Wednesday, November 4, 2009

Generasi AlQuran


29hb Oktober, 2009 ana dan beberapa JKP mewakili Pusat Khidmat DUN Gombak Setia diminta hadirkan diri dalam penyampaian Sumbangan untuk semua sekolah-sekolah, Tahfiz, Institut pengajian Agama, KAFA diperingkat Negeri Selangor. Alhamdulilah ana dan beberapa shbt yang pergi bertolak daripada 10am dan tiba dikawasan sekolah tahfiz Ummu Qura' sabak Bernam 12tghari dan dilihat begitu ramai yg telah hadir.

Selesai solat Zohor ana terserempak dgn guru-guru al-amin gombak, terutamanya Utz Shaarom dan guru-guru lain yang masih mereka mengenali ana walaupun sdh beberapa thn ana sudah tinggalkan sekolah tersebut.

3:30ptg MB Sel dan beberapa VIp sudah hadir, ana diminta mengiri mereka utk ke melihat kelas pengajian mahad tahfiz di Batu Qura', Alhamdulilah sejuk hati ana bila melihat adik2 sedang membuat hafazan. Semoga generasi Al-Quran ini tidak terlupus hingga akhir zmn. Disinilah ana berasa bangga dan terlalu bersyukur kalau dulu masa zmn pemerintahn PM Dr M dan BN yang dulu ingin menghapuskan generasi AL-Quran, tulisan jawi, Sekolah-Sekolah Agama, KAFA dll.. (Tentu semua masih ingatkan peristiwa tersebut??) ttp pihak PAS & NGO yg cintakan ISLAM mempertahankan sedaya upaya menaik tarafkan sekolah2 tersebut walaupun mengambil masa sedikit. Doa dipanjatkan moga apabila PAS memerintah 1 hari nanti (Kini telah diberi peluang) alhamdulilah maka segala amanah tersebut dilaksanakan dgn terbaik. Pada hari inilah 29/10/2009 MB Selangor dan beberapa pimpinan PAS & PKR turun padang menyerahkan sumbangan utk Fasa ke 2 pada semua sekolah2 & pengajian ISLAM utk dinaiktarafkan sekolah tersebut dgn lebih baik. Alhamdulilah sekolah kafa di Tmn Samudera, Bt Cvs Gombak juga tlh menerima RM30,000 begitulah di semua sekolah2 spt mereka minta dalam kertas kerja .Semoga sumbangan diberi pd semua sekolah2 pihak mudir akan menjalankan tgjwb dgn sebaiknya. Semoga kelengkapan diberi dapat membantu & memberi keselesaan kpd semua pelajar. Sebelum ana pergi ke bilil multimedia ana terdengar beberapa perbualan Guru-guru dengan menyatakan "Sekian lama kami menjadi guru KAFA baru kini peruntukan menaiktarfakan sekolah2 diberi dengan pemerintahan PAS & PKR.. alhamdullilah semoga pimpinan yg menerajui negara akan terus dipimpin oleh pemipin yg benar2 tulus & Ikhals dan tidak berlaku penyelewengan.." Ana tersenyum apabila mendengar perbualan guru2 tersebut.. dalam hati ana sentiasa berdoa moga pimpinan ini akan terus berkembang dan diberi kekuatan oleh ALLAH swt utk mentadbir negara walaupun sering diuji oleh mereka yg irihati dgn pentadbiran PKR.. Ingatlah kita semua sampai akhirnya kalau dulu pihak BN cuba memansuhkan sekolah2 KAFA ttp pihak PAS memperthankan sehingga kini. Dan kini pihak BN dengan muka tak malunya setelah mereka meludah kini mereka menjilat kembali dengan ingin menubuhkan sekolah2 KAFA 200 buah untuk apa?? adakah mereka hendak mengkaburkan mata rakyat. Erm.. NAJIB OH NAJIB.. permainan yg kau mainkan sgh hebat ttp ingatlah balasan ALLAH pasti akan berlaku walaupun didunia Kau pegang remote control ttp ingatlah jika ALLAH nak tunjukkan pasti akan berlaku dgn sekelip mata sahaja walapun kau punyai kuasa..ttp kuasa ALLAH itu lg lebih hebat.. Semoga dirimu dan pimpinan BN akan diberi hidayah ALLAH menjadi pemimpin yg mengamalkan ISLAM sepenuhnya bukan hanya cedok sikit-sikit sahaja..waallahhualam...

Ittaquallah...

Mesyuarat Ketua – Ketua Jabatan Teknikal Daerah Gombak bersama EXCO/ADUN Gombak Setia

02hb November, 2009 – Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Teknikal Daerah Gombak Bersama Exco / Adun Gombak Setia telah diadakan di Pejabat Majlis Perbandaran Selayang yang telah dipengerusikan oleh En Johari, Pengarah Jabatan Perancang, MPS bagi menggantikan Yb Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali yang tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut kerana beliau menghadiri mesyuarat penting bersama MB Selangor di Bangunan SUK .


DSCN0649


Turut menghadirkan diri dalam mensyuarat ini adalah wakil kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, Tn. Pegawai Daerah Gombak, wakil Agensi Kerajaan, wakil daripada Jabatan Kemajuan MPS, Ahli Majlis MPS yang terlibat di kawasan berkenaan. Tujuan utama mengadakan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan mengenai beberapa kawasan yang terlibat, yang masih tiada CF iaitu Sekolah Al-Amin Gombak, Sri Gombak Town Villa, Tmn Desa Gemilang, Kg. Sg. Pusu, Tmn Bukit Permata, Sri Gombak, Flat Pinggiran Bt. Caves Fasa 2, Penempatan dan pampasan Peneroka Bandar Kg Banjar. Masalah yang timbul tidak dapat diatasi dengan baik kerana ada pihak pemaju yang tidak hadir dan tidak memberi kerjasama bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Pihak MPS, akan mengambil tindakan yang lebih efektif di dalam mesyuarat OSC yang akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mengatasi masalah ini. Mengenai peneroka bandar Kg. Banjar pihak MPS akan menyediakan laporan yang akan dipanjangkan ke MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor) untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


Editor : Khaulah Azwar


Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.

Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.

Dewan menjadi kecoh dengan njawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.

Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.

Mereka yang terbabit, termasuk Salahuddin sendiri diminta duduk oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Salahudin kemudiannya diberi amaran keluar dewan beberapa jam jika enggan mendengar penjelasan Najib

"Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan kerajaan negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan," kata Najib.

"Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (kerajaan) Persekutuan," sindir Najib.

Tanpa laluan Speaker, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bangkit dan menjelaskan bahawa penjelasan yang diberikan itu tidak menyelesaikan soal kuasa persekutuan dan negeri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Petronas bersama kerajaan persekutuan-negeri.

Pun begitu, Speaker memberi laluan kepada Siti Zailah Mohd Yusoff bercakap mengenai isu royalti Kelantan itu dengan alasan ahli Parlimen Rantau Panjang itu boleh dikatakan mewakili rakyat Kelantan.

"Kenapa sebelum ini kerajaan (Persekutuan) tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan diberikan wang ehsan?" soal Siti Zailah dengan nada yang tegas.

"Setelah rakyat dinafikan hak bertahun-tahun, sekian lama, sekarang hak rakyat Kelantan baru nak dipertimbangkan."

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta Najib menjelaskan soal jaminan persekutuan melangsaikan tuntutan royalti minyak tersebut.

"Apa jaminan kerajaan (persekutuan) bahawa royalti ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat, bukannya kepada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) yang dilantik kerajaan Persekutuan?" soalnya lagi.

Najib dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa sepatutnya rakyat Kelantan tidak ada hak mendapat royalti tersebut.

"Selama ini, kerajaan Kelantan tidak ada hak menerima (royalti minyak), sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini, kita dapat sahkan bahawa ada blok (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan...kita pastikan hanya rakyat Kelantan akan dapat manafaat," kata Najib.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit memprotes jawapan lisan itu.

Bagi mengelakkan Najib terus dipertikai, anggota dari Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusoff bangkit lalu memohon laluan Speaker untuk menjawab soalan lisan seterusnya, yang melibatkan kementeriannya.

Mengikut pengalaman di Terengganu, wang ehsan diberikan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diagihkan menerusi jabatan dan egensi di bawah kerajaan pusat.

Dari segi pelaksanaannya pula, ia akan melalui ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu.

Petang semalam, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mendesak kerajaan pusat supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain.

Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.

Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu.

Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.

Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini. _


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI