Sunday, May 22, 2011

PR kesal 6532 CD Lucah DSAI diedarkan malam solat munajat tolak fitnah


Selayang- Insdiden yang berlaku dalam Solat Munajat Rakyat Menolak Fitnah’ bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, baru-baru ini benar-benar melukakan hati perasaan umat islam yang hadir dalam majlis tersebut.

Ini adalah kerana terdapat edaran risalah, video seks lucah bersiri 1 dan 2, surat khabar terkini dan foto-foto lucah yang bermotifkan ingin meracuni fikiran rakyat. Rentetan daripada itu, PAS Kawasan Selayang, AMK Cabang Selayang menyelar tindakan yang dilakukan oleh Pembangkang Selangor dan UMNO/BN DUN Tmn Templer.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Selayang, Zaidy Abd Talib berkata dalam sidang akhbar semalam, "PAS & AMK Cabang Selayang benar-benar rasa kecewa dengan isu video seks lucah dan risalah yang tidak sepatutnya berlaku dalam Solat Munajat Umat bagi menolak fitnah yang dilontarkan oleh Pembangkang Selangor (UMNO/BN).

Insiden ini tidak seharusnya berlaku kerana program himpunan bersama umat Islam dengan melakukan solat hajat yang dibimbing oleh Syeikh daripada syria ini sangat cantik programnya tetapi telah dikotori oleh UMNO/BN".

Kita benar-benar kesal dengan tindakan UMNO/BN yang telah mengedarkan ribuan video Seks lucah dengan foto-foto lucah kepada rakyat. Begitu mudah sekali mereka menaburkan CD di seluruh kawasan Selayang , Stadium MPS, sekolah agama, cermin-cermin kereta dan merata tempat.

Kejadian ini benar-benar menjadi pertanyaan kepada kami semua, bagaimana program yang dikawal rapi oleh Polis, Pengawal Keselamatan daripada petang sehingga malam telah berlakunya edaran VCD lucah yang kononnya pelakunya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ini semua motif politik kotor Pembangkang UMNO/BN Selangor.

Kami percaya tindakan yang dilakukan oleh Pembangkang Selangor (UMNO/BN) telah disokong penuh oleh menteri-menterti kepimpinan UMNO/BN untuk menyebarkan fitnah bagi melumpuhkan karier Ketua Pembangkang (DSAI). Dengan peristiwa yang berlaku, kami penyokong Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mendiamkan diri. Kami tetap akan lawan tindakan mereka.

Menjadi 1000 persoalan sebenarnya, "Apakah peranan Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)?. Teserlah polis yang bertugas pada malam tersebut menunjukkan mereka juga menyokong tindakan UMNO/BN dengan membenarkan edaran risalah, video lucah didalam majlis yang penuh keberkatan tetapi telah dicemari dengan kegiatan kotor. Mereka langsung tidak menghormati majlis keagamaan. Polis yang bertugas ibarat hanya menutup mata dan meredhai kegiatan tersebut. Tiada sebarang sekatan dibuat oleh polis, pegawai keselamatan ketika kejadian itu berlaku.

Kami ingin mengingatkan bahawa pihak polis juga pernah menyatakan "VCD Seks (DSAI) ini tidak akan disebarkan dengan mudah tetapi pada malam solat munajat, didapati sebanyak 6532 buah CD telah diedar dimerata tempat dengan begitu mudah sekali.

Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan kepada semua peringkat umur" kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.

Rentetan itu, dengan berbagai tragedis yang berlaku, kita mencabar Pembangkang Selangor (UMNO/BN) jika mereka anak jantan tolong tampil kehadapan menyatakan video ini disebarkan oleh mereka. Jangan jadi bacul, katanya.

Zaidy berkata lagi, "dengan peristiwa yang berlaku ini, kami telah membuat lapoan polis pada hari yang sama (Solat Hajat Umat menolak fitnah) jam 1:30 pagi di Balai Polis Selayang".

Kita akan bagi kerjasama dengan polis jika mereka inginkan maklumat. Segala maklumat kereta yang terbabit dalam membuat edaran risalah pada malam itu semua ada pada kami.

Kami harap pihak polis Negara, Tan Sri Omar perlu ambil tindakan tegas dengan mengeluarkan surat dan notis amaran keras kepada mereka yang membuat, mengedar risalah, mengeluarkan media yang berunsurkan lucah ini yang sekaligus boleh merosakkan minda mansyarakat.

