Tuesday, October 4, 2011

Halang Ahli Politik Beri Kuliah Agama dan adakan akiviti di masjid , Tindakan Tidak Masuk Akal

Tmn Sri Sentosa : Tindakan oleh pihak-pihak tertentu untuk melarang mana-mana ahli politik dan wakil rakyat daripada mengadakan aktitivi bersama rakyat dan menyampaikan kuliah agama di masjid mahupun surau adalah langkah “tidak masuk akal.”

Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Keadilan berkata, “Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung. Apatah lagi jika ingin mengadakan program bersama rakyat di masjid atau di surau”.

Beliau berkata demikian ketika dalam progam Santai Rakyat untuk mengenali, mendapat maklum balas dan menjelaskan mengenai pelbagai isu kepada rakyat. Mengulas lanjut, pada bulan Ramadhan yang lalu pihaknya benar rasa terkilan dengan tindakan pihak berkuasa yang menghalang dengan menyekat aktiviti yang banyak telah disusun untuk bersama rakya telah di sabotaj.

Saya dilarang menggunakan masjid untuk menjalankan pelbagai aktiviti bagi kepentingan penduduk Lembah Pantai. Katanya, “pada bulan Ramadhan yang lalu, kita adakan program untuk menyerahkan bantuan mohray di sebuah masjid telah dilarang dan terpaksa di pindahkan ke kawasan lain. Saya percaya perkara ini bukan sahaja berlaku di Lembah Pantai tetapi beberapa tempat juga telah berlaku perkara yang sama”.

Sepanjang pengetahuan saya dibawah pengurusan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kempen Jom Ke Masjid dibawah pengurusan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Hal Ehwan Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Kemudahan Awal telah dilancarkan dengan tujuan untuk mengajak umat islam mengimarahkan masjid tidak mengira peringkat umur samada lapisan generasi muda dan warga emas .

Kempen ini telah mendapat sambutan yang amat baik sekali. Dengan aktiviti ini dapat menggerakkan komuniti masyarakat supaya memilih Masjid sebagai destinasi utama bagi tujuan ibadah.

Selain daripada itu menjadikan Masjid sebagai pusat kunjungan utama bagi menjalankan aktiviti harian seperti Program Pendidikan Sepanjang Hayat, Pusat Khidmat Masyarakat, Pusat Kegiatan Sukan Muslim, Pusat Perubatan ISLAM dan lain-lain. Pihak berkuasa seharusnya menjadikan Masjid sebagai platform untuk memperkasakan ummah bagi menjalinkan hubungan silaturrahim yang akrab. Tetapi mengapa disekat oleh pihak berkuasa yang dianggap telah menyalah gunakuasa. Tindakan mereka dapat dirasakan seperti terdesak dan kita selar, Kata Nurul Izzah.

Tambah Nurul Izzah lagi sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.

Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin UMNO bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan. “Sepanjang itu jugalah, kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah JAIS hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan JAIS juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh UMNO itu”.

"Namun begitu, walaupun berbagai halangan dilakukan, ini tidak akan mematikan semangat saya untuk terus berkhidmat di Parlimen Lembah Pantai Rakyat, katanya kepada media”. Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menjelaskan bahawa mulai hari ini, bagi memperhebatkan persiapan Pilihanraya Umum ke 13 pihaknya telah memulakan siri Program Santai Rakyat untuk mengenali, mendapat maklumbalas dan menjelaskan mengenai pelbagai isu kepada rakyat".

“Program yang bermula di Flat Taman Sri Sentosa hari ini, dibuat secara ceramah kelompok kecil bagi memastikan saya mendapat maklumat secara langsung daripada penduduk-penduduk setempat mengenai masalah yang mereka hadapi”, katanya ketika ditemui selepas program tersebut malam tadi.

Selain daripaitu itu, Nurul Izzah juga telah menjelaskan mengenai pelabagai aktiviti telah dijalankan di Lembah Pantai dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, antaranya berkaitan dengan polisi kerajaan (PR) Negeri Selangor.

Jelasnya, antara program yang dijalankan di Parlimen Lembah Pantai ialah Program Jom Shoping, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Kebajikan Anak Selangor (TAWAS) dan lain-lain lagi. Turut hadir bersama dalam program Santai Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia NIk Azmi Nik Ahmad.

Sementara itu, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Kemudahan Awam pula berkata, Menyekat ahli Politik berceramah atau mengadakan aktiviti kemasyarakatan di Masjid dan surau tidak seharusnya berlaku. “Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.”

“Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki,” tambah beliau.

Ini zaman pemerintahan kerajaan PR bukan zaman pemerintahan UMNO-BN. Dibawah pemerintahan kerajaan PR, saya sentiasa menekankan kepada semua masjid dan surau perlu diimarahkan 24 jam lebih-lebih lagi apabila tibanya bulan Ramadhan.

“Jangan jadikan masjid dan surau seperti kubur. Tiada gunanya masjid dibina berdiri begitu gah tetapi qariahnya tiada disebabkan pihak berkuasa telah menyekat aktitiviti kemasayarakatan dimasjid dengan menutup masjid selepas solat”.

Masjid dan surau perlu dihidupkan sepanjang waktu bukan sekadar tiba bulan Ramadhan. Kata Datuk Hasan.

Beliau menjelas, Masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah, solat waktu, solat Jumaat dan kuliah-kuliah tetapi mampu menampung berbagai program yang berkait langsung dengan kehidupan anggota masyarakat.

Cara ini bertepatan dengan slogan “Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Masyarakat”. Satu gagasan yang akan menjadikan Masjid sebagai pusat gerak kerja masyarakat meliputi kanak-kanak, remaja, orang dewasa, warga emas dari berbagai lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan, latar belakang dan fahaman politik.

Justeru itu, saya harap agar semua masjid dan surau sentiasa dihidupkan program bersama rakyat dengan mengadakan kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan Qiamulail, aktiviti kemasyarakatan sebagai acara rutin. Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh Ustaz, Ustazah, Ulama’ tetapi mereka yang layak memberi ceramah agama dengan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang agama.

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga merupakan AhlI dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia meletakkan harapan agar semua Ahli Jawatankusa Masjid dan surau yang telah dipilih dapat menghidupkan kegemilangan Institut Masjid sebagi Pusat Ilmu, Pusat Bimbingan dan Asuhan, Pusat Dakwah, Pusat Kaunseling dan Pusat Khidmat Masyarakat.

“Semua pihak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh secara ISTIQAMA’ bagi membantu menghapus gejala sosial di kalangan muda – mudi masa kini dan akan datang dimana cabaran sebagai muslim pada hari ini saban hari menempuh kehidupan yang kian mencabar”, katanya



Editor : Khaulah Azwar

Kes ragut meningkat, rondaan polis perlu ditingkatkan - Nurul Izzah



Petaling Jaya : Penduduk Kawasan Taman Sri Sentosa melahirkan kebimbangannya apabila kes ragut semakin meningkat di kawasan ini yang sekaligus boleh meragut nyawa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan berbagai aduan rakyat yang saya terima, maka satu tindakan drastik dilakukan dengan mengeluarkan surat permohonan kepada Ketua Balai Polis Petaling, Tuan Inspektor Sail, di Balai Polis Sri Sentosa, Petaling agar rondaan dipertingkatkan di sekitar kawasan Sri Sentosa.

Mengulas lanjut, seharusnya pihak polis harus meningkatkan usaha operasi pengawalan secara berkala bagi mengurangkan kadar jenayah terutamanya kes ragut yang kerap kali berlaku di kawasan tersebut.

Menurutnya berdasarkan aduan yang diterima oleh masyarakat setempat baru-baru ini di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Lembah Pantai, pihaknya mendapati kadar jenayah terutamanya kes ragut kembali meningkat.

Justeru itu, bagi menjaga keselamatan penduduk disini terutamanya golongan wanita, saya harap pihak berwajib mengambil tindakan segera agar tidak berlaku perkara yang diingini.

Katanya lagi, masalah keselamatan yang kerap berlaku sekarang adalah kes ragut, terutamanya berdekatan kawasan Gereja Methodist, Jalan Sri Sentosa 12, berhadapan Tokong Cina dan ini menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan sentiasa hidup dalam kerisauan dan ketakutan.

Tambahan lagi, pendirian saya adalah kita sudah mempunyai anggota polis yang mencukupi seramai 106,000 anggota. Malangnya 41 peratus di pertanggungjawabkan ke tugasan pengurusan pentadbiran.Manakala 9,000 orang ditugaskan ke jabatan siasatan jenayah.

Justeru, saya harap Jabatan Polis yang dipertanggungajwab menjaga keamanan Negara dapat meningkatkan usaha menjaga kesalamatan rakyat dengan memberi kerjasama pihak berwajib yang lain.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan menegaskan, yang wajib dilakukan adalah pemfokusan tugasan polis ke arah siasatan jenayah; ini memungkinkan peningkatan tangga gaji anggota polis, dgn kualiti dan profesionalisme yang dinantikan rakyat.

” Anggota Polis perlu mengadakan rondaan dengan lebih kerap ke kawasan panas yang menjadi tumpuan peragut kerana pada tahun lepas pernah terjadi insiden sehingga meragut nyawa penduduk disitu, bukan sekali dua tetapi acapkali jenayah ragut dilaporkan berlaku dikawasan terbabit tanpa mengira waktu,”katanya kepada media kelmarin.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI