Wednesday, August 4, 2010

Masih ada yang sayang "445 orang menerima bantuan PZS"

Gombak - Masih ada yang sayang dan mengambil berat keatas kesulitan dan masaalah yang dihadapi oleh orang-orang fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal.

Sempena ketibaan bulan Ramadhan dan Aidilfitri hampir tiba tidak lama lagi golongan asnaf tersebut telah mendapat perhatian daripada Pusat Zakat Selangor (PZS). (PZS ) telah menyediakan peruntukkan kewangan sebanyak RM333,450 untuk diberi kepada 445 orang dikawasan Daerah Gombak yang telah diadakan di Masjid As-syakirin.

Sumbangan tersebut telah disampaikan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin Sempena Ramadahan dan Aidilfitri yang telah dirasmikan oleh Y.B Dato Dr Hasan Mohamed Ali , Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

Muhammad Salahuddin, pegawai PZS berkata, bantuan yang diberikan adalah fasa yang pertama seperti kita janjikan semasa turun padang dan mesyuarat bersama Y.B Dato' Dr Hasan B. Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia untuk membantu rakyat yang telah disenaraikan dan layak menerimanya.

Alhamdulilah segala urusan bantuan fasa pertama dipermudahkan dan insya-ALLAH sesi fasa ke 2 akan diadakan pada bulan ramadhan yang akan tiba lagi beberapa hari lagi.

Sementara itu, Y.B Dato' Dr Hasan B. Mohamed Ali melahirkan kesyukurannya kerana diberi peluang untuk bertemu bulan yang sangat dirindukan oleh orang-orang yang beriman .Kehadiran bulan yang penuh keberkatan dan keampunan ini adalah peluang kepada semua umat ISLAM menambahkan amal ibadat dengan merebut ganjaran pahala berlipat kali ganda. Beruntunglah orang-orang yang membuat amal kebajikan dan meninggalkan larangan yang dilarang oleh ALLAH swt.

Beliau berkata lagi, "Saya amat berharap kepada semua penerima bantuan zakat agar dimanfaatkan sebaiknya wang tersebut agar tidak disalah guna.

Selain daripada itu saya juga ingin menekankan kepada semua umat ISLAM agar menjaga solat. Solat merupakan tiang agama, jika kita tidak solat maka tiang tersebut akan tanggal satu persatu.

ALLAH swt juga melaknat orang-orang yang tidak solat dan menunaikan perintah rukun ISLAM yang lain. Didunia bukan sahaja disempitkan rezeki malahan kehidupan didunia diuji dengan berbagai ujian apatah lagi apabila tibanya hari kebangkitan di padang masyar sudah pasti satu persatu amalan kita dihisab olehNya.

Didiklah anak-anak, isteri dan ahli keluarga kita mengenali ALLAH swt, jangan kita terlalu banyak mengecapi nikmat ALLAH sehingga terlupa menunaikan perintahnya.

Kita asyik meminta pertolongan orang lain tanpa berusaha sendiri dengan gigih. ALLAH beri kita keupayaan untuk bekerja dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar berjaya didunia akhirat tetapi kita tidak kearah itu. Hanya bergantung nasib dengan meminta-minta dengan hanya menyerah takdir.

Saya yakin ada diantara kita yang terlalu seronok dengan mendapat bantuan zakat sehingga mereka tidak mahu berusaha dan bekerja lagi. Ini adalah satu kesilapan besar. Ingatlah, duit zakat adalah suci dan doa orang-orang yang mengeluarkan zakat mudah dimakbulkan ALLAH dan mereka sentiasa mendoakan agar kehidupan, rezeki mereka bertambah dan diberkati.

Orang-orang yang mengeluarkan zakat juga sentiasa mendoakan agar penerima zakat hidup diberkati dan ditambahkan rezeki. Tetapi seandainya duit zakat yang diterima oleh penerima ini dengan mengambil kesempatan dan tidak menunaikan hak mereka sebagai hamba kepada penciptanya, sudah pasti akan diberi balasan oleh ALLAH swt jika tidak didunia pasti di alam barzakh.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar semua umat ISLAM ubahkan diri kita kearah kebaikan, jaga solat, didik anak-anak mengenali ALLAH, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH swt berikan pada kita walaupun sedikit, sentiasa berusaha gigih untuk tambahkan pendapatan bagi menampung kehidupan ahli keluarga dan jangan terlalu mengharap kepada orang lain tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

Insya-ALLAH jika ini kita amalkan pasti ALLAH swt berikan yang terbaik, katanya dalam majlis tersebut kepada semua penerima sebagai satu ingatan teguran tanda kasih dan sayang sesama insan.

Beliau juga mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramdhan kepada semua umat ISLAM dan tingkatkan amal ibadah kita. Semoga amal dan doa di terima olehNya," katanya.

Salah seorang penerima zakat, merupakan ibu tunggal yang menumpang kasih di sebuah keluarga di Kg Sg Chincin iaitu Pn Maimunah Bulat berusia 90 thn, melahirkan rasa kesyukurannya kerana masih ada insan-insan yang mengambil berat kehidupan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik. Alhamdulilah saya telah diberi peluang untuk menerima bantuan tersebut.

Bulan Ramadhan hampir tiba tetapi hati saya begitu sayu apabila menanti bulan tersebut. Sudah hampir beberapa tahun hidup sebatang kara. Walaupun mempunyai 2 orang anak, tetapi ibarat seperti tiada anak. Salah seorang telah meninggal dunia dan seorang lagi masih hidup bersama suami dan anak-anak.

Namun saya menjadi terkilan kerana mereka tidak menghiraukan saya. Anak dan cucu telah buangkan saya yang semakin uzur.2 thn saya ditimpa musibah kemalangan dan kaki saya sebelahnya telah lumpur. Nasib baik ada salah seorang jiran disini yang prihatin dan mengutip saya menjaga dengan kasih sayang.

Segala perhatian yang diberikan kepada saya, semoga ALLAH swt yang layak membalasnya. Saya ke majlis hari ini dibawa oleh beliau juga. Dia menjaga saya tanpa meminta bayaran mahupun harta.

Harta memang saya tiada yang ada adalah anak. Tetapi ibarat harta itu tiada lagi, katanya dengan sayu dan mengalirkan air mata ketika ditemubual baru-baru ini.

Semoga rintihan hati ibu tunggal yang semakin uzur ini dapat membuka hati anak beliau agar pelihara kembali ibu yang melahirkan dirinya selam 9bulan 10 hari dan bersabar memelihara dan membesarkan dirinya dengan ketiadaan suami disisi.

Ingatlah setiap amal perbuatan kita akan dibalas setimpalnya oleh ALLAH swt walaupun sekecil zarah mungkin tidak didunia tetapi apabila tibanya hari kebangkitan nanti.



Editor : Khaulah Azwar




Moga terdetik pintu hati kita melihat kesusahan ibu yang melahirkan kita..





Moga terdetik pintu hati kita melihat kesusahan ibu yang melahirkan kita..




SIMFONI KASIH TAUTAN HATI