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK Canbang Selayang, Hj Abu B. Buang pula berkata"peristiwa yang berlaku pada solat munajat itu sangat mendukacitakan. Sepatutnya solat hajat adalah satu ibadah yang sangat murni dan dibanggakan kepada umat islam tetapi dalam masa yang sama, majlis itu telah di cemari oleh UMNO/BN dengan mengedarkan risalah, video lucah. Ini menunjukkan perbuatan yang tidak baik. Kerja-kerja jahat ini akan diikuti kepada golongan belia dan masyarakat untuk mengikutinya yang pasti akan merosakkan minda, akhlak mereka apabila menonton VCD yang berunsurkan lucah ini.

Beliau juga sebagai seorang bapa tidak mahu minda anak-anaknya punah atau dicemari dengan taktik keji UMNO/BN yang disifatnya sebagai pembankang Selangor untuk kepentingan jijik politik parti tersebut.

Bercakap pada sidang media tersebut, beliau juga membongkarkan satu lagi taktik keji UMNO/BN melakukan tindakan sabotaj terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dengan menyebarkan sebuah akhbar yang menyerupai Selangor Kini yang diubah menjadi "Selangor Terkini".

Beliau juga kesal dengan tindakan UMNO/BN menyebarkan media yang seumpama media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Selangorkini, iaitu Selangor Terkini yang menggunakan logo Kerajaan Negeri Selangor.

"Dalam majlis tersebut hadirin diedarkan risalah "Selangor Terkini" yang di letakkan di dalam sebuah beg kertas terpapar muka Najib dan ADUN Tmn Templer. Ini memberi gambaran jelas bahawa beliau mendalangi taktik keji ini.

Kita mengkutuk sekeras-kerasnya dengan perbuatan yang dilakukan oleh UMNO/BN yang tidak bermaruah ini. Kami mendesak pihak berwajib membuat siasatan terperinci demi menjaga kemakmuran negara. Mereka yang terbabit perlu diambil tindakan mahkamah untuk kebaikan masyarakat.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengingatkan rakyat selangor "3 bulan lepas rakyat Selangor khususnya telah digembar gemburkan kewujudan surat akhbar Selangor Terkini yang telah tersebar luas. UMNO/BN khususnya di kawasan DUN Tmn Templer menafikan edaran tersebut dilakukan oleh mereka tetapi kini, kita mempunyai bukti yang kukuh.

Buktinya mereka yang hadir dalam program motivasi Keluarga Cemerlang Anak Terbilang yang dibimbing oleh Penceramahh terkemuka Datuk Siti Norbahyah Mahmood dan Ustaz Wan Akashah yang diadakan di Surau Al-Qariah Selayang Permai dengan kehadiran 200 peserta pada 14/5/2011. Disini kita tidak menyalah peceramah yang hadir kerana mereka diundang dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penceramah.

Kejadian ini sangat mendukacitakan kepada semua yang hadir dalam program motivasi tersebut. Sepatutnya program kekeluargaan yang berunsurkan agama, pendidikan kekeluargaan diberikan pengisian yang bermanfaat tetapi diberikan risalah lucah, akhabr selongor terkini yang tiada nilainya. Pengisian dalam akhabr ini tidak memberi kebaikan kepada rakyat. Kami yakin perbuatan mereka ini adalah motif untuk menghasut pemikiran rakyat.

Tindakan ini adalah Taktik keji UMNO/BN untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR), katanya pada sidang media bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) di pejabat PAS Selayang kelmarin.

Kita jufga menyelar pembangkang UMNO/BN Selangor yang meminta MB & Exco Pakatan Rakyat meletakkan jawatan. “Apa hak UMNO/BN untuk menyuruh MB dan Exco Selangor PR meletakkan jawatan. Pemilihan jawatan ditentukan oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang bukannya UMNO/BN. Rakyat berhak menentukan siapakah pemimpin yang layak mentadbir negeri ini.

Bayangkanlah semasa UMNO/BN memerintah selama 52thn tidak ada sedikitpun (PR) membuat politik kotor sebegini. Tetapi politik kotor ini telah berlaku di zaman pemerintahan UMNO/BN bermulanya dibawah Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri (PM) sehingga dibawah pengurusan Datuk Sri Najib.

Segala yang berlaku dibawah pengurusan Kerajaan Pusat UMNO/BN amat mendukacitakan dan saya yakin rakyat semakin hilang kepercayaan kepada mereka dan pasti akan ditolak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, katanya.



Editor : khaulah Azwar

24 orang terkorban tanah runtuh Hulu Langat



Hulu Langat - Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk

seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.
Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Himpunan Bersih kedua, 9 Julai

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.

Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.

PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.

"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi biarlah adil dan saksama.

"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.

Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.

Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.

"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI