Monday, April 16, 2012

Isu Sampah DUN Batu Caves 70% Selesai

Kampung Baru Batu Caves : Isu masalah sampah yang di politikkan oleh Kerajaan Pusat di sekitar negeri Selangor bakal selesai setelah pencapaian kata putus dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun ini tidak mahu menyertai Skim Penswastaan Perkhidmatan oleh Kerajaan Pusat melalui Alam Flora Sdn Bhd.
“Keputusan dibuat berdasarkan pelbagai aduan diterima kesal sikap lepas tangan Alam Flora tidak mengutip sampah sedangkan rakyat dikenakan cukai pintu setiap tahun”, kata AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari.

Tambahnya lagi, “begitu juga masalah sampah yang tidak dikutip oleh Alam Flora secara berkala. Akibatnya terdapat bau yang tidak menyenangkan, lalat, tikus menjadi raja dikawasan perumahan penduduk sehingga terdapatnya demam denggi dan  malaria.

Masalah yang diberikan Alam Flora sedikit sebanyak mencemarkan imej negeri Selangor. Saya beranggapan ianya satu sabotaj antara kerajaan Pusat yang melantik Alam Flora Sdn Bhd terhadap negeri Selangor”, ujar beliau.

Menurut Amir, isu masalah sampah di DUN Batu Caves telah  selesai sebanyak tujuh puluh peratus sebaik sahaja menerima aduan rakyat.

Katanya, “antara tindakan kita lakukan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk memungut sampah dan sisa domestic secepatnya”.

“Alhamdulilah dengan kerjasama MPS dengan PKM DUN Batu Caves, akhirnya isu ini diatasi sebaiknya”.

Justeru, untuk memupuk kerjasama dalam mengatasi kebersihan setempat, maka kita adakan Gotong Royong Perdana, Bersih dan ceria,beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Gotong Royong Perdana, Ceria dan Bersih peringkat Kawasan Kampung Baru Batu Caves dengan kerjasama Surau Al-Ehsan.

Ujar beliau lagi, program  Bersih dan ceria telah kita adakan setiap tahun semenjak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor.

Gotong royong kali ini amat berbeza kerana kita adakan pertandingan bagi menggalakkan semua rakyat setempat rasa sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran mereka.
“Untuk menjayakan program ini, saya besar  hati menyumbangkang sebanyak RM5000 setiap kawasan DUN Sekitar Batu Caves.

Harapan saya semoga usaha murni ini untuk memastikan DUN Batu Caves terpilih kawasan bersih dan ceria dapat kerjasama semua pihak tanpa kira pemahaman poliktik”, kata Amir.

Di fahamkan, antara yang  dinilai adalah Hiasan dalaman, Ladskap,kreativiti dan kebersihan kawasan persekitaran setiap kawasan, ziro sampah, bebas nyamuk aedes. Tempoh diberikan dua bulan.Keputusan akan kita umumkan dalam satu majlis Program ceria dan bersih.

Hadir sama, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 13, Azizul Abu Bakar.


 Editor : Khaulah Azwar

MCA Pula Beri Kad Pengenalan Warga Asing



SHAH ALAM, 17 APR : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh  dalam sidang media petang semalam mendakwa cubaan MCA memberi  kad pengenalan kepada warga asing melalui program MCA Road Show & Free Medical Check-up semalam.


Hannah berkata, “kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak untuk memenangi piliharaya akan datang dengan cubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing”.

“MCA cuba berselindung disebalik program kemasyarakatan yang dijalankan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing yang datang berkunjung ke program itu.

“Kebanyakan penduduk yang berada disini merupakan warga Indonesia dan mereka diberi kad pengenalan dengan syarat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang,” katanya.

Terdahulu, MCA menganjurkan Road Show & Free Medical Check up yang berlangsung semalam di Jalan SS19/1, Off Jalan SS19/7A, Subang Jaya.

Sementara itu, ADUN Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam pula menegaskan pemberian kad pengenalan sewenang-wenangnya menunjukkan UMNO-BN adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat negara ini.

“Kita kesal, pemberian kad pengenal sewenang-wenangnya kepada warga asing sedangkan masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Ramai rakyat Malaysia terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkannya tetapi kerajaan UMNO-BN memberikan sesuka hati kepada warga asing,” katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu, Saari Sungip ADUN Hulu Klang berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN ini merupakan tindakan yang keji bagi mempastikan mereka akan menang di pilihanraya ke-13 nanti.

Katanya lagi, tuntutan yang terkandung dalam Bersih 3.0 meminta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pemilih ternyata tidak membawa kesan kerana UMNO-BN berterusan menjalankan taktik kotor ini.

“Tindakan ini bukan pertama kali didedahkan tetapi sudah banyak kali terjadi namun pihak SPR masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah yang sewajarnya,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, adalah wajar bagi seluruh rakyat untuk turun pada Bersih 3.0 dan menunjukkan tanda protes terhadap ketelusan SPR untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.



Editor : Khaulah Azwar
  

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI