, kita doakan mereka...tp bimbang dia pula yg terhanyut... Ujian2...

Adk j.: yele kak mmg selalu shbt2 kita buat kesilapan dlm pemilihan Jodoh ni.. dah tahu konsep jemaah, utk melahirkan pelapis keluarga pejuang dan ansaruallah tapi kita buat kesilapan dgn pemilihan yg salah.. dan disitulah ALLAH beri ujian pd kehidupan mereka, dan makin lama makin ramai yg terhanyut sebb pasangan tak fhm kehidupan dalam jemaah.. ei.. pening nak pk ye kak.. Khaulah: 2 yg penting sbnrnya dlm pemilihan jodoh. kalau kt main rembat je.. ssh jg..jgn mimpi kita nak melahirkan keluarga jemaah pelapis kita semakin terpupus, sdh tentu kemurkaan ALLAH akan hdr.. kita dh tahu duri dijalanan dan pisau ditangan tp kita nak juga teruskan.. so pk sendiri le.. Biar lambat asalkan kita tak salah dalam buat pemilihan.. Erm akak selalu teringat Naqib & Naqibah pimpinan akak ckp Ustzah Khatifah, Ustazah Zarahwani.. akak suka dngr pengalaman kakak2 ni.. mcm2 mereka tempuhi.. dan disitu akak ambil mana yg terbaik. Betul jg kata k.pah dan k.wani.. kena buat pemilihan yg tepat apabila kita berada dlm j, dan jgn kita kata kita hebat selagi kita tidak diuji dlm alam perkahwinan utk berada dalam gerakan jemaah, kdg2 kita diuji dgn sifat suami/isteri dan anak2 kalau kita tak amalkan ilmu yg kita dpt dalam tarbiyah,.. so mg kita pk sama2 dan jgn salah langkah..Janji ALLAH pasti berlaku dan setiap org ALLAH dh tentukan jodohnya.. minta le yg terbaik pd ALLAH agar pasangan kita adalah org yg sefkirah dgn kita agar kita tidak terhanyut selepas perkahwinan.. semuanya dah termaktub dalam AL-Quran..isteri suami anak2 , peniagaan adalah ujian. dan ALLAH bg amaran org2 yg keluar dpd jemaah.. so kena le beringat...

K le.. dh nak berbuka ni shbt2 lain tentu tunggu kita.. doakan yg terbaik utk mereka agar ALLAH buka pintu kemudahan mg mereka dipermudahkan urusan jodoh mereka.. insya-ALLAH.. so inilah perbualan kami dan membuatkan ana kdg2 tertanya jg..mmg sukar nak mengawali nafsu hatta org tu utz /ustzh pun kalau iman tidak dijaga pasti syaitan akan menghasut kita, betapa tipisnya iman kita spt kulit bwg.

"Ya-ALLAH peliharakan diriku dpd melakukan kemungkaran.. kurniakan aku iman dan berilah aku peringatan sekiranya habamu terlupa.. jdkanlah aku hamba yg takut kpd azab api nerakamu.. amiiin ya rab.."

Semoga shbt2 kita sama2lah fikir jgn kita melakukan perkara yg dimurkai ALLAH, apatah lg sekrg ni kt berdepan dgn bulan Ramadhan, jgn jdkan ibadat puasa kita dpt penat saja bila kita buat perkara yg dimurkai ALLAH., kalu dh buat maksiat dlm bulan ramadhan kata utz puasa mereka tidak membantu mereka menjad org yg beriman dan tidak merasa kemanisan dlm beribadah setelah membuat perkara2 yg dimurkai ALLAH... penatkan puasa mcm ni??

Jadikan bulan Ramadhan ini adalah bulan tarbiyah yg baik utk kita, didik nafsu kita supaya jgn terus menerus melakukan perkara yg dimurkai ALLAH, tepuk dada tanya iman kita k..waalllhualam.. mhn maf sekiranya ada yg terasa hati jika penulisan ana kali ini ibarat spt menyindir.. tp demi ALLAH ana tak niat itu semua cuma hnya membetulkan keadaan dan menjwb soalan adk j ana sorg ni..kalau btl pun berlaku pd sekeling ana.. mgkn ini jg 1 peringatan utk diri ana... semoga kita sama2 dpt peringatan dgn pertanyaan adk j ni dan mungkin ada shbt2 blh bg idea yg bernas utk kita atasi masalah ini apabila maksiat berlaku di depan mata, apa tindakan kita, membiarkan, atau sebaliknya???sama2 pkkan...

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI