Tuesday, March 8, 2011

PASTI melahirkan guru berkualiti



Gombak – Baru-baru ini Bengkel Jurulatih Utama Pasti Negeri Selangor telah diadakan di Ibu Pejabat Pasti Malaysia bagi menyelaraskan gerakkerja ahlijawatankuasa yang dilantik dan memberi latihan kepada jurulatih bagi mengendalikan bengkel dengan lebih berkesan sebelum kursus di jalankan.

Pn Hjh Khairiah Mohd selaku Pengarah Unit Latihan PASTI Negeri Selangor berkata " Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) ini akan diadakan secara bersiri mengikut module yang telah di tetapkan oleh PASTI Malaysia. Guru PASTI mesti mengikuti kursus Asas Perguruan PASTI sebanyak 34 Kuliah Wajib (KW) dan 25 Kuliah Pilihan (KP). Setelah mengikuti Kursus ini guru-guru akan mengikuti Kursus Sijil Perguruan PASTI (KSPP) sebanyak 21 (KW) dan 23 (KP).

Mereka perlu melaksanakan praktikum sebelum menduduki peperiksaan setara seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan PASTI Malaysia . Apabila mereka berjaya memenuhi latihan ini, barulah mereka layak untuk dinobatkan sebagai Guru PASTI dalam Konvokesyen PASTI Malaysia”.

Katanya lagi, "bagi menyempurnakan modul ini, Unit Latihan PASTI Negeri Selangor telah menyusun, Kursus secara bersiri iaitu KAPP sebanyak 5 kali dan Kursus KSPP sebanyak 4 kali dalam tempoh 2 tahun”. “Kursus (KAPP1) dan Kursus (KAPP4 ) telah berjaya dilaksanakan serentak di Sg Chongkak baru-baru ini yang menglibatkan guru-guru PASTI di seluruh Kawasan Negeri Selangor .

Seramai KAPP1 (95 orang peserta) dan KAPP 4 seramai (45 orang peserta). Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Ustaz Hasbullah Ridzuan, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merangkap Pengarah PASTI Negeri Selangor”.

Khairiah berkata“Al-hamdullillah Kursus Perguruan PASTI Selangor KAPP1 & KAPP 4 berjalan dengan lancar . Pada awalnya peserta yang mendaftar untuk mengikuti kursus ini luar jangkaan kita, hampir 250 orang guru. Memandangkan terlalu ramai tidak dapat menampung penempatan dan demi mencapai objektif kursus, pihak pengurusan membuat keputusan memecahkan KAAP1 kepada 2 kumpulan.

Pihak PASTI bercadang akan mengadakan KAPP1 bagi kumpulan 2 pada tarikh yang terdekat akan di maklumkan kemudian”. Antara pengisian bagi KAPP 1 (Falsafah pendidikan Islam dan PASTI Kurikulum PASTI). Dalam pada itu, kuliah subuh telah disampaikan oleh Ust.Fakarul Razy yang menyentuh batas-batas iman dan kufur. Alhamdulilah pengisian yang disampaikan cukup mendalam menguatkan semangat jati diri guru untuk mengikhlaskan diri membimbing dan mendidik anak-anak Pasti menjadi insan yang soleh.

"Saya yakin setelah guru-guru mengikuti kursus ini , mereka yang ada niat ingin behenti akan berazam untuk istiqamah bersama PASTI. Tanggungjawab seorang pendidik amatlah mencabar lebih-lebih lagi berhdapan dengan anak-anak yang berbagai ragam, perlu dibimbing dengan penuh kesabaran".

"Harapan saya juga, semoga guru-guru yang kita telah latih ini biarlah sepanjang masa setia bersama PASTI. Disamping guru-guru diberi tarbiyah, pihak pengurusan PASTI (ALP) juga kena sentiasa menjaga kebajikan guru dan mengambil tahu masaalah-masaalah yang dihadapi guru agar mereka merasakan kebajikan mereka terjaga", katanya.

Sepanjang program ini berjalan, saya telah menerima maklum balas daripada semua guru-guru mengenai program ini. Alhamdulilah mereka merasa sangat berpuas hati dengan pengisian-pengisian yang dibentangkan oleh penceramah-penceramah. Urusetia yang dilantik melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Terima kasih kepada semua urusetia MGP dan pembentang –pembentang kertas kerja yang memberi komitmen yang sangat baik dalam menjayakan kursus ini .

Sementara itu Pengarah Unit Penaziran, Pn Hjh Maimoon Saidan Ahmad salah seorang pembentang kertas kerja mengatakan “saya merasakan berpuas hati dengan urusetia-urusetia yang telah memberi kerjasama dan telah menyediakan kemudahan-kemudahan semasa pembentangan kertas kerja. Saya dapati semua peserta telah memberi tumpuan dan komitmen yang sangat tinggi. Dengan penyatuan dan gandingan yang mereka bina, semua urusetia sudah tahu peranan masing-masing.

Selain daripada itu, kebiasaanya peserta KAPP 1 yang banyak merungut apabila prasarana yang tidak selesa, dan lain-lain kerana bagi kita KAPP1 ibarat permulaan tarbiyah untuk guru-guru yang baru mengikuti kursus ini. Manakala Peserta KAPP4 yang telah melalui banyak pengisian bukan sahaja pengisian Pengajaran dan Pembelajaran tetapi pengisian untuk membina Jati diri mereka dalam mengharungi perjuangan pendidikan di PASTI. Insya-ALLAH pihak kami sentiasa akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada untuk masa hadapan. Insya-allah akan datang Kursus Kurikulum 4 thn Siri 1 pada 11hb Mac, sehingga 13hb Mac, 2011" dan Kursus Sijil Perguruan PASTI (KSPP 2) pada 8hb sehingga 10hb April, 2011, katanya ketika ditemubual di ibu pejabat PASTI Pusat .


Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI